1420 : messaging through fb
"hai..abang balik 1515, ayang bersiapla..kita kuar ek..ambil angin sket..
ayang tak kuar rumah pun.."
"ok."
1520 : dia sampai.
"dah sembahyang belum?"
"belum."
"p la sembahyang, kita keluar..kata nak beli shawl kat Z***"
"ok..jap la...nak sembahyang la ni.."*mode malas nak bangun sebab sedap gila
selubung dalam selimut*
1615 : done!..dah tukar baju complete with tempek-tempek muka..
1640 : he is sleeping like a baby..tak sampai hati nak kejut..huhuhu..
do we have to change our plan baby?..
August 19, 2010
hati yang terpujuk
Penuh dengan kasih sayang, dan sampai di saat saya perlukan ubat rindu yang paling kuat..~
gembira sampai menangis-nangis
Isi dalamnya..sila baca label satu persatu..klik gambar untuk paparan lebih jelas.saya dah besarkan imej..~

can u feel the love?
Nikmat..segelas nescafe 3 in1 regular..seriusly sedap dan tak sama macam sini punya..dan sekotak kuih raya..~
*walaupun semperit tu tak berjaya untuk cair di lidah, tapi tetap rasa nikmat*
Ye, hati saya dah terpujuk untuk terima hakikat akan berhari raya disini.. (macam budak kecik kena bagi coklat untuk diam, version org besar, kena bagi baju raya)..
Sebab macam malu lah kalau balik, penat je mama dan konco2 susah payah hantar parcel..hehe
Tapi........saya bukan nak balik untuk beraya, saya nak balik peluk cium mama n baba...huhuhuhu~
Last call ngan mama sebelum parcel di hantar ke post office, mama tanya nak apa-apa lagi tak, and i made a stupid joke(which then i regret cos that joke also made my mom cry..)..
I said : nak mama........*macam budak2 sangat kan?*
August 18, 2010
farewell.
sms yang melenyapkan letih di bulan puasa
Hari last mr hasnul prektikel, saya buatkan 30 biji karipap untuk dia bawak as a farewell treat kat Conti.
Tak tau pulak mat salleh ni suka..hehehe..tak sia-sia saya duduk dua jam tekun kelim karipap tu time puasa..
Kata mr hasnul, depa kagum dengan ketelitian si pembuat karipap mengelim dengan penuh seni..rajin pulak bagi komen pasal seni ye, ko makan sudah..
Mr hasnul lak boleh buat lawak, hari last petikel baru nak berkenal-kenalan dengan bos..dia baru tau bos tu penah duduk Malaysia dua tahun, keje kat Continental Penang..tapi bos kata dia tak penah makan karipap kat Malaysia..dia penah makan satay je..hoh..sian..~
p/s: Eh bos, kenen2kan la laki ai keje kat Conti penang tu ye..boleh kami shopping Queensbay petang2..~
August 17, 2010
days before today.
Dah 3 hari tak menyonteng di sini..
I noticed that mr hasnul didn't read my previous entry. sebab selalunya, lepas dia baca mana-mana entry, he will make fun of me..ejek-ejek ayat i sambil buat muka tak bersalah..
so i asked him : ' abg baca ke yang ayg tulis hari tu?'
he replied : ' tak..'
me : 'sebab apa?'...
he : 'nampak macam series je..ada tulis nama abang ke tak? kalau takde, malas la abang nak baca'
Hoh!!..baru tau..selama ni, encik sorang ni suka kalau saya mempopularkan nama dan cerita dia dalam blog ni..baiklah..lepas ni kena tulis nama dia banyak-banyak...mr hasnul, mr hasnul, mr hasnul, mr hasnul, mr hasnul......
