Dua malam yang lepas.
Jam dah pukul 9.40 malam, kami singgah ke mini supermarket dekat rumah. Hujan lebat. Mr Hasnul cakap nak turun sorang je sebab nak singgah beli diapers je pun. Tapi macam biasalah, anak sulung yang cukup manja dengan papa dia tu mana pernahnya tak ikut. Mr Hasnul mengalah, dibukanya payung dan didukung anak lelaki tu masuk bersama-sama.
10 minit berikutnya, keluarlah kedua beranak tu dengan plastik mainan ditangan. Mr Hasnul hantarkan Yim ke kereta, dan dia masuk semula dalam kedai untuk ambil barang-barang lain yang dah dibeli. Pekerja kedai dah mula tutup lampu, dah turunkan pintu kedai separuh tanda masa perniagaan hampir tamat. Yim yang mulanya leka dengan mainan baru tiba-tiba bangun berdiri.
"Mama...mana papa ni.. yambat syangat ni.."
"Ala tunggu la jap..papa masuk ambil barang..tadi kan papa dukung Yim..tak boleh angkat barang banyak..."
Dia senyap kejap..termakan pujuk saya. Tak sampai seminit, bangun lagi sambil mata terarah ke pintu kedai. Kelihatan pekerja kedai turunkan pintu lagi sebelah...
"Hoooi orang...jangan tutup..papa Yim mana...orang...jangan la tutup..tunggu papa Yim."
Meraung-raung anak syurga tu dari dalam kereta..ketara gelisah dia bila pintu kedai makin tutup tapi papa kesayangan dia belum pun keluar.. Suara dia dah mula bergetar tanda nak menangis..
Saya di sebelah terasa sebak. Anak kecil tu sungguh ikhlas. Sungguh risau bila papa yang disayang-sayang, 'hilang' seketika dari pandangan dia. Saya tak mampu bayangkan apa gelodak hati anak sekecil tu. Dan saya cepat-cepat tepis gambaran sedih yang terlintas di hati. Tak sampai seminit berikut, keluarlah seorang lelaki tinggi dengan beg plastik penuh di tangan.
"Mama ...tu papa Yim mai dah.."
Tersenyum ceria. Nampak kelegaan di mata dia.
Hati saya menangis sebak.
Ya Allah, aku mohon Kau satukan kami sentiasa, pinjamkan kami kebahagiaan ini hingga ke syurga. Tuhan yang Maha Kaya.
August 28, 2014
August 14, 2014
What five years did to us.
We survived the first five wonderful years of our marriage. Yay!
Our biggest "achievement" at this point, obviously is our growing family. Dari berdua dah jadi berempat, dan mungkin akan bertambah lagi..=)
But we, didn't 'grow' too much..be it physically or even mentally.haha. I'm still at my pre-wedding weight..tak bertambah pun..still sekeping macam tu jugak. Ketinggian memang tau dah la kan mustahil nak tinggi dah. Still paras ketiak Mr Hasnul..
Saya masih lagi seorang perempuan tak matang yang selalu berangan yang bukan-bukan. Kadang-kadang bila Mr Hasnul balik lewat atau lambat jemput saya dari rumah mama, saya berangan dia ada kat rumah tengah set-up roses atas katil, pasang lilin untuk candle light dinner....wahahaha.. See? Dari first anniversary tak habis-habis berangan nak candle light dinner.. Banyak tengok drama camtulah jadinya.hehe. Saya masih lagi merajuk bila dia tak 'like' post2 manja di facebook. Saya masih lagi tarik muncung bila dia tak puji pun even after saya dah bersiap..masih lagi perangai budak-budak walaupun dah jadi mak budak.
Dan dia pun masih lelaki yang sama. Masih lagi lelaki yang jawab sepatah perkataan, untuk seratus patah perkataan dalam soalan saya. Masih lagi lelaki yang percaya dalam perkahwinan ada keperluan yang mesti diutamakan dulu sebelum boleh tunaikan angan-angan saya yang tak pernah sudah. Lelaki yang percaya realiti perlu dirancang teliti, bukan boleh main redah sesuka hati. Dan tentunya dia masih lagi lelaki yang tak mungkin buat ucapan sayang secara terbuka. Pemalu rupanya.haha.
