October 28, 2015

Baba, kini di syurga.

Dah dua minggu.

Saya hanya mampu untuk merenung skrin kosong. Tak jumpa ayat untuk memulakan, dan setiap kali hanya akan berakhir dengan skrin yang dimatikan.

11 Oktober 2015.

Mr. Hasnul perlu hadiri assessment di KL. Saya dengan berat hati melepaskan dia pergi sendiri. Rasa sedih dari malam sebelumnya tapi saya sendiri tak pasti apa yang saya sedihkan. Bukan tak pernah kena tinggal pun sebelum ni. Saya sendiri juga yang tak mahu ikut sekali.

Pagi Ahad, suasana pagi seperti yang biasa. Saya singgah di rumah mama sebelum bergerak ke tempat kerja. Dalam terkocoh-kocoh mahu cepat, saya sempat kucup baba yang sedang tidur.Salam dan cium tangan mama. Dah dua malam baba nampak 'letih"..banyak tertidur dari berjaga. Dah banyak hari menolak minum susu, apatah lagi mahu menelan makan.

Kakak dah atur untuk panggilkan doktor ke rumah untuk drip baba, harapan agar baba kembali bertenaga.

Jam 2.30 petang, sedang saya dalam bilik mesyuarat, saya baca mesej-mesej dari Bang Itd dan Adik. Doktor yang merawat baba kata baba tenat. Saya semacam tak percaya. Dah setahun lebih baba terlantar, memang ada hari yang baba penat, bukan "tenat". Rasa bergelodak dalam hati, saya telefon mama.

" Macam mana Ma? Nak kena balik ke ni?"

"Entahlah..Mama tak tau nak cakap.."

Bukan jawapan yang biasa. Sebab selalunya mama akan kata, Baba okay, jangan bimbang.Tapi kenapa hari ni lain jawapan Mama? Terus lemah lutut saya, saya bergegas simpan barang-barang..memohon izin untuk keluar awal. Sampai di rumah, mama dan ada disisi baba..sedang membacakan Al-Quran. Bukan fenomena baru pun..selalu Mama buat begitu. Mata baba terpejam tenang, dada sesekali nampak berombak. Saya kucup baba dan mencapai Yasin untuk dibaca. Bang Jad sibuk buat panggilan maklumkan Baba seperti tenat. Selang beberapa minit, sampailah sahabat baik yang kami dah anggap seperti anak angkat baba, Ustaz Sarbini. Sahabat karib yang bermula sebagai pembantu baba, yang setia menghantar baba ke masjid-masjid dan majlis-majlis. Saya menyaksikan sendiri bagaimana Baba bantu Ustaz Sarbini daripada seorang yang biasa, hingga kini bergelar Ustaz yang disegani.

Ustaz Sarbini tanpa berkata apa-apa terus mencapai surah Yasin dan memulakan bacaan Yasin dengan lantang. Kami anak-anak terus dekatkan kerusi berada disekeliling katil baba untuk sama-sama membaca Yasin.Mama di sebelah sisi kiri, Bang Itd memegang tangan kiri, Dik An di hujung kaki kiri, saya di sudut kaki kanan, Paktam di sebelah kanan bersama Bang Jad dan Ustaz. Di pertengahan surah Yasin, saya lihat dada baba berombak bagai mahu melepas batuk. Mama urutkan dada baba, dan hampir di hujung surah, sekali lagi dada baba berombak. Bang Jad menerpa terus dikucup dahi baba dengan linangan air mata. Bang Jad selaku doktor dalam keluarga yang baba selalu banggakan, menjalankan tugas akhirnya ke atas baba dengan penuh tenang. Diperiksa nadi dan jantung baba. Di suluh lampu ke mata Baba yang nampak berair mata, dan melepaskan ayat syahdu yang menusuk kalbu. Baba dan tiada. Kami yang lain sudah menangis sedih.

Pergi sudah kekasih hati kami. Ketua keluarga yang kami sayangi. Pergi sudah Baba kami bertemu Rabbul Izzati.


Kami bergilir-gilir memeluk dan mencium Baba. Mama menangis sambil berkata.. "Baba orang baik..baik sangat..".. Ungkapan syahdu isteri solehah..bagai merelakan Baba pergi.

Terus terasa lemah badan saya. Hilang segala kekuatan saya, pergi bersama nafas akhir Baba.

Bang Jad mengarahkan saya untuk menyampaikan khabar sedih pada Kakak, Kak Cik, Hisan dan Dik Qah. Tugas berat yang saya cuba jalankan sebaik-baiknya. Menyampaikan khabar sedih, sambil sama-sama turut menangis di talian telefon. Kalaulah sampai tangan ini, mahu dipeluk setiap seorang, biar sama-sama dapat berkongsi rasa.


.............................

Setahun empat bulan Baba dah terlantar di atas katil, selepas jatuh sebelum Ramadhan tahun lepas. Baba bukan sehari dua sakit. Allah dah uji sejak 2005 apabila disahkan menghidap kanser tekak pada Tahap 3. Tapi keazaman yang luar biasa, untuk pesakit pada usia Baba, sel kanser berjaya dilawan hingga Doktor mengesahkan Baba pulih sepenuhnya. Magical! Itulah yang pernah doktor katakan.

Menjadi seorang cancer survivor, apa yang perlu ditanggung pasca rawatan kanser adalah lebih mencabar. Kesan sampingan rawatan telah melemahkan deria pendengaran Baba, membataskan tugas Baba sebagai seorang penyampai ilmu. Ditambah dengan insiden jatuh yang menyebabkan Baba tidak lagi mampu berjalan. Hanya terbaring di katil memerlukan perhatian sepenuhnya dari keluarga. Mama lah isteri solehah yang setia di sisi, menyuap makan, menyalin pakaian dan menurut setiap satu permintaan Baba.

Setahun empat bulan Baba terlantar sakit, bukan tidak pernah terlintas di minda kami, tentu sampai masa Baba akan dijemput pergi. Mati itu pasti. Pernah juga terlintas, jika Baba dah sakit lama, mungkin nanti ketiadaannya tak begitu terasa, mungkin kami akan cukup bersedia. Saya silap sama sekali. Setahun empat bulan Baba tak kemana-mana..berada di atas katil, berada di pandangan mata kami. Bila dia tiada, Allah sahaja yang tahu..betapa setiap kali saya terseksa mengharapkan Baba masih ada tertidur di sudut ruang tamu itu.

Allah sahaja lah yang tahu, betapa rindunya saya untuk pergi ke sisi katil Baba, mengucup tangan dan dahi Baba setiap kali sebelum keluar rumah. Memang setiap hari, sayalah yang paling lama di rumah Mama. Itupun setiap kali meminta diri, Baba selalu akan berkata, "Nak balik dah? Duduklah dulu.." Dan saya hanya mampu cakap.. "Dikna balik dulu..esok Dikna datang lagi.."
Kini semua tu tinggal memori.

Seribu satu memori..memang tak mampulah untuk saya luahkan di ruang ini.

....................................


