July 31, 2013

Wahnan a'la wahnin.

Terasa sangat puasa kali ini payah. Bukan merungut..tapi itulah yang saya rasa. Sedaya upaya saya cuba untuk berpuasa penuh. Tewas juga di hari ke -20 Ramadhan. Tekanan darah turun, muntah tak henti, sakit kepala dan tak mampu untuk bangun.

Saya terasa betapa lemahnya diri saya. 2 hari saya diberi MC. Rasa down sangat-sangat. Tapi sedikit terpujuk dengan telatah Aniq Qayyim. Saya tidor lama disebabkan kesan ubat, tiba-tiba terjaga sebab ada tangan kecil yang menghenjut bahu saya.. "Maa..maa...matann (makan)..." di tangan dia ada cereals yang saya bagi sebelum tidor. Beriya-iya dia suruh saya bangun makan. Ya Allah..anakku.. tulusnya hati ahli syurga ni..

Saya cuba pujuk diri dengan ayat dari Surah Luqman;

31-14:  Dan Kami (Allah) mewasiatkan kepada manusia terhadap kedua-dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan memeliharanya (menyusunya) dalam dua tahun.  Bersyukurlah kepada-Ku (Allah) dan kepada kedua-dua orang ibu bapa kamu, kepada-Ku (Allah) tempat kembali. 

Allah dah kata, ibu mengandung dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah.. Wahnan a'la wahnin..siapalah saya untuk bangun melawan dan tiba-tiba menjadi gagah. Memang saya lemah.huhu~

Pagi tadi saya rasa bertambah down bila saya tengok Aniq Qayyim yang tengah tidor. Nampak kurus dah badan dia sekarang. Dia langsung tak selera makan sekarang. Setiap hari bergantung pada susu je. Terasa saya bukan ibu yang baik. Tak mampu untuk buat anak  berselera makan. Terasa saya banyak bagi dia makan makanan tak berkhasiat. Rasa tak cukup bagus apa yang saya bekalkan pada dia selama ni. Tiba-tiba terasa banyaknya kekurangan saya dalam membesarkan dia. Kalau pada anak yang seorang tak mampu saya bagi yang terbaik, mampukah saya nak jalankan amanah untuk 2 orang anak nanti? Allahu rabbi.. Harap-harap Allah ampunkan kekurangan saya. Harap-harap walaupun saya tak sebaik ibu lain, anak-anak saya tetap membesar sihat sejahtera.huhuhu~~

July 25, 2013

Ada lagi.. =)

dah 2 minggu tulis baru post.

-------------------------------

3 bulan sekali baru menulis di sini. Medium sosial lain dah banyak sangat. Jadi medium yang ini terpinggir sedikit. Tapi lumrah seorang pencerita, takkan puas dengan coretan terhad 2-3 baris. Rindunya taip panjang-panjang...puas rasa boleh merapu merapik..=)

Kita mulakan dengan perkara terbesar yang berlaku sekarang. Perkara terbesar dan akan membesar perlahan-lahan..hehe If you get what I mean.

Alhamdulillah, I'm expecting my second baby! Weeeehuuuu...

"double line" yang paling bermakna untuk wanita-wanita

Dah almost 14 weeks pun, baru sempat nak bercerita disini. Macam tak aci kan? First baby bukan main excited tahap 7 minggu dah lompat bagitau semua orang, tulis entry pasal pregnancy every week,  siap buat perkembangan satu-satu yada yada.. Isk. No, not that we are less-excited.. We are extremely excited for this coming baby, tahap excited sampai buat pregnancy test a week before my period due.haha. Tapi kurang masa untuk tulis pasal pregnancy macam dulu. Dulu saya tengah bercuti, memang tak ada kerja lain selain mengadap blog buruk ni. Sekarang kerja tahap tak sempat kencing, balik rumah pulak dah sedia menanti si jantung hati tu mintak dilayan. Tak termasuk lagi kerja-kerja rumah yang memang tak pernahnya habis tu.huhu