Selepas 5 tahun, saya masih lagi dalam fasa 'mengenali hati budi' lelaki yang saya kahwini. Kadang-kadang rasa macam kenal sangat dah. Tapi kadang-kadang rasa banyak lagi yang nak belajar tentang lelaki yang seorang ini. Banyak yang saya tak dapat nak duga. Samalah juga saya rasa dia masih 'mendalami' hati saya..sebab saya kadang-kadang rasa dia 'tak kenal' saya sepenuhnya..hmm..
But to think it positively, rasanya bagus jugak bila kami masih 'berkenalan'. Nama pun life-time partner kan..memang ada banyak masa untuk 'kenal-kenal' ni..
To my dear husband, thank you for choosing this immature girl as your partner. You are my best friend, my lover, my bittersweet coffee. Delicious, tasteful and addictive..hahaha.
Thank you...for everything.
August 11, 2014
June 23, 2014
tersurat dan tersirat
Mr Hasnul pegi camping dengan kawan-kawan 3 hari. Masuk ke hutan tanpa talian telefon apatah lagi internet. So totally no connection between us. Sehari sebelum dia bertolak, baba tergelincir jatuh sampai patah tulang peha. Mulanya dia dah serba salah nak teruskan plan dia atu..tapi saya suruh dia proceed since dah lama plan.
Dua benda dalam satu masa. Dua pergantungan terbesar hidup saya. Mama dan Mr Hasnul. Sebelum ni saya bergantung sepenuhnya pada mama especially bab jaga anak2. Kalau kena kursus ke etc semua mama yang akan jaga anak saya. Semualah.. So now mama dah kena temankan baba kat hospital..i have to take care of everything ....alone. Celah-celah ni pulak Yim demam..tak boleh la nak hantar ke taska.
Mujurlah MIL dan FIL sangat baik membantu saya.
Terasanya ketiadaan Mr Hasnul. Rindu. Terbayang apalah dia buat dalam hutan tu. Ingat ke kat saya? Ingat ke kat anak2? Ada tak dia try call saya macam saya buat setiap hari walaupun tau dah tak da line?
Then..saya struggle setiap pagi untuk atur perjalanan harian saya.. nak drop anak kat mana..nak pegi hospital lawat baba pukul berapa etc.
Saya ni manja dan tak kuat. Dah jadi macam ni..saya dah rasa susah gila.
Macam sekarang..saya adalah buntu taktau nak pegi mana lepas balik sekolah. Anak2 ada di rumah keluarga Mr Hasnul. Tapi MIL nak keluar pukul 4, saya pulak nak melawat baba..last-last saya stay kat Lab sambil nangis sorang2.
Bodoh.
Dalam hati saya cuma harap Mr Hasnul balik cepat. He is my biggest support system. Baliklah dengan selamat. I just want to hug him tight. Rasa nak nangis puas-puas kat dada dia...dont you ever leave me again abang!!!! I can't do this alone.. You are officially prohibited for any masuk hutan event lepas ni. Nak masuk hutan ke nak mancing ke nak hiking ke..cari hutan yang ada line..huhuhuhuhu.
Tapi kan...I'm afraid..bila dia balik.ayat yang keluar dari mulut saya ialah..
"Syok la tu kan..tinggal orang sorang2.."
"Puas dah jalan2 tinggal anak bini?"
"Ingat tak mau balik dah"
Sedangkan yang sebenarnya tersirat totally lain.
"I miss u". Itu yang tersirat.
May 14, 2014
Another year.
11 Mei 2014
10.30 malam
Senyum sorang-sorang, ajak Qayyim ikut dia.
"Yim sinilah...ikut papa jap.."
"Yim tak mau..Yim nak main.." sambil tekun mengadap longgok mainan yang penuh bersepah depan tv.
"Alaa..Yim...kejap je.."
Berlalu di sebalik dinding..datang dengan paper bag besar..
