Bosan. Tengok langit dekat luar dah gelap. Dalam hati terfikir..mesti dah pukul 11 p.m. atau 12 p.m. ni. Tapi bila jeling pada jam di skrin laptop..eh, baru pukul 9 p.m.? Biar betul..rasanya dah buat macam-macam malam ni. Tadi lepas maghrib baru pegi beli barang dapur, pastu balik rumah dinner, dah tengok The Aprrentice Episode 7, dah tengok rancangan berita paling bias di muka bumi ni (read: Buletin Utam*) dan dah puas golek-golek atas katil ni. But still pukul 9? hehe..Sebenarnya, ini fenomena biasa bila masuk musim sejuk..bilamana waktu malam lebih panjang berbanding waktu siang..Ingat kita pernah belajar pasal ekuinoks segala bagai masa sekolah dulu, pastu berangan nak jadi ahli astronomi?..Itulah yang terjadi sekarang di bumi empat musim ni..Ecece..cara bercakap macam dia pernah duduk oversea sepuluh tahun..haha.
Sekarang average waktu siang cuma 10 jam, selebihnya dah kira malam. Senang cakap, subuh sekarang masuk pukul 6 pagi, habis subuh pukul 8 pagi. Boleh bangun pukul 7.30 pagi semayang subuh dan tak perlu rasa malu dekat diri sendiri sebab sembahyang time dah nak habis waktu. Magrib pulak masuk pukul 5.59 petang. Pukul 6 literally dah malam. Tapi start minggu depan dia akan ubah semula waktu supaya lebih cepat sejam. Thanks to Mr Benjamin Franklin who conceived the Daylight Saving Time idea dan buat saya pening each time Mr Hasnul cakap pasal benda alah ni. Malam ni baru paham sebab saya gigih google sendiri pasal ni kat sini.
So kawan-kawan, inilah masa paling sesuai untuk kita qada puasa yang berlubang-lubang tu.. Saya dah check takwim solat tadi, hujung bulan 11 nanti, subuh masuk pukul 5.50 pagi, dan Maghrib masuk pukul 4.18 p.m..he..he..he..
Dan sebab sekarang malam masih muda..meh kita meronggeng layan Eat. Pray. Love dulu..haha. *tiba-tiba hepi pelik sebab seronok tengok malam masih muda..geeee~*
Perasan tak, saya selalu cerita pasal mama dan baba, tapi sangat jarang (or maybe tak penah?) cerita pasal my parents in-law, mama dan abah..hehe~
I found myself so lucky as I have a very kind, thoughtful and a very understanding parents-in-law. Sejak dari zaman bercinta (read : sebelum bertunang), they've treated me very well. Lepas kawen tak payah cerita lah kan.Mula-mula dorang tau saya bercintun sebab dorang dapat detect number hp saya kat bil tepon rumah yang melambung-lambung tinggi..Masa tu mr hasnul selalu gayut guna tepon rumah..Dorang cal saya, (masa tu saya kat matrik), bukannya cal nak marah sebab menggatal dengan anak dia ke apa..tapi cal sebab nak berkenalan..haha..Siyes lawak masa tu..Kira terus dapat restu walaupun belum kenal siapa..Then, it turned out that abah and baba were already befriended to each other since they were roommates masa bertugas kat Mekah. What a sweet coincidence!
Ada sekali, baba was warded due to jangkitan kuman lepas balik dari somewhere (lupa pulak apa tempat yang baba p tu..tapi oversea lah jugak rasanya).Kebetulan hari yang saya nak pegi lawat baba kat hospital, both abah and mama pun on da way nak jumpa baba jugak..Tengah-tengah jalan menuju ke ward tu, adalah saya bertegur sapa dengan abah and mama tapi dalam condition yang sangat sopan dan malu-malu gedik. But bila masuk je dalam ward, depan baba dan mama, boleh pulak kami pretend macam tak kenal pun.haha..Sebab at that time my parents didn't know yet that I was bercintun dengan anak Haji Halim..haha. So abah pun tak nak lah kantoikan saya depan baba..hehe.
In 3 weeks time..my parents-in-law will come to pay us a visit. Mr hasnul is extremely excited..and so do I..
