March 5, 2010
tulis cepat2..
saya baru lps tgk fb kawan.ex coursemate, dorang kawen sama2 kosmet.mmg dari u asek berkepit..ok..bukan nak cakap pasal tu..
godek2 fb dia, tertengok satu gambar, gambar scan anak mereka..captionnya si bapak tu tulis,"anak aku dalam perut"...waaahhh..jeles..tak tau sebab apa, rasa jeles..nak gak gambar camtu..tapi kalau nak gambar camtu..kenala bagi ada sesuatu untuk di scan kan?..haha
nak..nak..sabar la kan..tunggu la..isk3..cuba bawak2 bersyukur dengan apa yang ada kan..mm..buat ayat sedap hati..hehe
yay....sempat siap tulis sebelum mr hasnul sampai...~
March 4, 2010
geram.
geram sebenanya nih..
tarik nafas.....lepas..aaaaaahhh..
ok..marah..bukan dekat sapa2..marah kat diri sendiri.dan laptop.dan..bahasa german..
huhuhu..laptop encik hasnul adalah dalam bahasa german..imagine when you want to do even a simple task on your lappy..and you have to know the word in germany.examples:
copy=kopieren
delete=löschen
next=weiter
back=zuruck
open=öffnen
refresh = aktualiesieren
new folder = neuer ordner
bla..ba..bla..semua la..semua bahasa german..every single word..
*lupa nak cakap, keyboard laptop pun susunan lain, sebab ikut susunan german kot.tapi saya dah boleh biasakan diri ngan keyboard ni..huuu~
saya baru nak rajin2,belajar edit gambar.tapi kalau dah semua software pun kluar dalam bahasa german..nak belajar edit camne kalau bahasa german tu saya tak paham..huhu..ke saya yang bodoh..mesti boleh tukar bahasa kat software tu jadi english kan..tapi nak wat camnne? nak klik apa?
saya tak nak encik hasnul balik, pastu bila saya tanya dia, dengan muka rilek selambe,sambil sengih2.. dia cakap..
"ala sayang, senang je ni..klik kat sini, pastu kat sini..pastu bla..bla..bla..bla."
saya ego.saya nak buat sendiri.saya tak suka bila rasa saya tak pandai.walaupun memang saya tak pandai.teruk perangai saya kan.
benci aahh..meluat.malas.layan grey's anatomy lagi bagus.merajuk.merajuk sorang2.merajuk tak pasal2..takde sebab.gila...
March 2, 2010
Cerita Cikgu Yus dan Kanak-kanak- Part II : saya upload atas permintaan seseorang..
~atas permintaan seseorang, saya upload cerita ini, sambungan kepada part I..
Selepas 2 hari insiden cikgu yus kecik hati..kanak-kanak itu telah buat sesuatu..yang buat perasaan cikgu yus berkocak..
Cikgu yus tau..kanak-kanak tu mengadu pada cikgu X..mengkhabarkan alkisah cikgu yus yang merajuk n kecik hati..dan cikgu yus memang tak segan silu mengkhabarkan cerita hatinya yang terguris pada ahli-ahli kamar pendidik itu..kelas 5s6 dah memang sinonim dengan cikgu yus..semua orang akan tau apa saja yang jadi dengan 5s6, ada kena mengena dengan cikgu yus.jadi, mungkin cerita itu juga sampai pada cikgu X..dan mungkin dia lah orangnya yang mendorong kanak-kanak itu berdepan dengan cikgu yus..dats ok..bukan benda penting pun..kanak-kanak itu..yang sangat susah menjengah ke bilik guru..sebab takut dengan kekurangan dan kesalahan diri sendiri..rambut panjang, takda lencana, pakai selipar, macam2 lagi kesalahan disiplin, mana berani nak masuk bilik guru kan..hari itu..mereka masuk..dengan senyuman..dan di depan cikgu yus..mereka meluahkan kata maaf..
“cikgu..janganla camni…kami minta maaf” -ayat skema-
“kami lawak ja dengan cikgu hari tu..kami memang melawak kasar cikgu” -banyakla lawak-
“cikgu..saya faham cikgu ajar…hari tu bukan saya yang kata pun” –jenis tak mengaku salah-
“cikgu,kalau la saya ada sakitkan hati cikgu..saya minta maaf..dari hujung rambut..sampai hujung kaki…saya baru rasa nak boleh belajar ni..takut la kalau sebab ni saya tak boleh buat nanti..” - ................
Ayat terakhir tu..dari sorang kanak-kanak yang dah pun kena buang sekolah..tapi diterima masuk semula lepas rayuan, itupun dengan bersyarat..sambil mengucapkan ayat tu..ternampak matanya yang berkaca-kaca..cikgu yus tau dia ikhlas..sebab, kanak-kanak lelaki yang keras hati seperti itu..yang banyak kesalahan pernah dia buat.bukan kepakaran dia untuk menghasilkan riak wajah begitu..tersentuh hati cikgu yus..dalam nada tenang(mungkin sedikit bergetar menahan sebak)..cikgu yus pura-pura keras hati, dengan niat nak menegakkan juga egonya sebagai seorang guru...dan menunjukkan kematangannya di hadapan kanak-kanak itu..