"Happy birthday..Yim cepatla cakap kat mama..papa dah ajar tadi kan.."
"Epi...yuuuuuu.."
Haha. Tak surprise pun, sebab Yim dah pecah rahsia cakap siang tadi papa bawak pi Alor Star Mall. Dah agak lah ada hadiah. Memang saja je tunggu nak tengok permainan dia. =)
![]() |
| Memori sangat isi dalam tu, sebab dia bagi hadiah yang sama macam birthday tahun 2006. Nescafe tu biasalah, nak tambah efek sweet. Tau sangat kita suka kopi kan..=) |
12 Mei 2014
12.00 tengah malam
Mesej bermakna, dari sahabat lama. Terharu.
12 Mei 2014
12.45 tengah hari
Paparan handphone, “Mamaku Sayang”
“Assalamualaikum, ada kelas tak?’
“Baru habis kelas, ma..”
“Mama teringat kat Dikna. Hari ni hari
lahir Dikna kan..dikna lahir tengah hari..”
“Aah..dalam surat beranak 12.35 tengah
hari”
“Tu yang mama cal ni..Selamat hari lahir,
semoga panjang umur, murah rezeki, sihat, sentiasa dirahmati,jauh dari dengki khianat manusia,bahagia dunia
akhirat…..”
*I can't actually recalled semua ucapan mama, sebab terlalu banyak doa dan terlalu cepat mama cakap..*
“Mama….terima kasih ma”
Sebak. Sebab tengah bersedih, dengar suara
mama rasa cam air sejuk simbah hati yang tengah panas. Rasa macam hujan yang
tiba-tiba turun masa hari terik.
“Ni Yim duk tunggu Dikna balik, hari ni dia
rindu sungguh kat mama dia. Dari tadi asyik tanya bila mama nak balik, nak
tidor pun dia ajak mama tidor dalam bilik Dikna. Ni tengah tengok gambar mama
papa dia…”
“Eh, Yim tak pi sekolah ek?”
“Hmm..dia pujuk papa dia..takmau p sekolah
hari ni..”
Masa drive balik keja, saya rasa nak hadiahkan mama sesuatu. Tanya diri sendiri, apa yang akan buat saya senyum sekarang? Otak laju je jawab, "Bunga!"..so laju je pegi singgah florist, tapaukan ros merah untuk mama, then nampak bunga daisy longgok-longgok dalam baldi, beli untuk diri sendiri.. =)
![]() |
..........................................................
Alhamdulillah. A'la kulli hal. Allah, kau gandakan kebaikan mereka terhadapku dengan kerahmatan darimu. Rahmati juga usiaku agar tidak sia-sia..Amin.
May 12, 2014
Jauh dari sempurna.
Today, is a mother's day. It's the day when everybody were busy posting a picture of their mothers, sending love messages and being emotional thinking of how good their mother had treated them.
Saya pun tak terkecuali. Tulis caption kat instagram sambil air mata menitik-nitik sebab terbayang mama yang baik sangat. Allahu..ni rasa nak menitik lagi. And I kept thinking of this one question? Macam mana mama boleh jadi sebaik, sesabar, sekuat, dan sehebat itu??
Saya dah jadi mak. Tapi saya tak rasa saya baik, sabar apatah lagi. huhu. Satu hari nanti, adakah anak-anak saya akan menangis jugak masa update status hari ibu bila mengenangkan kebaikan saya??huwaaaa!!
