June 4, 2012

travel note : Seoul, South Korea (Final Part)

Haha. Jangan baca, dah basi sangat-sangat cerita ini. Tapi digagahkan juga untuk siap, nak cukupkan koleksi sebelum adanya travel note akan datang. Eh, did I said 'akan datang'? haha.. Jangan percaya. Tipu je tu.

................................................................................................

Hari ketiga.

We had our breakfast at our hotel restaurant. Even we stayed in for 4 nights, dapat breakfast free untuk 1 hari je. Memang tak expect untuk makan apa sangat pun, sebab dah boleh agak nak dapat yang yakin halal mesti susah. Masa tengah survey makanan kat breakfast buffet tu, tiba-tiba sorang Ahjusshi ni tegur, " Itu boleh makan, halal, yang ini saja kamu jangan makan, ini ada babi, yang lain tak ada, sayur aja." Wah, terkezut kau, pakcik korea cakap Melayu. Serius terkejut. Then saya tanya dia, " Awak boleh cakap Melayu?" Dia balas, " Saya cakap Indonesia, 12 tahun pernah duduk sana..saya tahu kamu Muslim mesti makan benda halal" Ooohh.. Dia siap explain lagi ingredient yang ada dalam menu-menu kat buffet tu, yang dia cakap halal, nasi goreng sebab dorang masak letak telur and kimchi je, scambled eggs, roti, etc. Yang tak halal tu cuma bacon je. So, saya dengan yakinnnya saya amiklah jugak makanan yang dia cakap halal tu. Then Ahjusshi tu tanya nak keluar pergi jalan ke, sebab hari tu suhu sangat rendah, -4°C. Patutlah pagi tu ada snow atas rooftop. Merasa jugaklah adik-adik saya pegang ais pagi tu walaupun tak banyak.hehe. Eh, lupa nak cakap, Ahjusshi tu keja situ, waiter kot. baik sangat Ahjusshi tu, siap tolong tunjuk-tunjuk jalan lagi.




Plan asal dalam itinerary, nak pergi Namsan Tower. Tapi sebab keadaan cuaca yang cloudy, dan terlalu sejuk, kami ubah plan tak jadi nak ke Namsan Tower, tapi nak pergi Itaewon je. Itaewon ni satu street yang sangat terkenal untuk shopping souvenir. Dan dekat Itaewon ni, penuh dengan kedai-kedai makanan halal. Selain tu, dekat Itaewon ni terletaknya Seoul Grand Mosque. Satu-satunya masjid kat Seoul ni. Memang tourist wajib lah pergi situ. So, sejuk-sejuk pun redah la jugak naik train pergi Itaewon ni. Memandangkan Ba Itd sekeluarga dah balik ke Malaysia malam sebelum tu, group member dah berkurang la.huhu.. Dan kuranglah jugak tenaga untuk angkut barang, tolak wheelcahir etc.huhu. Masa kat train station tu, memang ada satu station yang tak ada elevator, so sangatlah leceh nak usung wheelchair tu. Tapi dorang ada sediakan service platform untuk disables. Since hari ketiga ni kami sangat relax takyah nak kejar-kejar bus, bolehlah try guna service tu. Caranya, kita kena tekan button tepi tangga tu, then cakap kita perlukan bantuan, Mula-mula saya try cakap dalam English "Excuse me, I need help to use the elevator, could you please send somebody to help us?", tapi operator yang jawab tu buat bodoh je. Tak faham English lettew.. Berbekalkan kemahiran berbahasa Korea hasil didikan drama Korea, Dik An( my sis) tiba-tiba je tekan button tu sekali lagi then cakap ayat yang lebih kurang sama dalam Korean. Wah kagum 2 minit! Tengok drama sampai pandai cakap Korea. Hebat! Tak sia-sia melangut depan tv selama ni.hehe..Terus operator tu layan, tak sampai 5 minit, datanglah sorang mamat pekerja station nih tolong setupkan platform tu. Berdedikasi gila, (dahla hensem comey jugak..haha) satu-satu step dia buat, unlock platform, tolak wheelchair naik atas platform then   'on'kan platform tu..saya tak pernah tengok service camni kat Malaysia, or even kat Europe dulu, so agak teruja lah kan.hehe..