Ok. Tak nak lah hipokrit..hehe..for sure kalau mama dengan baba yang nak datang, saya lagi excited lompat-lompat sampai tak boleh tidur malam..But honestly, I'm looking forward to meeting my parents in-law. Bak kata mr hasnul,"Mama u mama I jugak, abah/baba U, abah/baba I jugak"..hehe.Cuma saya sekarang dalam kerisauan, sebab bimbang kalau saya tak boleh bagi the best, layanan tip top masa dorang datang sini nanti..Takut kalau saya mungkin akan terguris hati mereka tanpa sedar (mana tau kan?) atau saya tak jadi betul-betul baik untuk mereka.Saya betul-betul nak jadi isteri dan menantu yang baik, dan saya nak mr hasnul jadi anak dan suami yang baik. Saya sangat faham kedudukan saya adalah yang kedua selepas mama mr hasnul jadi saya perlu pastikan dalam apa saja keadaan, mereka akan sentiasa bergembira. Insyallah.
Lepas kawen (sebelum fly datang sini), kami tak pernah lagi betul-betul living on our own. Yang duduk 2 bulan kat Langkawi dulu kira exception sebab masa tu macam main-main je. Petang-petang kuar makan kat luar, masak sekali sekala je, rumah pun ala kadar je, mengalahkan rumah orang bujang. Pastu weken je balik rumah orang tua..hehe.Kat sini baru merasa hidup berumah dan bertangga.=).Kat Malaysia dulu tak pernah lagi rasa debar-debar sambut mertua datang rumah macam dalam iklan febreze kena sembur-sembur rumah bagi wangi sebab takut mertua cakap busuk. So ini kira kali pertama nak sambut mertua..Saya dah mula pikir macam-macam nak kena buat, kena kemas rumah bagi cun, lap-lap semua habuk, susun-susun balik harta karun dalam kabinet etc..Tu lah, cuma reti kemas rumah bila ada orang nak datang..hah sekarang padan muka kauuuu..haha.
Let say dalam sebulan kita ada 30 hari..kalau 29 hari kita bahagia, sihat dan gembira..kenapa perlu kecoh-kecoh bila cuma satu hari kita bersedih, menangis dan sakit?..kan.?..
Tapi orang yang suka besar-besarkan satu hari yang tak best dalam sebulan tu..memang saya lah..suka sangat ingat benda yang tak best dari yang best..suka sangat nampak yang buruk dari yang baik..bukan selalu..kadang-kadang je..
Tiba-tiba saya dapat semangat baru..nak pandang semua benda dari pelbagai sudut..satu benda yang tak best, mesti ada the other bright side kan?hehe..Kita tengoklah berapa lama saya boleh buat macam ni.Tengah mood baik ni boleh lah kot..Tapi at least saya sedang mencuba..untuk menerima segala perkara dengan tenang. Please, do support me..mari kita sama-sama hargai 29 hari yang indah dan belajar untuk menjadi lebih baik bila kita diuji dengan 1 hari yang kurang indah..~
Well. This is one interesting new-thing that I learnt while I'm in Germany..Germany are well-known as a leader country in recycling..(tak pecaya cuba google)..Mula-mula sampai sini, saya rasa sangatlah leceh untuk buat benda ni..sekarang dah rasa ok..in fact saya selalu harap, one day Malaysia pun akan buat begini untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar..*dah macam pengenalan karangan bertajuk Alam sekitar..hehe*
Ok. Now, mari kita lihat, how we RECYCLE in Germany..Mind you, it is not an option, it's a MUST!
1. Trash separation.
Kalau kat Malaysia, kita cuma perlu satu trash bag (biasanya warna hitam kan?), dan boleh sumbat segala jenis sampah dalam tu..Kat sini, no no no..hehe..sampah-sampah perlu diasingkan ikut dikategori - plastik, aluminium, kertas dan biological waste product. Leceh kan? Kira kalau kat rumah, sebelum boleh buang sampah, kena consider dulu, bahagian mana nak buang sampah tu.Oh, lagi satu..untuk setiap jenis sampah, ada plastik khas dengan warna-warna tertentu..Plastik kuning (Gelbe Sack) untuk sampah jenis plastik, hijau untuk metal etc.
Ini contoh Gelbe Sack (plastik kuning)..plastik ni dorang dah sediakan free
2. Selection of trash bin.
Usually ada 3 jenis trash bin di satu-satu kawasan rumah. Paper, Metal dan Restmull. So sampah-sampah yang dah diisi dalam plastik yang bersesuaian tu, kenalah di buang dalam tong yang betul..kalau kat rumah saya, siap ada cctv lagi kat tempat buang sampah..Melampau kan?.*tapi bagus jugak kalau apply kat Malaysia, boleh detect muka-muka perempuan takde hati perut buang anak..huhu*
3. Glass recycle.
Dekat atas saya cuma mention pasal sampah kertas, plastik, metal dan biological waste. Macam mana kalau nak buang botol-botol kaca?..Haa..ini satu cerita lain pulak..botol kaca, yang tak boleh di'refund' (kejap lagi kita cerita), mesti dibuang dalam tong sampah berasingan..tong sampah untuk kaca ni, ada kat certain-certain tempat je..dan, kena jugak asingkan botol kaca ikut warna, brown, green and white..*fuuuuhh..lap peluh kat dahi*
Ini tong untuk kaca..nampak tong yang tinggi sket sebelah kanan tu? Itu untuk buang baju-baju lama..senang kan, takyah susah-susah nak cari rumah anak yatim etc.
caught in action!