Baba dah selamat bersemadi di tanah perkuburan tak jauh dari rumah kami. Perkuburan yang saya akan lalui setiap hari. Saya cuba memujuk hati, membayangkan Baba hanya berubah tempat tidur,sekarang sedang berehat di taman syurga, yang tentunya lebih selesa. Itulah juga doa kami setiap hari, moga Allah kasihi hero hati kami, diterangi kuburnya dengan sinar terang mendamaikan, dilapangkan ruang pembaringannya dan dikasihani dia dari seksa azab kubur. InsyaAllah akan tiba masanya kami semua akan kembali bersatu sekeluarga di Syurga. Memang itulah destinasi akhir kita.

Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa'afihi, wa'fuannhu. Amin.

Baba, Dikna rindu Baba. Dikna sayang Baba......


Nami Island, Korea. 2012.

Aidilfitri 2013. Mama dan Baba, Cinta hati kami.

Aidilfitri 2013. 

Aidilfitri 2015. Aidilfitri terakhir dapat dipeluk Baba.:'(

Aidiladha 2015. Sebulan  sebelum Baba ke syurga. 





August 31, 2015

Not funny.

I uploaded a photo of me and my husband posing on our friend's dais. And then came this one man, my husband's friend..commenting about "cawangan" blablabla.. I don't get the joke..cause it is not funny at all. Oh man, this is not me being emotional. But marriage is a serious matter.

Why would you make a stupid joke on someone's marriage? And the worst part is..it is a lovely photo of two happily married couple. Show some respect. Kalau tak ada benda baik nak komen..tak payah lah nak tulis apa-apa.

Sometimes I wonder..memang orang laki teringin sangat ke ada banyak bini? Or "cawangan" as they said?

Well now I am emotional. 😈😈😡😡

August 9, 2015

6 tahun jagung.

I have to write something, and I actually write for myself. But I'll let you read my thoughts.

07.08.09-07.08.15

Dah 6 tahun.

Terasa macam ada perasaan lega. Susah juga nak gambarkan lega yang bagaimana.

Kebetulannya 3 hari sebelum anniversary ke 6 ni, Mr Hasnul ada training di KL. Dan dia bersungguh minta saya ambil cuti supaya boleh ikut dia. Anak-anak pun dah lama sangat tak dibawa berehat-rehat.

Alhamdulillah.Allah mudahkan. Cuti lulus, dan Mr Hasnul dapat suite yang sangat selesa untuk kami anak-beranak.

Kalau sebelum-sebelum ini, saya suka berangan sambutan itu ini, dilayan begitu begini, tapi kali ini saya jadi lain. Entah kenapa, kali ini saya menjadi sangat hmm..tenang (kot?..tak jumpa perkataan nak describe). Saya dah faham betapa suami saya bukanlah jenis romantik dan mampu ekspresi segala rasa dia seperti saya. Jadi saya berhenti berharap pada segala impian dongeng fantasi. Saya ubah cara. Saya sendiri yang suka sambutan-sambutan remeh pada tarikh-tarikh yang saya rasa bermakna bagi saya. Jadi biar saya yang buat. Biar saya yang sambut.. =)

Sebulan lebih awal, saya dah pun beli hadiah untuk kami berdua. Beli hadiah untuk suami, dan beli hadiah untuk diri sendiri,. hehe. Cuba nak buat surprise, yang hampir-hampir kantoi di hujung. Mr Hasnul tanya apa plan untuk celebrate, saya kata saya akan ikut saja apa cadangan dia.

Rupa-rupanya bila saya serahkan sepenuhnya, dia sendiri dah ada rancangan yang lebih manis. Selesai training, dia minta saya dan anak-anak bersiap untuk dinner. Dinner dengan anak-anak lelaki yang tengah lasak kan. Apalah sangat yang boleh dijangka. Seorang panjat meja, seorang main-main bawah meja. But for us, the dinner went on well. tak ada yang menangis, tak ada yang mengamuk, tak ada pinggan pecah kira ok lah tu=)

Masa tengah dinner, unexpectedly Mr Hasnul pegang tangan, and wish happy anniversary. Panas juga pipi saya,.hati memang tentulah berbunga-bunga. Sejak kawen and ada anak ni, dia makin pemalu rasanya. Bukanlah selalu dia sempat pegang-pegang tangan ni. Lagipun selalunya kan masing-masing sibuk dengan anak. Dia bersungguh cerita pada Yim, "Hari ni lah hari mama dengan papa kawen.."

Sambil-sambil jalan pun sesekali dia pegang tangan, peluk pinggang..macam dulu-dulu..haha.. Dia nak belikan handbag untuk saya, tapi tak jumpa pula yang berkenan.Saya pun taklah rasa kecewa. Perhaps, i don't fancy gifts anymore. 😅

The next morning after the breakfast, I hand him the gift.Hadiah jam tangan untuk gantikan jam tangan hantaran yang dah rosak. Dia cuba buat-buat terkejut walaupun saya dah tau dia terjumpa kotak jam tu masa cari pampers anak dalam beg.haha. Saya gelakkan dia bila tengok cubaan buat-buat terkejut tu. Sweet juga bila tengok dia cuba ambil hati saya.hehe .We both laughed out loud. And we ended up hugging each other. Despite all the fights we had throughout these years, we know how much we love and need each other.This is us.

Rumahtangga kami bukanlah yang paling bahagia, Bukanlah aman setiap masa. 6 tahun hidup bersama bukan ketawa sahaja yang kami pernah rasa. Banyak lagi jerit pekik tangis yang kami dah redah sama-sama.

Banyak lagi perlu diperelok. Saya sungguh-sungguh berdoa semoga Allah limpahkan rahmah dalam ikatan ini. Janganlah diuji iman kami yang nipis ini, permudahkanlah urusan kami. Semoga perkahwinan ini menjadi tiket mudah untuk kami ke syurga. Kita doakan sama-sama. =)

.Nyawa.












July 29, 2015

Patah.

Ada satu-satu masa. Saya jadi sangat melankolik.

Rasa patah hati. Dan tak mampu pun untuk pasrah.

Kemudian satu hari..terjumpa ayat di atas ketika lawatan buang masa pada media sosial. Rasa terjelepuk malu. Banyaklah kau punya patah hati. Melankolik bagai. Padahal hati sendiri tu bermasalah. Jauh dah. Entah apa dikejar sampai ralit begini.

Astaghfirullah.

May 26, 2015

the sweet escape.

This (almost) half of the year was pretty hectic...

We both have been very, very busy.

So bila dapat 'lari' sekejap dari segala benda yang melelahkan..terasalah sangat bahagia.Ewah giteww.

Trip 2 hari satu malam, to our favourite island..=)

Tempah motel murah yang betul-betul dekat laut, naik feri-sampai-sewa keta-check in-main pasir-tengok sunset-makan malam-tidur-bangun subuh-main pasir-mandi laut-check out-beli cekelat-jeling jeling je kat pinggan mangkuk-naik feri-balik...Simple yet memorable.=)
















Sekian.

April 5, 2015

4/12

Keja banyak. Badan letih. Jiwa sakit. Otak penat.