Sabtu lepas saya buat jamuan buka puasa. Undangannya cuma 3 keluarga kecil(kawan-kawan mr hasnul yang dah kawen)..tak sampai sepuluh orang pun..walaupun maghrib masuk 8.30 pm, tapi seawal 1 pm saya dah start memasak..nervous gak buat jamuan dalam bulan puasa, sebab kita boleh masak, tapi tak boleh rasa..semua buat ikut kata hati..bila hati cakap, 'tambah garam', tangan pun dengan senang hati akan cedok garam sebanyak yang disarankan oleh hati..menunya adalah daging masak dinding, ayam goreng rempah, sup gearbox, sayur goreng, papaadom, kuih lopes, dan agar-agar cocktail..dan nak tau apa jadi dengan semua lauk-pauk yang saya masak tu?...huhuhuhuhuhu..semua sedap.!..*hehe..sukahatila nak perasan pun*
Rasa terubat sikit rindu untuk buka puasa ramai-ramai, solat terawih jemaah..walaupun tak sama dengan suasana di rumah, tapi ok la..at least rasa ada juga 'keluarga' disini..esok akan buat lagi sekali jamuan, kali ni undangannya adalah dari golongan bujang-bujang yang tak balik Malaysia..rasa macam nak kopi pes je menu yang sama macam hari tu..hehe~
Lagi satu, datuk bandar Regensburg telah berkenan menambah tempoh permit saya untuk setahun lagi..boleh keluar masuk europe dengan amannya..sebab, kalau kita pemegang permit menetap di mana-mana negara Kesatuan Eropah, kita boleh bebas keluar masuk negara eropah yang lain selama tempoh permit kita tu..best kan?hehe..Terima kasih Frau Franke sebab sangat baik hati dan tak banyak soal..syukur alhamdulillah..
Saya cal mama untuk cakap visa saya dah disambung lagi setahun..i was expecting her to be excited and happy..but guess what was her replied?..
'Alhamduliillah dah sambung..tapi visa je yang setahun kan, dikna tak akan duduk sana sampai setahun kan?'..
Hehe..yes mom..insyallah lagi 6-7 bulan kami balik.....~
p/s: hari ni nak buat apam balik..takpe xde bazar pun..~

sesi mengopi dan mengesup setelah semua kebongkangkenyangan
dah habis makan baru tak nervous untuk snap gambar
hoho..gearbox
Lagi satu, datuk bandar Regensburg telah berkenan menambah tempoh permit saya untuk setahun lagi..boleh keluar masuk europe dengan amannya..sebab, kalau kita pemegang permit menetap di mana-mana negara Kesatuan Eropah, kita boleh bebas keluar masuk negara eropah yang lain selama tempoh permit kita tu..best kan?hehe..Terima kasih Frau Franke sebab sangat baik hati dan tak banyak soal..syukur alhamdulillah..
Saya cal mama untuk cakap visa saya dah disambung lagi setahun..i was expecting her to be excited and happy..but guess what was her replied?..
'Alhamduliillah dah sambung..tapi visa je yang setahun kan, dikna tak akan duduk sana sampai setahun kan?'..
Hehe..yes mom..insyallah lagi 6-7 bulan kami balik.....~
p/s: hari ni nak buat apam balik..takpe xde bazar pun..~
August 14, 2010
RAM.
