July 10, 2010

cemburu buta atau cemburu gila?

ok.topik bapak hangat.

saya ni cemburu
taktaulah, cemburu saya tu buta atau gila.
mungkin kedua-dua.
tahap cemburunya adalah seperti tadi, bila login akaun fb mr hasnul, dan ada sorang kawan perempuan dia (kawan sekolah rendah dia, yang dia tak rapat sangat pun, tegur kat chatting tu)
mr hasnul tidor-tidor ayam, so saya tanya, 'abang baik ka ngan budak ni'
mr hasnul celik sket mata, tengok gambar perempuan tu, then jawab 'kwn sekolah rendah,tak bek sangat pun.'
so saya pun balas la teguran ppuan tu.pendekkan cerita ada la perempuan tu tanya soalan-soalan basic

dia : salam.bz ke?
saya : wasalam..ada apa?                        <-------------------------oh, kereknya saya..
dia : klu bz xpala
saya : xbz. ada apa?
dia : sja ja. nak chat ngn kwn lama, xleh ka?     <-------------------gaya tanya bz ke tak, cam nk diskas hal penting je kan?
saya : boleh.keja pa skang?
dia : xreja.igt nak smbung blajaq.munir duk mana la ni?
saya : duk german
dia : keja sana ka?
saya : blajaq lagi
dia : so camna germany-spain, team mn?                                  <----------------dh lepas lah cik kak
saya : dah lps pun.xda luck german
dia : eh. silap, german-uruguay..hahahahhahahha
saya : germany la

saya is offline..


nyesal lak tolong chat bg pihak mr hasnul.sebab xpasal2, membuak2 rsa panas dalam hati...panas sbb cemburu la tu...terus saya ckp kat mr hasnul :

'kalau yus takda, abg jgn gatal-gatal nak layan org chatting eh?'

 mr hasnul ckp, 'tak acila, yus chatting boleh, abg takleh..'

saya,' ok.ok..nnti kalau nampak ada orang online, kalau perempuan, wajib tegur ek...layan la chatting puas2'

obvious la ayat last tu ayat sinikel nak mati kan..ntahla.takleh bayang lah kalau ada ppuan len kacau mr hasnul.saya akan sangat jeles.mungkin boleh jadi gila.. (abang, ayat saiko ni, please note that.)

gila atau tidak tahap jeles saya. saya penah buat statement:

'kalau yus mati dulu, pastu abg kawen dengan org len, malam-malam yus akan jadi hantu datang kacau abang...tengokla....'









taknak la cakap pasal ni..sakit hati tak pasal-pasal...abang, u belong to me..only me..~


July 9, 2010

kawan baik.

anda boleh mencemburui saya jika anda....

tidak mempunyai seorang kawan gila baik macam nazanursaad yang boleh berkongsi semua cerita dengan anda.
dari cerita pakwe@crush@tunang@secret admire@laki dan sebagai dengannya.ke cerita tanah bapak aku ada orang nak kacau, aku gemuk ada double chin, aku tak suka sape2, aku nangis pada sekian2 hari, sehinggalah cerita-cerita tak penting seperti, camna nak pakai conditioner,  dan semalam aku kena piyedpain..

anda juga boleh mencemburui saya jika anda...

tidak ada kawan seperti nazanursaad yang bagi saya selendang warna peach untuk dimatchingkan dengan baju tunang saya, sebab dia tau saya wat keje tak senonoh nak pakai baju kurung dengan tudung bawal je masa nak bertunang. saya juga hanya perlu bagi statement,  'eh, sweet gila kan frame ni..bleh letak gambar dari kita tadika sampai kita grad...' , ketika berwindow shopping dengan nazanursaad, dan pada harijadi saya dia akan datang ke rumah, berserta kotak yang mengandungi frame tersebut serta buku 'aku terima nikahnya'.. sweet kan dia?

anda juga pasti cemburu kerana..

saya ada nazanursaad yang akan setia mendengar cerita saya, walaupun cerita seperti itu yang saya ceritakan selama 12 tahun..saya juga ada nazanursaad yang sentiasa support saya, dan pujuk saya dengan ayat yang saya mahu dengar.

dan saya yakin, anda pasti cemburu jika anda tahu

saya ada nazanursaad yang sanggup bangun pagi dan temankan saya naik bas rapid ke kl central untuk jumpa tunang saya, sebab dia tak harap saya naik bas sorang-sorang.saya pun belum tentu rajin nak buat camtu.dia juga la yang sanggup bawak kawan datang dengan kereta, dan angkut saya pindah ke rumah sewa dia, bila saya baru sedar rupa-rupanya saya duduk serumah dengan penagih dadah.dan dia tetap macam dia yang saya kenal 12 tahun dulu, yang sanggup tidor himpit2, sebab bagi saya menumpang katil dia bila saya dapat dorm yang takde geng..

bak kata ayah saya, "kalau orang buat jahat dekat kita, senang..tapi kalau orang buat baik dekat kita, itu yang susah tu..sebab kita mungkin tak pernah cukup baik untuk balas kebaikan orang tu.."

