Tapi...semua tu tinggal plan je la.. Birthday dia hari Isnin. Hari bekerja, hari sama-sama sibuk. Dah maghrib baru dia balik keja.So yang sempat dibuat adalah nak pegi dinner je la. Itu pun kat restaurant biasa, bukan hotel- hotel pun.
Balik keja petang tu saya sempat juga pegi mall cari hadiah and card. Seriously rasa lama dah tak bagi kad ni..dulu zaman bercintan cintun, pantang ada special date sikit, mesti bagi kad. Kalau tak ada special date pun gagah jugak nak bagi kad, orang tu nak exam bagi kad "Good luck", orang tu bagi hadiah, kita balas balik bagi kad "Thank You", orang tu demam sikit pun gedik jugak lahai nak bagi kad "Get well soon".haha~
So, dah beli hadiah, balik rumah cepat-cepat tulis kad tu, then sorokkan hadiah and card tu.hehe.
Mr Hasnul pulak sampai je rumah dah ngada-ngada terus geledah beg saya cari hadiah. Punyalah tak reti nak bagi orang surprisekan dia kan. Nasib baik saya dah kenal sangat perangai dia, berjaya jugak sorok di tempat selamat yang dia tak terfikir nak cari.hehe.
Elok-elok dah siap nak keluar, Aniq Qayyim pulak tertidor. Hampir-hampir jugak nak cancel plan keluar, sebab Mr Hasnul ni memang jenis yang tak suka tinggal anak kesayangan dia tu. Tapi since dah plan, dah siap pakai baju semua, so keluarlah lah jugak kami berdating berdua.hehe. Aniq Qayyim kena tinggal dengan Siti. Tapi seanjang masa asik teringat dia je. Nampak meja sebelah ada budak kecik, terbayang dia yang excited tiap kali keluar, tengok lampu jalan teringat dia suka tengok lampu, tengok baby chair pun terbayang dia yang tengah duduk. Haih. Sudahnya kejap je kami dating, rasa nak baik cepat nak jumpa anak.
![]() |
| Jenis baca kad kuat-kuat. Malu lah orang tau i romantik..hehe |
![]() |
| Dua.Zwei.Ithnain. ♡ Percaya tak dah sepuluh tahun celebrate birthday sama-sama? Patutlah dah tak ada ide nak beli hadiah apa.hehe |
![]() |
| He..he..he.~ |
![]() |
| And last but not least, lemme present to you, our Sizzling Salmon. |
It was a lovely evening. *Tiba-tiba je ending macam ni. Kira aci je lah.hehe*
Bye.