Malas nak captionkan satu-satu. Tapi baba memang macam Tuan Besar, ada orang iring naik tangga satu-satu.hehe


Sampai je Itaewon, waktu tu matahari dah mula naik. Matahari ada, tapi sejuk sangat. Tanpa melengahkan masa, seperti yang ditungu-tunggu kami memulakan sesi beli souvenir.hehe.. Excited, masuk kedai ni nampak benda ni comel, then kedai sebelah ada pulak barang lain cute. Rasa nak beli semua. Tapi mengenangkan nak beli untuk kaum kerabat yang ramai tu, kenalah buat catuan jugak.hehe. Sebelum beli sempat jugaklah survey harga, sebab nak cuba dapat harga yang paling murah. Memang kat Itaewon orang cakap kena pandai bargain, kalau kena gaya boleh dapat discount banyak.. Last-last adalah satu kedai ni, yang kami berkenan sebab mudah bargain ngan pakcik tu, banyak yang dia bagi murah (compared tu kedai-kedai lain yang kami dah masuk). Lagi pulak, dia sangat friendly, saya siap tumpang  BF lagi kat kedai dia.hehe. Antara souvenir yang dibeli, T-shirt 'I Love Korea', key chain, set chopsticks dan garfu yang sangat best (sebab ada crave tulis korea), fridge magnet, etc..jenis-jenis yang standard orang beli bila melancong je. Cadang asal nak jugak cari baju-baju baby untuk Aniq, tapi bila tanya harga kat situ, mak aiii mahal gila. Lagi tak puas hati bila tengok tag kat dalam 'Made In China', tak berbaloi lah pergi Korea beli barang Made In China, baik beli online kat Malaysia je, murah je.. *Alasan punya panjang.hehe*
Ahjusshi kedai souvenir, senang bargain ngan dia, siap bagi free gift lagi. Tapi bargain skill kena power la. Tips: cakap korea sepatah dua, pastu buat muka comel kesian..hehe

Itaewon-ro

Macam biasa, bila sejuk dan tak tahan, kami masuk coffee house..  seingat saya sepanjang sehari spend kat Itaewon rasanya 4-5 cawan jugak saya minum coffee / hot chocolate. Hot choc kat Dunkin Donut memang best. Untuk lunch hari ketiga ni, memang kami tak prepare bekal, sebab dah tau kat Itaewon banyak kedai halalan toyyiban. Memang plan nak makan kat situ. Memang banyak kedai makanan Arab. Pilihlah nak Pakistan ke, Turkey ke, Iran ke, semua ada. Dalam sejuk-sejuk tu, tak sempat pun nak pilih-pilih, kami masuk je kedai Turkey, Pasha. Kedai tu macam agak classy (bagi saya la kan) berbanding kedai-kedai lain, maybe sebab tu tak ramai orang dalam tu. Tapi takpalah sesuai la sikit untuk group istimewa kami ni. Kalau sesak-sesak susah lah dengan baby ni..tak selesa. Lagi pulak kena cari kedai yang luas untuk group yang agak ramai ni. Makanan sedap, dan service bagus. Kat Korea ni memang boleh dikatakan semua service dorang tip top. Macam kedai Pasha ni, pekerja restaurant dia ada je yang memang Korean. Nampak je kami kat depan pintu, terus dia melompat dari kaunter semata-mata nak tolong tolakkan wheelchair baba.haha. Dah tu tengah makan tertumpah pulak air kopi, habis basah lantai and meja..kelam kabut la kami nak lap-lap, terus datang oekerja restaurant tu, cakap tak payah lap..nanti dorang buat semua. Muka manis je, takde nak cebik-cebik muka tunjuk tak puas hati ke apa. Cuba bagi tumpah air kat restaurant Malaysia. Boleh imagine kan macam mana muka pekerja dia?hehe~






