September 20, 2010

please try again later..sob.sob

Nasihat.


Kalau kita awal-awal lagi dah tahu yang kita tak bersedia untuk hadapi sesuatu dengan tabah, lebih baik elakkan dari buat benda tu..bak kata orang tua. 'Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai'..


Ok. Sekian.






September 18, 2010

rindu bertandang lagi..

saya sangat rindu pada sesuatu*bukan seseorang*
rindu pada suatu keadaan
rindu pada suatu ketenangan
rindu pada suatu kegembiraan
rindu pada riang tawa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
saya rindukan Ramadhan
Ramadhan yang sangat menenangkan jiwa kami
Ramadhan yang sangat mendamaikan
yang mendekatkan kami pada Pencipta
yang memberi harapan dan gembira
sekarang baru saya faham, kenapa bulan keramat itu lebih baik dari seribu bulan....
moga ketemu lagi tahun hadapan..

p/s:mode jiwa kacau baru ingat Tuhan..huhu~

September 15, 2010

this is beautiful..



I can watch this video over and over again..~


p/s: self reminder..sabar..~

September 14, 2010

travel note : Switzerland




Selalu hari raya, semua orang balik kampung kan?..saya pun kalau boleh nak balik kampung.*tipu*...saya tak suka balik kampung..saya cuma suka balik rumah..dan rumah saya bukan dekat kampung..

Since tak boleh balik kampung..saya sangat bersyukur sebab kami pergi jalan-jalan di hari raya..so takdelah feeling yang dull duduk rumah berdua sambil layan gambar orang beraya di Malaysia..yay!.

Destinasi kali ni adalah Switzerland..ahli rombongan sebanyak enam orang, tiga pasang suami isteri. Pegi naik kereta..macam biasa kawan mr hasnul yang drive.Saya still kagum camna orang biasa drive kat Malaysia (right-side driver) boleh adjust mindset, hand-set dan segala-gala yang kita dah biasa kepada left-side driving..imagine sebelum ni kita biasa pegang gear dengan tangan kiri..sekarang kena guna tangan kanan untuk tukar gear..masuk roundabout dari kiri, sekarang masuk arah kanan..tak ke pening tu?..

Kami bertolak pukul 9, dan destinasi utama adalah Rheinfall..air terjun terbesar di Eropah.Memang besar pun..sebelum sampai destinasi..sempat jugak singgah amik gambar di kawasan tasik ketiga terbesar di Eropah tengah..Lake Constance, atau nama Deutschnya Bodensee..besar betul tasik tu..nampak macam laut dah..dan macam biasa..saya akan eksaited dan kagum dengan view yang sangat menangkap mata..(the eye-catching view.heh..)

Bodensee.Swiss memang cantik.

Sepanjang perjalanan, kami dihidangkan dengan samosa sebagai sarapan pemandangan ladang-ladang buah yang sungguh mempesonakan.eceh..ibaratnya, kalau dekat Malaysia, sepanjang jalan dari Alor Setar-KL, kita boleh jumpa sawah padi, ladang getah, ladang kelapa sawit etc..kat sini boleh tengok ladang anggur, ladang epal, ladang bunga etc..sebab tak penah tengok pokok epal yang rendang berbuah lebat, maka kita jadi suka tengok, dan rasa cantik..sebenarnya ladang kelapa sawit pun cantik jugak kan?..=)

bukan screensaver windows, ini ladang anggur

nampak buah yang bergayut-gayutan tu?


Dalam pukul 2, kami sampai ke destinasi utama, Rheinfall..Rheinfall ni dibahagian nothern Switzerland..bukan area pergunungan Alps tu..masing-masing dah memang bawak bekal untuk jimatkan kos berpicnic di tepi kawasan air terjun..so sampai je, terus cari port yang cantik untuk bentang kain picnic..dan tanpa membuang masa semorang cepat-cepat keluarkan bekal..eh, saya buat bekal untuk bekfes je..so tengahhari tu memang dah abis..kita makan makanan orang pulak..hehe

ini dah abis di 'ngap' dalam kereta..masin sket..lately masak asek masin je..huhu

ini untuk isi perut tgh hari.ada nasi goreng dengan telur mata, rendang ayam, nasi himpit, kuah kacang (kata raya kan?hehe)..dan ada jugak chips and buah epal..