I've passed my first trimester, Alhamdulillah. Sepanjang trimester pertama, macam dulu jugak alahan bukanlah tahap kronik, tapi tetap ada rasa tak selesa tu. Backpains, nausea, vomiting etc. Tapi saya punya 'morning sickness' tu bukan jadi waktu pagi, biasanya jadi waktu petang sampai malam. Kira "evening sickness" lah lebih tepat. Almost every night kena tidor awal, sebab kalau tak tidor akan muntah atau pening. Tapi bila bangun pagi terus ok macam tak ada apa-apa. So saya boleh pergi kerja macam biasa cuma bila part nak makan je bermasalah sket sebab tak ada selera. Tak lalu makan especially nasi.huhu

Dah masuk second trimester ni, sickness dah kurang, tapi ada lagi. Dah boleh keluar malam tu, kira ok la kan. Makan pun dah laju je..cuma saya lebih suka makan western food. This week je, pizza dah 3 kali, burger tak tau berapa kali dah.hehe. Mr Hasnul is as kind as always, apa saja saya request dia akan cuba tunaikan dengan sabar. Saya mintak nak pizza pukul 10.30 malam pun dia sanggup je belikan. Terharu rasa ada orang sayang. Dan masih sama, setiap malam tak jemu urutkan kaki. Sob.Sob. Baiknya..

Baby bump dah mula obvious, kali ni macam cepat pulak perut membesar. Orang kata second pregnancy memang camni kan, perut dah pernah membesar, so second time ni cepatla nak mengembang.hehe.. So far boleh pakai baju kurung lagi, tapi maternity pants dah start pakai sejak 8 weeks lagi sebab pengembangan di lower part tu macam cepat pulak.hehe..

I'm still breastfeeding. Alhamdulillah both gynae dan paeditrician cakap ok je nak teruskan breastfeed pun kalau saya rasa ok. Lagi pulak memang sejak dulu berhajat nak cukupkan tempoh 2 tahun, so saya cuba juga untuk teruskan. Next month akan cuba untuk wean off sebab next month abang Qayyim dah cukup 2 tahun!. heeeeee...

So far dah 2 kali buat scan, semuanya normal. Alhamdulillah. Sebak juga masa scan 8 minggu tu, dah nampak jantung baby. Berdegup-degup laju. Subhanallah. Terima kasih Allah sekali lagi dapat peluang untuk merasai kajaiban dan kebesaranMu yang satu ini. Harapnya tak ada masalah, semoga baby membesar sihat, selamat dan mudah semuanya. Aniq Qayyim pun macam dah faham yang dia akan jadi abang. Kami dah cuba bagitahu ada baby  dalam perut mama, so dia dah pandai cium perut, panggil baby etc..hehe.


Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Amin







April 23, 2013

Baiti Jannati

Saya tengok dekat Feedjit tu, ada je lagi orang yang sudi melawat blog hampeh ni. Tima kasihlah sebab buat saya rasa glamour walaupun saya tau average readers untuk satu entry lebih kurang 20 orang je sebenarnya. Itupun, separuh amaun tu adalah diri saya sendiri yang takde keja bajet bagus baca entry sendiri berulang kali.hehe. Pathetic gila.

Dan untuk 23 orang baik hati yang jadi follower tu. Thank you jugak. hahahaha.  *tiba-tiba je*

Dan untuk pengkomen. Eh, jap mana ada orang komen lah. So takde ucapan untuk pengkomen.

Ok. Stop bab ucapan pendahuluan.

Ehem, nak cerita pasal rumah sebenarnya. Khamis lepas, kami secara officialnya telah mendapat kunci rumah dari pemaju. Saya selaku seorang yang melankolik, emotional dan overreact, dengan berdebar-debarnya menunggu detik memegang kunci rumah sendiri. Siap tak boleh tidor malam tu. Mimpi-mimpi segala bagai.Teruja, takut, seronok dan  berbagai-bagai perasaan yang ada.  Mr Hasnul rilek je, bak kata dia "Alah,nak amik kunci rumah je puuunn.. Abang tak rasa apa pun.."

