March 28, 2012

tiredandexhausted

I am so tired.

Nope. I'm exhausted. 

Somebody told me, exhausted is an extreme version of tired.

So yes, I'm exhausted.huhu~

And I just can't stop myself from imagining something like this right now.











p/s: Abang, dah kaya nanti nak bilik camni bleh? Bibik nak sepuluh. Tukang urut empatbelas.




Eh, tambah Audi R8 sebijik. Driver takpayah. Boleh drive sendiri. LOL~






March 20, 2012

travel note : Seoul, South Korea ( Part 1)

It's time for a big family trip!!!

Trip ni macam tiba-tiba ja. Satu pagi yang dingin (3bulan lepas), saya tiba-tiba tergedik bukak website AirAsia, pastu tiba-tiba ternampak ada promo ke Seoul. Masa breakfast tiba-tiba saya cakap kat mama, "Tiket AirAsia pegi Seoul murah je ma, tak sampai seribu pun sorang".. Surprisingly, tiba-tiba mama jawab "Jomlah kita pi..."

Ya, dari situlah bermula semuanya. Tiba-tiba je.. =)

Alhamdulillah. Sampai jugak hajat nak jalan-jalan dengan mama, baba dan family saya. Dulu terkilan jugak sebab dorang tak jadi pergi Germany.huhu

We went to Seoul last 2 weeks. Eh cepatnya dah  dua minggu. Bertolak dari Alor Setar pagi Khamis (080312). Sehari sebelum cuti sekolah. Saya dengan hepinya amik cuti rehat.hehehe~

Lepas baca entry Kak Yatie Chomeyl pasal  service AirAsia dulu (link), memang ada sikit kebimbangan takut-takut benda yang sama berlaku kat saya. Tapi Alhamdulillah, our entire journey with AirAsia was ok. (Nak kata service diorang superb pun tak jugak). Either I was lucky, or AirAsia dah improve their service lepas baca luahan Kak Yatie, wallahu'alam. They were helpful throughout our journey especially untuk baba yang ber'wheelchair'. Siap ada staff yang tolong tolakkan wheelchair sampai flight.*Baba boleh je jalan, tapi kami belikan wheelchair sebab taknak dia susah-susah kena jalan banyak*. 

Yang tak bestnya, flight AirAsia(kebanyakannya kot?) tak guna skybridge, kenalah menapak jauh nak naik flight pun.huhu~

Eh, baru into, belum masuk isi penting ni.hehe.

Flight dari Alor Setar pukul 8.30am. We spent almost 4 hours at LCCT before departing to Incheon. Lepak-lepak, pegi makan, pegi toilet, makan lagi, lepak lagi, toilet lagi..ulang lagi..huhu. Flight dari LCCT pukul 2.30pm, and we arrived at Incheon around 10 pm. Since this is Aniq's first time experience to board a flight, I am quite worried that he will make a scene. Nasib baiklah hero nan seorang tu tak meragam. Baik je dia. Mama tidor, dia pun tidor, bila dia bangun, saya bagi dia main-main (i.e main dengan botol mineral kosong pun dia enjoy je.hehe), pastu gamak dia menangis, saya breastfeed je. Senang!

Senang menjaga budak debab sorang ni..=)
Turun je dari flight, semua teruja sebab sejuk.hehe. Saya yang pernah duduk Germany dulu pun rasa teruja sebab dah setahun berpanas-panasan kat Malaysia, apatah lagi family saya yang memang tak pernah merasa tempat sejuk kan.hehe. Walaupun sampai agak lewat, dan hampir 7 jam dalam flight, semua orang ceria je sebab teruja sangat-sangat.

We took two big taxis to our hotel (sebab total passengers adalah 10 orang), and each taxi cost KRW 850000 (lebih kurang RM150), which I presumed as 'ok'. It took us about 1 hour to reach Hyundai Residence. Nak naik bas mulanya, tapi limousine bus service ended at 11pm. Tak sempat dah.huhu. Tapi nasib baik amik taxi, selesa sangat. ~

Sampai-sampai tu semua dah penat, check-in dan terus zzzzzzzzZZZZZZZ.

