Saya ada kurang 24 jam, untuk merasa jadi rakan sebaya Mr Hasnul.hehe. Esok dia dah 'tua'.=)
A few days before, I asked him,
"Dulu, abang pernah tak berangan, dalam umur 26 tahun abang dah ada bini dan anak?"
Macam biasa, jawapan tak semenggah dari Mr Hasnul, "Ntah..."
Menci tau, bukan boleh nak ajak small talk sikit..payah betul nak layan orang..huhu
Tapi ada satu yang buat saya senyum, bila saya tanya dia.
"Abang nak yus bagi hadiah apa tahun ni?.."
"Abang nak anak...."
"Ni, dah ada dalam perut, kira dah ada la hadiah abang ni..."
"Mmm..jaga diri, and jaga anak kita elok-elok..itu ja..."
Tak tau la part mana yang sweetnya, tapi saya suka jawapan dia tu....rasa bahagia. Sama macam mana saya rasa bahagia bila dia marah saya basuh kaki kat sinki masa amik wudhuk. Takut jatuh katanya. Biarpun kena marah tetap rasa bahagia, sebab tahu ada yang sayang. Eceh..~
Saya plan nak buat makan-makan esok. 3 dalam 1. Sempena birthday Mr Hasnul, mini farewell, dan sekali dengan bacaan Yasin untuk baba. Rabu depan baba akan buat operation tu. Doakan semua ok.
Happy birthday daddy. We both love you...~
5 comments:
insyaAllah suma selamat...;)
xabeh2 bercinta....;)
anak ang da jadi bawang. kuikui~ :D
btoi lah naza. aku kadang buka blog macik ni utk tgk sekarang tengah buah apa. hahaha
wey...ngok..aku duk xpuaih hati, pasaipa mggu lps avocado, mggu ni bawang..rasa cam avocado besaq lagi dari bwg...
haaaa.. aku rasa bab avocado ni kat tempat2 macam ang dok tu senang la nak cari.. tengok.
mo kalo balik mesia. nampak dalam iklan ja la..hahahah
so pi cari kaih avocado besaq mana..
takpon bawang omputeh tu besaq mana..
hahahhaha
Post a Comment