Prosedur ambil kunci simple je, awal-awal dah buat appointment dengan pemaju, dan kunci diserahkan di kawasan rumah, sign form tanda dah terima kunci, then seorang supervisor dari pemaju temankan kita untuk check keadaan rumah waktu kita terima. Kalau ada kerosakan boleh terus buat report. Sama seperti saya, mama saya pun anggap saat terima kunci dan saat pertama kali melangkah ke rumah baru adalah penting. So mama dah guide apa yang patut dibuat masa masuk i.e, langkah kaki kanan, selawat, baca doa etc. Thanks mama.
segugus kunci angan-angan. bunyi macam sugus.

Alhamdulillah rumah tu dalam condition yang tip top. Sekali tengok memang nampak perfect je semua. Tinggal lagi takde bau kedai je.hehe~

masuk kaki kanan...

terus tuju tangga.hehe
Ada jugak benda yang kami report tak puas hati, tapi kebanyakannya bab finishing je. Yang besar-besar rasanya ok. Bermula dengan detik dapat kunci ni, maka bermulalah sesi deko-deko bersama Eric. First sekali nak pasang grill, then wiring dan pasang lampu kipas etc, then cadangnya nak buat kitchen kabinet, lepas tu barulah furnish rumah. Seriously, susah gila nak buat semua benda tu. Kalau duit banyak kepuk-kepuk maybe tak susah sangat. Tapi kami ni under tight budget. So nak dapat yang berkualiti dengan harga yang rendah memang satu kerja susah. huhu

Masa keluar pegi survey barang rumah, memang best. Sebab duk bayang nak buat tema itu, tema ini. Tapi bila discuss bab harga terus jadi slow sket.haha. Saya percaya rezeki Allah sentiasa ada. Buat pelan-pelan. Jangan tamak, jangan over. Pesan kat diri sendiri ni. Dah ada rumah pun dah syukur sangat ni.huhu.

kena simpan gaji 2-3 bulan baru bleh beli set ni. takpe man jadda wa jadda!
Harap-harap rumah ini akan jadi lebih dari sekadar batu-bata yang berbumbung. Semoga rumah ni akan jadi syurga kami. Baiti, jannati. Amin. *sob, sebak pulak tiba-tiba*



So here, our first family portrait in the house. Surely will have more portraits to come. =)











April 18, 2013

travel note : Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.

Ok. Bukanlah ada apa sangat pun. Just tulis untuk kenangan masa-masa akan datang.

Cerita 2 minggu lepas, macam biasa, Mr Hasnul meeting kat KLCC, saya amik cuti jadi suri hotel 2 hari. Try hotel lain pulak. Saja nak merasa hotel-hotel sekeliling KLCC tu.hehe.




Hari Jumaat singgah Baby n Maternity Expo kat Mid Valley. Promosi grand sangat, tapi exponya saya rasa biasa-biasa je. Saya jenis orang yang tak sanggup beratur panjang untuk dapat potongan harga, so mungkin expo bukan tempat untuk saya.

Lepas round expo, Mr Hasnul ajak makan Tony Roma's. First time ni..orang kampung kan.. Bolehlah takat nak merasa. Sama macam Chilli's, sebelum pi rasa teringin nak rasa..dah try rasa ok ok je pun. Kalau ada duit lebih tu bolehlah nak p..kalau tak, food court pun sedap je.