"cikgu tak kesah..awak suka cikgu mana, awak faham cikgu mana..dan cikgu bukan marah sebab awak bandingkan cikgu dengan cikgu X..tapi awak kena ingat, sapa2 pun, yang pernah ajar awak, walaupun sikit..awak kena hormat dia, jaga hati dia..walaupun melawak, kena berjaga2..jangan sampai dia kecik hati..sebab dia yang akan doakan kejayaan awak..dah la..ampa ni buat drama lak..cikgu tak marah dah pun...ni mai mintak maaf sebab cikgu X suruh ka?"
kanak-kanak tu jawab..
"tak cikgu..tak...kami mmg sedaq sendiri..mmg nak minta maaf kat cikgu..."..
sesudah kanak2 tu keluar, tersenyum cikgu yus sendiri..nama pun kanak-kanak.....
dari dalam kamar pendidik, cikgu yus terdengar sayup suara kanak-kanak yang baru minta maaf tu menjerit pada kanak2 lain yang baru nak masuk minta maaf...
"wey...ampa tak payah naik pun takpa..cikgu kata dekat ampa dia memang tak maafkan dah sampai bila2...hahahaha"
~setelah hampir 4 bulan cerita ini cikgu yus peram dan tak upload..rasa2nya cikgu yus rindu kanak-kanak itu..kerana kanak-kanak itu telah memberi inspirasi, semangat dan pernah mematangkan cikgu yus.....
one month..part II
week #3
1st and 2nd day of the week, sibuk membeli barang2 kelengkapan rumah..nasib baik dah beli sofabed, meja n kerusi awal2 kat ikea sebelum pindah masuk..tak la kelam kabut sangat..(kenapa perlu mention IKEA?..haha sebab saya suka..)
3rd day, which is wednesday, as i count the week start from monday...we went to a very very great place..neuschwanstein,situated in fussen which is about 5 hours by train from regensburg..1st train dari regensburg, lebih kurang 2 jam sampai münchen (munich)..kat situ tukar train, lagi 2 jam ke füssen..neuschwanstein ni kawasan bukit, yang ada schloss(istana) lama, kalau tak silap dah dekat sempadan germany dengan swiss..dari fussen ni mmg boleh nampak pergunungan alps, macam yang selalu tengok kat kotak ricola tu..haha.
as we arrived near füssen, i am extremely excited..subhanallah..sangat cantik tempat tu.kebanyakan view dari dalam train adalah putih..completely white sebab train tu lalu kawasan ladang.so time winter ni, ladang2 penuh dengan salji..sungai2 pun beku.macam laut,tapi putih..
and, i gained a new experience, we performed solat in the train..mula2 rasa cam tak reti walaupun penah tengok baba solat duduk dalam flight dulu, but after i saw mr hasnul performed his solat..rasa yakin nak buat.i noticed that, the woman in the train kept looking at me while i solat..(haha kantoi solat x kusyuk..)
untuk ke schloss tu, ada banyak cara, boleh naik bas, naik kereta kuda or jalan kaki.but we decided to walk.bukan senang nak sampai sini,baik berjalan dan nikmati view puas2. nasib baik hari tu matahari agak terang, so panas la sket..suhu pun cukup selesa.tourist sangat ramai even bukan weekend pun.macam2 ada, korea, cina, jepun, india,orang putih semua ada..mr hasnul sangat beria nak bawa saya ke satu jambatan, dia cakap kat situ sangat cantik viewnya.mr hasnul dah penah sampai sini 3 tahun lps..maka berjalan la kami menuju ke marien brücke tu..tup2 bila sampai, laluan ke jambatan tu ditutup sebab bersalji.mr hasnul dah tunjuk muka frust yang melampau dan tak berganjak dari depan signboard danger tu.nak dijadikan cerita, 2-3 minit lepas tu, ada la 2 pasang couple orang putih ni masuk gak ikut tepi signboard tu..then ramai plak yang ikut..so.mr hasnul senyum, pegang tangan bini dia,and join the group..hehe.walaupun hepi sebab boleh ke jambatan tu, still rasa takut, kalau2 bahaya sebab jalan bersalji..but again, thank God, semua selamat.memang sangat2 cantik.macam tak percaya melihat keindahan alam yang terbentang depan mata..segala puji bagi Allah..we had our lunch at the mountain, makan kat satu pondok on da way turun dari marien brücke.and we left neuschwanstein at 4.30pm..i really enjoyed every step, every moment and everything that i saw at this place..beberapa kali terdetik dalam hati, terbayang orang2 yang saya sayang..rasa nak bawa mereka semua ke tempat ini, lihat apa yang saya nampak, dan rasa apa yang saya rasa.....
owh..one more thing, i forgot to mention, this trip is also as a celebration as mr hasnul will turns to 25 on the next day..heehe.cerita hari jadi?..nantila..hehe~
March 1, 2010
one month..part I
well, maybe i should write about him a lot..biar dia malu baca cerita pasal diri sendiri...hehe
i think i just want to make a quick recap for each week in this month..
