September 18, 2012

Gila.

Bila kerja aku, aku buat dengan baik. Aku langsung tak kau pandang.

Bila kerja kau, aku buatkan. Pun aku kau buat bagai hilang. Kau telan semua kredit.  Aku diamkan. Aku kerja kerana tuhan. Tak lebih pahala aku dengan pujian orang.

Tapi bila kerja kau kelam kabut hasilnya, kau canang aku yang silap. Bila masa aku terlibat? Eh, gila apakah ini?

Patut dari awal, berdengung aku dengar orang mengata. Tak aku endah. Aku sangka mereka dusta. Nyata aku yang  terkena. Tak ada angin, bukan senang anak adam nak goyangkan pokok.

Hey, come on lah..

September 16, 2012

A step forward.

At 13 months, Aniq Qayyim finally starts to walk. Though he still crawls more than walks, it's great enough to make us proud of him. It's such a bless to see him taking a step forward in his milestone (literally).


On a side note,  we the parents are also taking a step forward in our life. We signed for one big deal recently and we are really hoping that this decision will be the best for our future and our family.

Well, emm..we are in a process to buy a house. Insyallah, a house to be called as 'home'. The first moment we saw the house, we both were so in love with it. We just can't let it go. Siap mimpi-mimpi lagi.. After looking for so many show houses, we finally agreed that "This is it!".. Now let's pray for the best.huhu..

InsyaAllah..by next year we can move into that house. But moving to a new place, will never be easy.huhuhuhu~

Maybe we should start saving from now on. No more vacations, no more handbags, no more shoes, no more baju comel for Aniq Qayyim. All the money will go for kitchen cabinets, house grills, my dream-walk-in-wardrobe, furniture, et cetera..et cetera..et cetera..hehe~

Haha..dreamy sangat nih..


Waaahahaha..bestnya berangan..~



Ok. Stop the crap.

Once again, let's pray for our best.* sambung berangan*









September 10, 2012

Robot

Tiba-tiba rasa stress semacam.

Beban kerja macam gunung. Tak tahu nak settle yang mana satu. Semua benda nak cepat. Memang akulah robot.

Beban hati? Tak sempat nak layan. Tapi sekali-sekala melintas juga.

Anak? Oooh. Itu bukan beban. Itulah pengubat segala lara. Syurga.

Haih! Indahnya hidup dulu-dulu Saat bangun lewat pagi. Memasak segala resepi. Bersantai-santai habiskan hari... =(







September 3, 2012

So long.

Aaachom! Banyaknya habuk kat sini..hehe

Sejak dapat hadiah anniversary tu (ehem), memang dah jarang sangat la on laptop ni. Semua guna SIII tu je.hehe. Try jugak nak update blog guna SIII tu, tapi macam tak best. Kecik, leceh nak tap huruf satu-satu. Guna keyboard baru best. Baru puas tengok tangan menari-nari macam main piano.hehe

Ok. Biarlah dah basi pun, nak jugak cerita pasal raya kami.

Sebelum tu, "Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin" (cliche). Tahun ni turn pagi raya rumah Mr Hasnul. Tak ada rasa beza apa pun, even tak raya rumah mak sendiri. Maybe sebab dah ada anak. Asalkan cukup ada suami, ada anak raya kat mana pun sama je. Kan? *Tapi tahun depan tetap kena raya sebelah family saya pulak.hehe*

Sempurna. Insyallah.

Kami beli baju ready-made je semua. Yang syoknya memang last minute baru beli. Last minute sangat dah baru decide nak tema warna apa. Sudahnya padan muka, malam raya kelam kabut alter baju raya anak dengan skill menjahit yang sangat minimum. Tu kalau nak tahu, baju Aniq Qayyim tu size budak 2 tahun punya. Size kecik semua dah abis. Terpaksalah saya jahit balik tangan baju dengan kaki seluar tu bagi jadi kecik. Sampin pun saya lipat, then jahit sampai boleh muat dia pakai. Hebat woh jadi mak orang, daripada tak reti terus jadi reti jahit baju.haha.. Mr Hasnul dah serik, next year dia cakap nak tempah semua baju. Senang tak payah redah crowd cari baju raya tengah-tengah bulan puasa. Oklah bang, asalkan semua baju-baju tu you sponsor. I ikutkan aje..=)

Petang raya dah gerak ke rumah kakak saya, sebab mama baba saya beraya kat situ hari tu.

Second Syawal raya rumah saya pulak. Rumah saya tu maksudnya ruma mama-baba saya lah. Kami kan duduk dengan parents. Kami buat open house versi Korea. Menu utama open house kami, Bulgogi dan steamboat. Best! Berasap-asap rumah, meriah betul..

Merah pulak. Habis duit bonus kat baju raya anak beranak je.