Dia punya penat tu..tahap masuk toilet, mengadap cermin nak gosok gigi. Sambil otak melayang tembus dinding..sedar-sedar je rasa pahit melekit dalam mulut. Sh** lah! Boleh silap letak cleanser kat berus gigi.

Bazir je..selalu picit cleanser hujung jari je..kena jimat lah dah era gst ni..


Nak cuti...
Nak lari tengah padang bunga.
Nak melunjur kat pantai tunggu ombak cecah kaki..

Paling tak pun...nak sangat tidor nyenyak tanpa perlu remind myself apa nak kena buat pagi esok.

😢😢😢😢😢😂😂😂😂😂

March 20, 2015

It's a tote bag. Just a bag.

I was scrolling on my FB news feed when I saw a Saiful Nang's post. It's an advertisement of Sarcasteek tote bag. A very cute bag with "Cikgu Baik" design printed on it...I read the comments..ada 2-3 orang perempuan tagged their husband's name. So I was like.."Best jugak ni kalau ada orang bagi hadiah.."

Instead of tagging Mr Hasnul's name, I showed him the post..

Papa..mama nak ni.. *sambil senyum sipu-sipu penuh pengharapan*

Apa ni?

Beg.

Beg apa? Nak buat apa?

Alah..beg lah.

Berapa??

70..             *senyum lagi*

Mahalnyaaa..


Duuhh.. Terus drop mood saya. Being a working woman. I have become very independent. I buy most of my things by myself. I hardly asked for a gift, or even money. But today sesaja lah gatal nak manja..teringin pulak kalau ada orang  bagi hadiah. So I directly asked him. Bila dia query banyak-banyak tu..i memang dah rasa tak nak pun. Merajuk. If I really want it..nak beli seratus bijik pun boleh. But you know lah..hmm..saja je I nak rasa fefeeling dapat hadiah.

Kalau masa bercinta dulu kemain lah..jeling sket je kat mall..sah-sah dah dapat surpise gift.. But now dah nak masuk 6 tahun kawen..what do you expect kan?huhu.. But I don't blame my husband. I know him well..my husband..he is very realistic..benda kalau tak nampak sangat keperluan tu..memang dia tak tunjuk minat..Sebab tu dia suka soal.. "Nak buat apa?" or "Bukan dah ada ke?". Tapi kalau benda yang memang dah planned nak beli,dan ada keperluannya..sedaya upaya dia akan cari.. Don't get me wrong..this is not about the money..Mr Hasnul adalah orang paling pemurah..cuma dia tak suka benda tak da tujuan..totally opposite of me..heeehe..

Menghampiri 30 tahun ni, I think I've become very sensitive. Asyik terasa je. Rasa orang tak sayang, rasa failed, rasa macam tak cukup baik, rasa insecure. Tapi yang lawaknya, dia tak perasan pun.haha. Macam sekarang, I am actually sulking, but he just act normal.. Adalah jugak dia tanya, "Ada yang tak kena ke eh?"..  Maybe sebab dia perasan saya tetiba tak banyak cakap.. Merajuk takkan nak jadi ramah tamah lak kan. Mestilah tunjuk jugak rebel tu. Tapi takkan sampai nak mengaku cakap merajuk kan..huhu.. Dah tua ni, sendiri merajuk, sendiri lah pujuk. Gitu hah kekdahnya...huhuhu. Aihetttccyuuu!!







March 12, 2015

What if....?

What if...today is my last day?

What if...I don't wake up tomorrow?

What if...you'll never see me anymore?


Will you be happy?

Will you be okay?



Entah. I don't know.



March 1, 2015

Abah.

Ini adalah satu catatan penuh rasa.. Ada rasa sedih......dan ada banyak rasa sedih...

Tanggal 18.02.2015..pagi Rabu yang dingin..abah mertua saya telah dijemput pulang oleh penciptanya. Sungguh mudah..sungguh cepat. Baru sahaja kami bertemu Ahad sebelumnya..Ahad tu lepas sesi sekolah..Mr Hasnul jemput saya di sekolah dan dia ajak lunch di rumah mertua..saya memang penat tapi saya tak menolak..hati saya mmg terasa nak ke sana..sampai sahaja di pintu rumah..Tok Abah dah standby belakang pintu..nak mengacah Yim..benda biasa dia buat..sepanjang petang kami berbual dengan abah macam biasa. Abah tanya jadual kelas saya sebab nak plan untuk makan-makan sempena cuti raya cina. Memang selalu abahlah yang beriya plan untuk gather kami anak beranak. Tok Abah beriya layan Yim.. Mula-mula dia basuh tempat wudhuk dengan Yim..selesai basuh dia ajak pulak Yim kutip sayur di laman rumah dia..abang Yim memang happy main dengan Tok Abah..naik moto sama2..siram pokok sama2..tengok fish sama2.. sebelum balik kami minta diri nak pulang..saya salam cium tangan Abah..memang saya ingat..ayat yang  saya ucap ..terima kasih abah.. ( sebab jagakan anak-anak saya)

Kami melambai dan berlalu pergi..tanpa kami ketahui..itulah gurau senda, bual bicara dan gelak ketawa terakhir kami.. :'(

Pagi Selasa. Mr Hasnul call maklumkan dia dalan perjalanan pulang sebab abah ada di ward emergency..nak buat ecg sebab dia sakit dada..saya minta izin nak ikut sama..tapi Mr Hasnul kata tak payahlah..Mungkin check up biasa saja..saya pun sambung kerja macam biasa..tapi setengah jam kemudiannya Mr Hasnul cal lagi..Dalam esak dia minta saya datang hospital segera. Saya tinggalkan semua urusan di tempat kerja..rasa lemah lutut..tapi pantas saya ke kereta. Sampai di hospital semua dah menangis. Abah kena heart attack.Abah yang selalu saya lihat sihat pertama kalinya diserang sakit jantung. Doktor tanpa selindung memaklumkan keadaan abah yang kritikal..tekanan darah terlalu rendah dan nadi terlalu lemah. Terbaring lesu di zon merah..

Seharianlah kami disitu. Berdoa mohon Allah berikan keajaiban..berikan lebih masa untuk kami bersama. Kali pertamalah juga disitu saya lihat kesedihan Mr Hasnul. Anak sulung yang sentiasa patuh pada ayahnya. Berkali-kali Mr Hasnil titipkan doa yang sungguh syahdu untuk kami aminkan.. Surah Yasin tak henti dibacakan..

