Kalau belum baca (dan rasa nak baca), klik sini :The Accident Part I
.....................................................
Baru je saya terlelap, saya terasa Mr Hasnul brek mengejut. Saya celik mata, saya nampak kereta depan dah dekat sangat. Saya terjerit sikit "Abang...!". Mr Hasnul sempat brek just in time. Tak terlanggar kereta depan. Baru saya nak tarik nafas lega, saya terasa hentakan yang sangat kuat dari belakang. Subhanallah!.
Hentaman tu sangat-sangat kuat. Saya tertolak ke depan. Saya peluk Aniq erat-erat. Hampir jugak terlepas. Aniq menangis. Saya nampak tangan Mr Hasnul didepakan ke arah saya dan Aniq, persis dia nak melindung kami. Ya Allah suamiku..dalam keadaan begini pun dia masih berfikir tentang kami. Dia masih cuba nak menjadi penyelamat kami. Kereta kami bergoyang, bergegar. Saya tak dapat nak gambarkan. Saya ingat-ingat lupa. Saya takut sangat. Saya tak sempat fikir apa-apa.. semuanya terlalu cepat. dalam masa beberapa saat, kereta kami berhenti. Asap keluar dari dashboard. Airbag pun dah mula kempis semula. Saya nampak Mr Hasnul tersandar ke kerusi dia. Tapi saya tak nampak muka dia. Aniq masih dalam dakapan saya. Saya terfikir, "Ya Allah, nak meletupkah kereta kami ni?". Asap banyak. Bau hangit. Saya cuba buka pintu tapi terkunci, Saya jerit " Abang..kita kena keluar..!".. Saya angkat picu kunci. Alhamdulillah boleh. Saya terus buka pintu dan keluar. Aniq diam. Saya tak nampak Mr Hasnul, saya risau takut-takut dia tersepit. Tuhan saja yang tahu betapa takut dan risaunya saya. Bila dah keluar dari pintu, saya macam baru tersedar. Saya baru terasa panasnya jalan tar. Saya nampak kaca penuh atas jalan. Dan di tepi saya, saya nampak Mr Hasnul berdiri. Saya tak tahu bila atau bagaimana dia keluar. Tapi hati saya lega yang amat. Suami saya ada disebelah. Anak saya ada dalam dakapan. Kami selamat. Saya cium Aniq. Dia tak menangis. Dia terkejut rasanya. Kami ke tepi jalan. Barulah saya nampak. Ada 4 lagi kereta dalam kemalangan yang baru jadi pada kami. Saya dan Mr Hasnul sempat berpatah balik ke kereta, saya ambil kasut, dan beg tangan yang ada di seat depan. Mr Hasnul terus call Abah. Saya masih terkejut. Saya macam tak percaya dengan apa yang baru terjadi. Saya buntu. Kami berpelukan di tepi jalan tu, bersyukurnya Ya Allah, kami selamat.
Ada seorang Pak Cik India berhenti di tepi, dia datang dekat saya, "Puan selamat? Ada sakit kat mana-mana tak? Anak puan ok ke?" . Saya tak terasa sakit. Saya tengok Aniq pun ok. Saya tak nampak sebarang luka, tak ada sebarang calar. Subhanallah. Mr Hasnul ada di tepi kereta, saya nampak dia sedang kutip beberapa barang di atas jalan raya. Beberapa minit lepas tu, datang dua orang perempuan, seorang sedang dukung anak kecil sebaya dengan Aniq. Anak dia menangis. Mereka adalah penumpang Myvi yang juga terlibat dalam accident tu.
Saya nampak ada bas di tempat kejadian. Setelah beberapa minit barulah saya sedar, kereta kami dirempuh bas! Subhanallah. Kereta remuk teruk di bahagian belakang dan depan. Lepas dirempuh bas, kereta kami terheret dan merempuh Toyata Vios didepan, menyebabkan dua lagi kereta (Myvi dan Hilux) di depan juga kena langgar. Subhanallah!
Macam tak percaya. Macam mimpi ngeri.. Saya tak pernah terbayang saya akan terlibat dalam kemalangan. Alhamdulillah walaupun kemalangan teruk, tak ada seorang pun yang cedera. Bas tu bawak pelancong rasanya, semua penumpang bas selamat, pemandu tak dapat dikesan. Ada jugak penumpang bas tu yang datang dekat saya dan tanya keadaan saya dan Aniq. Ada juga yang offer nak membantu kalau-kalau saya perlukan apa-apa. Ada auntie Cina (penumpang bas) yang hulurkan air mineral. Dalam keadaan cemas tu, pertanyaan dan keprihatinan orang yang kita tak kenal sangatlah bermakna. Terima kasih. Semoga kamu mendapat balasan baik.
Saya call mama untuk bagitau apa yang dah terjadi, mama terkejut dan mama terus kata dia akan datang jemput kami. Saya bagitau kami selamat dan minta mama jangan terlalu rush.
