February 20, 2013

Kopiah putih, tongkat rotan dan seorang lelaki.

Baba saya. Dulu, satu waktu dulu dia adalah lelaki muda yang kuat berjalan, jelas pendengarannya, terang butir tuturnya. Dialah rujukan si anak muda yang baru merangkak menimba ilmu. Dialah ketua yang menjadi contoh anak buahnya. Majikan yang menjadi rakan, guru yang tak luntur pengaruh.

Sampai ketika, hukum alam tak pernah menjauh. Ditelan usia, pernah disapa kanser, lelaki itu tak lagi tegak berdiri. Berjalan bertongkat mengheret kaki. Mendengar sekadar menganggar apa yang mungkin dibicara orang. 

Baba saya, setiap minggu diundang ke stesen radio bagi sesi soal jawab agama. Puas dia menolak pelawaan, tapi tetap dipujuk rayu untuk hadir. Permintaan ramai katanya. Dan lumrah seorang guru, tak ada yang lebih membahagiakan selain dari menyampaikan ilmu. Setiap Khamis adalah hari yang ceria untuk dia. Hari dia boleh berinteraksi menjawab kemusykilan seadanya, membantu menyelesaikan masalah selagi terdaya. Hari Khamis adalah hari dia terasa masih diperlukan khidmatnya.

Tapi minggu lepas, baba saya tersilap menjawab satu soalan, kerana kurang dengar. Lain yang disoal, lain yang dijawab. Tahiyat yang ditanya, fatihah yang dijawab. 

Dan hari ini, tampil seorang rakan, 'mengutarakan' kesilapan itu pada saya. Dengan nada seolah menyampaikan betapa baba saya tidak layak di konti itu, sambil lantang mencadangkan agar  dia diganti dibuang. Perlahan, tenang saya menjawab, memang dari mula kami anak-anak tak pernah setuju membiarkan dia ke situ. Dia bukan orang muda. Dan masyarakat selalu lupa, selalu mencari salahnya si tua. Mahu hanya masa perlu, minta disingkir bila dah tak mampu. 

Saya sedih. 

Dulu, setiap hari dia akan dijemput anak-anak angkat untuk di bawa ke masjid-masjid. Kini, mereka menjauh. Ada yang lebih baik untuk dijemput, yang lebih muda, lebih bergaya. Habis diperah, diramas ilmunya, guru tua tak lagi dijaga.

Setiap kali baba beritahu ada kuliah yang dibatalkan, atau mungkin diganti dengan guru yang lain, saya nampak pasrah diwajahnya. Riak yang sama saya lihat masa saya menyampaikan pesanan 'rakan' padanya tadi. Saya, dan mama terdiam. Saya menangis di bahu baba, sedih melihat dia dilupakan begitu. Sedih memikirkan kesombongan orang. Sedih bila mengenangkan jasa yang pernah baba taburkan dulu. Dah tak siapa pandang. Tapi dah jadi lumrah alam, roda kita tak selalu diatas. Bukan kita yang tongkat langit. 

Kita pun satu masa akan tua. Dan semua yang ada mungkin hilang. Harap-harap bila tiba masa itu, masih ada yang sayang.----


February 17, 2013

18.2



Saya tak prepare apa-apa pun untuk celebrate esok. Ada dah beberapa 'cadangan' yang sedang aktif bermain dalam otak ni. Tapi entahlah sempat ke tak nak direalisasikan. Saya nak dia happy. Saya nak dia rasa special sikit dari hari lain.

Dan memandangkan nak dia happy, malam ni saya turutkan aja apa dia nak. Tadi dah bagi full massage walaupun dia tak request. Cadangnya nak sambung dengan dengan facial massage, tapi dia dah tertidor pulak. Sebelum tu dah buat supper-in-bed. Orang buat breakfast in bed, kita tukar ke supper. Sebab tau dah esok tak sempat.hehe~

Rasa romantik habis la tu goreng sosej ngan chickenball pastu buat ♡ dengan sos?  haha


Sekali lagi, selamat hari lahir sayang. I know you know that I love you. Tadi dah bisik masa u tidor. Not sure if you can hear me..~


Midnight. Tersenyum sendiri bila tengok dua-dua adorable sangat gaya tidornya.
Bahagia.