maka saya memang akan mendapat susah.sebab saya ada ramai kawan yang baik..dan saya tidak tahu bagaimana saya dapat balas kebaikan mereka?


















p/s: i was thinking 'bout my other good friend too.. yang tak jemu2 tolong saya..yang selalu ada dan sangat baik dengan saya..tak perlu saya sebutkan nama, u know who you are..hehe..and I can't thank you enough..Tuhan je yang mampu balas..

p/s/s: owh..tak dapat tahan, kena sebut jugak..hasmiera aj, nick, zira n umarin..kamu yang sangat saya ingat ketika saya menaip ini...~




July 8, 2010

Deutsch für Anfänger.



oh, sebelum tu..saya dah berbaik-baik dengan mr hasnul. nama pun laki bini.nak gaduh-gaduh lama-lama, merajuk-rajuk pun, muka tu jugak yang saya tengok tiap-tiap hari, dia jugak yang saya cari malam-malam buat pemanas..hehe~
Lagipun tak sampai hati tengok usaha mr hasnul memujuk. Cair juga hati perempuan saya..=)

----------------------------------------------------------------------------

Semalam officially dah habis kelas Deutsch für Anfänger yang saya amik secara free tu.Dan semalam dah selamat buat exam. Walaupun ambil exam tanpa sebarang tekanan, since saya memang tak memerlukan apa-apa grade, dan takde sape pun kisah apa result saya.Tapi masa masuk hall tu, tetap rasa cuak satu macam. Selalu dah biasa kita yang menjaga exam, kita yang buat muka kerek kat depan..rasa dah lama tinggal zaman kena duduk kat kerusi, dengar orang bagi arahan kat depan.

Hall exam semalam.

Kertas soalannya.

Saya duk sebelah Jian Yi, budak cina tu. Exam sejam setengah. soalan boleh tahan banyak. Dalam banyak-banyak soalan, yang last paling susah. Ingatkan satu je karangan kena buat, rupa-rupanya ada empat. Bukanlah karangan 350 patah perkataan ye, karangan 5 ayat je.haha. Masa jawab tu, saya terbayang, mesti Lucie gelak guling-guling baca ayat saya.



Soalan 1 : Apakah perkara paling penting dalam hidup anda?Terangkan dalam lima ayat.
Saya bagi jawapan yang dah ditransletkan ye.Ayat memang sengaja pendek, sebab Lucie cakap, buat ayat paling ringkas.(kalau suh buat ayat panjang pun mmg aku tak reti)

Saya rasa perkara paling penting dalam hidup saya adalah buku <-------------sebab dalam byk2 word, 'Buch' je yang saya ingat.Ayat pun kopipes balik dari soalan je.
Saya ada banyak buku yang bagus.
Buku itu mempunyai banyak cerita yang menarik.
Hari ini saya akan membeli sebuah buku.

Soalan 2 : Tulis poskad untuk kawan anda untuk menceritakan tentang keadaan anda di Paris/Berlin/Prag etc.
soalan ni saya suka, sebab dalam kelas Lucie asyik suruh buat poskad@ surat. Yang ni rasa cam boleh dapat markah penuh ni.haha. Untuk berlagak sket, saya bagi jawapan dalam german.


Liebe Lucie, 

Hier ist Yusrina aus Europareise. Ich bin zwei tage in Paris. Paris ist wunderbar. Das Wetter ist gut, und die 
Leute sind freundlich. Paris hat viele großes einkauf zentrum. Morgen bin ich in Berlin.
Ini adalah Yusrina dari Eurotrip. Saya dah dua hari kat Paris. Paris is wonderful. Cuacanya baik dan orang-orangnya friendly. Paris ada byk pusat membeli-belah yang besar. Esok saya akan ke Berlin

Viele gruße,
Yusrina


Soalan 3 : Anda terer buat apa, terangkan dalam 5 ayat .
Yang ni serius merapu. 

Saya bagus dalam memasak pizza.  
Setiap hari saya masak pizza.
Pizza itu rasa sedap.
Hari ini saya akan masak pizza cendawan Champignon.
Saya perlu beli tepung dahulu sebelum masak pizza.

Dah macam ayat P. Ramlee, 'saya suka main bola, hari2 saya main bola'..Vocab yang saya guna pun, sebab selalu pegi shopping barang dapur.Ayat last plak, kopi pes dari soalan lain.

Soalan 4: Bilakah hari jadi anda, ceritakan dalam sekurang-kurangnya 3 ayat.

Mein Gebutstag ist am ersten Januar.
Ich habe viele schönes Geshenk für meine Geburtstag.
Ich bin glücklich. 

Harijadi saya adalah pada 1 Januari.
Saya dapat banyak hadiah masa hari jadi
Saya sangat gembira.

Tiba-tiba je hari jadi aku jadi 1 Januari.Itu paling senang nak tulis. 


