June 23, 2010

dingin angin kota london.part 1

Alhamdulillah, seperti yang dirancang, rabu lepas, mr hasnul, saya dan sepasang lagi kawan selamat berpijak di bumi kota london..uhuhu.saya adalah sangat excited (excited je memanjang) sebab ini adalah 1st time nak naik flight sama2 dengan mr hasnul (hehe). Ye la kan, masa datang Germany dulu sorang-sorang..tak pernah rasa lagi sandar-sandar bahu dalam flight. Kira logik la kalau nak excited pun..hehe

Kami bertolak dari rumah pukul 8 pagi ke hauptbahnhof(railway station)..then amik train ke Memingen, satu kawasan sebelah barat Munich.Perjalanan ke airport Memingen je dah hampir-hampir 4 jam. Airport Memingen ni ala-ala cam LCCT la.Airport untuk penerbangan tambang murah..pukul 3.45 bertolak dari memingen selepas melalui kawalan keselamatan yang agak cerewet...boleh pulak polis perempuan tu tahan saya agak lama, semata-mata sebab tak puas hati bila scanner dia detect butang kat poket jeans(huh!).Lepas ni sila pakai jeans yang tak berbutang ek.tak pun boleh pakai skirt ke.~

Sampai airport Stansted London pukul 5.30. Masa tengah queue untuk cop passport tu, tiba-tiba terperasan ada ramai muka-muka melayu..punyala saya excited tengok ramai muka makcik-makcik melayu ni (excited lagi)..then baru perasan, flight air asia dari malaysia pun baru sampai, no wonder la ramai muka melayu. Kalau kat Germany, bila jumpa muka Melayu biasanya saya akan tegur, sebab tak ramai Melayu, jarang boleh jumpa. Tapi since kat London banyak sangat Melayu, kami buat donno je..haha.~
Dari Airpot kena pulak naik bas ke London Central, sebab hotel yang kami book memang terletak area tengah-tengah london. Masa nak naik bas, saya still happy, excited dan sebagainya.Tapi lepas 10 minit dalam bas, rasa pening sangat-sangat..maybe sebab bas tu kecik, bergoyang-goyang, pastu driver asyik break je..perut pulak kosong, cuma makan kebab je dari Munich. Dalam bas tu, tuhan je tau..Rasa nak muntah, pening kepala sangat-sangat...Kesian mr hasnul, baru nak berjalan, kena jaga saya yang pening-pening..huhu

Sampai je kat Central London (Baker Street), terus mr hasnul beli Oyster Card.Lebih kurang macam Touch n Go, boleh guna untuk naik tube dan bas di seluruh London..Kad tu berharga 10 pound, kita boleh topup bila-bila perlu. Tapi yang bestnya, dalam sehari, maksimum dia akan charge cuma 7 pound je. So, katakan korang naik tube banyak kali, dan lebih dari 7 pound pun, dia dah tak tolak duit dari kad tu..Jadi baki boleh dibawa ke esoknya..Alhamdulillah, lepas tu senang je jumpa hotel. Tapi masuk je bilik hotel.Terkejut saya tengok bilik hotel yang sangatla 'comel'..Imagine ruang 10m², muat-muat untuk 1 katil double, dan ruang lantai sebesar hamparan sejadah. Toilet pulak ala-ala toilet dalam flight..haha.Padanla dengan harga kan..London memang terkenal dengan cost of living yang sangat tinggi, sama jugak cam rate untuk hotel room.Tambah-tambah untuk hotel tengah town, memang mahal..Kira ok la dapat bilik camtu, muat-muat untuk dua orang. Malamnya, kami cuma berehat dalam bilik dan keluar makan kfc je..Perjalanan esok masih panjang................

2 comments:

nicko said...

gambar?hehehehehe

useryna said...

kena tunggu part seterusnya..tungggguuuuuuuuuuuuuu..hehe~