November 28, 2012

sebulan lagi.

Cuti saya ada sebulan lagi.haha.Silalah jangan jeles. Kerja tak glemer, tak dapat lot parking sendiri, jarang ditulis oleh budak2 kat ruang Cita-cita, dan selalu kena tuduh makan gaji buta..tapi inilah hakikatnya. Cuti banyak! hehehe

Banyak plan nak buat masa cuti ni. Entah nak jadi ke tidak tak tahulah.


#1: nak failkan semua dokumen dengan teratur
#2: nak study physics sampai terer gileer..(read: bila budak suh solve probwlem boleh buat on da spot dengan hebatnya)-next year saya akan jadi cikgu physics sepenuhnya. wehuuu..no more PJ!
#3: nak pegi bank simpan duit
#4: nak bawak mama baba jalan.
#5: dan banyak lagi.....(tiba-tiba malas nak sambung.boleh?)





p/s: tak best tengok Mr Hasnul stressed keja skang. pegi keja pukul 7.30, balik pukul 10. waktu pegi anak tidor, balik pun anak tidor.siannya..huhu
p/s/s: hanis zalikha cakap STRESSED lawannya DESSERTS.maybe i should bake something.kan?

November 25, 2012

Surihotel.

I woke up as early as 6 and the newspaper was already hang outside our door.


After a warm decent shower, buatkan coffee untuk kami berdua, then hantar mr hasnul pegi keja...

Two cups of coffee for us..and a bottle of milk for our anak teruna. Perfect!

Scene2 dari drama "Papa,jangan tinggal daku..."

Next, is our super quality time .hehe.. Tinggal mommy berdua dengan Qayyim. So layan dia je la sepanjang hari. Nak tau kami buat apa??hehe..

Dulu kecik lagi, belum bole mandi macam ni. Sekarang dah pandai.Asyik tarik tangan ajak masuk bathroom. Sehari dua kali berendam dlm tub, tunggu menggigil sejuk baru reti nak keluar..hehe


Dah pandai woh..pakai kasut sendiri, ajak mama keluar.

Breakfast-his style.

Main..main..dan main..
.....sampai penat!haha
Tengaharinya pulak, Mr Hasnul akan balik jemput kami pegi lunch. Lunch kat mana lagi kalu bukan kat Suria KLCC tu kan..lepas lunch jalan-jalan jap dalam tu..pastu balik hotel..sambung balik lah aktiviti kat hotel.huhu..



Tapi yang bestnya jadi suri hotel ni..memang tak yah buat kerja apa..sebelum keluar lunch,  panggil housekeeping, balik je bilik..tadaaa..dah kemas semua.haha. Dasar pemalas..

Wah..seronoknya takyah buat keja.





November 20, 2012

Here we are...again.

Mestilah bukan kat germany, or even korea..key ell je pun.hehe.

Mr Hasnul sekali lagi kena attend training kat KLCC. Elok pulak saya tengah cuti, takkan tak ikut kan?

Dan sekali lagi Mr Hasnul request hotel yang sama.

Saya dah bayangkan dapat room yang sama macam sebelum ni, mengadap klcc..bilik besar etc. Tapi upon check in, dapat tahu bilik almost full. Yang tinggal cuma yang mengadap jalan je.huhu.. Katil pulak tak ada yang king size. Tinggal twin bed je.Takpe takde hal. Boleh combine je 2 katil tu. Lagi besar dapat..*pujuk diri*

So sepanjang minggu ni saya akan jadi surirumah hotel la.Pagi sampai petang duk bilik sementara dia training. Malam baru boleh keluar.. Nak keluar berdua dengan Qayyim boleh je. Dah try semalam tapi memang puasla kejar dia. So nak senang tunggu je papa dia balik.

Kalau bukan company bayar, memang xduduk la hotel ni..haha


Kanan tu hotel, kiri tu Suria KLCC. Macam mana tak tergoda nak shopping kan? Dekat sangat..

After dinner ni. Cheapskate macam kami haruslah dinner foodcourt je.hehe
Sebagai pelengkap, Aniq Qayyim yang super brilliant.