February 6, 2013

instinct

Something seems not right.It just feels not right.













It's not right for me.







January 30, 2013

Not as expected

Maybe I watched too much drama. Sampai satu tahap. I secretly "plot" my day to be as in drama.

Saya pegi amik Mr Hasnul kat airport tadi. Baru 2 hari tak jumpa dah rindu. So sampai je airport dengan excitednya dukung Aniq keluar kereta. Terus tuju arrival hall. Tunggu depan cermin dengan penuh tak sabar. Debar- debar. Senyum-senyum. Dalam hati terbayang Mr Hasnul keluar dengan senyum sambil terpa kami. Salam-salam, peluk-peluk macam dalam drama.

Dalam 5 minit menunggu, keluarlah suami saya. Hensemnya pakai kemeja.hehe. Terus saya lambai- lambai sambil berlari -lari anak nak ke pintu arrival tu. Wah dramanya. Mr Hasnul pun jalan laju nak datang ke arah saya. 2 meter lagi nak sampai to each other. Saya nampak dia stop. Terhenti sebab ditegur oleh seseorang di depan pintu keluar. Saya pun berhenti jugak. Orang yang tegur tu is his cousin. Spoiled betul. Dah tegur lama pulak tu. Terus teralih concentration Mr Hasnul untuk saya. He didn' t even look at me. Bersalam pun tak sempat dah. Peluk cium jauh sekali la kan.. There goes my drama ...

Terus drop mood saya. Terus rasa sedih. Rasa macam saya ni watak sampingan je. Pelakon tambahan yang dapat gaji ciput. Sedih haih. Penat pakai lipstik. Penat calit perfume kat leher tadi.

Penipu gila kan dalam drama.Kat arrival or departure hall tak penahnya sesak. Mesti cantik je focus kat hero heroin. Cakap bisik -bisik. Kat airport yang betul. Masyallah orang ramai gila.Jerit pun belum tentu dengar.

Emo.Emo.Emo.

January 26, 2013

Diam. Baca je tak perlu listen.

Nak cakap?









Takyah la.










Tapi...rasa nak cakap...











Jangan!. Diam lebih baik.











Tarik nafas.Lepas. Tarik. Lepas.







Bersangka baik dengan semua.

Pejam mata. Telan liur. Kucup dahi anak.
Selamat malam.

Kalau matahari pun sanggup muncul esok pagi. Ulang rutin setiap hari. Kenapa kita mesti takut untuk bangun dan senyum?
















January 14, 2013

Cantik

Sedang bersiap-siap nak keluar. Macam biasa sarung blouse yang senang dicapai. Warna hijau lumut. Tepek-tepek bedak, calit-calit eyeliner, tonyoh-tonyoh lipstick. Siap! Then cari tudung yang agak-agak matching. Jumpa satu tudung, jenis Syria, ada manik-manik kat atas. Terus sarung, senang takyah nak brooch pin bagai. Tak pulak saya perasan, hero kecik pujaan hati sedang memerhati dengan penuh tumpuan. Tiba-tiba je dia senyum, pastu dia cakap "Tik..Tik.." Sambil datang dekat usap-usap muka saya.

"Tik" tu maksudnya "Cantik" dalam bahasa Aniq Qayyim. Ya Allah, sejuknya hati, berbunga-bunga rasa jiwa bila dipuji oleh anak sendiri.hehe. Saya tahu saya bukan kategori cantik, tapi tersangatlah cukup asal saya nampak "cantik" pada pandangan lelaki-lelaki kesayangan saya.

Harap-harap sampai tua pun, saya tetap "cantik" di mata mereka. 








January 9, 2013

Tembolok


Facebook asked me, "How are you doing, Useryna?"

My answer is, "Not so good. Sebab masa breakfast tadi, saya diserang bertubi-tubi oleh rakan-rakan satu meja makan. Saya tak selera nak makan, so ada lebih sikit nasi. Kalau sumbat makan jugak, maybe boleh muntah kot. Selamba badak je, semua orang marah-marah .. Nanti tak murah  rezeki, nanti rezeki lari, budak ni biasa hidup senang, tak reti nak hargai rezeki blablabla."

Oh come on lah. Peduli pinggan masing-masing dah la. Janganlah judgemental sangat. Nak tegur ada caranya. Your bad table manners just spoiled my morning.