3 Syawal, balik kampung baba saya. Ziarah makcik pakcik yang mana masih ada. Malamnya pergi reunion sekolah after 10 tahun keluar sekolah. Seronok tengok ramai datang kelek anak. Tak sangka lepas 10 tahun, ada kawan-kawan kita jadi doktor, engineer, hakim, peguam. Semua ada. Dulu kat sekolah masing-masing selekeh je. Tak sangka dah besar jadi orang jugak.hehe~ 

Masuk  dinner reunion, dah 3 kali naik Menara Alor Setar tu tahun ni.

Budak kecik yg belum boleh jalan sendiri, tapi sibuk nak mommy pegang tangan, round-round dalam tu.

4 Syawal, patah balik rumah Mr Hasnul. Ni lah untung kahwin orang dekat-dekat. Takdelah nak rebut-rebut, gaduh-gaduh nak balik umah mana. Cuma letih la jugak sepanjang minggu ulang-alik macam tu. Tapi takpe, raya setahun sekali je. 

5 Syawal Mr Hasnul dah masuk kerja. So cerita raya habis setakat tu je. Eh, tak. Tak habis sangat sebab saya sempat jugak pergi beraya rumah best buddy. Bawak Aniq Qayyim and paksu. Rindu lama tak jumpa best buddy even umah dekat je.huhu.

Ok. Done on cerita raya.



................................
16 Syawal 1433H.

August 16, 2012

not so surprise, but seriously smart..

On our 1st anniversary, he gave me a gorgeous Swarovski bangle. I gave him a box of love notes and a dozen of sloppy cupcakes. We were both sweet.

Second anniversary, I gave him a beautiful baby. He gave me...err..erm.(OMG I can't remember. Notthing, maybe?hehe)

Third anniversary? I gave him nothing. Well, I'm trying to be fair. But he gave me this.

I don't need this. Tapi rezeki tak baik tolak kan?hehe
Mine yang pebble blue tu. Marble white tu dia punya. Sekali sambar dua bijik terus. Takyah berebut katanya.haha.


Sebelum ni pakai handset Sony Ericsson tahun 2009 punya. Takde touch screen segala. Mr Hasnul pulak pakai handset tahun 2006 punya. Daif sangat dah handset tu, keypad pun dah tanggal kena korek ngan Aniq. Sampai Mr Hasnul pesan jangan call masa dia meeting, Segan nak buka hp antik depan member.haha. Memang tak up-to-date langsung kami ni. So bermula last week baru belajar touch screen, baru pandai slide, baru kenal apps android segala.hahaha. Patutlah nama dia smartphone. Memang smart sungguh.hehe

So, this coming raya boleh la join orang lain ber-instagram ambil gambar ketupat lemang semua tu.haha. Lambat gila.Orang lain dah lama reti..




August 9, 2012

Tak puasa.huhu

Bukan tak puasa sebab uzur tu. Tapi sebab lain.huhu~

Lepas buka puasa semalam, saya pening, macam nak pitam tu. Rasa rumah berpusing-pusing. Masa BF Aniq, makin menjadi-jadi rasa pening tu. Nasib baik dia terus tidor lepas BF. Saya masuk bilik, then tiba-tiba rasa meloya. Habis keluar semua isi perut. Penat je makan banyak time buka tadi.huhu.. Ingatkan lepas muntah tu dah ok. Tapi tak. Lagi teruk je. Sampai lembik badan.

Last-last saya tertidor dengan Isyak pun belum solat. Masa bila mama angkat Aniq letak sebelah saya pun saya tak perasan. Dahla Mr Hasnul takde, kalau dia ada ok la jugak. Tapi mama macam biasa, baik sungguh. Saya pening, dia picitkan, then dia bawakkan ubat angin untuk saya makan. Tapi saya tak makan pun sebab takleh bangun.

Pagi tadi masa sahur mama kejut suruh saya solat Isyak. Then Aniq pun terjaga, saya terlalu lemah sampaikan nak angkat anak pun tak larat. Rasa nak rebah. Last-last mama jugak yang tolong dukung Aniq. Saya tak sahur pagi tadi. Meloya sangat rasa.

So hari ni MC lagi.huhu. 5 hari dah tahun ni..

Dan baru je kejap tadi, saya pergi klinik. Macam biasalah, kalau pening-pening ni mesti orang suspect pregnant kan. Tapi tak, sebab baru je habis period. Doctor check blood pressure, and dia cakap BP saya rendah sangat. Tak cukup rehat dia cakap.huhu.. Dia suruh saya rehat banyak, makan banyak dan kurangkan kerja. Entahlah, saya rasa saya ni takdela kerja kuat sangat pun. Doakan saya kuat, doakan saya sihat.~~


August 7, 2012

Du bist so süß!


Bukan selalu boleh dapat komen dari Mr Hasnul ni. Be it at blog, ataupun facebook. Dia baca je semua post saya, tapi tak pernahnya nak komen. So ni kira special lah ni.hehe. 

Thank you by the way. =)