September 8, 2010

hey kamu, sila baca ini..~

Dua tiga bulan lepas..masa saya cerita pasal saya shopping-shopping baju dulu tu..balik dari shopping..saya cakap dengan mr hasnul..eh, bukan cakap, mintak permission mr hasnul..saya cakap, saya nak cari satu baju atau something from zara, and nak post for someone..and for sure mr hasnul bagi je..sebab someone tu, adalah bukan sekadar 'someone' untuk saya..


Sekarang lepas dah dua bulan, tak ada apa-apa pun yang saya beli, atau pos..tapi saya tetap ingat dia..bila beli atau tengok apa-apa yang saya suka, saya akan terfikir, mesti dia pun suka kalau dapat..sebab memang dia selalunya suka semua benda yang saya suka..


To 'dia',


Hepi besday ye..saya jeles tengok kawan awak buatkan kek, sebab kalau boleh, saya yang nak buatkan untuk awak..
Saya sedih awak baca kad orang lain bagi, sebab saya tak bagi pun kad untuk awak.. Saya rindu awak..rindu lah nak jalan-jalan, gelak-gelak dan excited-excited dengan awak..Thanx tau sebab jadi kawan saya..nanti saya balik, kita makan cheesy macaroni ek..bawak saya naik Sentra Sport ek..hehe..Oh, by the way..saya tak pandai nak karang macam awak..tapi saya tulis dengan hati..~


.
.
.
.
.
.
.
.
.


........


September 6, 2010

Ucapan Selamat~

Mesia raya hari jumaat eh? sini raya khamis..puasa sama-sama, tapi sini raya dulu..hehe..still tak datang mood hari raya..bukan mood je, feeling sedih-sedih pun takde lagi.Pelik kan?


Saya dah plan, memandangkan sini raya dulu, bolehlah saya skype dengan bonda dan keluarga tersayang di pagi raya tu..kalau sini pukul 8, Malaysia pukul 2, elok-elok la tu..boleh tengok mama kacau rendang, Hisan pasang langsir, dik an buat kuih, baba isi duit dalam sampul..agak-agak sedih ke tak masa tu? Nak nangis ke tak payah eh?..


Saya memang terer untuk tidak menangis pada saat-saat yang sepatutnya menangis. Contoh, masa hantar mr hasnul dulu, Bang Jad punya semangat tunggu nak shoot gambar saya nangis, tapi mana ada nangis pun, walaupun masa tu tak tau bila akan bertemu lagi..saya senyum je sampai balik rumah..Tapi bila dalam bilik..hehehe..mana orang nampak kan?


Sama jugak masa family hantar saya kat airport..mula-mula saya ok je..tak nangis pun..tapi sebab semua orang (mama, mak tok, tok wan ,abah) nangis, barulah saya rasa nak nangis..tapi itupun dorang tak nampak..sebab saya nangis dalam flight..2-3 orang stewardess tegur tanya ok ke tak..maybe dorang ingat saya ada penyakit fobia naik kapalterbang..takpe, stewardess tu tak kenal saya..


So, nak nangis ke tak payah nanti? Ke nak buat-buat gelak kuat-kuat, bukak cerita lawak-lawak supaya semua orang hepi?..Hmm..Kita tunggulah macam mana nanti...takleh over-confident..Eh, sebenarnya tak payah buat-buat hepi, sebab saya memang tengah hepi..Ramadhan kali ni sangat bermakna, sebab telah meninggalkan kesan dalam diri saya..syukur, termakbul juga doa saya, insan yang hina dina ini..


Masih tak mampu untuk mengucapkan 'Selamat Hari Raya'..hati belum sedia nak meninggalkan Ramadhan bagi permission..




Selamaat..ha..haaar..haaaaari.........
Selamat Hari Isnin!!!!..


pic from here

September 4, 2010

dab.dib.dub..

Debar la pulak..teringat kata-kata nazanursaad, "Jantung, jangan degup kuat sangat, nanti orang sebelah dengar.."
Ok.Takde orang kat sebelah, boleh la degup kuat pun..