Lepas makan gerak ke PD. Last saya pegi PD rasanya 5 tahun lepas. Dulu pegi dengan kawan-kawan masa study UPM. Masa tu zaman huha huha lagi. Pesen masuk bilik hotel wajib lompat atas katil lagi masa tu.hehe. Sekarang masing-masing dah jadik mak orang. Jangankan nak lompat atas katil, nak baring pun sikit-sikit je.~

Kat PD, Mr Hasnul book villa kat Desa Lagoon Resort, Mr Hasnul dapat harga staf.hehe. Oklah hotel tepi laut, tak ramai orang, ada pool sendiri.


Saya yang over -excited nak bawak Aniq Qayyim mandi-manda. Budak tu rileks je. Muka takde perasaan pun masa bawak main air.huhu.Rendam-rendam jap dalam pool, then pegi tengok sunset.



memang tak enjoy langsung. Takpe yang penting mama dapat masuk kolam budak. hehe~

Saya suka pantai. Tapi takut..sebab selalu duk terbayang tiba-tiba ombak tsunami datang nak lari mana kan?.. Kat tepi pantai tu baru nampak Aniq Qayyim enjoy sket. Maybe sebab angin kuat..then dia boleh pijak-pijak pasir. Kami tunggu jap tepi pantai tu tengok sunset. It was lovely. Tapi lovely-nya kejap je, sebab masa nak balik ke hotel sedar-sedar gate dah kunci. Pandai sangat tak baca sign kat board, gate kunci pukul 7. Nasib baik bawak phone, terpaksa call hotel suruh hantar guard bukak gate.hehe.

Angin  Selat Melaka. (ye ke?) 

muka-muka tersadai akibat tak reti baca signboard.


Malam tu makan, then tidor.

Esok pagi bangun, mandi lagi kat pool, then round pantai sekali lagi, pastu bersiap balik. *pemalas gila dah nak tulis banyak-banyak*


yang ni nampak enjoy dah sikit. tapi elok je lepas snap gambar ni, aniq terjun masuk kolam, nasib baik papa sempat sambar. jantung mama stop kejap masa tu. ketaq weh. tak sempat nak enjoy lama.

beach is better. tapi part main pasir je yang best. ombak kuat sangat.

jurus menampan ombak.=)

ok.noted!


Dari PD nak balik Kedah memang lalu Serdang kan, Mr Hasnul sweet sangat sebab singgah jugak kat UPM. Saja rindu nak melawat tempat belajar. There's always a part of me which is dying to be a student again. Tapi tu lah. Macam susah je..=(




Dalam pukul 4++ baru gerak balik Alor Setar. Ini adalah perjalanan pertama ke KL lepas accident tu. Mr Hasnul dah beli kereta baru. Tapi kereta baru tak cukup untuk buat saya lupa apa yang pernah jadi. Saya masih trauma Buktinya, saya langsung tak boleh lelap sepanjang perjalanan. Saya jadi penakut sangat. Hati saya berdebar-debar sepanjang perjalanan. Paling mendebarkan, bila terserempak dengan bas yang sama kat highway tu. Bas yang langgar kami dulu. Maybe brand je sama. Tak pastilah..tapi tetap rasa terkenang-kenang.huhu

On a positive side, bagus jugak trauma tu tak  hilang. Sebab bila takut, kita automatic jadi ingat Tuhan. Sepanjang masa berdoa, zikir, etc. Semua benda ada hikmahnya. Mungkin itu salah satu hikmah. Mr Hasnul pun dah jadi pemandu yang sangat berhemah. No, don't get me wrong, memang sebelum ni dia dah cukup berhemah. Cuma lepas accident tu, kami jadi lebih beringat. Tuhan dah 'ajar' sesuatu. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, selamat sampai rumah, walaupun ambil masa yang lama. Patut 5-6 jam dah boleh sampai but we took nearly 9 hours. Bawak slow, dan banyak kali berhenti rehat. Salah satunya sebab takut.huhu.

Next time kalau nak jalan jauh, rasanya saya kan fikir panjang jugak. Sebab perjalanan dengan hati berdebar-debar, lutut terketar-ketar bukanlah satu benda yang best sangat.. Harap-harap one day boleh jadi normal balik. Amin.


love.