Lepas makan dan kenyang, semua terasa amat mengantuk dan rasa nak landing-landing baring atas peha suami bertenaga untuk bergambar dan main kad.ehe..ini first time saya main kad Uno tu..best gak oh.. saya menang first round setelah berjaya meng'khenat'kan encik suami..haha..

Make it short..kita buat karangan bergambar je..picture can tells a thousand stories kan..?


Eh, belum tunjuk air terjunnya kan?..jap..sebelum tu sila buang jauh-jauh bayangan air terjun seperti di Hutan Lipur, Lata Bayu, Sekayu mahupun Sungai Tekala..haha..memang takde persamaan langsung..(just a reminder, taknak ada yang kecewa..)keke~

Now I present you the breathtaking scenery of Rheinfall....tadaaaaaa.. 





Yes I know..memang cantik yang amat sangat..dengan air yang super jernih, dan arus yang super kuat..cukup untuk buat rasa kagum dan tak nak balik..hehe. Tapi memandangkan ini adalah day-trip je..kenalah move ke next destination..

Petangnya kami gerak ke Zurich..took about 2 hours from Rheinfall..singgah solat di masjid, dan driver bawak pegi lakeside..sayangnya dah malam, so takleh la nak snap gambar banyak2..even dah bawak tripod, baru saya tau, susah gak nak amik night-view nih..especially untuk amateur macam saya..huhu.Kami dinner di lakeside Zurichhorn tu..ada lagi baki makanan yang siang tadi..sangat menjimatkan..I like it..hehe~




night view of Zurich taken from Zurichorn lakeside..ini manual punya shot.~

Then kami gerak untuk pulang..selain driver rasanya semua hentam tidor dalam keta tu..berbantalkan peha encik suami, rasa sedap je tidor dalam keta..tak taula terdengkur ke tak..hehe...dan satu pengalaman menarik, dekat border Swiss-Germany, kete kami kena tahan..first time hoh polis tala torchlight lampu super terang..rasa macam buat salah pulak..padahal dia nak check passport je..masa hala pegi, takde lak kene tahan..maybe sebab malam, so dia suspicious sket tengok muka asia pakai-pakai tudung kan..omputih kan ada masalah jiwa, ntah-ntah dia pikir terrorist ke apa..

We all arrived home nearly fajar..dekat-dekat subuh nak abis..tapi sempat la sembahyang versi express lagi seminit dua nak abis waktu..huhu..

Thanks everyone for a very nice trip..I was thinking..next 2-or 3 year, bila semua dah settle down balik Malaysia, and maybe dah ada anak, kita gi trip camni lagi eh..hehe..mesti best kan..~


p/s: what's next baby?..rowing a gondola in venice maybe?hahaha..~





September 12, 2010

travel note

nanti eh..saya ada banyak benda nak cita ni..sambutan raya ketiga yang sungguh berbeza..i like it..thousand times better than  feeling balik kampung yang dull..*baru lepas melawat blog nazanursaad*




letih..tido dulu.



September 10, 2010

takde tajuk.

entri takde tajuk.
saje..nak luah perasaan.mr hasnul tak bangun lagi..ada benda nak luah kat dia, tapi malas nak kejut.kang kesian lak, bangun-bangun pagi kena dengar bini bebel.


Alkisahnya, semalam berfacebook, tiba-tiba mr hasnul dengan muka emo cakap, kawan adik perempuan dia tulis komen tak baik kat page adik dia.saya pun usya..memang betul tak baik.ye la, kalau sorang kawan laki tulis kat page perempuan, guna perkataan bit** tu kan tak elok tu..mr hasnul pun dah emo, nak marah tegur kawan adik tu..saya pun jadi emo jugak.so sebagai kakak ipar yang penyayang, saya pun tolong la tegurkan..just tegur suruh dia guna proper words bila bagi komen..instead of mintak maaf, budak tu (mmg budak-budak lagi), reply macam tak puas hati.dia kata dorang melawak-lawak je..even say bit** pun, maksud dorang tetap suci murni..saya cakap, melawak pun gunala bahasa yang baik.saya kan cikgu..memang dah ada dalam naluri cikgu, takleh kot tengok budak-budak buat benda tak baik..itu je niat saya.


