December 15, 2010

sedihlah..

Sedihlah bila masuk tengok blog ni.
Sebab banyak benda nak cerita, tapi tak tahu nak mula dari mana.
Lagi kerap tekan 'backspace' dari tekan abjad-abjad.
Lagi banyak kena fikir dari smoothly taip macam selalu.
Nantilah. Kita cerita pasal Venice.
Venice yang cantik, yang mendamaikan, yang tak ada snow, tak sesejukbeku Regensburg.
Ok. Bye.









p/s: nak siakap 3 rasa + kerang bakar, kuala perlis jom!

December 10, 2010

Widget baru----------->

Nampak newly added widget tu? haha.. Happy gila boleh letak benda alah tu. Dah lama jeles tengok blog orang pregnant ada widget2 sebegitu..Boleh tahu anggaran saiz baby besar mana, dan countdown sampai cukup 9 bulan.. Minggu 7, saiz besar blueberry? Hahaha..Comelnya kamu..








p/s: Sekarang bila tidor malam-malam dan mr hasnul letak tangan atas perut, rasa bahagia tahap infinity..=)

meet the parents-in-law part III

Tiba-tiba rasa nak buat lagi sambungan siri berjumpa dengan mertua ni..

Masuk hari ni dan 23 hari mereka ada di sini. Wow! Dalam saya duk terketar-ketar nak sambut, merungut-rungut segala macam, now dan hampir sebulan pun berkongsi ruang sempit dalam rumah ni. Hari tu sebelum dorang datang bukan main lagi saya punya berdebar nak buat jadual menu masak setiap hari segala bagai kan..Sekali bila dorang ada kat sini, seingat saya baru 3-4 kali je saya masak. Itupun bukan lah main menu. Dua kali goreng spaghetti, sekali buat kek, dan sekali buat sup ayam. Wakakakakakaka..Hari lain siapa yang masak??..Mestilah my mother in law..haha. Macam kena timing pulak kan saya disahkan pregnant time dorang datang, so dalam saya pening-pening duk baring tu, MIL masak macam-macam, saya tahu bangun hidang pinggan, senduk nasi, pastu duduk selambak menghadap makanan. Boleh pulak buat muka tak bersalah kan. Teruk gila menantu sorang ni.hehe. Bukan saya taknak masak, tapi dalam keadaan macam ni (sila baca dengan nada orang sakit) my taste buds do not working very well. Saya jadi tak reti nak rasa makanan tu cukup garam ke tak. Kang masak tak sedap kesian pulak dorang nak makan.huhu.. (haha)

Ok. Itu pasal masak-masak. Pasal tidor pun satu haru. Almost everyday MIL dengan FIL yang bangun dulu, dekat-dekat hujung waktu dah, barulah saya dengar MIL kejut mr hasnul. Automatik saya akan jadi termalu sendiri dan cepat-cepat bangun.hehe. Tapi, dalam keadaan sekarang (nada sakit sekali lagi) manalah saya mampu untuk melawan morning sickness kan.. Makanya, lepas solat subuh, terpaksalah saya baring semula untuk hilangkan loya-loya tu.hehe.. Dan bila terjaga semula, tengok-tengok dah siap ada orang buatkan breakfast. Terpaksalah bangun makan kan..hehe

My MIL memang sangat baik walaupun dia bukan jenis mesra. Dan dia sangat cekap buat kerja. Pukul 8 pagi kadang-kadang dia dah siap masak untuk lunch. Pastu masa dia masak, macam takde can kita nak mencelah-celah kacau dia masak. Sebab tu bila dia masak, saya jadi segan. Nak tolong tak boleh, nak tengok je rasa macam useless gila pulak kan.hehe. Minggu depan dorang dah nak balik. Tak taulah sapa yang nak memasak nanti. Buatnya saya duk pening-pening macam ni. Alamat makan roti lah hari-hari. huhu. Tak bestnya.. Seriyes tak sabar nak balik Malaysia. Cukuplah setahun duduk sini, cukuplah dah rasa empat musim berganti.. Ikut hati rasa nak je ikut parents-in-law balik minggu depan.hehe..~

December 9, 2010

week 7

Eh, macam cepat pulak dah 7 minggu ek?..lagi seminggu kira dah 2 bulan..

