April 15, 2011

week 22 - pregnancy check-up @ Klinik Kesihatan

Entri lama yang terperuk dalam draft box.Sila ubah timeset ke 3minggu yang lepas ye..hehe

-----------------------------------------------------------------------

Setelah dinasihatkan oleh orang-orang lama a.k.a berpengalaman, saya menurut jugak untuk buat check-up di klinik kesihatan kerajaan. Saya pergi semalam. Menarik jugak merasa pengalaman buat pemeriksaan kat klinik kesihatan kerajaan, sebab memang pengalamannya totally different daripada check-up dekat Germany dan klinik swasta.

Saya sampai klinik pukul 9.30 pagi, saya cakap nak daftar. Terus nurse tu tanya, ada tak kad dari klinik lain, saya bagi je la kad dari Poliklinik Pakar Puteri tu. Tapi saya cakap jugak, sebelum ni saya buat dekat Germany. Nurse tu mcam blur je. Dia suruh duduk dulu. setengah jam kemudian, baru panggil, dapat number giliran. Like, memang banyak masa terluang buang dekat situ. Nak dapat number giliran je dah setengah jam. Lepas dapat number, tunggu lagi, setengah jam pulak, baru nama kena panggil. Nurse lain pulak yang handle. Dia isi maklumat dekat kad merah jambu tu, sambil tanya details pasal saya. Memang 'detail' betul la soalan dia tu, siap tanya saya buat apa kat Germany, amik cuti ke, apa jenis cuti saya amik, bla..bla..memang soalan takde kena mengena dengan pregnancy lah kiranya. takpe, saya pun memang ramah je nak jawab.hehe. Lepas siap isi kad, tunggu lagi. Lima belas minit pulak baru nama kena panggil, then nurse lain pulak check blood pressure dengan timbang berat guna neraca tiga tuas. pernah tengok neraca tiga tuas? Kat lab fizik ada..haha. Berat saya memang naik dengan meriahnya. Bak kata Mr Hasnul, sket lagi, boleh lawan berat badan dia..huh.. Dah timbang berat, nurse bagi cawan dengan picagari untuk ambil sampel darah and urine. Dia macam ada banyak station. Yang timbang berat buat depan kaunter, nak ambil darah masuk bilik 7, pastu urine kena pergi bangunan makmal, nak check perut, masuk bilik 5. Kiranya memang sistem klinik kesihatan ni menggalakkan ibu-ibu mengandung aktif bergerak. Tapi dalam masa yang sama, dia bagi peluang untuk 'berehat' selama 3 jam dekat situ.haha.

Masa saya nak hantar sampel urine kat kaunter makmal, saya ada baca notis arahan untuk letak sampel dan kad dalam bekas yang dorang dah sedia. Tapi saja nak berbasa-basi, saya tanya kat perempuan yang jaga kaunter tu, " Letak sini eh?.." Dan jawapan dia sangat mengejutkan.. " Tak boleh baca ke notis depan tu??".. Mak aaiiii..sombong giler. Kalau dia jawab, "Ye.." pun dah cukup.. Sedih. Terang-terang tulis motto atas kaunter, 'Layanan mesra amalan kita'..agaknya sebab terlalu 'mesra' tu yang dia tanya macam tu kot.huhu..

Lepas dah dapat result urine dengan Hb , barulah boleh masuk untuk periksa perut. Sebelum check perut, nurse tu tanya-tanya dulu pasal baby dan saya, i.e dah rasa gerak ke, ada pening-pening tak, minum susu ke tak, etc. Then dia suruh baring atas katil, dia ukur perut guna measuring tape. Macam lawak pulak rasa. Takde scan-scan, tapi lepas ukur perut ada sesi mendengar bunyi degupan jantung baby. Alhamdulillah. Jantung baby sihat. dah setel check semua, (tak sampai 10 minit pun), kena keluar dan tunggu untuk dipanggil ke kaunter clearance pulak. Ada dalam setengah jam jugak kena tunggu. Kaunter yang akhir tu, semata-mata nak jumpa nurse dan dengar nasihat serta conclusion untuk check-up kita sepanjang hari tu. Nurse kat kaunter akhir ni agak senior la. Dia akan ingatkan kita, bila kena datang next check-up, apa kena buat, etc. Contoh macam saya, Hb rendah. Nurse tu nasihatkan suruh makan makanan tinggi zat besi, vitamin C, bla bla bla...pastu dia bagi satu tarikh untuk jumpa doctor. Dah setel semua tu, barulah berakhir proses pemeriksaan untuk hari ni. Semua sekali makan masa 3 jam. Lama gila kan? Rasa macam banyak benda boleh buat dalam 3 jam tu. Tapi ye lah, standard lah, benda free..mesti lah ada kurangnya..saya takla rasa serik pun pergi klinik kesihatan ni. Cumanya rasa buang masalah kalau setiap kali nak cek kena spend lama dekat situ. Tengoklah macam mana keadaan nanti. Tapi saya plan nak sambung kat Pakar Putri je lah lepas ni..

2 comments:

♥Nurul Honey♥ said...

akak....edd akak dlm bulan puasa jugak ke?...kalau ya...sama la kite

useryna said...

aah..edd awal bulan puasa..sama ke? hehe..moh le kita mengganti puasa sebulan tahun depan yer..hehehehe..~