Petangnya..saya masuk bertemu abah di ward CCU. Nurse sedang sedut darah dari mulut abah..badan abah bergerak..mungkin tahan sakit..kaki abah juga terangkat mungkin tak selesa..mungkin refleks sebab nurse sedang masukkan tiub.Nurse cuba tenangkan Abah. Saya pegang tangan abah.. "Abah..yus datang ni..abah kena kuat.."... dan ayat-ayat berikut hanya penuh sendu tangis..tapi saya nampak abah jatuhkan kaki..seolah-olah abah dengar cakap saya..Sebaknya tuhan sahajalah yang tahu. Saya terpaksa pulang maghrib tu .Sebab anak2 ditinggal di rumah mama..sebelum tamat masa melawat..Mr Hasnul kumpulkan kami semua dalam ward CCU tu. Bilik nombor satu. Mr Hasnul minta semua dari kami agar memaafkan salah abah andai ada..dan redha dengan  takdir Allah. Di atur seorang-seorang dari kami agar mengucup abah dan bisikkan kalimah syahadah..Matang suami saya petang itu...Serta merta menjadi ketua keluarga .Ruang bilik nombor satu hanya penuh dengan duka..Syahdu hanya tuhanlah yang tahu. Surah Yasin dibacakan sekali lagi..Cukup masa..saya minta undur diri..terpaksa tinggalkan abah dengan mereka yang lain.

Pagi Rabu.

Saya dirumah mama menguruskan anak-anak. Cadangnya lepas selesai sarapan saya nak ke hospital melawat Abah lagi.

10.20 pagi.. saya terima panggilan paling sayu dari Mr. Hasnul.. "Yus..abah dah takde..kita redha ye.."
Airmata saya mengalir laju. Pergi sudah bapa mertua saya. Menjadi menantu hampir enam tahun,terasa saya sungguh rapat dengan abah. Saya kenal Abah sebelum saya dan Mr Hasnul bercinta lagi. Abah adalah kenalan baba..sebelum apa-apa lagi Abah dah banyak berhubung dengan mama baba.

Selepas berkahwin dan balik dari Germany, kami berjumpa hampir setiap minggu,sebab memang destinasi wajib hujung minggu adalah rumah mertua saya. Dan saya selaku menantu yang peramah, semua benda saya akan cerita pada Abah. Dari hal anak-anak, ataupun hal kerja. Dan Abah selalu layan saja cerita saya. Terbayang sekali sekala bila rindu cucu-cucu, abah akan whatsapp minta saya post gambar anak-anak. Atau setiap kali Mr Hasnul outstation abah akan mesej tanya saya dan anak-anak ok tak. Satu-satu bayangan bermain semula difikiran..dan tentunya diiringi dengan sedu sedan.

Abah disemadikan selepas Asar hari Rabu, bersebelahan kubur ayahandanya selepas solat jenazah berimamkan anak sulungnya, iaitu suami saya. Syukur tuhan permudahkan Mr Hasnul untuk menunaikan tanggungjawab akhir seorang anak, sebelum menghantar Abah ke taman syurga. Abah meninggalkan Mr Hasnul pada hari  yang sama sepatutnya dia meraikan ulang tahun genapnya usia dia 30 tahun. Saya dah sediakan kejutan untuk Mr Hasnul, tapi Allah lebih berkuasa membuat kejutan untuk kami semua. Mr Hasnul di'hadiah'kan dengan amanah yang besar dan berat.. Subhanallah..moga Allah bantu kami semua..

Selamat tinggal abah..Terima kasih atas segala yang Abah curahkan selama ini. Insya Allah, Allah akan balas kebaikan Abah dengan kebaikan..tenanglah disana, kami akan selamanya merindui Abah..

Al-Fatihah.

January 2015, Aqil's first birthday- our humble celebration with Tok Abah.

March 2014, Langkawi.

February 19, 2015

Aqil Laith. My Baby Boy.

This post is specially dedicated to my baby boy... Muhammad Aqil Laith Bin Hasnul.Munir.

Adik sayang,
Walaupun mama tak buat catatan milestone adik secara details..tapi mama ingat dan mama raikan setiap kejayaan kecil sepanjang pembesaran adik.penuh gallery mama dengn gambar adik ( juga gambar abg yim dan tentunya gambar mama selfie..hehe.)


Di hari pertama adik lahir..lawatan pertama mama ke nursery hospital untuk susukan adik..mama tak lah larat sangat..tapi mama gagahkan diri..kuat sebab rindu adik..padahal baru berapa jam terpisah lepas mama lahirkan adik..Nurse letak adik atas pangkuan mama..adik nangis nak susu..tapi susu masa tu tak keluar lagi..mama mula2 gelabah kekok tak tau nak pujuk adik cara apa..semua koleksi zikir-zikir yang biasa mama lagukan untuk dodoi abang yim dulu macam hilang..tiba-tiba satu je terlintas..asma-ul husna..99 nama Allah...mama dodoikan adik.adik terus berhenti nangis..lelap semula dalam pelukan mama...itulah dodoi pertama mama untuk adik...





Sebelum adik ahir lagi mama dah berhasrat nak jadi lebih baik..banyak kelemahan mama masa besarkan abang yim..mama nak perbaiki..

Detik berpantang memang mencabar, mama nak manjakan adik..tapi abang Yim pun tak oleh luak perhatian. Mama selalu sedih bila terpaksa bahagikan perhatian. Adik dan Abang Yim dua-dua mama sayang..setara..tapi banyaknya Allah saja tahu..

First outing Adik lepas mama pantang, kita ke tepi laut..raikan Teh Yai sebelum dia balik Mesir. Mama teruja sebab buat pertama kalinya  mama kendong Adik (outdoor). Ilmu baru yang mama belajar. Adik sangat selesa dalam wrap, sentiasa dekat dengan hati mama..dan kepala adik sentiasa jadi spot mama cium. Dalam masa yang sama mama boleh pimpim tangan Abang Yim..Boleh pegang tangan papa..rasa adil untuk semua.. Dengan Adik mama belajar dan mula berubah menjadi babywearer tegar. =)








Adik membesar normal dan dengan jayanya.. lepas pantang kita pulang ke rumah kita, tapi enam bulan pertama adik di jaga oleh Siti.. takdir Tuhan, pertengahan bulan 6, Sidi jatuh dan patah kaki..Siti tak mampu lagi nak jaga adik sebab kena jaga Sidi..tapi Allah atur cantik untuk kita, Tok Mama baru je berpencen..jadi Tok Abah dan Tok Mama rela hati jagakan adik..masa tu bulan Ramadhan..sepanjang bulan puasa tu Tok Mama, Tok Abah dan Acik jaga adik..lepas raya mama hantar ke Taska sama-sama dengan abang Yim. Abang Yim memang protective jaga adik..walaupun sekali sekala dia akan serang adik bila tak tahan cemburu. Sebab tu adik jadi lasak..adik memang kuat dan berani..segagah nama adik.. Laith..

Syukur mama berjaya juga memenuhi 6 bulan untuk menyusukan adik secara ekslusif.. Sayangnya lepas enam bulan, masa Sidi sakit, mama pun turut sama tak stabil..asyik pitam sebab blood pressure rendah..bulan puasa pulak masa tu kan..so dalam terpaksa adik diberi juga formula..tapi masa tu adik dah memang mulakan solid feeding.. sebagai ganti tak mampu sediakan stok susu untuk adik..mama memang bertekad untuk sediakan homemade food sahaja. Alhamdulillah..sehingga adik setahun..mama berjaya sediakan bekal untuk adik setiap pagi..tak langsung disuap makanan segera (cerelac ke nestum ke..baby biscuit ke) untuk adik. Kadang-kadang papa yang masakkan bubur untuk adik..ikutlah siapa yang sempat..kira sama-sama ganding bahu nak menjayakan misi homemade food untuk adik.. =)


Adik mula langkah pertama bulan Disember 2014...hampir setahun jugak..sebab adik manja..hehe..tapi lepas setahun sebulan adik dah boleh lari..

 Hari lahir adik yang pertama, mama papa bawak kita sekeluarga ke photoshoot..memang mama yang beriya-iya carikan photographer..book tarikh and pilih tempat..tapi of course la dengan sokongan papa..sama macam masa birthday abang Yim. Kalau boleh mama nak jadikan tradisi..kalau direzekikan ada lagi adik-adik lepas ni..biar setiap kali hari jadi pertama kita ada gambar sama-sama.. Biar ada kenangan yang boleh dilihat mata..=)








Alhamdulillah...indah mama rasa setiap hari dengan adik..Sihatlah sayang..besarlah dengan baik..jadilah anak soleh yang akan doakan mama..jadilah mukmin sejati yang akan pertahankan agama..berjayalah dalam segala-gala sayang..doa mama yang terbaik untuk anak-anak mama..

Mama sayang adik..Moga Allah satukan kita sekeluarga sentiasa. Moga dia limpahi kita dengan rahmat yang sangat banyak, Moga terpelihara kita dari kejahatan dunia dan akhirat.


December 17, 2014

A wife's rambles

Ada orang pernah cakap..kita sebagai isteri..memang tak mampu dan tak berdaya nak kawal apa yang jadi pada suami kita di belakang mata kita.

Ke mana dia menyinggah sebelum sampai rumah.
Dengan siapa dia lunch.
Pada siapa dia lemparkan senyuman.
Apatah lagi hati siapa yang dia sentuh.

Kalau seabstrak itu kita nak kawal..gila lah kita jadinya.

Saya selaku isteri acahacahsolehah..try jugak untuk tak ganggu dan hormati privacy dia.  Tapi naluri kewanitaan yang penuh dengan syak wasangka ni bukan senang untuk disembunyi. Kadang2 teringin jugak nak tau..dengan siapalah laki aku lunch hari ni..seboleh-bolehnya saya kawal rasa ingin tahu tu. Tapi kalau dah tak tahan sangat..terpaksalah mesej jugak..tapi sedaya mungkin akan cari ayat yang tak obvious sangat..hehe.

Hi.
Dah lunch?
Sedap?
Makan dengan siapa?

Samalah jugak dengan mesej2 dia dalam kumpulan whatsapp..rasa malas nak ambil tahu. Kononnya nak hormat ruang peribadi dia. Tapiiiii mana boleh!!

Ada jugak pernah saya gatal tangan baca mesej2 kat group whatsapp kerja dia. Amboih kemain melawak sesama ahli group. Mula-mula simpan je perasaan, tapi being me, mana oleh pendam. Saya luahkan jugak kat Mr Hasnul. Saya cakap saya tak suka dia melawak lebih-lebih. Kalau dengan saya dia reply sepatah dua je,,kenapa nak reply banyak-banyak dengan kawan (especialy kalau perempuan kan?)haha .

Walaupun saya ramah..tapi di tempat kerja saya adalah sangat profesional. Saya tak pernah makan semeja dengan kawan kerja lelaki, Nak tumpang2 naik kereta memang lagi lah tidak. Sebab apa? Because I am someone's wife. And I want to save everything for my dear husband..saya akan mengelak apa saja perbuatan yang saya tak suka kalau dia buat..


Nampak macam cemburu gila kan saya ni?But I believe this is not about jealousy only.Tapi lebih kepada menjaga hati. Syaitan ada di mana-mana. Benda sekecil kuman pun syaitan boleh guna buat modal nak sesatkan kita. Jadi kita yang iman seciput ni, eloklah kalau mengelak apa yang patut.

Dan jangan pula ingat saya tak percaya. Mana ada tak percaya...Percayaaaaaaa sangat!! hehe.








p/s: Abang, senyum jangan marah. I love you!

October 15, 2014

That awkward moment.

Hari tu...saya jumpa sorang kawan lama. Kawan lama dan kawan baik.

Duduk dekat tapi dah setahun jugak tak jumpa. God knows how much I missed her.

Tapi bila dah jumpa, jadi kelu tak reti lah nak borak macam dulu.

Awkward.

Tak tahu nak mula bicara tentang apa. Being a mother, I can't help myself but to tell people about my kids. Tapi kadang-kala rasa takut orang terasa. Especially untuk kawan-kawan yang masih single ataupun belum dikurniakan anak. Secebis zarah pun tak ada niat nak menunjuk perihal anak/suami/keluarga. Tapi benda tu dah jadi terbiasa.

Dah...itu je pun yang kita ada. Takkan nak borak berlagak bujang pulak kan.

Saya cuba kawal diri depan kawan saya, cuba untuk bersembang hal-hal yang tak sensitif. Sembang tentang business, kerja etc. Kalau Fynn Jamal kata bincang pasal weather...cer tanya dia..berapa lama boleh discuss pasal weather bila sembang dengan kawan?..

"Hari ni panas kan"
"Aaah...setiap hari pun panas."
"Lama tak hujan.."
"Tu ah...panas sungguh.."

Hah..Lepas tu nak sambung apa pulak?? Hmm..

Biasalah kalau jumpa kawan sekolah, mesti terkeluar jugak cerita kawan-kawan lama. Tapi tetap janggal tu ada.

"Eh..hari tu aku jumpa XYZ..."
"Dia datang dengan sapa?"
"Dia bawak anak.."
"Oooh.."

Then sambung lagi cerita...

"Hang tau...PQRS la ni duk couple dengan MNO..depa duk plan nak kawen dah.." Eh.

Pendek kata semuanya jadi tak kena.

Selalu saya baca kat FB pasal luahan orang-orang single atau yang belum punya anak yang terasa dengan pertanyaan orang, "Bila nak kawen?' ""Anak dah berapa?"

Saya tau betapa terasa menyucuknya soalan begitu ketika kita betul mengharapkan kita punya apa saja yang dipunyai orang. Tapi kadang-kadang bila letakkan tempat kita di pihak berbeza, saya percaya tak semua orang yang ajukan soalan begitu berniat jahat sengaja nak lukakan hati. Ada yang ikhlas bertanya sekadar membuka bicara, sekadar mengharapkan dapat berkongsi segala cerita. Ada yang bertanya, dengan harapan boleh mendengar khabar gembira. Tapi ye lah, tak nafikan.. ada yang bertanya memang niat untuk sakitkan hati. Manusia ni kan banyak rupa, banyak ragam.

Lepas kawan saya dah balik, saya rasa sayu. We used to be very closed. We used to share so many secrets. And she used to be my person. Mana entah hilang semua tu. Salah saya kah sebab cepat ketemu jodoh? Silapkah saya saat saya terpaksa utamakan anak-anak?huhu..