November 13, 2012

Introvert

I think I am an introvert person. Kalau tak sepenuhnyapun, mungkin 60% of my self. Very self-centred, reserved and sometimes being selfish too.. I hate being too involved with people. I always wanted to have maximum privacy. I only want to be surrounded by people I love. I rarely talk to strangers and I am no good at faking emotions.. I do not smile when I am unhappy and I do not laugh for stupid jokes. I am THAT bad..













p/s: kadang2 angan-angan kita first class. tapi realitinya tak best pun.haih!



November 7, 2012

hilang.

I am not in a good mood. I started the day today with muka muncung. Merajuk dengan roommate a.k.a Mr Hasnul.huhu.. Awal-awal pagi dah mula dengan benda tak best..memang the whole day rasa tak best.

Dua hari lagi nak cuti panjang. Timbunan kerja yang tak surut-surut membuatkan hilang rasa teruja. Itu tak kira lagi nanti dalam cuti panjang pun kena datang kerja..huhu. Kalau ada yang gatal mulut cakap " Bestnya jadi cikgu...kerja senang..cuti banyak..." Hah meh sini nak tunjuk betapa senangnya kerja...haih!

Nak menambahkan lagi mood tak baik untuk hari ni. Tengah-tengah duk khusyuk buat modul untuk student buat waktu cuti, datangla sorang cikgu ni.. "Hi Yus..do you by any chance, took the Math teaching aids? I'm collecting all those stuffs to keep them in Math locker, and I need to do the stock bla bla bla.... " Saya terus teringat segala ruler, giant protractor dan compasses yang saya pinjam. Protractor tu nasib baik memang ada bawah meja. Yang compass tu puas cari tak jumpa pulak. Aduh! Time-time camni lah hilang. Padahal before ni saya duk nampak je benda tu ada bawah meja..huhuhuhu. Compass tu memang yang untuk mengajar punya. Besar, then boleh pasang marker pen kat hujung compass tu.. Kalau tak silap dorang order tu..bukan boleh main beli je..huhu.. Dah la semalam budak datang jumpa bagitau textbook hilang kat lab. Nak jadi cerita, text book tu dipinjam atas nama saya. So sayalah yang nak kena ganti..

Memang bulan ni bulan hilang barang agaknya. Hari tu buku Tabung Haji (luckily dah jumpa semalam..ada dalam fail family saya...) ..ini barang-barang keja pulak hilang.. Tapi yang menjuarai carta kehilangan yang paling melampau ialah....huhu...sob..sob.....................cincin tunang! Huwaaaaaaaaaaaa!!!

Ya Allah..mintak-mintak jumpalah cincin tu. As far as I could remember, the last time I wore the ring was during my pregnancy Then jari jadi gemok..tak muat pakai cincin. Tapi selama ni saya ingatkan saya dah mintak mama tolong simpan cincin tu. Last week tiba-tiba teringat nak pakai cincin (lama gila baru teringat kan?)..saya tanya mama..then mama cakap saya tak pernah suruh dia simpan pun..yang ada dalam simpanan dia cuma bracelet je..huhu. Mana saya letak hah? Sedih gila. Kami bertunang pada usia sangat muda. Masing-masing baru umur 21 tahun. Mr Hasnul belum kerja.Belum dapat tawaran untuk fly ke Germany. Belum ada duit kepuk kepuk.. Cincin tu dia beli guna duit simpanan and duit dia kerja part time.. Cincin tu lah jadi penanda yang dia dah 'ikat' saya sebelum dia terbang. Cincin tu lah yang saya tenung setiap kali merindu masa duk jauh-jauh dulu. Walaupun bukan cincin paling mahal (cincin nikah lagi mahal)..tapi tinggi sangat nilai sentimental pada cincin tu.....huwaaaaaaaaa..!!!

