December 20, 2012

Seminggu selepas...

Dah lebih seminggu..selepas kemalangan yang mengejutkan tu. Sepanjang lebih seminggu ni, banyak benda yang saya belajar.

Saya banyak berfikir.. Tuhan 'cuit' kami dengan kemalangan, tapi Dia lindung kami dari kecederaan. Saya cuba untuk positif, tentunya Tuhan sayang kami, tentunya Dia 'cuit" untuk menegur. Betapa banyak kami ni lalai dan alpa. Terlalu banyak dan memang sepatutnya kami ditegur.

Kata orang, there is always a beauty behind a tragedy. Saya nak dapat 'beauty' tu kalau boleh. To be honest, satu 'beauty' yang saya dah nampak ialah kami jadi lebih menghargai. Menghargai segala-gala yang kami ada. Suami, anak, keluarga mahupun harta. Mr Hasnul di"MC" kan seminggu. Jadi sepanjang seminggu dia MC tu, kami berkepit je. Rasa sayang tu makin kuat sebab kami tahu, betapa takutnya kalau kehilangan satu sama lain. Setiap hari kami akan saling mengingatkan betapa kami bersyukur kami masih ada satu sama lain.

Paling kami hargai, tentunya anak lelaki si jantung hati tu,.

Kalau boleh nak bagi dia segala kasih sayang yang kami ada. Nak curahkan semua untuk dia. Sebelum ni saya ada jugak bebel-bebel kalau dia taknak tidor malam, dan ada jugak saya marah-marah manja kalau dia buat perangai. Normal lah kan.Tapi sekarang buatlah apa pun..tak sanggup rasa nak marah.  Anak selamat membesar depan mata adalah rahmat yang tak terhingga.

Saya jadi sentimental bila tengok dua-dua lelaki kesayangan ni. Especially masa tidur, rasa  sayu je hati.huhu.
(Konfem kena marah letak gambar Mr Hasnul tidor. Jangan marah sayang, i dah pilih gambar tidor paling sopan sekali..hehe.)

Saya jugak dah rasa kurang takut bila naik kereta. Bukannya dibuat-buat. Tapi bila dalam kereta rasa berdebar, lembut lutut rasa bila nampak bas atau lori besar. Rasa macam taknak drive pun ada.Tapi disebabkan cuti dah nak habis, nak tak nak kena jugak drive. 2 hari lepas Mr Hasnul temankan saya untuk belajar drive semula. Bukanlah belajar apa pun, cuma belajar nak dapatkan balik confident dan ketenangan masa memandu. Alhamdulillah ok dah.  Saya dah boleh drive macam biasa, Mr Hasnul pun dah masuk kerja start semalam.

Satu lagi benda yang kami buat dalam minggu ni ialah survey kereta baru. Yang ni pun mungkin dikira 'beauty' jugak. Dah kereta tu total lost, kenalah beli kereta baru kan. Tapi belum dapat kata sepakat nak beli kereta apa. Mungkin kereta yang sederhana je..sekadar yang mampu.. Dream car tunggu lah 20 tahun lagi..hehe.


Terima kasih Ya Allah untuk segala-galanya. Kau lindunglah kami semua Ya Allah, Ya Muhaimin.



No comments: