August 30, 2010

shhh..it's a secret..~

Last night, he'd told me something I've always wanted to hear..and I found myself smiling and grinning all night long..hehe..*not that I look at the mirror all da time, but I can feel the muscles around my face were working very hard..*

May God be with us, shower us with His barakah..in every step that we take, and in every move that we make..~





20 Ramadhan 1431
Regensburg,Germany.

August 29, 2010

compete

Zaman cik  kiah dan cik bedah nak berlumba-lumba menunjuk langsir siapa lagi cantik, kusyen siapa lagi empuk, baju raya siapa lagi banyak labuchi, rasanya dah sangat outdated..but then, kenapa masih ada lagi generasi-generasi cik kiah and cik bedah ni? Tak bangun-bangun lagi ke cik kak? Dah 2010..takde sape nak kisahkan sape yang lebih..sape yang kurang..we were all da same..why do we  you have to compete for such a silly thing?..so sedeyh for you lah..~




p/s : sori to cik 'kiah' and 'bedah', i pinjam guna nama jap ek..nanti i bayar royalti..haha
p/s/s : nak compete, compete lah sorang-sorang, tak kuasa aku nak layan..aku buat apa aku suka, bukan untuk jadi juara..~

August 28, 2010

accept or ignore?

Ini adalah sambungan bebelan pasal kawan-kawan di fesbuk..


Lepas saya bebel-bebel pasal nak remove ke tak friend yang tak sesuai kat fesbuk tu, cuma dua orang yang saya remove..sorang tu student masa prektikal dulu, di remove sebab rimas tengok dia suka letak gambar kuiz pelik-pelik.Sorang lagi tak pasti sapa..i think he is someone from school , coz  most of our mutual friends adalah kawan sekolah. Saya remove sebab rasa tak kenal pun, and tengok gambar macam poyo semacam..~


So now, saya rasa, before susah-susah nak pikir sapa patut kita remove(bajet ramai sangat kawan), baiklah kalau kita filter habis-habis sebelum kita approve..prevention is better than cure , rite? (ok, pepatah macam kureengg sesuaai..lantaklah..)..


Ada beberapa orang yang tengah pending sekarang. Hehe..tak sampai pun ribu-ribu, ratus-ratus pun tidak..ada 9 orang je to be specific..hehe..9 orang ni, rasa sangat 'berat' untuk saya klik approve, mahupun ignore..huhu..


Four of them are relatives on mr hasnul's side, kezen2 dan pak cik dia..but saya tak rapat sangat pun..penah jumpa sekali dua je..huhu..bukan nak menyombong ke apa tak nak approve..tapi isu besar di sini adalah, saya rasa SEGAN..rasa macam malu lah..saya ni dah la suka up status emo dan gedik-gedik..pastu gambar pun bukan semuanya senonoh sangat..reason yang sama jugak kenapa dulu saya sangat 'berat' nak accept abah mr hasnul a.k.a. father in law I jadi friend fesbuk..haha..segan ok, dekat rumah punya sopan depan bapak mertua, gelak pun hujung-hujung bibir je, sekali dalam fesbuk letak gambar lompat-lompat tak sedar diri..status pulak kadang-kadang tu boleh buat orang geli tekak..itu belum masuk bab komen-komen dengan kawan-kawan..hehe..but then, I approve jugak father in law I tu..sebab I tau dia sangat sporting..in fact dia yang kerap jugak komen gambar, which I really like it..hehe..I know, kita boleh customize setting untuk block orang from viewing information yang kita tak nak reveal for certain people..tapi macam tak best lah..each time nak up status, nak kena consider, sapa boleh baca, sapa tak boleh baca..leceh kot..huhu..lagipun untuk sedara mara ni, for sure dorang add sebab nak view aktiviti dan gambar kat sini..kalau saya block dorang dari tengok gambar, apalah gunanya add dorang..kalau dah add, lepas ni takleh la nak lompat-lompat lagi..~


Lagi 2 orang yang tengah pending, saya tak kenal sangat..sorang tu rasa macam someone dari sekolah jugak..mutual friend puluh-puluh..tapi saya tak kenal..so biarlah pending situ..nanti kalau hati terbukak nak klik 'confirm' kita klik la kan..sorang lagi colleague kat Langkawi..akak ni ok..tapi since dia adalah housemate kepada minah kepoh yang suka sangat amik tau hal kisah orang, saya jadi  pikir banyak kali nak confirmkan dia..sorang lagi tu kawan jugak  rasanya, tapi dia buat bisnes internet, so klau accept, lepas ni konfem akan asyik kena tag gambar jual-jual barang..rimas oke..huhu..(menyampah gila tengok gambar tayang-tayang duit kat fesbuk tu..like, wth?)


Hmmm...rasanya, yang 4 orang tu, macam kena approve je..kita kena jaga hati orang kan?..tapi tunggula nanti..huhu..susah sebenarnya ada laman sosial ni.......tak pecaya? meh tengok video ni..

August 25, 2010

Menangis di rembang Ramadhan.~

Uhuk...uhuk..uhuk....
Jap..bagi masa nak kesat hingus dulu ek..sedih ni...uhuk..uhuk..*sila baca dengan tone sedu sedan*
Uhuk..uhuk..*tak boleh lagi nak stop nangis..uhuk*

Kenapa saya menangis?uhuk..uhuk..
Sebab sedih..uhuk..uhuk..sedih tengok satu cerita Samarinda..korang dah tengok?uhuk..uhuk..
wajib tengok ni..uhuk..