week #1
~excited baru sampai..macam budak2..excited tengok semua benda..excited is teruja..teruja tengok salji, teruja tengok pokok takde daun, teruja tengok signboard dalam tulisan german, teruja tengok makcik2 tua jalan sorang2 naik bas, teruja naik bas, teruja dengan sistem bas n train yang sangat efisien, teruja masuk kedai barang dan sibuk nak convert harga dalam euro ke ringgit, teruja dapat baju zara, teruja bila cakap keluar asap, teruja dan tak percaya dapat jalan, pegang tangan dan bergelak ketawa dengan hasnul munir......owh..lagi 1..jet lag...12 jam tidor..but thanx god, i recover very fast from jetlag..3rd day dah boleh tidor ikut waktu germany..
week#2
~mr hasnul munir kena masuk lab for the whole week..so i was left alone at home..mula2 takut..but then i'm ok..i really love the view from klenze apartment...sangat cantik..espcialy bila snowing..sangat2 cantik.dari 8th floor apartment, maybe half of regensburg is under my sight..and im so excited to be a housewife..seronok bila masak and ada orang akan makan dengan sangat banyak, not to mention sambil makan dia akan puji tak henti2..haha.so it is ok to be left alone..and in this week, we were busy packing our things to move to our new place..mr hasnul insisted not to get any help from his friends, and not to hire a cab, so we transferred our things by bus..setiap hari, bawa barang sikit2..sampai kadang2 terfikir jugak, kalau driver bus tu adalah orang yang sama setiap hari, mesti dia pelik tengok budak2 ni hari2 bawa beg besar naik bus tu..haha.
we moved completely on saturday.setelah bersusah payah memuaskan hati tuan rumah yang cerewet..sebelum boleh pindah, rumah tu mesti dicuci bersih macam hari pertama mr hasnul masuk.so kenala sental toilet kuat2, lap cermin tingkap even masa tu masih snowing, cat rumah supaya takde satu pun kotor kat dinding, dan macam2 lagi..penat,tapi syukur, at last dia puas hati jugak..~
to be continued---
February 9, 2010
t.u.n.g.g.u..
"abang dah makan?..berapa jam lagi abang balik"
"abang makan dah..maybe 2 jam lagi..ntahla, banyak lagi ni tak settle..buat la apa2..nak tidor dulu pun takpa.."
uhuh...mengeluh panjang..............
setelah saya begitu bersemangat untuk sambut dia balik, lambat pulak dia balik hari ni..huhu..agaknya camni la yang selalu tengok dalam drama2 melayu, isteri masak banyak2, pakai cantik2, pastu last2 tertidor kat sofa sebab suami lambat balik..hehehehe..bezanya, saya takla sanggup tunggu dan tak buat apa2 sampai tertidor dengan sangat sadis atas sofa kan..saya dah melayan 2-3 drama, dah puas stalk blog kawan2..berfb dengan rancaknya, dah berskype dengan bonda tersayang..dan macam2 lagi..tapi rasa frust tu ada la jugak sikit2..sebab saya sangat semangat dengan job baru saya ni...fulltime housewife..~
ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH TUHAN..
hari ini, saat entry ini ditulis, saya berada di apartment klenzestasse, regensburg, germany...
lebih tepat lagi, di meja tulis suami saya..yang sebelum ini hanya mampu saya lihat dari skrin laptop buruk saya masa kami bervideo call..
di luar, di balkoni, ada debu2 putih sedang berterbangan, debu yang buat saya sangat teruja...dan sesekali ada 2-3 ekor merpati datang menyinggah di balkoni.......
indah kan?....
ehehe....syukur yang amat sangat..dah seminggu saya menjejak kaki di bumi eropah ni..cukup2 seminggu hari ni..dah banyak hari berangan nak up blog tapi tak sempat..hari ni ada sket masa terluang..sedang belajar untuk adapt sebagai fulltime housewife..hari ni ada kemajuan..pukul 2.30 dah siap masak nasi, ayam tandori bakar (haha..ntahla resepi apa)..sup sayur and dah siap bancuh untuk buat pancake petang ni..oo..ada lagi, rumah dah siap kemas, baju pun siap di basuh...haha..suka hati, dah pandai buat kerja rumah...sebelum ni pun pandai je..tapi malas..sebab banyak lagi benda lain kena buat..skang dah memang takda keja lain..itu adalah kerja rasmmi saya...terbayang macammana mama mengadap kerja-kerja tu selama hampir 40 tahun..betapa sabarnya wanita itu kan?..
sepanjang seminggu ni, banyak dah pengalaman yang saya kaut...yang paling best, dapat merasa musim sejuk..dapat rasa pegang salji, jalan atas salji macam dalam winter sonata..teruja sorang2 tengok salji..kalau boleh, setiap inci jalan nak snap gambar..pengalaman2 tu, nanti la saya tulis..banyak sangat..semua ni kuasa tuhan, yang dah kabulkan doa saya..doa suami saya..
terima kasih Tuhan..segala puji bagiMu..