Macam trip yang sebelumni, kami tak amik travel package atau tour guide. Ada jugak saya survey sebelum ni, pakej tour guide dari students Malaysia kat Korea. Pakej untuk 4 hari, seorang RM 1200 termasuk tempat tinggal (guest house je rasanya), transportation fee (public transport je pun), dan makan tengahari. Rasa macam mahal, dan macam tak sesuai sangat dengan keadaan kami yang ramai (12 orang) dengan babies(Aniq and my 2 year-old niece), baba yang berwheelchair etc. So, last-last decide nak redah je jalan sendiri. Macam masa jalan-jalan kat Europe dulu, kami google je semua.hehe. Survey apa yang patut, buat itinerary sendiri, book hotel, reserve ticket pastu doa je banyak-banyak mintak tak sesat.hehe. Thanks to Mr Hasnul, dia yang susah-susah settlekan semua tu..saya tolong ala kadar je=)

Seperti yang dah dirancang (even jalan sendiri, mesti kena ada tentatif jugak), hari pertama kami nak jalan-jalan sekitar Seoul je. Our first destination is Insadong. Insadong ni satu jalan yang penuh dengan kedai-kedai, kira tempat tumpuan tourist jugak, dan kat sini banyak jual traditional souvenirs. Selain dari nak jalan-jalan kat Insadong, tujuan utama pergi situ on the first day was to claim and pay our Nami Island tour tickets. Saya dah reserve tickets untuk ke Nami Island by phone, so nak dapatkan tickets tu kena pergi sendiri ke pejabat dia kat Insadong.

Semangat waja.

Haa, ada cerita best masa nak ke Insadong ni. Since kami nak travel by subway, pagi tu semangatlah rombongan Cik Kiah Yus berarak ke subway station yang letaknya lebih kurang 200m dari hotel. Jalan kaki tak sampai 10 minit pun. Sampai kat subway station tu, Mr Hasnul macam biasa buka map untuk check route yang kami patut ambil untuk ke Insadong. Tiba-tiba muncullah seorang noona(kakak) yang baik hati offer diri nak membantu tunjukkan jalan. Dia tanya nak pegi mana, maybe dia ingat kami sesat. Lepas cakap kami nak ke Nami Tour Office kat Insadong, punyalah kerut seribu muka dia. Sebab dia pun tak tau kat mana office tu. Instead of mengundurkan diri dari membantu, dia boleh pulak terkejar-kejar kat subway tu untuk tanya orang lain. Yang bestnya, orang-orang yang dia tanya pun tak tau jalan jugak. Siap ada yang calling kawan-kawan semata-mata nak cari jalan untuk kami.haha. Dah macam drama pulak masa tu. At last, adalah this one couple yang cakap dorang pun on the way ke Insadong, so dorang ajak kami follow je. Padahal Mr Hasnul tahu dah jalan tu, masa dia bukak map tu, dia cuma nak double-check nama station je.hehe. Tapi dari drama-scene yang berlaku kat subway pagi tu, memang nampak sangatlah betapa helpfulnya orang Korea ni. Dorang treat tourist dengan sangat baik. Masa jalan nak ke subway pun, ada makcik yang tolong betul-betulkan sweater baba, dia cakap takut sejuk. Then masa tolak wheelchair baba, ramai je yang sudi membanttu kalau wheelchair tu macam tersangkut (i.e masa nak tolak masuk train). Even ada sorang pakcik ni, siap offer bahu untuk piggyback baba. Sebijik macam dalam drama weh. Dia ingat baba tak leh jalan, so dia offer nak dukung.haha. Sweet gila!

Okay, sambung balik. Sampai je Insadong, kami singgah minum kat Starbucks dulu. Nak panaskan badan. Starbucks tu betul-betul berdepan dengan Nami Tour Office tu. Kira kebetulanlah tu, takyah susah-susah cari, terus jumpa office tu. Sementara family saya minum-minum, saya dan Mr Hasnul pegi settlekan urusan tickets kat office tu. Nasib baik dah reserved by phone, kalau nak beli tour tickets tu on the spot memang dah sold-out. Tickets yang kami ambil ni pun, untuk ke Nami Island on the next day.