I wish I could always be there for you, in your every ups and downs. I pray that God will grant everything that you've wished for. May God keep you safe, happy and shower you with lots of love.


ok. Sedih.




August 28, 2014

Papa Yambat Syangat

Dua malam yang lepas.

Jam dah pukul 9.40 malam, kami singgah ke mini supermarket dekat rumah. Hujan lebat. Mr Hasnul cakap nak turun sorang je sebab nak singgah beli diapers je pun. Tapi macam biasalah, anak sulung yang cukup manja dengan papa dia tu mana pernahnya tak ikut. Mr Hasnul mengalah, dibukanya payung dan didukung anak lelaki tu masuk bersama-sama.

10 minit berikutnya, keluarlah kedua beranak tu dengan plastik mainan ditangan. Mr Hasnul hantarkan Yim ke kereta, dan dia masuk semula dalam kedai untuk ambil barang-barang lain yang dah dibeli. Pekerja kedai dah mula tutup lampu, dah turunkan pintu kedai separuh tanda masa perniagaan hampir tamat. Yim yang mulanya leka dengan mainan baru tiba-tiba bangun berdiri.

"Mama...mana papa ni.. yambat syangat ni.."
"Ala tunggu la jap..papa masuk ambil barang..tadi kan papa dukung Yim..tak boleh angkat barang banyak..."

Dia senyap kejap..termakan pujuk saya. Tak sampai seminit, bangun lagi sambil mata terarah ke pintu kedai. Kelihatan pekerja kedai turunkan pintu lagi sebelah...

"Hoooi orang...jangan tutup..papa Yim mana...orang...jangan la tutup..tunggu papa Yim."

Meraung-raung anak syurga tu dari dalam kereta..ketara gelisah dia bila pintu kedai makin tutup tapi papa kesayangan dia belum pun keluar.. Suara dia dah mula bergetar tanda nak menangis..

Saya di sebelah terasa sebak. Anak kecil tu sungguh ikhlas. Sungguh risau bila papa yang disayang-sayang, 'hilang' seketika dari pandangan dia. Saya tak mampu bayangkan apa gelodak hati anak sekecil tu. Dan saya cepat-cepat tepis gambaran sedih yang terlintas di hati. Tak sampai seminit berikut, keluarlah seorang lelaki tinggi dengan beg plastik penuh di tangan.

"Mama ...tu papa Yim mai dah.."

Tersenyum ceria. Nampak kelegaan di mata dia.

Hati saya menangis sebak.


Ya Allah, aku mohon Kau satukan kami sentiasa, pinjamkan kami kebahagiaan ini hingga ke syurga. Tuhan yang Maha Kaya.

August 14, 2014

What five years did to us.

We survived the first five wonderful years of our marriage. Yay!

Our biggest "achievement" at this point, obviously is our growing family. Dari berdua dah jadi berempat, dan mungkin akan bertambah lagi..=)

But we, didn't 'grow' too much..be it physically or even mentally.haha. I'm still at my pre-wedding weight..tak bertambah pun..still sekeping macam tu jugak. Ketinggian memang tau dah la kan mustahil nak tinggi dah. Still paras ketiak Mr Hasnul..

Saya masih lagi seorang perempuan tak matang yang selalu berangan yang bukan-bukan. Kadang-kadang bila Mr Hasnul balik lewat atau lambat jemput saya dari rumah mama, saya berangan dia ada kat rumah tengah set-up roses atas katil, pasang lilin untuk candle light dinner....wahahaha..  See? Dari first anniversary tak habis-habis berangan nak candle light dinner.. Banyak tengok drama camtulah jadinya.hehe. Saya masih lagi merajuk bila dia tak 'like' post2 manja di facebook. Saya masih lagi tarik muncung bila dia tak puji pun even after saya dah bersiap..masih lagi perangai budak-budak walaupun dah jadi mak budak.

Dan dia pun masih lelaki yang sama. Masih lagi lelaki yang jawab sepatah perkataan, untuk seratus patah perkataan dalam soalan saya. Masih lagi lelaki yang percaya dalam perkahwinan ada keperluan yang mesti diutamakan dulu sebelum boleh tunaikan angan-angan saya yang tak pernah sudah. Lelaki yang percaya realiti perlu dirancang teliti, bukan boleh main redah sesuka hati. Dan tentunya dia masih lagi lelaki yang tak mungkin buat ucapan sayang secara terbuka. Pemalu rupanya.haha.

Selepas 5 tahun, saya masih lagi dalam fasa 'mengenali hati budi' lelaki yang saya kahwini. Kadang-kadang rasa macam kenal sangat dah. Tapi kadang-kadang rasa banyak lagi yang nak belajar tentang lelaki yang seorang ini. Banyak yang saya tak dapat nak duga. Samalah juga saya rasa dia masih 'mendalami' hati saya..sebab saya kadang-kadang rasa dia 'tak kenal' saya sepenuhnya..hmm..

But to think it positively, rasanya bagus jugak bila kami masih 'berkenalan'. Nama pun life-time partner kan..memang ada banyak masa untuk 'kenal-kenal' ni..

To my dear husband, thank you for choosing this immature girl as your partner. You are my best friend, my lover, my bittersweet coffee. Delicious, tasteful and addictive..hahaha. 

Thank you...for everything. 


August 11, 2014

.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Penat.

June 23, 2014

tersurat dan tersirat

Mr Hasnul pegi camping dengan kawan-kawan 3 hari. Masuk ke hutan tanpa talian telefon apatah lagi internet. So totally no connection between us. Sehari sebelum dia bertolak, baba tergelincir jatuh sampai patah tulang peha. Mulanya dia dah serba salah nak teruskan plan dia atu..tapi saya suruh dia proceed since dah lama plan.

Dua benda dalam satu masa. Dua pergantungan terbesar hidup saya. Mama dan Mr Hasnul. Sebelum ni saya bergantung sepenuhnya pada mama especially bab jaga anak2. Kalau kena kursus ke etc semua mama yang akan jaga anak saya. Semualah.. So now mama dah kena temankan baba kat hospital..i have to take care of everything ....alone. Celah-celah ni pulak Yim demam..tak boleh la nak hantar ke taska.

Mujurlah MIL dan FIL sangat baik membantu saya.

Terasanya ketiadaan Mr Hasnul. Rindu. Terbayang apalah dia buat dalam hutan tu. Ingat ke kat saya? Ingat ke kat anak2? Ada tak dia try call saya macam saya buat setiap hari walaupun tau dah tak da line?

Then..saya struggle setiap pagi untuk atur perjalanan harian saya.. nak drop anak kat mana..nak pegi hospital lawat baba pukul berapa etc.

Saya ni manja dan tak kuat. Dah jadi macam ni..saya dah rasa susah gila.

Macam sekarang..saya adalah buntu taktau nak pegi mana lepas balik sekolah. Anak2 ada di rumah keluarga Mr Hasnul. Tapi MIL nak keluar pukul 4, saya pulak nak melawat baba..last-last saya stay kat Lab sambil nangis sorang2.

Bodoh.