--------------------------------------------------------------------------

Ok lah tu kan, buat lawak sket, sebab Lucie mesti sedih German kena bantai dengan Spain  semalam..Kita tunggu la tengok markah camna, Lucie cakap minggu depan dia emel markah. Kalau markah cun, saya ingat nak suh Lucie buat sijil. Mana tau nanti nak further part 2 ke. Kalau markah teruk, senyap-senyap sudah. Lepas ni dah tak payah keluar rumah la. Dah takda aktiviti naik bas soarang-sorang, lalu jalan kubur nak pegi kelas. Dah tak payah elak-elak kaki dari Bertha dalam kelas. Sebagai penghargaan untuk Lucie, saya akan abadikan gambar dia dan Bertha dalam blog ni. 

bus stop depan kubur

ini kubur. tapi tak takut cam kubur kat mesia. orang ramai lalu lalang, kubur lak cam taman bunga. macam-macam spesis bunga boleh tengok.cantik gila.ramai pakcik n makcik lepak sini. rasanya dorang ini setiap hari datang siram pokok kat kubur ni.

kedai bunga depan bustop, saya selalu teringin nak pegi.tapi malas nak ckp kat mr hasnul, so tak pegi la.

Ini saya, Lucie dan Hussain, hari terakhir kelas. Budak Brasil semua kerek, taknak join amik gambar.

Jian Yi dan si pipi tembam. Botol air atas meja tu, Jian Yi bawak air jeruk cili..mayb tu petua kalau nak jadi prof.

Bertha yang selalu disebut-sebut

Saya jalan belakang dorang.Bertha  tu nonong je pegi tala tempat lain.Sian ah.


Saya hargai pengalaman jadi pelajar kat Germany ni. Saya suka.

July 7, 2010

........

Kalau semalam aku berpaling, bukan aku takut, bukan juga aku membenci..tapi aku tak mampu menahan getar hati, bila terpandang wajah kamu.Wajah yang aku cinta, yang aku sayang.

Rajukku panjang, bukan bererti aku yang benar. Kurangnya aku, khilafnya aku, buruk baiknya aku..semua itu kamu pasti tahu. Rajukku panjang, kerana aku tak jumpa dimana harus ku mula.Di mana harus ku katakan?.. Lalu ku biar diam yang berbicara..

Sakitnya aku, aku tahu, perit lagi lukamu. Sunyinya aku..pasti lagi dalam sepimu...kerana aku tahu, kamu hanya ada aku..

Disaat tangisku tak lagi ku sedar apa sebabnya, saat itu telah ku buang semua kisah luka. Semua silap kita..
Aku ingin jadi kamu, yang selalu mudah mengatakan maaf. Selalu senang maafkan aku, dan meredhai semua tingkahku. Aku ingin jadi kamu, yang memeluk aku disaat hatimu juga terguris sedih. Aku ingin jadi kamu, yang mengucupku syahdu, disaat air matamu juga jatuh.

Aku tak pernah sebaik Fatimah dan Aisyah, jauh sekali untuk bermimpi menjadi sehebat Khadijah..Tapi aku adalah surimu. Di telapak jejakmu letaknya syurgaku. Redhamu itu jannahku. Cintamu itu nafasku..

Ampunkan aku. Pimpinlah aku, bawa aku ke jalan redha. Bawa aku ke syurga cinta....


Aku rindu kamu.
.
.
.
.
.
.

July 5, 2010

buruk tembok itu..~

And no one will be granted such goodness except those who exercise patience and self-restraint,- none but persons of the greatest good fortune. 
(Al-Fussilat; 35)
























kenapa di pacak lagi tembok yang sudah usang itu.
belum pun sempat lubang pakunya di ditutup.

July 2, 2010

sakitrumah.

these few days, saya kerap tak sihat.asyik sakitrumah je..and I cry a lot..(abang, haha xsedar pun kan bila yus nangis?)
hari ni je dah dua kali. pagi tadi after subuh, masa abang tgh smbung tido tu..pastu skang, sebab baru lepas skype..memang best dapat skype, dapat tengok muka and dengar suara mama, nampak budak-budak kecik tu duk lari dalam rumah, dengar kakak marah-marah anak dia suruh cepat siap, nampak dik qah pegang buku nak keluar pegi tusyen, nabhan kalut-kalut cari minyak rambut sebab nak buat rambut cacak sebelum pegi tusyen.kak cik cari kunci kereta kat kabinet..ye, mmg rasa seperti ada dalam rumah..
tapi part bila nak 'end call' adalah sangat susah..sebab perlu kembali kepada normality..bahawa saya sebenarnya berada di rumah tingkat empat, sorang-sorang ditemani kipas kecil dan bantal di atas riba..sedih..

kalau la saya boleh balik..seminggu pun cukup..huhuhuhu..~

abang, jangan  cakap nak suruh yus balik sorang-sorang..kalau balik pun, mesti nak balik dengan abang..takpela, yus tahankan jugak sakitrumah ni..huhu..~

july..

dah july kan.



lima bulan dah duk sini..
banyak dah tempat p jalan,
macam-macam dah rasa,
lama dah tak makan secret recipe,
lama jugak tak peluk cium mama,
urut kaki baba.

lagi sembilan bulan..
panjang umur boleh tengok daun-daun pokok gugur ke bumi,
boleh main salji lagi,
boleh peluk cium mama,
urut kaki baba.....















God, please grant my wish..
02/07/10, 0432am, bruderwörhdstrasse.