September 6, 2010

Ucapan Selamat~

Mesia raya hari jumaat eh? sini raya khamis..puasa sama-sama, tapi sini raya dulu..hehe..still tak datang mood hari raya..bukan mood je, feeling sedih-sedih pun takde lagi.Pelik kan?


Saya dah plan, memandangkan sini raya dulu, bolehlah saya skype dengan bonda dan keluarga tersayang di pagi raya tu..kalau sini pukul 8, Malaysia pukul 2, elok-elok la tu..boleh tengok mama kacau rendang, Hisan pasang langsir, dik an buat kuih, baba isi duit dalam sampul..agak-agak sedih ke tak masa tu? Nak nangis ke tak payah eh?..


Saya memang terer untuk tidak menangis pada saat-saat yang sepatutnya menangis. Contoh, masa hantar mr hasnul dulu, Bang Jad punya semangat tunggu nak shoot gambar saya nangis, tapi mana ada nangis pun, walaupun masa tu tak tau bila akan bertemu lagi..saya senyum je sampai balik rumah..Tapi bila dalam bilik..hehehe..mana orang nampak kan?


Sama jugak masa family hantar saya kat airport..mula-mula saya ok je..tak nangis pun..tapi sebab semua orang (mama, mak tok, tok wan ,abah) nangis, barulah saya rasa nak nangis..tapi itupun dorang tak nampak..sebab saya nangis dalam flight..2-3 orang stewardess tegur tanya ok ke tak..maybe dorang ingat saya ada penyakit fobia naik kapalterbang..takpe, stewardess tu tak kenal saya..


So, nak nangis ke tak payah nanti? Ke nak buat-buat gelak kuat-kuat, bukak cerita lawak-lawak supaya semua orang hepi?..Hmm..Kita tunggulah macam mana nanti...takleh over-confident..Eh, sebenarnya tak payah buat-buat hepi, sebab saya memang tengah hepi..Ramadhan kali ni sangat bermakna, sebab telah meninggalkan kesan dalam diri saya..syukur, termakbul juga doa saya, insan yang hina dina ini..


Masih tak mampu untuk mengucapkan 'Selamat Hari Raya'..hati belum sedia nak meninggalkan Ramadhan bagi permission..




Selamaat..ha..haaar..haaaaari.........
Selamat Hari Isnin!!!!..


pic from here

September 4, 2010

dab.dib.dub..

Debar la pulak..teringat kata-kata nazanursaad, "Jantung, jangan degup kuat sangat, nanti orang sebelah dengar.."
Ok.Takde orang kat sebelah, boleh la degup kuat pun..


Rasa macam tengah tunggu nak masuk interview dengan tiga orang pegawai besar kerajaan yang ada title 'Datuk' kat depan..dan kalau tak lulus interview kena tangguh posting satu tahun, akan menganggur dan takde duit nak bayar kereta.


Rasa macam nak selubung dalam comforter, tutup muka dengan bantal, pastu tertidor..bila kita tidor jantung degup macam biasa, no more debar-debar..(kecuali kalau mimpi kena kejar hantu).


Hmmm...

Jom mandi, kot2 hilang sikit debar tu..~


Eh, layan video ni jap..


Lawak gila, krismas dengan hari raya pun dah takleh beza..nak sangat 1Malaysia kan??







soalan.

1. Pernah rasa naaaaaaaaaaakkk sangat share cerita dengan orang, tapi tak boleh, sebab cerita tu kena simpan sorang2?..Makanya gigil-gigil sorang diri sebab tak puas hati nak gak cerita kat orang ni..haha.

2. Kenapa semua orang dalam mood hari raya dan mood bercuti, tapi aku tak rasa apa-apa pun?..in fact orang tag nama kat 'kad raya' facebook tu, series takde perasaan apa-apa..nak taip komen tulis 'selamat hari raya' pun rasa macam susah giler..

September 3, 2010

minggu depan hari raya


10607.10 km
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jauh..jauh sungguh.

puasa tak.tak puasa.puasa tak.

hari ni pegi tour bini-bini..eh, by tour bini-bini means, jalan-jalan dengan bini-bini orang..takde laki/suami yang diizinkan join tour bini-bini..tapi laki/suami perlu meng-support sepenuhnya perbelanjaan tour bini-bini..
*apa aku merapu nih?*


pusing satu shoping complex..tengok baju, tengok kasut, tengok boot, tengok jacket, pusing-pusing belek buku, terai-terai pakai boot tinggi sampai lutut, bajet hot macam minah saleh..pastu tengok cermin baru sedar, kaki pendek je..pastu jalan lagi..masuk semua kedai bila nampak macam best..pusing je tengok apa yang ada..gelak-gelak, komen-komen barang..pastu blah..