Dalam hati saya cuma harap Mr Hasnul balik cepat. He is my biggest support system. Baliklah dengan selamat. I just want to hug him tight. Rasa nak nangis puas-puas kat dada dia...dont you ever leave me again abang!!!! I can't do this alone.. You are officially prohibited for any masuk hutan event lepas ni. Nak masuk hutan ke nak mancing ke nak hiking ke..cari hutan yang ada line..huhuhuhuhu.

Tapi kan...I'm afraid..bila dia balik.ayat yang keluar dari mulut saya ialah..

"Syok la tu kan..tinggal orang sorang2.."
"Puas dah jalan2 tinggal anak bini?"
"Ingat tak mau balik dah"

Sedangkan yang sebenarnya tersirat totally lain.








"I miss u". Itu yang tersirat.













May 14, 2014

Another year.

11 Mei 2014
10.30 malam

Senyum sorang-sorang, ajak Qayyim ikut dia.

"Yim sinilah...ikut papa jap.."
"Yim tak mau..Yim nak main.." sambil tekun mengadap longgok mainan yang penuh bersepah depan tv.
"Alaa..Yim...kejap je.."

Berlalu di sebalik dinding..datang dengan paper bag besar.. 
"Happy birthday..Yim cepatla cakap kat mama..papa dah ajar tadi kan.."
"Epi...yuuuuuu.."

Haha. Tak surprise pun, sebab Yim dah pecah rahsia cakap siang tadi papa bawak pi Alor Star Mall. Dah agak lah ada hadiah.  Memang saja je tunggu nak tengok permainan dia. =)

Memori sangat isi dalam tu, sebab dia bagi hadiah yang sama macam birthday tahun 2006.
Nescafe tu biasalah, nak tambah efek sweet. Tau sangat kita suka kopi kan..=)

12 Mei 2014
12.00 tengah malam

Mesej bermakna, dari sahabat lama. Terharu.




12 Mei 2014
12.45 tengah hari


Paparan handphone, “Mamaku Sayang”

“Assalamualaikum, ada kelas tak?’
“Baru habis kelas, ma..”

“Mama teringat kat Dikna. Hari ni hari lahir Dikna kan..dikna lahir tengah hari..”
“Aah..dalam surat beranak 12.35 tengah hari”
“Tu yang mama cal ni..Selamat hari lahir, semoga panjang umur, murah rezeki, sihat, sentiasa dirahmati,jauh dari dengki khianat manusia,bahagia dunia akhirat…..”  
*I can't actually recalled semua ucapan mama, sebab terlalu banyak doa dan terlalu cepat mama cakap..*

“Mama….terima kasih ma”

Sebak. Sebab tengah bersedih, dengar suara mama rasa cam air sejuk simbah hati yang tengah panas. Rasa macam hujan yang tiba-tiba turun masa hari terik.

“Ni Yim duk tunggu Dikna balik, hari ni dia rindu sungguh kat mama dia. Dari tadi asyik tanya bila mama nak balik, nak tidor pun dia ajak mama tidor dalam bilik Dikna. Ni tengah tengok gambar mama papa dia…”

“Eh, Yim tak pi sekolah ek?”

“Hmm..dia pujuk papa dia..takmau p sekolah hari ni..”

Masa drive balik keja, saya rasa nak hadiahkan mama sesuatu. Tanya diri sendiri, apa yang akan buat saya senyum sekarang? Otak laju je jawab, "Bunga!"..so laju je pegi singgah florist, tapaukan ros merah untuk mama, then nampak bunga daisy longgok-longgok dalam baldi, beli untuk diri sendiri.. =)




..........................................................


Alhamdulillah. A'la kulli hal. Allah, kau gandakan kebaikan mereka terhadapku dengan kerahmatan darimu. Rahmati juga usiaku agar tidak sia-sia..Amin.






May 12, 2014

Jauh dari sempurna.

Today, is a mother's day. It's the day when everybody were busy posting a picture of their mothers, sending love messages and being emotional thinking of how good their mother had treated them.

Saya pun tak terkecuali. Tulis caption kat instagram sambil air mata menitik-nitik sebab terbayang mama yang baik sangat. Allahu..ni rasa nak menitik lagi. And I kept thinking of this one question? Macam mana mama boleh jadi sebaik, sesabar, sekuat, dan sehebat itu??

Saya dah jadi mak. Tapi saya tak rasa saya baik, sabar apatah lagi. huhu. Satu hari nanti, adakah anak-anak saya akan menangis jugak masa update status hari ibu bila mengenangkan kebaikan saya??huwaaaa!!

Maybe I won't deserve a mother's day wish.huhu. Saya selalu rasa down, rasa banyak kurang dalam mendidik anak-anak. Especially bila dah ada dua anak ni. Contoh kadang-kadang balik keja, penat, Aqil nangis for only-God-knows-why. Then tambah pulak bila Aniq si abang tu start nak mengamuk. Selalu saya akan cuba untuk cool down, pujuk tantrum dia dengan cara peluk, cium, semua ayat-ayat positif bagai yang di ajar dalam seribu satu artikel " Cara-cara mengawal kemarahan anak".. Tapi budak kecik ni, tak reti penat..kita dah penat memujuk, dia kadang-kadang still tak ada perubahan, so I'll always end up meletus jugak..huhu.. dan beberapa minit selepas tu, saya akan jadi orang yang paling menyesal..=(

Saya banyak spend masa di rumah mama, dari situ saya nampak cara mama kawal emosi. Contoh, bila Aqil nangis tak jugak stop, mama akan ambil Aqil dari saya, mama riba Aqil and she will recite Yasin. I always stunned to see how graceful and calm she is. Bila lah saya akan jadi setenang itu? Saya selalu rasa malu, sebab dah ada anak dua pun, still saya perlukan mama untuk anak-anak saya. But seriously, mama yang banyak 'didik' saya dalam 'mendidik' anak-anak. Mama jarang bagi nasihat secara terus, no. Dia akan buat saya belajar dengan tak sengaja. Contoh (lagi) kalau saya cakap, saya letih. Mama sambil santai-santai akan cakap..
 "Kalau dah ada anak, memang tak akan ada rehat dah.."..
" Syukur kan, cucu-cucu mama sihat semua, boleh berlari, boleh buat sepah-sepah ni..maksudnya dia sihat.. kalau dia demam, masa tu rumah mungkin kemas, tapi kita la pulak teringat dia kan"

Pang!! Memang menamparlah ayat-ayat gitu. Buat saya tersedar betapa saya perlu bersyukur. Ye, memang saya besyukur. Cuma saya rasa saya yang banyak kurang, saya nak anak-anak dapat yang terbaik. Saya nak jadi mak yang akan buat anak-anak bangga. Saya nak jadi wanita yang paling istimewa di mata anak-anak, walaupun saya jauh dari sempurna. Supaya nanti even bila dah duk asrama ke, universiti ke, anak-anak still nangis belakang pintu loker sebab rindukan saya..hehe~

Happy mother's day.

Tired eyes, because we are mothers.hehe~

I love this pic.
Aniq pijak kasut, baju bau susu, dan sebelah bahu basah dengan Aqil's drools.
It's ok because I love being a mom.