Pagi ni, saya tengok budak tu dah delete komen dia, kat page dia lak (yes, I'm a stalker), adik mr hasnul pulak yang pegi mintak maaf, rasa bersalah segala bagai..Eh, pelik..orang cakap kita camtu, kita lak kena mintak maaf??..budak tu pulak konon merajuk ke apa, siap bersumpah-sumpah taknak dah kacau and komen2 adik mr hasnul...so, IF dorang budak2 kecik ni gaduh ke apa after this, adakah saya yang bersalah?..nyesal lak tolong sibuk-sibuk tegur bagi pihak mr hasnul.patut diamkan je semalam..biar abang dia yang hendel..kan??..zaman sekarang, bila kita buat baik, kita pulak yang jadi bersalah, bila orang buat jahat, kita pulak kena mintak maaf..eh?.




p/s: saya memang malas nak layan budak-budak..
p/s lagi : facebook ni kadang-kadang memang tak best.jom delete.

1 Syawal 1431H..

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Alhamdulillah..selesai sudah Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ni..selesai sudah sebulan berpuasa..


1 Syawal tahun ni jatuh pada 09.09.10 di Regensburg,sehari awal dari Malaysia..ini kali kedua saya berhari raya sebagai isteri cantik, cun, baik, sopan kepada mr hasnul..cuma bezanya kali ni, kami beraya jauh dari keluarga dan sanak saudara..no rebut-rebut untuk balik rumah sapa dulu.hehe.(walaupun jarak rumah masing-masing 15 minit je, tetap nak rebut-rebut)..


Sehari sebelum raya, kami berkumpul di rumah kak ain, tolong-tolong dia buat persediaan untuk jamuan raya..dari pukul 11 pagi, sampai 11 malam berkampung di situ..hilang sikit rasa sunyi dan rindukan rumah.buka puasa kat situ, takbir raya kat situ..masa takbir tu, saya tak banyak ikut pun..sebab rasa sayu je dengar takbir tu..ye la, takbir ikut irama malaysia kan, mendayu-dayu je..sedih..


Pagi-pagi raya, saya tak siapkan apa-apa menu pun..since semua dah ada kat rumah kak ain, memang siap perut je la pegi rumah dia kan..mr hasnul bancuhkan hot chocolate je untuk kami minum, itupun satu mug share 2 orang, amik berkat sunat makan sikit sebelum solat Aidilfitri..dan acara wajib pagi raya mestila bermaaf-maafan kan..hehe..mula-mula macam cool je..tapi bila nak sebut mintak maaf tu, tiba-tiba terbayang banyak salah dah buat dekat suami terchenta tu, terus jadi sedih..dan tak semena-mena rasa pedih je hujung mata..tapi bukan I sorang je tau..orang tu pun I tengok mata dia berkaca-kaca jugak..*pecah rahsia.haha*


Lepas tu ber-skype dengan mama..best..video call direct ke ruang dapur taman mutiara, siap boleh tengok mama duk kacau serunding..baba pun join skali duduk bervideo-call..dan, saya memang tak nangis pun..


Kami solat hari raya di RT-Halle, dewan yang dah disewa oleh komuniti arab disini, yang menggabungkan dua masjid (arab dan turki)..kumpul semua sembahyang sekali ramai-ramai..sangat menarek sebab berbagai bangsa ada..arab, african, german, asia..semua kumpul sekali..paling best tengok anak-anak dorang..macam-macam fesyen baju ada..


african rasanya

yang ni mak dia macam muka german
ini maybe anak arab
this cute lil boy memang arab.

Lagi satu benda yang best adalah boleh pakai baju kurung + baju melayu dan berkeliaran di bandar Regensburg..rasa macam bangga je walaupun nampak muka orang german macam usya pelik je bila kami naik bas..~

Lepas solat, kami gerak ke rumah kak ain, yang dah jadi macam 'kampung' student2 melayu kat sini..macam-macam makanan ada, lemang, nasi himpit, kuah lodeh, rendang, nasi beriani, ayam masak merah, kuih-kuih raya, etc..lepas makan, kenyang dan rasa letih sangat, so kami balik rumah.Sampai je kat rumah, seriyes rasa sunyi sangat..baru terasa yang kami raya di tempat orang..terus terbayang mama baba di rumah, adik beradik dan saudara2 yang best-best di Malaysia..tapi takpe..semua ni pengalaman, bila lagi nak merasa pengalaman macam ni kan?..bukan selalu boleh ambil gambar berdua pakai baju kebangsaan bawah pokok dengan daun-daun gugur kan?..*statmen pujuk hati*








*all copyright reserved..tak larat nak letak watermak..*