Lepas makan, barulah bergerak ke Seoul Central Mosque. Tengok dalam map tu macam dekat je dengan shopping area kat Itaewon tu, sekali bila jalan baru tau betapa mencabarnya untuk sampai ke masjid tu. Masjid tu terletak atas bukit. Jalan nak naik ke masjid tu sangat cerun, dengan kedai kiri-kanan, then kereta pun bawak laju. huhu. Saya masih ingat lagi, betapa risaunya masa tu sebab takut baba tak mampu nak naik jalan berbukit tu. Nak suruh baba jalan memang tak sampai hati, nak tolak wheelchair, kesian pulak dekat mama mesti tak larat. Mr Hasnul masa tu kendong Aniq, sebab sejuk plus rasa tak selamat letak dalam stroller. Saya pulak tukang tolak stroller. Last-last kami decide, saya kendong Aniq, Mr Hasnul tolakkan wheelchair baba. Adik pulak tolak stroller Aniq yang agak berat sebab penuh dengan souvenir yang baru beli tadi. Kesian jugak kat adik, memang stroller tu berat, nak naik jalan berbukit pulak. Dahlah angin kuat masa tu. Mula-mula rasa nak give up dah tak nak pergi masjid tu. Dalam hati saya pun dah mengomel-ngomel tak puas hati apasal buat masjid jauh sangat. Tapi baba yang kuat semangat, baba cakap nak jugak pergi masjid tu. Kami try jugak cari-cari kalau-kalau ada taxi nak tumpang naik sampai atas, tapi tengok gaya macam tak de je. Kalau nak amik taxi kena amik dari bawah lagi rasanya.huhu. Last-last Alhamdulillah sampai jugak kat tapak masjid tu. Tapi,belum boleh masuk masjid, sebab kena pulak naik tangga untuk masuk prayer hall.. Ruang solat lelaki tingkat 2, ruang solat perempuan tingkat tiga. Ground floor dorang buat pejabat. Ketaq jugak lah lutut tu sementara nak boleh jejak ruang solat masjid tu. huhu. Dah alang-alang sampai masjid, saya solat jugak kat situ. Dan macam kat Europe jugak, paip wudhuk kat masjid jarang ada heater.huhu. Sejuk beku amik wudhuk. Baba pun merasa jugak solat kat masjid tu walaupun tak naik ke Men's Prayer Hall. Ada pekerja masjid tu sediakan ruang untuk baba solat kat office tu je. Dengan keadaan tisu kaki baba yang pernah terkoyak dan belum sembuh sepenuhnnya, memang doktor tak galakkan baba jalan banyak, lebih-lebih lagi naik tangga. Syukur sangat, tak ada apa-apa yang jadi, selamat je sampai kat masjid tu walaupun  sangat mencabar perjalanannya. Kami rehat-rehat jap kat masjid tu, saya pun sempat tumpang dorang punya ladies hall untuk breastfeed, amik gambar, then baru turun. Perjalanan nak turun tak lah se-mencabar perjalanan nak naik. Sebab tak susah sangat kan nak turun bukit.








Eh, jangan silap faham ye, kalau ada yang plan nak pi Korea jangan pulak rasa takut nak ke Seoul Central Mosque tu. Kalau korang muda-remaja sihat walafiat, and cuaca tak sejuk beku, Insyallah tak susah mana pun nak ke masjid tu. Kalau susah sikit pun apa salahnya, untung-untung bertambah pahala sebab sanggup bersusah ke masjid. Kan? Kan? Nak lagi senang, naik taxi je.. =)


Turun dari masjid sekali lagi singgah minum kopi. Alasan je tu nak minum kopi, padahal sebab nak tinggalkan Aniq kat papa dia sementara mama dia nak sambung shopping.hehe. Mr Hasnul, baba dengan Aniq stay dalam coffee house, kami yang perempuan-perempuan ni melunaskan keinginan untuk sambung shopping..Weehuuu..~





After dah settle shopping semua, barulah bergerak balik. Nak ke Dongdaemun terus cadangnya tapi sebab dah letih, kami balik hotel dulu. Makan-makan (masak nasi and maggi again), solat, mandi etc. Saya tidorkan Aniq, then malam tu baru keluar semula untuk ke Dongdaemun. Saya, Mr Hasnul dan adik-adik je yang pergi. Mama dan baba tak ikut pun. dorang tolong tengok-tengokkan Aniq kat hotel. Tak sampai hati pulak nak bawak budak kecik tu keluar malam, dah lah sejuk sangat malam tu. Rasanya dalam -10° C jugak temperature malam tu. Serius sejuk!.

Sampai Dongdaemun dah dekat pukul 10pm++ . Tapi kat situ sangat happening. Penuh dengan shopping complex, stall etc. Orang pun sangat ramai. Tapi kami tak beli apa sangat pun, saya beli cap je untuk Aniq, nak beli baju tak ada yang best. Eh, ada je yang best tapi harga dia mahal sangat. Since we were on a budget trip, tak boleh mewah-mewah.huhu.. Elok lah duit pun dah banyak habis kat Itaewon petang tu.hehe..




Lebih kurang dua jam jugak spend kat Dongdaemun malam tu. Kami balik elok-elok je sempat naik train terakhir. Kalau terlewat sket, memang kena jalan kaki lah kot balik hotel Kelakar jugak kalau ingat balik, siap lari-lari malam tu.hehe.. Underground pulak dah senyap sunyi tak ada orang. Memang pengalaman yang susah nak lupa tu.. Eloklah memang malam tu yang terakhir pun kat Korea ni. Our flight was scheduled to depart at 8.00 am the next morning. Mr Hasnul dah book taxi dari hotel pukul 5 pagi considering 1 hour journey to the airport. Malam tu kemas apa yang patut, then masing-masing tidor dalam keletihan hanya yang Allah je tahu. Memang setiap minit kat Korea digunakan sebaik mungkin.hehe..



Hari keempat a.k.a hari terakhir.

Tepat pukul 5 pagi, dah ready taxi tu menunggu kami kat bawah Hyundai Residence. Sedih pulak rasa nak tinggalkan bumi Korea nih. Entah tahun bila nak datang lagi. Dan tak tahulah ada lagi tak peluang nak bercuti sekeluarga macam ni. Sepanjang perjalanan ke Incheon Airport, boleh katakan semua orang tidor je. Kami sampai airport elok-elok matahari baru nak terbit. Cantik sangat boleh tengok sunrise tepi laut camtu.=)




Jumpsuit ladybird tu je lah yang saya beli untuk Aniq dari Korea.  Beli kat mak cik tepi jalan Itaewon.=)

Masa check-in nak balik ni, berlaku pulak satu incident yang agak mendebarkan. Dah elok bagi tickets, passports semua, tiba-tiba saya nampak suasana yang agak tegang kat kaunter check-in tu. Nak tanya, macam segan. Then nampak pegawai yang duk print boarding pass tu, koyak-koyakkan boarding pass kami. Eh, apa ni? Then dia print lagi, koyak lagi..Aish..suspen betul. Tambah suspen bila tengok jam masa tu dah pukul 7 lebih. Last-last saya selaku ketua rombongan (lantik diri sendiri jadi ketua) terus tanya dorang, apa masalahnya sampai 40 minit duk tunggu nak check-in tu. Barulah sorang officer ni bagitau, dorang tengah adjust seat dalam flight supaya baba boleh duduk ruang yang luas (sebab dorang tengok baba duk atas wheelchair). Tapi yang tak bestnya, pandai-pandai je dorang adjust seat tu, then separatekan group kami. Saya pun terus menjelaskan keadaan bahawa saya dah BELI seats untuk kami sekeluarga. Faham-faham je lah AirAsia, nak duduk satu group, kena beli seat. So agak geramlah bila tau dorang pandai-pandai adjust seats tanpa tanya kami dulu. Lepas dah explain serba sket, bagitau dorang yang baba tak perlukan extra space dalam flight etc, dorang letak balik seats ikut yang asal.

Ingatkan dah settle, tapi datang pulak masalah lain. Sorang officer lain bagitahu passport mama tak ada arrival stamp, so dorang tak boleh nak lepas mama keluar. Ya Allah, masa tu dah rasa macam nak gugur jantung. Flight lagi berapa minit je nak depart, timbul masalah camni. Memang tak pernah terbayang nak jadi camtu. Saya step up, bagitau officers kat situ, masa arrival, mama is the one yang tolak wheelchair baba. Then masa arrival tu jugak, mama and baba tak beratur ikut line immigration yang biasa, sebab ada immigration officer yang suruh baba ikut laluan VIP untuk cepatkan proses arrival. (Dorang nih memang jenis jaga golongan kurang upaya). So, masa tu gamaknya, dorang cop passport baba je, passport mama dorang lupa. Nasib baiklah officer tu sangat professional, dia cakap jangan bimbang, dia akan bawak mama ke bahagian arrival, then dapatkan balik arrival stamp tu. Dia tahu agaknya saya risau nak biarkan mama pergi sorang-sorang, berapa kali dia duk janji dia akan escort mama sampai semua settle. Mestilah saya risau, mama bukan pernah jalan sorang. Then mama jugak tak pandai cakap English. Kang tinggal mama sorang-sorang tak ke haru, sebab kami masa tu dah kena gerak ke departure hall.huhu..