Hot coffee for mama and Farley's rusk + breastmilk for Aniq. Both are happy =)
Next, jalan-jalan jamu mata kat Insadong jap, then off we go to Changdeukgung. Changdeukgung ni adalah istana lama yang dah diiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO pada 1997. It is in a walking distance from Insadong. Dalam 20 minit je berjalan kaki. Tu pun berjalan dengan gaya santailah.





Sampai je depan entrance Changdeukgung, dah rasa kagum dah. tengah-tengah town boleh pulak ada istana purba kan.hehe. Entrance fee for Chandeukgung tour is KRW 3000 per person. Kalau nak masuk secret garden, tambah lagi KRW 5000. Kami pilih untuk tour palace je, sebab rasa macam tak rajin je nak jalan sampai ke secret garden bagai. Sebelum masuk, sempat lagi mengisi perut dulu. Oh, kali ni punya trip memang meriah betul. Siap bawak rice cooker, sambal tumis, ikan bilis.hehe. Best kan jalan ngan mama. Pagi-pagi lagi mama dah masak nasi untuk breakfast, pastu siap tapau pulak untuk bekal lunch.hehe.

Best, picnic dalam sejuk, terlupa pasal sejuk sebab sedap sangat makan.hehe
Dah kenyang, barulah semangat nak masuk tour palace tu. Masuk je kat dalam tu mama cakap, "Eh, ni macam dalam cerita korea yang mama duk tengok dulu tu"..haha. Mama dulu duk layan jugak drama Jewel In the Palace, so mama macam excited jugaklah masuk tour tu. Kan dalam drama tu dia jadi tukang amsak istana. Suhu kat Seoul masa first day ni dalam 2-3° C.Ttambah dengan angin-angin tu, memang sejuk gila lah. Aniq macam biasa, budak baik, tak meragam. Cuma sekali sekala kalau sejuk sangat dai merengek mintak dukung, taknak duk dalam stroller. Dia ni kan, tiap-tiap kali saya nak shoot gambar, dia akan gelak mengekek-ngekek. Macamkan saya tengah agah dia. Apa yang lawak sangat tu tak tahu lah, tapi memang dia happy sungguh tengok kamera. Genetik sapalah tu suka camera ni?hehe~

Eh, camera..kena senyum ni.
Excited dari senyum dah tukar jadi ketawa riang.
Dari ketawa riang dah jadi gelak besar.
Haha, yang gambar ni dia pulun gelak sampai kena tenangkan dia, takut letih pulak gelak banyak sangat.
We spent about 1 hour at Chandeukgung before heading to Myeondong. Dari Chandeukgung ke Myeondong pun jalan kaki jugak. This time agak jauh sikit perjalanannya, tapi fikir-fikir kalau amik subway pun penat jugak nak jalan ke station dia, pastu nak turun escalator sampai 5 tingkat. Macam sama je if jalan pun. On da way ke Myeondong, we crossed a stream known as Cheonggyecheon. Cheonggyecheon stream ni ada sejarahnya yang tersendiri. Dulu anak sungai ni dah tercemar teruk atas faktor pembangunan sampai sungai tu hampir kering dah. Then dorang buat restoration programme, bina laluan air sungai yang cantik, dan pump semula air bersih masuk sungai tu. Dasyat kan? Sejuk je mata tengok tengah-tengah bandar ada anak sungai cantik camni. Air jernih, bersih, mengalir laju. Jauh beza dengan negara kita.huhu~

Cantik!
Imagine we have this in our county. Penat-penat shopping boleh lepak tepi sungai.huhu
Masa kat Cheonggyecheon ni, memang sejuk sangat. Masing.masing dah mula tak tahan. Cepat-cepat ambil gambar, terus jalan laju-laju nak cepat sampai Myeondong. Myeondong is another famous shopping area in Seoul. Sampai Myeondong dah senja. Terus cari coffee shop nak panaskan badan lagi. This time Coffee Beans pulak.hehe. Dah selesa sikit baru keluar menjelajah jalan untuk cari hasil tangkapan.hehe. Saya plan nak beli winter jacket untuk Aniq, tapi langsung tak jumpa yang sesuai.huhu. Pastu cadangnya nak jugak sambar handbag ke kasut ke, pun takde yang berkenan.huhu. Last-last tak beli apa sangat pun. Adik-adik saya ada jugak beli kasut, glove etc. Kat sepanjang jalan tu ada banyak gerai ala-ala night market tu. Yang menariknya merasa lah jugak makan honey string yang sedap tu. Kagum tengok penjual tu demonstrate cara buat honey string tu..terer sungguh! Dari seketul madu, boleh buat jadi macam rerambut halus. Kalau pergi Korea wajib makan honey string ni.