Kalau dulu setiap malam jumaat kita tak lepas tengok Nur Kasih..sekarang wajib tengok cerita ni....

Nur Kasih dah habis..kita layan drama lain pulak..~

Tajuk cerita, Syurgamu Ramadan, slot Samarinda TV3, setiap selasa hingga khamis, 10.30 malam..tengok streaming kat website Tv3 sudah..senang..~
*TV3 sila bayar ek, saya bagi promo free ni..=)*



great casts, great story...a must watch.

August 24, 2010

Biology..


picture from here

Saya tak dapat A1 untuk Biology SPM.
Tak score 4 flat untuk Biology masa matrik.
Bukan juga major dalam subjek Biology.
Jadi ada sape2 boleh tolong explain, apa mungkin untuk haiwan di atas melangkau 4 step dalam kitaran hidupnya?
Adakah sebarang kemungkinan haiwan di atas boleh terus menjadi dewasa direct daripada telurnya, dalam erti kata lain, mengalami kitaran hidup secara terbalik?

Tiba-tiba teringat satu cerita  movie pelik yang susah nak dihadam oleh akal logik manusia yang waras..tapi tetap menarek untuk ditonton..kalau manusia boleh mengalami kitaran hidup secara terbalik (though I know the story is a fiction) , mungkin haiwan diatas juga boleh..mutasi mungkin..well, who knows kan?






August 23, 2010

Ramadhan bulan yang mulia.

*Tajuk takde kena mengena dengan post..*

Kecik-kecik dulu, kita semua mesti ada kawan sepermainan kan? Alaaa, yang teman kita main masak-masak, pastu kadang-kadang main kawen-kawen.. Kalau time cuti sekolah, kita akan gilir-gilir tidor rumah dia, (sebab dia tu anak adik mak kita)..malam-malam orang lain dah tidor, kita curi-curi masuk daput mak cik kita pastu gedik-gedik goreng nasi, siap buat candle light dinner lagi 2 orang.. Kalau turn dia tidor rumah kita, pagi-pagi lagi kita dah keluar meronda keliling kuarters, pastu kalau pak guard takda, kita sama-sama masuk dalam kelas main cikgu-cikgu..Kalaupun kita gaduh..mesti kejap je sebab mesti mak-mak kita bagi ceramah cakap "saudara mara tak baik gaduh-gaduh..pegi salam balik"..kita pun terus malu-malu nak salam, lepas je salam, terus jadi baik, terus ajak pegi kedai beli aiskrim dengan asam..best kan waktu kecik dulu?.

Sekarang bila sama-sama dah besar..kenapa mesti ada rasa 'lain'?..kenapa bila kita lebih awal dipinang orang, ada bunyi-bunyi tak puas hati yang kita dengar masa tu?..dan kenapa bila kita dan mak kita beriya-iya ikhlas hati nak tolong masa majlis kamu, kita dikatakan 'annoying'? Mungkin kita yang lebih-lebih fikir..mungkin kamu tak bermaksud apa-apa..tapi salahkah kita kalau tersentap bila kamu tak pernah balas mesej atau post dekat dinding kamu, sedangkan orang lain semua kamu layan?Salahkah kita kalau sentap, bila kamu tak respon apa-apa sebelum kita terbang jauh, sedangkan sebelum tu kamu beriya-iya cakap rumah kamu dengan airpot tak sampai sejam pun?Salahkah kita kalau sentap lagi sekali bila kita tahu, album kamu pergi honeymoon, cuma kita sorang je yang kamu block?Terima kasihlah kamu..harap-harap kamu jangan kecik hati sebab kita dah remove kamu pun..kita rasa mungkin kamu akan rasa kita 'annoying' kalau tengok profil kita..gambar kita..

Ye lah..family kamu semua hebat-hebat..dengar kata semua jadi engineer syarikat-syarikat besar..semua main projek juta-juta..yang tak kerja lagi pun, tetap nampak hebat, asalkan dia ahli family kamu..anak-anak mak kita semua biasa-biasa je..ayah kita dah tua..mak kita tak kerja..anak-anak pun tak pandai bergaya..mungkin tak secocok lagi dengan kamu..mungkin tak boleh lagi duduk sama-sama makan aiskrim atas buai bawah pokok..

Eh, by the way..tolong wish happy birthday kat adik kamu..sebab kita tengok profil dia pun dah invi dekat fb kita..maybe dia pun mintak di remove macam kamu jugak..Anyhow, kita tetap sedih sebab jadi macam ni...sebab kita tak jumpa mana salah kita dan mak kita..~

August 22, 2010

Cara-cara merawat suami yang demam.

Cara-cara merawat suami yang demam...

1. Berikan khidmat massage di kepala, badan dan pinggang.
2. Pakaikan baju tebal dan stokin.
3. Bungkuskan dengan selimut tebal.
4. Lekatkan cool fever versi dewasa di dahi..
5. Sediakan air dan ubat untuk dimakan pada waktunya.
6. Berikan pelukan dan kasih sayang secukupnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



*janganla demam..tak bestla takde geng nak main polis sentri.huhu*