Kita pernah berharap..dan membayangkan..hari ini akan kita sambut berdua..sambutan sederhana,yang pasti bermakna..tapi..apakan daya..bukan kuasa kita yang menentukannya..
Kerana kita pernah berharap dan membayangkan..maka harapan dan bayangan itulah yang berlegar-legar dalam fikiran pada waktu ini...yang menjadi penyebab mata ini masih terbuka luas..dan air mata terus mengalir deras..
Isteri abang tak boleh lelapkan mata..kerana terlalu membayangkan suaminya ada disini....ada dengannya waktu ini..sedang menghiburkan hatinya..merawat duka laranya..memeluk erat tubuhnya..menggenggam padu jemarinya...
Mohon ampun dari kejauhan..
Mohon dihalalkan segalanya..
Salam sayang,
Isteri Abang.
No comments:
Post a Comment