Nikmat.
Ada berpuluh-puluh gerai yang jual socks, gloves macam ni. 

Abang ni penah masuk dalam channel KBS. Kira kategori retis jugaklah ni.hehe
Lama jugak kat Myeondong tu. Dalam pukul 8 lebih baru bergerak menuju jalan pulang. Itu pun setelah masing-masing dah letih tahap dewa. Berjalan pun dah tahap heret kaki je.huhu. Mamalah yang paling kesian, gigih dan setia tolak wheelchair baba walaupun semua orang tahu dia pun letih.huhu. Baiknya mama. Tapi ada jugaklah Bang Id dan Mr Hasnul gilir-gilir tolakkan wheelchair tu. Kena gilir-gilir sebab masing-masing bawak baby.huhu.

Sampai je hotel, memang katil (dan maggi cup) memanggil-manggil.hehe. 

Phewwww.. What a day!

End of Day 1.

Will be continued...






*Quality gambar macam tak best sangat. Silap masa resize rasanya.huhu~

March 1, 2012

Tak sedap.

Eeeeeeeyark...

Langsung tak sedap actihist-co ni. 

Tapi kena telan jugak, sebab esok ayat pertama dari dia tentunya, "Makan ubat tak semalam?"

Nak tipu takleh, berdosa. Nak mengelak, dah penat bagi alasan.

Tolonglah, buat ubat batuk yang rasa macam milo. Nescafe pun boleh.


p/s: mode lalok lepas kena ubat.~

February 21, 2012

6 months plus.

Alhamdulillah. Dah setengah tahun pun..and he's growing healthily at a very fast rate.

Last week, when we went to Klinik Kesihatan for his monthly check-up, he weighed 7.4kg! Orang cakap, bila saya dukung anak, nampak macam nak meleret jatuh je.huhu. He was injected with  his 3rd dose of DTP, kesian menangis kuat kena inject. Tapi dia sangat co-operate setiap kali pergi klinik. Nurse siap puji-puji sebab masa nurse nak siapkan perkakas injection, bukan main galak duk senyum kat nurse. Ye lah mula-mula senyumlah, tak tau nak kena inject.haha.

Saya rasa bulan ke-5 dan ke-6 ini adalah bulan-bulan dimana perkembangan Qayyim adalah sangat pesat. *ayat jenis apakah itu?haha*. Dah banyak benda yang dia boleh buat sekarang.~

Moving around, crawling
Masa 2nd week bulan ke-5, dia dah pandai meniarap dengan cepat.Maksudnya asal letak je dia akan meniarap. Then dalam minggu tu jugak, dia boleh gerak ke depan dan ke belakang. A week after that, tau-tau dah boleh round explore satu rumah. Semua ni lepas kes jatuh katil tu.hehe. Selalu saya akan bentang comforter atas carpet, saya longgokkan segala toys, biar dia main sesuka hati *dasar mak malas nak pegang anak lama-lama*


Sibuk menjelajah ke segenap ruang rumah.

Pastu dia dapat satu perangai, obses dengan lantai.haha. Dah menyulur tu, konfem cari lantai, pastu buat cubaan nak jilat lantai.ishhhh.. Nak elakkan dia terlepas ke lantai, saya dan mama selalu buat benteng dari bantal-bantal atau sofa cushions. Mula-mula berkesan jugak. Tapi sekarang kalau setakat cushion tu, kejap je dia boleh lepas, sebab dah pandai memanjat pulak! Selain memanjat Qayyim jugak dah tunjuk tanda-tanda nak merangkak. Dah pandai angkat punggung, buat posisi merangkak, tapi belum boleh gerak ke depan. Biasanya bila tangan dia dah letih, dia hempas je badan ke depan. Risau jugak takut sakit, tapi budak debab tu senyum je.
Cubaan merangkak.