Alhamdulillah, tadi saya pergi buat check-up dengan gynaecologist. Dia buat rutin biasa, ambil tekanan darah, tanya-tanya soalan, ambil sampel urine, ambil darah, dan buat transvaginal ultrasound.. Kali ni mr hasnul tak masuk dalam bilik examination (kata Dr, macam tu lebih selesa untuk saya..padahal saya lagi suka kalau mr hasnul masuk sama-sama..huhu). Dr suruh dia tunggu dekat ruang consult je, tapi dekat situ dah ada skrin, so once dah buat ultrasound, mr hasnul boleh tengok dari luar. Kali ni dah kurang sket nervous saya masa nak buat ultrasound sebab saya dah faham prosedur dia.. Tak sampai beberapa minit, terus boleh nampak baby dan yolk sacnya..Subhanallah..tak tahu macam nak gambarkan perasaan teruja saya bila nampak ada imej 'ketul' kecil dalam rahim saya tu.. Dr kemudian tunjukkan satu bahagian yang berdegup-degup.. "Did you see that?..That is the heart beat.."..Subhanallah..Subhanallah.. Kagumnya.. Macam tak percaya ada jantung lain yang berdegup dalam badan saya.. Walaupun belum sampai 2 bulan, Tuhan saja yang tahu macam mana kasihnya saya pada dia. Membesar baik-baik ya sayang..hehe.. Saya boleh rasa air mata saya bergenang masa tengok jantung baby tu..huhu

Keluar dari examination room, Dr tanya mr hasnul, dia nampak tak, Mr hasnul cakap dia tak nampak. Rupa-rupanya Dr tu lupa nak klik something dekat skrin tu..Ruginya.. Terlepas peluang nak tengok degupan baby untuk pertama kali. Saya pun terkilan jugak sebab Dr tak sediakan print-out untuk ultrasound kali ni.huhu.. tak apalah, bukan dia sengaja, in fact dia pun rasa bersalah dan siap janji next time dia akan give the best to both of us..

So far, Alhamdulillah, saya tak adalah alah teruk sampai tak boleh bangun. Pagi-pagi memanglah ada rasa tak selesa dekat tekak, perut dan pinggang. Tapi still boleh tahan.. Selera makan telah drop dengan melampau. Nak abiskan 3 suap nasik pun rasa seksa yang amat.huhu. And I did not have any specific food craving. Makan apa yang ada je.. Kalau boleh takyahlah mengidam yang pelik-pelik, menyusahkan orang je.. Cuma malam-malam memang sangat tak selesa nak tidor. Sakit pinggang, bontot, badan..huhu.. Takpelah, sikit-sikit je tu..tahanlah sket kan. Hopefully everything will be just fine. Eh, did I tell you, saya sekarang dah tak muat pakai jeans saiz 26 macam dulu? haha.. Saya dah beli maternity jeans walaupun sebenarnya sangat awal untuk pakai maternity pant.haha. Selesa gila sebab dekat bahagian pinggang ke perut, dia ada bahagian asing yang sangat melapangkan perut. Dekat bawah dia buat design jeans macam biasa. So kalau tengok dari luar orang akan ingat saya pakai jeans biasa je. Macam lawak kan, kalau orang dulu-dulu, mak-mak kita, bila pregnant je mesti buat baju maxi dress tu. Dan selalunya maxi dress tu ada ropol-ropol dekat bawah..haha. Comel.

ini contoh maternity jeans ye..selesa gilerrrr..~


p/s: sekarang susah nak update sebab laptop ni ramai penggunanya..dan saya selalu hilang idea kalau ada orang ramai-ramai..hehe

December 6, 2010

nasi kantin

Semalam kan, saya mimpi..saya makan nasi putih panas-panas, dengan lauk sambal bilis dan telur goreng rangup. Oh, nasik tu dihidang dalam pinggan plastik warna oren macam kantin sekolah punya. Pastu kuah sambal tu memang merah-merah tapi cair. Elok-elok saya dapat tempat nak duduk makan nasi tu, saya usha budak meja sebelah, dalam gelas dia ada air warna hijau. Saya tanya mana dia dapat air tu, dia cakap, dia tekan dekat balang air.(sambil tunjuk tempat terletaknya balang air tu)..Saya pun letak pinggan nasi saya, then bergegas-gegas pergi tekan air dalam balang tu. Sedapnya air warna hijau muda..(dipercayai air guava)..
Dengan rasa senang hati, saya usung gelas air guava ke meja saya, dan duduk di kerusi panjang..tangan saya dah  sibuk menggaul nasi panas dalam pinggan oren..tapi, the moment nasi tu patut masuk dalam mulut.....saya terjaga..Chait! Scheisse!!





Kenapa mimpi selalu jadi macam tu?..

December 5, 2010

tak lalu

Dear little reading room,

Sorrylah saya bukan je tak lalu nak jamah makanan, mahupun menelan minuman..Saya juga tak lalu untuk menekan kekunci laptop dan menaip apa pun cerita..Walapun lately terasa banyak cerita yang mahu diluahkan di sini..huhuhu.. Sekarang bukan lagi faktor psikologi yang membuat saya lembik satu badan. Kalau psikologi yang menjadi puncanya, mana mungkin setiap kali saya telan makanan, semua keluar semula. It's not psikology, it's biology lah..

How I wish saya dapat pulang ke Taman Mutiara yang panas, tidor di atas katil empuk saya, dalam pelukan suami saya, dan makan bubur nasi serta sup ayam mama saya. Suhu di bawah paras beku dan timbunan salji yang dah setinggi diri saya, tak lagi mampu buat saya teruja. Kalau bukan mengenangkan 'hadiah' yang Tuhan pinjamkan di dalam rahim ini, saya mungkin dah tertewas. Tapi saya tetap akan gagahkan juga diri sepertimana saya berjaya menggagahkan diri menaip sebanyak ini. Sekian.


p/s: doakan saya kuat dan sihat.

