August 14, 2010

RAM.

Saya selalu terfikir, macam mana seorang penulis (tak kisah penulis buku, skrip, lagu etc.), pencipta lagu, pelukis dan pen'seni'2 di luar sana mendapat idea untuk menterjemahkan seni daripada 0 kepada ada..kita fokuskan kat novelis la..daripada benda tu takda, boleh pulak dia adakan cerita..kalau yang buat cerita biografi, atau menulis tentang pengalaman diri dia sendiri, saya tak kisah sangat..tapi yang menulis cerita yang memang rekaan, tapi sampai kita boleh rasa cerita tu betul-betul wujud, dan boleh 'masuk' dalam cerita tu (sambil membayangkan kita adalah hero/heroin yang cun dan tough dalam novel tersebut), camna dorang boleh pandai sangat eh?..Contoh cam cita P/S: I love you, saya baca sambil nangis setiap kali Holly baca note yang Gerry tinggalkan kat dia lepas mati tu..sebab duk gatal perasan saya adalah Holly..*bongok*



Saya bukan rajin sangat pun membaca, dan takde senarai empatbelasmukasurat untuk tajuk-tajuk buku yang pernah saya baca..huhu..dulu-dulu zaman sekolah kalau novel melayu yang cintan-cintan tu saya layan jugak..tapi lepas tu, cerita asek lebih kurang sama je..balik-balik kena kawen paksa @ kontrak, mula-mula benci, pastu suka, pastu hepi..pastu balik-balik kalau cerita melayu mesti pasal anak orang kaya, anak datuk-datuk kerja syarikat korporat..eh, macam ramai sangat la korporat melayu kat malaysia tu..cuba cerita pasal tukang cuci pejabat pendaftaran ke, mak cik kantin ke, pembantu nelayan ke, fotografer kenduri kawen ke..konflik pun memang takde lain, mesti konflik cinta,takpun pengkhianat dalam kompeni..bosan ah..so, dalam ramai-ramai penulis Melayu (sorry to say lah) sorang je yang saya masih suka sampai sekarang..Mr. Ramlee Awang Mursyid..best..semua cerita berbeza-beza, dan banyak elemen suspens..ada sesetengah cerita dah gaya macam Sidney Sheldon..maybe lagi bagus dari Sidney Sheldon.. =)



gambar pinjam kat sini

Novel first RAM yang saya baca (kalau tak silap) is A.D.A.M..best, debar giler baca..hehe.And I've read most of his novels..daripada list kat gambar atas, yang saya tak baca adalah trilogi Tombiruo, Personal Justice, Ranggau, Peipan, Anugerah Pertama and Igauan Maut..yang lain rasanya dah baca..eh, ada lagi satu yang belum baca..Cinta Sufi..huhu..sambungan kepada Trilogi Epik Sunan..untul trilogi Sunan, memang marvellous..kalau suruh katam sekali lagi 3-3 novel pun sanggup..(suruh katam quran payah plak kan?)..isk3..semua perempuan yang baca akan jatuh cinta dengan Laksamana Sunan..dan akan terbayang, bestnya kalau dorang buat filem..boleh buat ala-ala LOTR..adik saya dulu siap duk buat senarai casting kalau-kalau betul nak difilemkan novel ni..haha..

Sebenarnya takde objektif pun entri ni(macam lah entri lain ada objektif kan.hehe)..nak kata buat review novel, tak macam review pun..cuma saya tengah plan nak kirim Cinta Sufi kat membe2 mr hasnul yang balik Malaysia..masa saya datang novel tu tak kuar lagi..agak-agak dorang sanggup tak tambah setengah kilo berat luggage untuk saya?..nazanursaad mesti cakap 'weh, bagi alamat lah, aku boleh pos'..tapi saya rasa macam tak berbaloi lah nak pos..harga pos setengah kilo dah dekat rm seratus, boleh beli lagi 4 bijik buku tu..kan?..ataupun boleh pegi buffet buka puasa kat hotel untuk dua orang, takpun boleh beli sepasang baju kurung ready-made yang cun..lagipun, setakat tak baca satu novel, takde terjejas pun skin tone aku..hehe~

@KLIA viewing area, Feb 2, 2010
bawak bekal buku buat peneman 8 jam sorang-sorang mencangak kat airport, tapi baca 3 page je sebab busybody dengar polis airpot duk mengayat awek cina kat seat sebelah, sambil buat-buat sibuk kira kapalterbang yang lalu dan tekan-tekan hanset walaupun takde mesej masuk.~



3 comments:

Anonymous said...

aku punya entri pong pasal RAM daaaaa... ape daaaa

useryna said...

lorh..xbc pun lgi..~

useryna said...

dh baca..u punya 3 baris ja..i punya satu karangan lengkap..hahahaha~