Solid feeding.
Qayyim jugak dah start weaning, i.e being introduced to solid food. Cadang asal nak cukup 6 bulan baru start solid feeding, tapi saya mula seminggu sebelum dia genap 6 bulan. Sebabnya, masa tu saya tengah cuti CNY, so senang nak pantau dia, dan dia dah sangat-sangat bersedia for solid foods. Mama cakap, orang dulu-dulu 4 bulan dah start makan, ok je punnn..hehe. He loves his solid foods. First week saya bagi makan bubur nasi lenyek je. Then bagi pisang lenyek, so far Alhamdulillah tak ada constipation pun. Elok je. Sekarang saya baru nak belajar resepi-resepi lain untuk home-made baby food. Pasal weaning nanti cerita lagi.
Ini betul punya 'solid feeding'.. hehe


Babbling
Qayyim has also started to make some recognizable sounds. As I could remember, his first sort-of-word is 'Vuahh' .Lebih kurang macam bunyi 'Buah' la kan. Berhari-hari duk ulang sebut Vuah..Vuah..Vuah.. Siap bersembur-sembur air liur masa sebut tu. Sekarang, makin banyak dah bunyi-bunyi lain, i.e 'Baa'.. 'Taa'. 'Daa'..etc. Cuma bunyi 'Maaa' je belum penah dengar lagi..huhu~

Holding
Now that he has a very good hand coordination he can even hold his bottle/toys firmly. Pastu tangan tu memang tak pernah diam. Semua benda nak dicapai. Kalau meriba dia kat meja makan, memang tangan dia sedaya upaya nak capai segala pinggan mangkuk atas meja tu. Segala alas-alas meja pun habis dia tarik..

Ini namanya aktiviti 'mengemas' buku-buku. Kecik-kecik dah baca John Gray. Hebat!

Being selective a.k.a Manja 
Kalau dulu tak kira siapa, semua dia nak je. Sekarang dah pandai. Kalau bukan feveret dia, boleh pulak paling muka pastu jerit-jerit taknak orang tu dukung. Biasanya dia suka kalau orang yang pakai tudung, atau yang tengah berdiri dukung, sebab possibility orang tu nak dukung jalan-jalan kat luar rumah lebih tinggi agaknya.hehe.Apa-apa pun, mama dan papa tetap jadi pilihan utama. =)

My everything.

February 17, 2012

No surprise.


You are a good son to your parents,





A good father to your son,





And a great husband of mine.




Happy birthday darling. 
Let's grow old (healthily, beautifully and happily) together.


Amin.



February 12, 2012

Half a year!

Buah hati pengarang jantung.

Dah ada 'karangan' panjang. Tapi belum siap sepenuhnya.. Sekarang kerja 7 hari seminggu, kesian anak asyik terbiar..kalau ada OT best la jugak boleh claim.huhu. Cepatlah bulan Mac..nak cuti.....nak golek-golek atas katil pagi-pagi..nak peluk anak kecil tu..taknak drive dengan mata separuh sedar..sakit hati bila terpaksa tutup pintu, dan terdengar suara anak menangis nak ikut dari dalam. Pedih, rasa nak jadi suri rumah je kalau boleh.huhu~



February 6, 2012

Luahan hati di kala malam bulan mengambang

Tak tipu..memang bulan sedang mengambang malam ni..Sangat cantik.

Saya adalah sedang cuak-blur-ketaq-letih-tak selesa-rasa nak nangis.

Sebab?

Saya akan di pantau mengajar oleh big boss this coming Thursday. Satu preparation pun belum siap lagi. Dan belum pun hilang lagi rasa malu bila dia tanya masa discuss hari tu :

"So, what's your planning? Nak mengajar guna kaedah yang mana?"
"Mmm..mmm...kaedah macam mana tu puan?"
"Ye lah, awak nak guna konstruktivisme ke, mastery learning ke.."

Dang!! Malu gila. Tak ingat langsung dah semua-semua teori tu. Walaupun Educational Psycology dapat A, tapi lepas grad tak penah pulak nak betul-betul aplikasikan teori-teori tu. Ajar sekadar hentam-sajalah-labu je selama ni.huhu~

Sedih.