Maybe I won't deserve a mother's day wish.huhu. Saya selalu rasa down, rasa banyak kurang dalam mendidik anak-anak. Especially bila dah ada dua anak ni. Contoh kadang-kadang balik keja, penat, Aqil nangis for only-God-knows-why. Then tambah pulak bila Aniq si abang tu start nak mengamuk. Selalu saya akan cuba untuk cool down, pujuk tantrum dia dengan cara peluk, cium, semua ayat-ayat positif bagai yang di ajar dalam seribu satu artikel " Cara-cara mengawal kemarahan anak".. Tapi budak kecik ni, tak reti penat..kita dah penat memujuk, dia kadang-kadang still tak ada perubahan, so I'll always end up meletus jugak..huhu.. dan beberapa minit selepas tu, saya akan jadi orang yang paling menyesal..=(
Saya banyak spend masa di rumah mama, dari situ saya nampak cara mama kawal emosi. Contoh, bila Aqil nangis tak jugak stop, mama akan ambil Aqil dari saya, mama riba Aqil and she will recite Yasin. I always stunned to see how graceful and calm she is. Bila lah saya akan jadi setenang itu? Saya selalu rasa malu, sebab dah ada anak dua pun, still saya perlukan mama untuk anak-anak saya. But seriously, mama yang banyak 'didik' saya dalam 'mendidik' anak-anak. Mama jarang bagi nasihat secara terus, no. Dia akan buat saya belajar dengan tak sengaja. Contoh (lagi) kalau saya cakap, saya letih. Mama sambil santai-santai akan cakap..
"Kalau dah ada anak, memang tak akan ada rehat dah.."..
" Syukur kan, cucu-cucu mama sihat semua, boleh berlari, boleh buat sepah-sepah ni..maksudnya dia sihat.. kalau dia demam, masa tu rumah mungkin kemas, tapi kita la pulak teringat dia kan"
Pang!! Memang menamparlah ayat-ayat gitu. Buat saya tersedar betapa saya perlu bersyukur. Ye, memang saya besyukur. Cuma saya rasa saya yang banyak kurang, saya nak anak-anak dapat yang terbaik. Saya nak jadi mak yang akan buat anak-anak bangga. Saya nak jadi wanita yang paling istimewa di mata anak-anak, walaupun saya jauh dari sempurna. Supaya nanti even bila dah duk asrama ke, universiti ke, anak-anak still nangis belakang pintu loker sebab rindukan saya..hehe~
Happy mother's day.

| Tired eyes, because we are mothers.hehe~ |
![]() |
| I love this pic. Aniq pijak kasut, baju bau susu, dan sebelah bahu basah dengan Aqil's drools. It's ok because I love being a mom. |
May 10, 2014
Pencair hati
*This entry was written about 2 weeks ago*
Meet Mr. Muhammad Aqil Laith, my precious baby.=)
Lagi seminggu cukup 4 bulan. Cepatnya. Alhamdulillah perkembangan sangat cemerlang.
Setakat hari ini Aqil Laith sudah pandai ketawa bila diagah. Dah pandai menangis bila saya tinggalkan, dan dah pandai buat bunyi-bunyi bising. Ramah macam mama dia jugak.=)
Belum boleh roll over..tapi dah tunjuk sign nak meniarap tu ie; dah selalu mengiringkan badan bila letak di bawah.
He already has good head/neck support, dah boleh toleh kiri kanan dan boleh tegakkan kepala. Good job my boy!
Being the second child, saya dapat rasa Aqil Laith banyak mengalah.huhu.. Abang Yim memang sesekali akan express his jealousy..sampai kadang2 dia akan cuba nak buat adik Aqil. So selalunya adiklah yang mengalah..terpaksa orang lain yang tolong pegang adik bila abang mood tak baik. Sebab saya akan cuba kawal tantrum abang Yim masa dia marah.huhu.
Bila dah ada dua anak, kadang-kadang saya rasa lost. Rasa tak pandai nak handle..rasa tak jadi mak yang baik.huhu. Tapi saya sedaya upayanya nak anak-anak dapat yang terbaik. Entahlah. Lambat lagi rasanya nak jadi mak yag baik macam mama saya.huhu. *start entry happy-happy...tiba-tiba rasa down*
Tapiiiii....macam mana pun rasa..bila tengok senyuman anak-anak..dengar anak-anak bergelak ketawa, masyaAllah..macam magic boleh hilang semua rasa-rasa yang tak best tu...mencair hilang entah kemana.
Allah, terima kasih untuk rahmat yang melimpah-limpah ini. Pinjamkan mereka lebih lama buatku. Sihatkan mereka, limpahkan mereka dengan kasih sayang, kesihatan, keselesaan, kegembiraan dan segalanya yang baik. Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)