Ini cincin nikah.. puas godek, even gambar cincin tu pun tak jumpa...sob..sob..~


Abang, I am truly sorry...harap-harap alasan terpaksa buka cincin sebab pregnant dulu tu bolehlah cairkan hati abang..bukan yus sengaja taknak pakai..dah gemuk masa tu..gemuk pun sebab mengandung anak abang jugak kan? kan?heeee.. Yus sayang sangat cincin tu..but I wouldn't mind if you want to replace it with the new one. Well, you can propose again, and I will definitely say yes....haha.. Jom tunang sekali lagi..! *alasan nak cincin lagi satu..haha*




   

October 29, 2012

Shopaholic mommy, energetic baby

Happy Eiduladha. Tapi gambar lembu kambing semua belum ready. Ini cerita sehari sebelum raya haji. Our usual groceries shopping with our energetic son yang baru dapat walking license .haha. Tesco tu dah nampak macam ' kecik' sangat untuk dia explore.

"Imma big boyy..I can do shopping all by myself..hehe" 


"Oh mommy, this trolley looks so heavy, let me push it for you..Oh wait, the  handle is quite high. It's OK though, I can do it my way."
"See mommy, I can do this..It's eaaasyyy!"

"Done picking things, lemme pay for you mommy."

Sibuk sangat nak buat semua benda sendiri. Hah, papa angkat masuk dalam trolley diam terus.

Mama sambung shopping sikiiitt je lagi. Papa duduk tepi cermin, cepat-cepat dia pun nak duduk jugak.

Menjerit-jerit nak duduk kat driver seat. Papa turutkan jua walaupun sepanjang dua minit tu mama  memanjang je bising..=)


p/s: Boleh bayang tak betapa 'senangnya' mommy nak shopping sekarang?huhu~

October 23, 2012

Why....?

I don't know if I should write this. But this one thing keeps bugging me. Seriously.

Hmmm.. One of my friend decided to abort her pregnancy today. Her only excuse (as far as I know) for not having the baby is, her mother can't take care of her baby anymore. *sigh*

So, this lady..she already has 3 kids. Semua anak dia, memang mak dia akan jaga masa baby. Paling kecik, baru 10 bulan. Katanya kalau pregnant lagi, mak dia dah tak sanggup nak jaga baby kecik. I really don't understand her but she refused to find a babysitter. Dia nak mak dia jugak jaga. Since mak dia tak sanggup,they (she and her husband) decide to have an abortion. Oh my God.

Kawan-kawan yang lebih rapat dengan dia, dah bagi nasihat macam-macam. Tapi nampak gaya dia dah bertekad. Dan katanya dia dah check dengan 'somebody' yang mengatakan dibolehkan abort pregnancy as long as it is less than 6 weeks. I'm not sure about that. Tapi rasanya kalau tanya Baba, mesti Baba cakap tak boleh. For God's sake, it's your baby in there! Both you and your husband are economically stable, (supposed to be) very well educated, healthy and blablabla. Not to mention, you were the one who let this 'thing' happened. Now why would you abort God's gift? Why? Why..?

Saya sedih sebenarnya. Sedih sangat. Saya cuba berkali-kali untuk letak diri saya di tempat dia. Saya cuba cari rasional disebalik keadaan dia. Tetap jugak saya tak nampak alasan yang lebih munasabah untuk keputusan yang dia ambil ni. Anak tu kan rezeki. Rezeki yang tak semua orang Tuhan bagi. Syukurlah bagi kita yang dapat merasa pinjaman Tuhan yang satu ini. *another long sigh*

Saya selalu mengingatkan diri saya dan suami, there will be no 'accidental' baby. That kind of term should never exist in the first place. How can you get accidentally pregnant?  Are you drunk or what? Andai Tuhan putuskan ada benih yang terjadi, biarlah dalam apa jua keadaan, pada bila masa pun. Itulah dia seadanya. Rezeki Tuhan yang cukup berharga. InsyaAllah.

Seikhlasnya saya berdoa semoga Tuhan permudahkan jalan mereka. Semoga didatangkan ketenangan di hati mereka, semoga Tuhan melindungi mereka dari sesuatu yang salah. Saya berdoa semoga belum terlambat untuk didorongkan hati mereka agar redha dengan segala dugaan. Amin.








p/s : I found these articles during my google-search.
          1) mykhilafah.com-Hukum Pengguguran Kandungan Menurut Islam
          2) zaharuddin.net- Hukum Gugurkan Anak 7 Minggu