Mr Hasnul masa tu dah kelam kabut uruskan hal kereta.Towing truck datang kejap je, dorang pun datang tanya keadaan kami dulu, then baru uruskan kereta. Masih ada keperimanusiaan dalam berbisnes. Baguslah. Kalau tengok keadaan kereta, rasa macam tak percaya kami selamat. Patutlah kereta tu 'buat perangai', dia bagi petanda dia dah nak 'pergi' rupanya..
Dalam 15 minit kemudian, ambulans pulak datang. Dr. tu tanya keadaan saya, saya bagitau saya cuma rasa sengal di kaki dan belakang. Since tak ada yang cedera, tak ada sesiapa yang naik ambulans tu. Tapi dorang pesan if rasa apa-apa cepat pergi hospital. Keadaan jalan raya jadi sesak, saya tak tahu berapa jauh jam yang terjadi sebab accident tu. Saya taknak ambil tahu.
Aniq macam baru hilang terkejut. Dia tunjuk-tunjuk kat kereta, tapi saya tak faham apa yang dia cuba cerita. Lepas kereta dah diangkut naik atas truck, kami pun ikut naik jugak. Kami dibawa ke balai polis untuk buat report. Pekerja towing tu tolong Mr Hasnul keluarkan beg laptop. Alhamdulillah. Laptop pun ok.Barang-barang lain tak boleh ambil, kena kopek dulu bonet kereta yang dah remuk tu. Tak apalah, barang-barang tu boleh setel nanti. Yang penting kami tak ada apa-apa. Lama juga proses di Balai Polis. Sepanjang menunggu di Balai, saya terasa sangat sebak bila nampak Aniq dan Mr Hasnul. Sayu je rasa bila tengok dua lelaki kesayangan saya ada dengan saya, sihat dan masih boleh tersenyum. Saya tak mampu dan taknak bayangkan if apa-apa terjadi pada mereka. Dekat-dekat pukul 5 baru mama sampai dengan Pak Tam, Mak Tam, Abang, dan Kak Cik. Mama peluk saya, mama menangis teresak-esak. Syukur, masih boleh peluk mama. Syukur Ya Allah.
Selesai proses di Balai Polis, baru ke bengkel. Bila tengok keadaan kereta, semua orang terkejut. Keluarkan barang-barang dari kereta, kutip barang yang masih elok. Side table yang saya beli di Ikea pecah, stroller Aniq pun bengkok. Semua tinggal kenangan. Tapi beg baju, dan barang lain masih elok walaupun penuh dengan cebisan kaca. Kami pilih mana yang elok untuk bawa balik. Yang rosak kami tinggalkan je. Tinggal bersama-sama kereta. Tinggal bersama-sama kenangan. Pihak bengkel cakap, kereta tu dah kategori 'total lost'. Dah tak boleh dibaiki. Tinggal lagi nak claim dengan insurans je.
Dalam perjalanan balik, saya dengar mama dan Pak Tam tak henti-henti berselawat dan baca Yasin. Kebetulan, dalam perjalanan dari bengkel ke Alor Setar, kami perlu lalu kawasan kemalangan sekali lagi. Sampai di situ, hati saya rasa tak tenang, jantung berdegup kencang. Saya pegang tangan Mr Hasnul, dan saya pejam mata. Tak sanggup nak lihat tempat berlakunya accident tu. Saya belum bersedia, masih trauma mungkin. Terbayang lagi betapa kuatnya hentakan dari belakang siang tadi. Saya takut. MasyaAllah.
Kami selamat sampai di rumah lebih kurang pukul 9 malam. Baba dan adik beradik saya dah ada menunggu di rumah. Alhamdulillah. Leganya dah sampai di rumah. Rasa selamat. Syukur Ya Allah.
.................................................................................
Saya fikir banyak kali sebelum upload gambar kemalangan. Gambar ni kami dapat dari pekerja tow truck, gambar diambil untuk urusan insurans (bukan saja-saja ambil untuk di'facebook'kan atau di'instagram'kan). Bila tengok balik, macam-macam perasaan yang datang. Kereta yang paling teruk remuk adalah kereta kami. Bahagian belakang remuk dari bahagian bonet sampailah ke bahagian seat belakang. Mujur tak ada penumpang belakang. Takpela, saya letak juga di sini sebagai pengajaran dan peringatan. Innalillah. Semua ini adalah pinjaman. Harta adalah pinjaman, diri kita pun pinjaman dari belas ehsan Tuhan. Bila-bila sahaja Dia boleh beri, bila-bila masa juga Dia boleh ambil. Subhanallah.
"And We will surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient,
Who, when disaster strikes them, say, "Indeed we belong to Allah , and indeed to Him we will return."
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Surah Al-Baqarah: 155-156























