Adik sayang,
Walaupun mama tak buat catatan milestone adik secara details..tapi mama ingat dan mama raikan setiap kejayaan kecil sepanjang pembesaran adik.penuh gallery mama dengn gambar adik ( juga gambar abg yim dan tentunya gambar mama selfie..hehe.)
Di hari pertama adik lahir..lawatan pertama mama ke nursery hospital untuk susukan adik..mama tak lah larat sangat..tapi mama gagahkan diri..kuat sebab rindu adik..padahal baru berapa jam terpisah lepas mama lahirkan adik..Nurse letak adik atas pangkuan mama..adik nangis nak susu..tapi susu masa tu tak keluar lagi..mama mula2 gelabah kekok tak tau nak pujuk adik cara apa..semua koleksi zikir-zikir yang biasa mama lagukan untuk dodoi abang yim dulu macam hilang..tiba-tiba satu je terlintas..asma-ul husna..99 nama Allah...mama dodoikan adik.adik terus berhenti nangis..lelap semula dalam pelukan mama...itulah dodoi pertama mama untuk adik...
Sebelum adik ahir lagi mama dah berhasrat nak jadi lebih baik..banyak kelemahan mama masa besarkan abang yim..mama nak perbaiki..
Detik berpantang memang mencabar, mama nak manjakan adik..tapi abang Yim pun tak oleh luak perhatian. Mama selalu sedih bila terpaksa bahagikan perhatian. Adik dan Abang Yim dua-dua mama sayang..setara..tapi banyaknya Allah saja tahu..
First outing Adik lepas mama pantang, kita ke tepi laut..raikan Teh Yai sebelum dia balik Mesir. Mama teruja sebab buat pertama kalinya mama kendong Adik (outdoor). Ilmu baru yang mama belajar. Adik sangat selesa dalam wrap, sentiasa dekat dengan hati mama..dan kepala adik sentiasa jadi spot mama cium. Dalam masa yang sama mama boleh pimpim tangan Abang Yim..Boleh pegang tangan papa..rasa adil untuk semua.. Dengan Adik mama belajar dan mula berubah menjadi babywearer tegar. =)
Adik membesar normal dan dengan jayanya.. lepas pantang kita pulang ke rumah kita, tapi enam bulan pertama adik di jaga oleh Siti.. takdir Tuhan, pertengahan bulan 6, Sidi jatuh dan patah kaki..Siti tak mampu lagi nak jaga adik sebab kena jaga Sidi..tapi Allah atur cantik untuk kita, Tok Mama baru je berpencen..jadi Tok Abah dan Tok Mama rela hati jagakan adik..masa tu bulan Ramadhan..sepanjang bulan puasa tu Tok Mama, Tok Abah dan Acik jaga adik..lepas raya mama hantar ke Taska sama-sama dengan abang Yim. Abang Yim memang protective jaga adik..walaupun sekali sekala dia akan serang adik bila tak tahan cemburu. Sebab tu adik jadi lasak..adik memang kuat dan berani..segagah nama adik.. Laith..
Syukur mama berjaya juga memenuhi 6 bulan untuk menyusukan adik secara ekslusif.. Sayangnya lepas enam bulan, masa Sidi sakit, mama pun turut sama tak stabil..asyik pitam sebab blood pressure rendah..bulan puasa pulak masa tu kan..so dalam terpaksa adik diberi juga formula..tapi masa tu adik dah memang mulakan solid feeding.. sebagai ganti tak mampu sediakan stok susu untuk adik..mama memang bertekad untuk sediakan homemade food sahaja. Alhamdulillah..sehingga adik setahun..mama berjaya sediakan bekal untuk adik setiap pagi..tak langsung disuap makanan segera (cerelac ke nestum ke..baby biscuit ke) untuk adik. Kadang-kadang papa yang masakkan bubur untuk adik..ikutlah siapa yang sempat..kira sama-sama ganding bahu nak menjayakan misi homemade food untuk adik.. =)
Hari lahir adik yang pertama, mama papa bawak kita sekeluarga ke photoshoot..memang mama yang beriya-iya carikan photographer..book tarikh and pilih tempat..tapi of course la dengan sokongan papa..sama macam masa birthday abang Yim. Kalau boleh mama nak jadikan tradisi..kalau direzekikan ada lagi adik-adik lepas ni..biar setiap kali hari jadi pertama kita ada gambar sama-sama.. Biar ada kenangan yang boleh dilihat mata..=)
Alhamdulillah...indah mama rasa setiap hari dengan adik..Sihatlah sayang..besarlah dengan baik..jadilah anak soleh yang akan doakan mama..jadilah mukmin sejati yang akan pertahankan agama..berjayalah dalam segala-gala sayang..doa mama yang terbaik untuk anak-anak mama..
Mama sayang adik..Moga Allah satukan kita sekeluarga sentiasa. Moga dia limpahi kita dengan rahmat yang sangat banyak, Moga terpelihara kita dari kejahatan dunia dan akhirat.














No comments:
Post a Comment