~atas permintaan seseorang, saya upload cerita ini, sambungan kepada part I..
Selepas 2 hari insiden cikgu yus kecik hati..kanak-kanak itu telah buat sesuatu..yang buat perasaan cikgu yus berkocak..
Cikgu yus tau..kanak-kanak tu mengadu pada cikgu X..mengkhabarkan alkisah cikgu yus yang merajuk n kecik hati..dan cikgu yus memang tak segan silu mengkhabarkan cerita hatinya yang terguris pada ahli-ahli kamar pendidik itu..kelas 5s6 dah memang sinonim dengan cikgu yus..semua orang akan tau apa saja yang jadi dengan 5s6, ada kena mengena dengan cikgu yus.jadi, mungkin cerita itu juga sampai pada cikgu X..dan mungkin dia lah orangnya yang mendorong kanak-kanak itu berdepan dengan cikgu yus..dats ok..bukan benda penting pun..kanak-kanak itu..yang sangat susah menjengah ke bilik guru..sebab takut dengan kekurangan dan kesalahan diri sendiri..rambut panjang, takda lencana, pakai selipar, macam2 lagi kesalahan disiplin, mana berani nak masuk bilik guru kan..hari itu..mereka masuk..dengan senyuman..dan di depan cikgu yus..mereka meluahkan kata maaf..
“cikgu..janganla camni…kami minta maaf” -ayat skema-
“kami lawak ja dengan cikgu hari tu..kami memang melawak kasar cikgu” -banyakla lawak-
“cikgu..saya faham cikgu ajar…hari tu bukan saya yang kata pun” –jenis tak mengaku salah-
“cikgu,kalau la saya ada sakitkan hati cikgu..saya minta maaf..dari hujung rambut..sampai hujung kaki…saya baru rasa nak boleh belajar ni..takut la kalau sebab ni saya tak boleh buat nanti..” - ................
Ayat terakhir tu..dari sorang kanak-kanak yang dah pun kena buang sekolah..tapi diterima masuk semula lepas rayuan, itupun dengan bersyarat..sambil mengucapkan ayat tu..ternampak matanya yang berkaca-kaca..cikgu yus tau dia ikhlas..sebab, kanak-kanak lelaki yang keras hati seperti itu..yang banyak kesalahan pernah dia buat.bukan kepakaran dia untuk menghasilkan riak wajah begitu..tersentuh hati cikgu yus..dalam nada tenang(mungkin sedikit bergetar menahan sebak)..cikgu yus pura-pura keras hati, dengan niat nak menegakkan juga egonya sebagai seorang guru...dan menunjukkan kematangannya di hadapan kanak-kanak itu..
"cikgu tak kesah..awak suka cikgu mana, awak faham cikgu mana..dan cikgu bukan marah sebab awak bandingkan cikgu dengan cikgu X..tapi awak kena ingat, sapa2 pun, yang pernah ajar awak, walaupun sikit..awak kena hormat dia, jaga hati dia..walaupun melawak, kena berjaga2..jangan sampai dia kecik hati..sebab dia yang akan doakan kejayaan awak..dah la..ampa ni buat drama lak..cikgu tak marah dah pun...ni mai mintak maaf sebab cikgu X suruh ka?"
kanak-kanak tu jawab..
"tak cikgu..tak...kami mmg sedaq sendiri..mmg nak minta maaf kat cikgu..."..
sesudah kanak2 tu keluar, tersenyum cikgu yus sendiri..nama pun kanak-kanak.....
dari dalam kamar pendidik, cikgu yus terdengar sayup suara kanak-kanak yang baru minta maaf tu menjerit pada kanak2 lain yang baru nak masuk minta maaf...
"wey...ampa tak payah naik pun takpa..cikgu kata dekat ampa dia memang tak maafkan dah sampai bila2...hahahaha"
~setelah hampir 4 bulan cerita ini cikgu yus peram dan tak upload..rasa2nya cikgu yus rindu kanak-kanak itu..kerana kanak-kanak itu telah memberi inspirasi, semangat dan pernah mematangkan cikgu yus.....
1 comment:
this is one part i love about academic world you know..instead of the challenges and those sakit hati thinggy~ suma ni akan mematangkan kita..dan aku rasa makin cepat tuwa bila dalam dunia pendidik ni~
hehehe
Post a Comment