December 2, 2010

Gloomy now became glowy..=)

Pasal gambar yang saya cerita dalam travel note: Paris, France tu. hehe. Kena fikir banyak kali sebenarnya nak cerita ke tak. Tapi saya kan seorang yang suka bercerita, memang bukan senang nak simpan cerita. Ada satu gambar ni, yang telah ubah the whole gloomy episodes to the all-new  glowy episodes. hehe. Dalam 357 gambar yang saya ambil di Paris, gambar yang satu ini adalah seribu kali lebih bernilai...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Syukur. Syukur. Syukur.

Before pergi Paris lagi saya dah boleh 'rasa' something. But I kept telling myself to prepare for anything (or maybe nothing). Baik jangan berharap sangat, so nanti tak kecewa sangat. Kami dah beli HPT tu bulan lepas. Belum ada apa-apa, beli pregnancy test strip dulu, saja simpan buat semangat.hehe. And memandangkan suasana rumah yang 'ramai' dan kurang privacy sekarang, we decided to do the test in our hotel room in Paris. Elok je masuk bilik, terus buat test. Alhamdulillah. Akhirnya, dapat jugak tengok double line. Tak ada yang lebih indah rasanya. Nikmat tuhan cukup besar. Berita gembira yang kami terima dalam keadaan yang cukup membahagiakan, dan di tempat yang katanya Kota Cinta.hehe

Semalam, (Isnin, 29.11.2010) we went for our first pregnancy check-up.  Semalam jugak, salji turun mencurah-curah di Regensburg. Bangun je pagi, saya tengok seluruh kawasan sekitar rumah dah di tutupi oleh salji. Abis putih semua. Pagi tu kami keluar meredah salji lebat, pergi ke Hospital St. Hedwig. 

Since kami main terjah je pergi hospital tak buat appointment, terpaksa la tunggu berjam-jam baru dapat jumpa doktor. Kalau tak mengenangkan hasrat nak dapat confirmation untuk pregnancy ni, memang kami dah rasa nak lari balik rumah je. huhu. Lepas dua jam, barulah nama saya dipanggil oleh seorang doktor perempuan German. Thank God, dia boleh cakap English sikit-sikit. Doktor tu cakap, kami sebenarnya kind of salah tempat datang situ. Sebab sebenarnya untuk first check-up, kena cari Gynae dekat luar hospital (klinik-klinik atau private practice) then untuk bersalin baru datang hospital. Mana lah saya tau kan.Nama pun kali pertama. Dah tu takde tanya sapa. Sendiri-sendiri je pergi ikut instinct. hehe. Tapi doktor tu baik jugak, since dia sanggup untuk examine saya, dan jawab semua soalan yang saya tanya. Dia siap suggestkan nama gynae yang bagus di Regensburg untuk check-up yang akan datang. Doktor tu buat internal ultrasound memandangkan usia pregnancy yang masih awal. (read more about ultrasound : here). Tapi sayangnya, sebab awal sangat tak nampak pun embryonya.huhu.. Tapi boleh nampak something, yang doktor sebut sebagai gestational, which refers to pregnancy as well. Even doktor dah siap duk explain macam-macam, saya macam still tak percaya, betul ke pregnant ni. So saya tanya, "I am pregnant, am I?"..Doktor tu gelak.."Yes, sure..you ARE pregnant."..Ok. baru puas hati bila doktor utter those words.

Keluar je dari hospital, saya terus call perempuan cantik dan baik hati, rasa sebak gila masa nak bagitau dia. Lagi sebak bila dengar suara dia yang tak percaya dan keseronokan dia yang boleh saya bayangkan. Balik rumah bagitau family mr hasnul pulak. Dorang pun hepi. Will be their first grandchild.hehe..

So far , saya tak lah mengalami alahan teruk pun. Ada sekali dua muntah, sebelum pegi check doktor, saya assume yang muntah-muntah tu due to angin sebab minum kopi. Tapi tu lah, orang kata, benda ni kadang-kadang psikologi jugak. Lepas tahu je pregnant. dan-dan rasa tak larat.haha..

Alhamdulillah. Allahuakbar. Selepas setahun tiga bulan kahwin, tuhan kurniakan jugak rezeki yang satu ini. Thanx untuk semua yang telah mendoakan saya. Teruskan doa supaya saya dan baby sihat, selamat dan dipermudahkan segalanya. 

heavy snow. salji rahmat mungkin.

penantian yang panjang

'papa' tak buang masa-study!

curi-curi amik gambar doktor yang baik

excited + nervous
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Allahuakbar!


p/s: saya pun nak buat week by week entry macam orang pregnant selalu buat tu.hehe