Masa tu dah tinggal lebih kurang 10-15 minit je flight nak gerak. Tak tercapailah hasrat saya nak meronda dalam Incheon Airport tu sebab kena gegas-gegas ke departure gate. Tapi saya puji officers kat situ, sebab dorang sangat bertanggungjawab. Dah dorang yang buat silap masa awal-awal check-in tu, dorang mintak maaf , then hantar dua orang ladies officers untuk escort kami sampai ke pintu flight. Rasa macam VIP pulak siap ada orang iring-iring ni. Masalah passport mama pun settle dah masa tu. Alhamdulillah.

Walaupun jadi orang terakhir untuk naik flight dan tak sempat nak meronda-ronda dalam Incheon Airport tu (huhu), saya tetap rasa syukur sangat semua urusan selesai jugak. Naik je flight, memang masing-masing tidor je la.Letih dah.. Aniq Qayyim pun macam biasa tak buat hal dalam flight. Kami selamat sampai ke Malaysia lebih kurang pukul 2 ptg waktu Malaysia. Disambut oleh cuca panas terik di Kuala Lumpur.

Overall, it was a nice trip and absolutely going to be one of our sweetest memory. Ecewah.



Macam mimpi. Dream vacation kata omputeh.

*taktau salah kat mana, kualiti gambar sangat tak memuaskan lepas upload.huhu. 
**gambar bawah-bawah dah tak rajin nak captionkan. boleh letak caption sendiri ikut kesesuaian.







Ok. Done! Pheewww...











May 12, 2012

Midnight wishes and goodnight kisses.

No midnight wishes, no goodnight kisses.

Am I too old to be celebrated? huhu~


---------------------------------------------

11.50pm, I was too sleepy while nursing my baby. Mr Hasnul dah tidor. Dalam hati terfikir takpe tidor pun, mesti jap lagi cukup pukul 12 dia bangun untuk wish, tak pun at least bagi surprise kiss. Entah-entah pura-pura tidor je tu..dalam hati memang penuh yakin, he will make it as sweet as before.

00.30am, terjaga.  I looked around searching for any unusual object. Kot-kot ada kad selit tepi bantal ke, takpun rose tepi katil ke. Hah! Memang tak ada. Sobs..hukhuk.

Protes sorang-sorang sambil rasa nak nangis.huhu. He doesn't love me anymore. Sleeping seems more important than me. I am nothing. Mulalah duk imagine macam-macam. Tak nangis, tapi tidor dalam sedih.

Sebelum Subuh, "Sorry..abang ngantuk sangat semalam. Happy birthday sayang...abang tak lupa, cuma mengantuk sangat-sangat.."..

Hmm..rasa gugur beban perasaan yang saya tanggung sepanjang malam. Macam apa je, dah bertambah umur pun, still tak matang-matang, orang lambat wish birthday pun boleh buat tak lena tidor. haha.

2 in 1, mother's day + birthday ice-cream cake.Sedap!
Tak jadi merajuk, sebab balik je dari kursus tadi (hari sabtu merangkap birthday pun kena keja..sobs!), ada orang senyap-senyap keluar pergi beli ice-cream cake.hehe..~

Petangnya keluar jumpa school buddies, then malam terus pergi dinner atas awan. Best!

Thank u sayang. I love you.*dan-dan I love you.hehe*~

Hadiah?

Ini dah lebih dari cukup....

..
.........Alhamdulillah.






May 1, 2012

rambles V

Wahid.
It's May already. Cepatnya lahaii masa berjalan (jalan?). Tapi saya suka May. =)


p/s: To whom it may concern, sukacita diingatkan, YUSRINA SUKA BULAN MAY.