May 10, 2014

Pencair hati

*This entry was written about 2 weeks ago*

Meet Mr. Muhammad Aqil Laith, my precious baby.=)


Lagi seminggu cukup 4 bulan. Cepatnya. Alhamdulillah perkembangan sangat cemerlang.

Setakat hari ini Aqil Laith sudah pandai ketawa bila diagah. Dah pandai menangis bila saya tinggalkan, dan dah pandai buat bunyi-bunyi bising. Ramah macam mama dia jugak.=)

Belum boleh roll over..tapi dah tunjuk sign nak meniarap tu ie; dah selalu mengiringkan badan bila letak di bawah.

He already has good head/neck support, dah boleh toleh kiri kanan dan boleh tegakkan kepala. Good job my boy!

Being the second child, saya dapat rasa Aqil Laith banyak mengalah.huhu.. Abang Yim memang sesekali akan express his jealousy..sampai kadang2 dia akan cuba nak buat adik Aqil. So selalunya adiklah yang mengalah..terpaksa orang lain yang tolong pegang adik bila abang mood tak baik. Sebab saya akan cuba kawal tantrum abang Yim masa dia marah.huhu.

Bila dah ada dua anak, kadang-kadang saya rasa lost. Rasa tak pandai nak handle..rasa tak jadi mak yang baik.huhu. Tapi saya sedaya upayanya nak anak-anak dapat yang terbaik. Entahlah. Lambat lagi rasanya nak jadi mak yag baik macam mama saya.huhu. *start entry happy-happy...tiba-tiba rasa down*

Tapiiiii....macam mana pun rasa..bila tengok senyuman anak-anak..dengar anak-anak bergelak ketawa, masyaAllah..macam magic boleh hilang semua rasa-rasa yang tak best tu...mencair hilang entah kemana.

Allah, terima kasih untuk rahmat yang melimpah-limpah ini. Pinjamkan mereka lebih lama buatku. Sihatkan mereka, limpahkan mereka dengan kasih sayang, kesihatan, keselesaan, kegembiraan dan segalanya yang baik. Amin.




First day at school.

*I'm posting my old post. Berhabuk dalam draft. This entry was written about a month ago.*
 ----------------------------------------------

I never knew I could love someone this much.

Malam sebelum hantar Aniq Qayyim ke taska, saya adalah orang paling risau. Sampaikan nak makan pun rasa tak semangat sangat. Saya siapkan baju, beg, susu dan apa-apa yang patut. I even googled "Tips menghantar anak ke taska".hehe.Memang banyak jugak tips berguna yg saya dapat dari blog mak-mak ni.

Masa nak tidor..saya tenung muka dia dengan seribu rasa. Emosional sangat kan? Over macam nak hantar anak pegi jauh je..padahal nak pegi taska je. But seriously, susah nak describe apa saya rasa. Saya yang pemalas ni, buat jugak solat hajat supaya Allah lindungi anak saya.huhu

Esoknya kami kejut Aniq, siapkan dia dan sarapan sama-sama. Sepanjang sarapan saya ulang-ulang cakap seronok kat sekolah, ramai kawan, cikgu baik..nak terbitkan mood dan impression baik untuk dia.

Sampai di taska, kami disambut oleh owner taska yang dipanggil kak ita. Aniq peluk kaki saya. Saya tau dia pun risau berdepan dengan orang yang dia tak kenal. Kak ita mintak seorang cikgu taska keluarkan mainan. Elok je cikgu longgok mainan di tengah bilik tu..berkerumun budak2 lain duduk disitu. Macam dah biasa je. Cikgu panggil Aniq ajak main sama.Dia masih peluk kaki saya. Saya pegang tangan dia..dan duduk bersama. Sambil discuss dengan kak ita tentang bayaran..Aniq baru start ambil mainan..then Mr Hasnul panggil cakap adik Aqil dah bangun.(sebelum tu Aqil tidor dalam keta, Mr Hasnul temankan).So saya tak boleh stay lama. Saya cakap pada Aniq "Mama nak balik dah..jap lagi mama amik Yim.." Aniq diam je.. "Meh salam peluk mama".. Aniq bangun..salam dan peluk cium saya. Baiknya. I was expecting some mommy-don't-leave-me scene. Takde plak scene nangis-nangis kan.hehe. Then saya keluar..babai dari luar. Aniq masih diam..angkat tangan lambai saya.Tapi muka dia tak ceria. Saya kenal anak saya..si pemendam rasa..tak payah cakap lah kot dapat dari siapa kan?huhu

Masuk dalam kereta saya yang rasa nak nagis.I kept reciting doa. Allahu..jagakan anak aku. Limpahkan kasih sayang dan kasihan penjaga-penjaga padanya.

Pukul 12.30 saya pegi jemput Aniq Qayyim dengan mama. Masa sampai semua budak tengah tidor. Seorang satu tilam. Saya nampak hidung anak saya berhingus.Saya nampak mata basah dia. Saya tau dia tidor dalam tangis. Cikgu cakap..dia nangis panggil papa. "Dia panggil mama tak?" "Tak pun." Jujur sangat cikgu tu..tapi tak hairan la kalau nangis panggil papa..sebab papa memang manjakan dia. Nak tidor siap garu-garu dulu. Masa saya berborak dengan cikgu, dia terjaga.. Terus sebak nak nagis..cepat-cepat saya dukung dia. Bawak amsuk kereta. Dalam kereta, Aniq terus jadi pendiam. Satu soalan pun tak berjawab..saya andaikan itu sebab dia banun tidor. Kami singgah ke supermarket on da way balik, since saya carry adik Aqil, Aniq minta Siti yang dukung dia..manja sangat taknak jalan sendiri..huhu. I know my son wasn't happy...........

-----------------------------------------------

Second day at school, masa hantar ok, tapi masa balik hidung berhingus. Bila tanya cikgu, katanya menangis kejap-kejap je. So saya rasa macam normal lah kot.Tapi dah bagi respon bila tanya.

"Best tak pegi sekolah?"....Angguk
"Cikgu baik tak?"..........Angguk
"Kawan-kawan ok tak?".....Angguk


Kalau tanya "Esok kita pegi sekolah ye.." Aniq jawab ," Dah pi lah tadi..." haha..~


----------------------------------------------

Saya tak hantar dia setiap hari..selang-selang sebab ikut kesesuaian masa saya. Tapi lepas empat hari hantar, saya rasa ada something wrong kat Taska tu. Sebab anak saya tak happy. Dan satu benda yang saya perasan, bila balik rumah, dia cakap sorang-sorang.. "Mama...tidor!, Papa...Tidor!" -dalam bentuk arahan..sambil tuding-tuding jari.. Saya boleh agak di taska dia kena paksa tidor camtu. Lepas discuss dengan kakak-kakak, abang-abang dan mama sendiri..semua cakap taska tu mungkin tak sesuai untuk Aniq. So we need to start all over again...start balik cari taska baru..luckily..cuti saya belum habis lagi..


--------------to be continued.