March 27, 2013

random happiness

Random happiness ; is something, everything or anything that can makes you happy. Contoh untuk saya, bila lalu di depan, sebelah atau berdekatan dengan kedai kopi dan secara tak sengaja aroma kopi masuk menusuk dalam hidung. Wah. Syoknya. Rasa nyaman, rasa bahagia, rasa teruja. Lebih bahagia kalau masa tu memang  tengah melangkah masuk kedai kopi tu. Dub dab dub dab..rasa macam nak menuju jumpa boyfriend pun ada. Ini bukan happiness kot. Ini macam orang gila. Gila kopi namanya. hehe. Tapi inilah  happiness untuk saya.

Saya dan si 'dia'..haha
I remember when I was pregnant, Mr Hasnul will take me to work on Sunday (sebab dia cuti dan saya kerja) and he will pick me up after work. The moment when I just got out of my class and I saw him already waiting at the parking lot, is really one of my happy moment. Sekarang? Tak pernah dah dihantar (so far). He always too lazy to wake up. Sebab Ahad tu lah dia nak qada tidor sambil peluk Aniq Qayyim.sob3. Lebih sedih bila balik pun bukan je tak dijemput..kadang-kadang tak jugak disambut. Saya balik je, dua beranak tu tak ada di rumah. Dah pandai lepak minum kedai berdua-duaan. Cis. Memang tak best. *eh patut tulis pasal happiness kan? melencong pulak jadi emo.haha*

Tapi last week, Mr Hasnul bawak Aniq pergi sekolah, hantar barang. Best gila bila dapat smuggle husband dan anak masuk lab.hehe. Apa yang best tak taulah. Tapi best!


Rumah yang kami beli  dah siap, but due to 'something' yang kami pun tak tahu, developer cakap belum boleh serah kunci even CF semua dah complete.huhu. Almost every weekend, kami akan melawat rumah tu, saja tengok-tengok. Dan setiap kali sampai di kawasan rumah, ada perasaan bahagia yang tak terungkap. Rumah itu adalah harapan, impian dan angan-angan kami. Bila nampak rumah tu depan mata, memang terasa lain. I believe it's happiness! Walaupun rumah tu masih kosong, saya boleh nampak imejan anak-anak (plural ye.hehe) saya berlari di laman rumah. Saya boleh nampak kereta kami di parking di porch. Saya boleh nampak ketawa, senyum, bahagia di pintu rumah tu. Melawat rumah tu kadang-kadang menjadi terapi jiwa untuk kami setelah seminggu penat bekerja. Harapnya semua kebahagiaan yang saya nampak tu, akan betul-betul berlaku dalam rumah tu nanti. InsyaAllah.







Benda nak happy ni, tak payah besar-besar. Benda kecik-kecik pun boleh buat kita happy. Nak dengan taknak je. Kan?








March 6, 2013

Adik tahfiz





Bukan kali pertama saya berjumpa dengan adik ni. Pernah di lihat di hadapan bank, pernah nampak di pintu masuk Domino Pizza, pernah jugak nampak kelibat sedang melintas jalan. Kalau pun bukan adik yang sama, tapi dari kumpulan yang sama. Adik-adik yang sama juga.

Semalam, tengah nak order makan, adik ni datang, tak cakap apa-apa, cuma tunjuk botol "Ubat Herba" ditangan dia, dan resit "Derma Tahfiz Amal". Fahamlah kan apa yang dia nak. Benda ni dah common sangat dalam masyarakat kita. Orang minta derma. Atau lagi tepat, budak minta derma.Mr Hasnul selit beberapa keping duit untuk adik tu. Then dia tanya, "Dah makan ke dik?". Adik tak menjawab, cuma geleng, mata terpaku pada skrin besar di kedai makan tu.