4. 'Pfand'
Pfand bermaksud deposit. Bila kita beli minuman, selalunya dia akan tulis kat harga minuman tu, berapa kita kena bayar deposit untuk bekas air (be it botol plastik atau kaca). So nanti, kita boleh claim balik deposit botol tu bila kita pulangkan botol tersebut kat tempat kita beli. Biasanya ada kaunter, atau mesin untuk pulangkan botol dan claim deposit semula..Mesin Pfand tu pun agak cool jugak lah..Botol-botol yang dah dipulangkan akan dicuci, dan digunapakai semula.Kan ke dah jimat sumber alam tu, disamping mengelakkan pencemaran alam..ecewah..Ada juga yang dia dah tulis 'Ohne Pfand' atau 'Without Deposit'..so botol-botol jenis ni, tak boleh di refund..kena buang je.
Dulu saya ngan mr hasnul kuat minum coke, so kami kumpul botol-botol tu, bila dah banyak, pegi Pfand..then lepas dapat duit Pfand, pegi beli coke lagi..minum lagi..kumpul-kumpul lagi..Pfand lagi..beli lagi..*sekarang dah insaf..minum jus dengan yogurt drink pulak*
muka cuak sket sbb ada org tgh tunggu line, boleh plak nak posing2 amik gmbar kan..hehe
takpe, bukan dorang kenal pun.
dapat pulangan deposit 65 sen untuk 4 biji botol..cukup untuk beli sekotak beras..=)
Saya tak buat video, tapi boleh tengok camne cara nak guna machine recycle tu kat sini..video dipilih setelah menconsiderkan muka mamat ni yang agak komersial berbanding video2 lain..hehe*sempat lagi nak menggatal*~
5. Shopping bag
Jangan pelik kalau tengah bayar kat kaunter, cashier tu tak bagi pun beg plastik..bak kata orang, nak kencing pun kena bayar kan?..Sama lah jugak, nak plastik, bayar la ye..hehe.Rasanya kat Malaysia pun dah apply benda ni.Tapi tak semua tempat dan ada pulak hari-hari tertentu kan?..Bila kita kena bayar, kita akan lebih menghargai benda tu..walaupun benda tu cumalah sekeping plastik untuk isi barang dapur..Sebab tu setiap kali shopping, kena bawak siap-siap plastik atau beg untuk isi barang kalau nak jimat..Saya suka tengok pakcik-makcik bawak bakul pegi shopping..nampak sangat cute..macam Carl..=)
True love is when we dream, we plan, we live, we may fail to fulfill some of the plans, but we still grow old together, loving each other and trying to complete one another, even when they've already gone..just like Carl and Ellie did..~
p/s: Baru tengok..baru tau best rupanya movie Up ni...nangis kot..huhu
Tapi pagi tadi dia macam sihat sikit, so kami keluar pegi pasar..hey..ni betul-betul punya pasar ok..bukan pasar raya macam selalu..=)
gerai buah
dah bawak encik canon, tapi segan nak guna
rempah ratus ribu
cheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeseeeeeeeeee
bunga kering
*tak tau lah untuk hiasan dalam rumah ke hiasan atas kubur*
...und Gemüse
Pasarnya takdelah besar mana pun..harga barang pun tak lah murah sangat..tapi banyak yang nampak segar..Best jugak keluar pagi-pagi camni..rasa sihat dan segar sikit walaupun sejuk dan leceh kena pakai baju tebal..mind you, lepas ni mesti semua gambar cuma nampak coat hitam tu..kecuali kalau tiba2 ada orang nak sponsor beli wintercoat baru..hehe..*hey orang, awak nampak comel lah bila demam suara serak-serak basah..lagi comel kalau awak ajak saya melawat makcik za..hehe*.
Sekali tengok, rasanya pasar kat Regensburg dengan pasar dekat Pekan Simpang Kuala sama je..tapi kat sini takde donut-gebu-sebiji-lima-kupang..huhu.Dan untuk tidak menghampakan encik canon, saya kelik-kelik jugak sementara tunggu bas..