Ithnain.
Saya takde laptop. Selama ni memang duk guna laptop gedabak 17" Mr Hasnul ni. Kalau bawak pegi sekolah, semua orang buat muka pelik sebab tak penah tengok orang bawak laptop gedabak. Orang lain bawak iPad, tab, takpun koman-koman bawak netbook saya je lah sorang-sorang usung laptop gedabak 3 kilo.. Tapi takpelah gedabak pun, laptop ni lah yang duk support buat keja selama ni. Tup-tup minggu lepas, baru je on switch charger..keluar bunyi "Zsss..zzss.." disertai dengan percikan api kat adapter charger tu. Ketaq woh. Cepat-cepat switch off. Seb baik tak jadi apa-apa. Padan muka 1 minggu takde laptop. Terpaksa buat muka tebal pinjam laptop merata. Berkobar-kobar nak beli laptop baru (nak yang sendiri punya, taknak share-share dah), tapi bila calculate-calculate balik, bulan ni nak renew insurance keta+ roadtax, servis keta lagi, beli itu, beli ini, terus laptop jadi barang terakhir dalam senarai..sob..sob..


p/s: To whom it may concern, ye memang YUSRINA SUKA BULAN MAY.haha!


Thalathah.
Malas nak tulis dah. 
p/s: To whom it may concern, ehem..*clearing throat*



April 16, 2012

travel note : Seoul, South Korea ( Part 2)

OMG OMG!! I'm going to forget everything soon if I didn't write type it now.huhu

Terus sambung cerita untuk day 2.

Kalau ikut itinerary kami, memang day 2 kami dah reserved untuk ke Nami Island semata-mata. Nami Island ni pulau tempat shooting cite WInter Sonata tu. So it's a must-visit la kan kalau pergi Korea. Saya reserved tickets by phone, amik maklumat dari website ni : www.namisum.com Harga all-inclusive ticket (return bus from Insadong + Nami Island entrance fee + ferry fee)  = KRW 21000 per pax. Kalau children under 12, dapat half-price. Nak ke Nami Island ni ada banyak cara, naik subway pun boleh. Tapi tak nak susah-susah kami naik bas je. Selesa untuk group yang ramai dan tak perlu fikir banyak just hop on, hop off.

Maklumat lanjut, silalah rajin-rajinkan diri melawat blog http://budgettravel2korea.blogspot.com (very informative blog, thumbs up for zarina!)

Bus dari Insadong cuma sekali je sehari, bertolak pukul 9 am, dan akan return pukul 4.30 pm. pagi tu dah bersiap awal nak ke Insadong, tapi sebabkan masalah kat subway, jadi lambat jugak.huhu. Masalahnya bukan apa, dari station kat hotel tu Euljiro sa-ga), nak turun ke undrground, ada part yang tak ada elevator. Macam leceh la, dengan wheelchair, stroller lagi. Terpaksalah Mr Hasnul dan Bang Id bertungkus-lumus usung stroller and wheelchair naik turun escalator.huhu.

It took nearly 2 hours to arrive at Chuncheon (by bus). And we have to took another 5 minutes ferry ride to Nami Island. Sampai je Nami Island, waaah..terujanya. Terbayang-bayang abang angkatku yang hensem bersiar-siar di situ dengan kak Yoo Jin. haha. I had a serious crush for Jun Sang masa zaman Winter Sonata tu. I even named my teddy bear as Jun Sang, konon-konon malam-malam boleh tidor peluk Jun Sang.haha.

Eh yusrina sila jangan merepek, sila proceed cepat. Ok, temperature was below 0°C and it was windy. Sejuk gila! Tapi sebab lapar, pedulikkan sejuk-sejuk tu tetap nak picnic jugak. Jumpa port baek punya, terus buka bekal, dan makan! Dah kenyang baru lah semangat nak tour Nami Island tu. Nami Island ni tak besar mana, estimated about 6km je. This Island was named after a famous Korean hero, General Nami. *I forgot the rest of the history, so let's just skip that part.hehe~*

Nami Maid a.k.a the ferry. Cute!

Semangat nampak Malaysia flag terus terkam amik gambar. This one  is the reflection version.

Dalam ferry. Takyah duduk 5 minit je pun.

Buka bekal. Ce tengok hujung tu, mama tengah suap baba makan, sweet tahap  infinity!

Kami naik mini-train untuk ke main part pulau tu which cost us KRW 2000 per pax. Ok sangat la naik train tu sebab sepanjang hampir 10 minit tu, boleh tengok pemandangan Nami Island yang sangat cantik, takyahla susah-susah nak jalan kaki, tolak stroller dalam sejuk gedi tu.