lepas sejam, perut rasa pedih.dengan rasa tak bersalah dan hepi senang hati, masuk kedai sushi..first time nih nak makan sushi..mula-mula rasa segan sebab bulan  september puasa kan?..kalau kat mesia mesti dah kena pandang slack..kat sini lantaklah..bukan orang kesah pun..bak kata mr hasnul, buat apa nak tahan-tahan lapar, bukan dapat apa pun..hehe~


bayar 10€, all-you-can-eat untuk setengah jam..mula-mula kekok sebab tak pernah kan..tapi lepas 3 plate dah jadi seronok..lupa dah sekarang bulan apa..amik tempura, amik ketam, amik kepah, amik buah, amik jugak sushi tapi makan isi ikan je, pulut buang..makan-makan sampai kenyang.cukup setengah jam pegi bayar dekat kaunter, then keluar kedai sambil goyang-goyang tangan senang hati..tup-tup elok-elok depan kedai tengah-tengah nak simpan wallet dalam handbag, tiba-tiba nampak muka budak melayu..junior mr hasnul..adooii..2 kali dia toleh pandang..banyak-banyak hari, hari ni la pulak nak terserempak budak melayu dekat negara yang jarang gila nak jumpa muka melayu ni kan..elok-elok pulak depan kedai camtu..takpelah, dah besar-besar gini, tak segan sangat dah...kalau dulu, nak tapau kfc balik rumah pun rasa macam kena pakai purdah..eh, jgnkan kfc, nak makan dalam rumah pun, tunggu baba kuar pegi mesjid dulu..hmm--dulu lain, skang lain..~


gambar encik google.tadi tak sempat snap.







September 2, 2010

kenan

malas cakap banyak..tengok nih..


Zara JACKE LANG ZIPFEL MIT SCHLEIFE

19,95 EUR


cantik kan?..nak buang duit lagi beli ke tak payah?..kalau assume ni as baju raya camne?logik tak?..hehe

August 31, 2010

lagi cerita tentang perempuan cantik dan baik hati..

Semalam saya call perempuan cantik dan baik hati..setiap hari pun saya cal dia..dengar-dengar je suara dia, saya tau ada yang tak kena..macam dia sedang menahan suatu sakit..belum sempat saya tanya, dia dah cakap..
"Mama sakit perut ni..tadi buka tak makan nasik, mungkin dah masuk angin.."
Saya pun terus suruh dia pegi makan dulu..dia cakap tak nak lagi..tapi dari corong telefon..(walaupun telefon sekarang bukan lagi bercorong), saya dengar dia bagi arahan,
"Hisan, tolong buat kopi secawan, mama nak minum kat sini.."..ooh..nak minum kopi..(sama kan anak beranak?hehe)
-------------------------------------------------------------------------------------
Macam biasa, sembang-sembang kosong..tapi satu benda yang buat saya rasa sayu..bila perempuan cantik dan baik hati tu cakap..
"Petang tadi, seharian mama duduk dalam bilik, tengok-tengok album lama..seronok tengok anak-anak masa kecik dulu, semua comel..geram rasa..bila dah besar, semua cantik-cantik.."
Saya cakap..
"Tengoklah siapa mak dia.."
Perempuan cantik tu ketawa..kuat..senang hati mungkin..


Saya tau kenapa perempuan cantik tu rajin sangat mentelaah album lama..saya tau apa yang dicari..dan saya sangat sedih..sebab saya tau sayalah penyebabnya..huhu..
Satu masa dulu, seorang anak perempuan cantik itu diarahkan berkursus selama 3 bulan di sebelah pantai timur..hampir tiga bulan tak pulang atas tuntutan kerja..
Satu petang, perempuan cantik tu tergesa-gesa berjalan dari dapur ke pintu depan..terdengar loceng katanya..padahal, kami yang di dapur tak dengar apa-apa pun..kalau ada pun cuma bunyi sudip bertembung kuali..sampai di pintu depan, memang tiada siapa-siapa yang menjengah..kembalilah perempuan cantik ke dapur dengan wajah suram..katanya..
"Mama ingat Bang Id yang balik..mama dengar bunyi loceng.."
Semua diam..tak tahu apa respon yang sesuai..tapi kuatnya naluri ibu, malam tu jugak, Bang Id pulang..Sengaja pulang mengejut..kejutan untuk perempuan cantik katanya..Riangnya perempuan cantik bukan kepalang.Anak yang dirindu  sudah pulang..
-------------------------------------------------------------------------------
Selepas setengah jam, perempuan cantik dan baik hati cakap,
"Dah hilang lah sakit perut..dah dapat 'ubat'..".....