Mr Hasnul tanya lagi, " Nak makan tak?" . Dia geleng lagi, tapi mata dia dah pandang arah kami.  Mr Hasnul tanya sekali lagi, " Nak makan tak? Kalau nak order lah. Duduk sini." Sambil mengunjuk pada kerusi kosong di meja kami.

Dia duduk. Budak yang amik order terus berseloroh tanya " Hari ni ustaz suruh makan apa?"

Saya pulak tanya, "Adik nak apa? Burger boleh?"

"Nak burger bakar."

Haha. Demanding betul. Atau mungkin dah lama teringin kot. Tapi sayangnya kat situ tak ada burger bakar, so ganti dengan burger ayam je.

Sambil tunggu order, mata dia tak pandang langsung muka kami.. Straight mata mengadap skrin tv. Tapi Mr Hasnul tetap jugak ajak dia bersembang. Lebih kepada soal siasat jugak.

Ayah dan mak masih ada. Adik beradik ada 11, dia yang kelima. Ayah kerja buat rawatan bekam. Dia dihantar masuk pusat tahfiz.Dia kata dia darjah 6, tapi lihatkan gaya, saya rasa dia lebih muda dari tu. Mungkin darjah 3 atau 4. Saya tanya dah hafal berapa juzuk di tempat tahfiz, baru Juzu' Amma. Dan dia tak segan bacakan Surah Al- Insyirah bila saya minta. Katanya setiap hari akan dihantar kutip derma dari pukul 4petang hingga 10 malam.

Sayu pulak rasa. Saya terbayang anak-anak buah di rumah. Anak-anak kakak dan abang-abang saya yang sebaya dengan adik ni. Waktu malam tentunya ada di rumah bersantai menonton tv. Ataupun mungkin sedang sibuk di pusat tuisyen. Tapi adik didepan saya, dibiar berkeliaran seorang diri, dibiar berhadapan dengan pelbagai macam jenis orang. Pelbagai bentuk bahaya.

Masa makan, beberapa kali jugak saya tengok dia pegang bibir dan berkerut muka. Saya tanya "Sakit ke? "
Dia jawab " Bibir ada lubang.Pedih".

Saya cakap "Jadi ulser la tu, adik kena minum air banyak sikit. Badan kurang air, tu yang jadi gitu".

Dia angguk je, sambil teruskan hirup milo suam dalam gelas.

Selesai makan, saya dengar Mr Hasnul pesan, " Adik belajar rajin-rajin ye. Hafal quran betul-betul."

Adik tu minta diri, dan ucap terima kasih. Berlalu pergi di sebalik celah-celah kedai. Dalam hati saya berdoa semoga Tuhan permudahkan urusan hidup adik-adik itu. Moga dilindungi, moga membesar menjadi seseorang. Moga berubah nasib menjadi lebih baik.

Haih la. Sedihnya budak sekecil tu dibiar membesar dengan memori tak seperti orang lain. Budak sekecil tu, selayaknya waktu malam dibiar berehat, mengulangkaji pelajaran, diberi kasih sayang, di lindungi dari bahaya jalanan. Entahlah salah siapa, yang pastinya yang dewasa ni lah yang kena fikirkan kebajikan budak sekecil tu. Tak akan tak ada cara lain memohon dana selain dari menggunakan tenaga adik sekecil tu.

Rasa nak buat sesuatu. Tapi tak tahu nak buat apa. Kalau nak report, nak report pada siapa? Kalau nak tolong, nak tolong bagaimana? huhu.

Tiba-tiba terasa 'useless'. huhu. * nangis*





March 3, 2013

Impian bulan 3

Ada 5 benda perkara saya rasa nak sekarang.


1. Kereta baru. 

2. Honeymoon.

3. Kunci rumah.

4. Nak lari jauh-jauh. *Tapi kaki pendek, stamina tak de, kasut soprt pun dah buruk. Cane tu?.sobs*

5. Nak pee pee.. Bye!