Rasa macam tengah tunggu nak masuk interview dengan tiga orang pegawai besar kerajaan yang ada title 'Datuk' kat depan..dan kalau tak lulus interview kena tangguh posting satu tahun, akan menganggur dan takde duit nak bayar kereta.


Rasa macam nak selubung dalam comforter, tutup muka dengan bantal, pastu tertidor..bila kita tidor jantung degup macam biasa, no more debar-debar..(kecuali kalau mimpi kena kejar hantu).


Hmmm...

Jom mandi, kot2 hilang sikit debar tu..~


Eh, layan video ni jap..


Lawak gila, krismas dengan hari raya pun dah takleh beza..nak sangat 1Malaysia kan??







soalan.

1. Pernah rasa naaaaaaaaaaakkk sangat share cerita dengan orang, tapi tak boleh, sebab cerita tu kena simpan sorang2?..Makanya gigil-gigil sorang diri sebab tak puas hati nak gak cerita kat orang ni..haha.

2. Kenapa semua orang dalam mood hari raya dan mood bercuti, tapi aku tak rasa apa-apa pun?..in fact orang tag nama kat 'kad raya' facebook tu, series takde perasaan apa-apa..nak taip komen tulis 'selamat hari raya' pun rasa macam susah giler..

September 3, 2010

minggu depan hari raya


10607.10 km
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jauh..jauh sungguh.

puasa tak.tak puasa.puasa tak.

hari ni pegi tour bini-bini..eh, by tour bini-bini means, jalan-jalan dengan bini-bini orang..takde laki/suami yang diizinkan join tour bini-bini..tapi laki/suami perlu meng-support sepenuhnya perbelanjaan tour bini-bini..
*apa aku merapu nih?*


pusing satu shoping complex..tengok baju, tengok kasut, tengok boot, tengok jacket, pusing-pusing belek buku, terai-terai pakai boot tinggi sampai lutut, bajet hot macam minah saleh..pastu tengok cermin baru sedar, kaki pendek je..pastu jalan lagi..masuk semua kedai bila nampak macam best..pusing je tengok apa yang ada..gelak-gelak, komen-komen barang..pastu blah..


lepas sejam, perut rasa pedih.dengan rasa tak bersalah dan hepi senang hati, masuk kedai sushi..first time nih nak makan sushi..mula-mula rasa segan sebab bulan  september puasa kan?..kalau kat mesia mesti dah kena pandang slack..kat sini lantaklah..bukan orang kesah pun..bak kata mr hasnul, buat apa nak tahan-tahan lapar, bukan dapat apa pun..hehe~


bayar 10€, all-you-can-eat untuk setengah jam..mula-mula kekok sebab tak pernah kan..tapi lepas 3 plate dah jadi seronok..lupa dah sekarang bulan apa..amik tempura, amik ketam, amik kepah, amik buah, amik jugak sushi tapi makan isi ikan je, pulut buang..makan-makan sampai kenyang.cukup setengah jam pegi bayar dekat kaunter, then keluar kedai sambil goyang-goyang tangan senang hati..tup-tup elok-elok depan kedai tengah-tengah nak simpan wallet dalam handbag, tiba-tiba nampak muka budak melayu..junior mr hasnul..adooii..2 kali dia toleh pandang..banyak-banyak hari, hari ni la pulak nak terserempak budak melayu dekat negara yang jarang gila nak jumpa muka melayu ni kan..elok-elok pulak depan kedai camtu..takpelah, dah besar-besar gini, tak segan sangat dah...kalau dulu, nak tapau kfc balik rumah pun rasa macam kena pakai purdah..eh, jgnkan kfc, nak makan dalam rumah pun, tunggu baba kuar pegi mesjid dulu..hmm--dulu lain, skang lain..~


gambar encik google.tadi tak sempat snap.







September 2, 2010

kenan

malas cakap banyak..tengok nih..


Zara JACKE LANG ZIPFEL MIT SCHLEIFE

19,95 EUR


cantik kan?..nak buang duit lagi beli ke tak payah?..kalau assume ni as baju raya camne?logik tak?..hehe