Eh, macam kat zoo pulak, naik train boleh tengok ostrich .=)

Masa sampai kat Main Train Station baru pukul 12++, our return bus to Seoul is about 4pm, so ada 4 jam untuk spend kat pulau kecik tu. Mula-mula terfikir, macam lama je 4 jam nak duduk kat pulau tu, but it turned out, tak terasa pun sebenarnya! Sebabnya, banyak je aktiviti menarik yang kita boleh buat kat situ. Meh kita buat ringkasan je ye:

1. Makan
Percaya tak? Ada halal korean restaurant kat situ. HALAL! Siap ada logo halal versi Korea lagi. Merasalah jugak nak makan makanan Korea walaupun provided menu kat situ tak banyak pun.

Fried kimchi (yang macam lempeng tu) and kimchi lunch box. Dalam tu ada nasi, telur mata and kimchi, sebelum makan kena goncang2 box tu dulu, bagi nasi and kimchi sebati. Boleh tahan rasa dia.

Dah lupa nama makanan ni. Dush! Tapi ada sayur i.e carrots, timun, pastu jelly apa ntah and dried seaweed if I'm not mistaken. Anddddd..they put in ice cubes too! Macam pelik winter2 makan benda sejuk. Tapi telan je la.. tak la sedap sangat.

My dad, as he enjoying his lunch box. Tak disangka-sangka baba suka Korean food.

Ehem, mama papa bersuap-suap, anak terkepit di tengah-tengah.hehe~

2. Cycling
Masa Bang Id dan adik-adik saya pegi rent basikal tu, dalam hati meronta-ronta jugak nak naik. Tapi mengenangkan ada anak kecik, terus sedarkan diri sendiri buat-buat cool tak nak naik. Ye lah, takkan nak tinggalkan Aniq kat mama, pastu saya sedap-sedap pegi bercinta-cintaan dengan Mr Hasnul pulak kan?hehe. Tapii..nak dijadikan rezeki, lepas makan adik saya offer suh naik basikal yang dorang rent sebab ada baki lagi 15 minit before pulangkan basikal tu. Mama pulak cakap dia nak pegangkan Aniq sambil panaskan badan kat unggun api tepi tu. Ya Allah gembiranya hati mudaku ini..haha! Tercapai jugak hasrat nak berbasikal ala-ala Winter Sonata tu. Nasib baik naik twin bicycle, saya banyak rilex je, Mr Hasnul yang kayuh.hehe. Alhamdulillah tak berulang incident kat Holland dulu. Dan terus hilang fobia saya kat basikal.hehe. Sempat la pusing half pulau tu. Excited tak yah cakap, sepanjang perjalanan senyum je sebab hepi sangat. Rasa alahai sweetnya boleh kayuh basikal sama-sama di pulau secantik Nami ni..*tengah menaip pun still senyum sebab rasa hepi lagi*

Bang Id's family.
(Family-serve KRW 10000 for 30 minutes.)

It's Dik An and Dik Qah's turn.
(Couple-serve KRW 6000 for 30 minutes.)

Kat Malaysia memang setiap petang wajib meronda dengan basikal, kat Nami Island semua jenis bike dia try.hehe

Yeayyyyy!!! Akhirnya sampai jugak turn kami.hehe

Konon tu lambai-lambai buat peace kat Aniq la tu..hehe

Terus lupa diri, pergi main jauh-jauh..=)


3.Walking


The feeling while walking along the beautiful, serene tree-lined path is undescribable. You got to try it yourself to know how it feels like!

Ok tipu. Duk bayang akan jalan pegang tangan, di  laluan berpohon yang lengang macam ni, Tapi realitinya crowd gila. Hilang 80% romantic-value.haha

Nak romantic camne kalau dah crowd camni. tapi, pose  pegang tangan berjalan dari belakang wajib kena buat jugak. Anggap je la orang lain tu invisible.hehe

4.Taking pictures!
Do I have to explain this?.Why don't we let the pictures tell the rest of the story. Byeeeeeeeeeeeeee! *perlu ke?*









A family potrait-winter sonata version. Alhamdulillah.~



p/s: bulan depan pulak la buat sambungan travel note ni.itupun kalau tak hilang ingatan macam Jun Sang.hehe~