Saya selalu terfikir, macam mana seorang penulis (tak kisah penulis buku, skrip, lagu etc.), pencipta lagu, pelukis dan pen'seni'2 di luar sana mendapat idea untuk menterjemahkan seni daripada 0 kepada ada..kita fokuskan kat novelis la..daripada benda tu takda, boleh pulak dia adakan cerita..kalau yang buat cerita biografi, atau menulis tentang pengalaman diri dia sendiri, saya tak kisah sangat..tapi yang menulis cerita yang memang rekaan, tapi sampai kita boleh rasa cerita tu betul-betul wujud, dan boleh 'masuk' dalam cerita tu (sambil membayangkan kita adalah hero/heroin yang cun dan tough dalam novel tersebut), camna dorang boleh pandai sangat eh?..Contoh cam cita P/S: I love you, saya baca sambil nangis setiap kali Holly baca note yang Gerry tinggalkan kat dia lepas mati tu..sebab duk gatal perasan saya adalah Holly..*bongok*
Saya bukan rajin sangat pun membaca, dan takde senarai empatbelasmukasurat untuk tajuk-tajuk buku yang pernah saya baca..huhu..dulu-dulu zaman sekolah kalau novel melayu yang cintan-cintan tu saya layan jugak..tapi lepas tu, cerita asek lebih kurang sama je..balik-balik kena kawen paksa @ kontrak, mula-mula benci, pastu suka, pastu hepi..pastu balik-balik kalau cerita melayu mesti pasal anak orang kaya, anak datuk-datuk kerja syarikat korporat..eh, macam ramai sangat la korporat melayu kat malaysia tu..cuba cerita pasal tukang cuci pejabat pendaftaran ke, mak cik kantin ke, pembantu nelayan ke, fotografer kenduri kawen ke..konflik pun memang takde lain, mesti konflik cinta,takpun pengkhianat dalam kompeni..bosan ah..so, dalam ramai-ramai penulis Melayu (sorry to say lah) sorang je yang saya masih suka sampai sekarang..Mr. Ramlee Awang Mursyid..best..semua cerita berbeza-beza, dan banyak elemen suspens..ada sesetengah cerita dah gaya macam Sidney Sheldon..maybe lagi bagus dari Sidney Sheldon.. =)
gambar pinjam kat sini
Novel first RAM yang saya baca (kalau tak silap) is A.D.A.M..best, debar giler baca..hehe.And I've read most of his novels..daripada list kat gambar atas, yang saya tak baca adalah trilogi Tombiruo, Personal Justice, Ranggau, Peipan, Anugerah Pertama and Igauan Maut..yang lain rasanya dah baca..eh, ada lagi satu yang belum baca..Cinta Sufi..huhu..sambungan kepada Trilogi Epik Sunan..untul trilogi Sunan, memang marvellous..kalau suruh katam sekali lagi 3-3 novel pun sanggup..(suruh katam quran payah plak kan?)..isk3..semua perempuan yang baca akan jatuh cinta dengan Laksamana Sunan..dan akan terbayang, bestnya kalau dorang buat filem..boleh buat ala-ala LOTR..adik saya dulu siap duk buat senarai casting kalau-kalau betul nak difilemkan novel ni..haha..
Sebenarnya takde objektif pun entri ni(macam lah entri lain ada objektif kan.hehe)..nak kata buat review novel, tak macam review pun..cuma saya tengah plan nak kirim Cinta Sufi kat membe2 mr hasnul yang balik Malaysia..masa saya datang novel tu tak kuar lagi..agak-agak dorang sanggup tak tambah setengah kilo berat luggage untuk saya?..nazanursaad mesti cakap 'weh, bagi alamat lah, aku boleh pos'..tapi saya rasa macam tak berbaloi lah nak pos..harga pos setengah kilo dah dekat rm seratus, boleh beli lagi 4 bijik buku tu..kan?..ataupun boleh pegi buffet buka puasa kat hotel untuk dua orang, takpun boleh beli sepasang baju kurung ready-made yang cun..lagipun, setakat tak baca satu novel, takde terjejas pun skin tone aku..hehe~
@KLIA viewing area, Feb 2, 2010
bawak bekal buku buat peneman 8 jam sorang-sorang mencangak kat airport, tapi baca 3 page je sebab busybody dengar polis airpot duk mengayat awek cina kat seat sebelah, sambil buat-buat sibuk kira kapalterbang yang lalu dan tekan-tekan hanset walaupun takde mesej masuk.~
August 13, 2010
salam perantau
Dulu, dari masa zaman sekolah rendah..kalau masuk bulan puasa je, feveret saya adalah baca ucapan-ucapan salam perantau kat paper..(kalau bulan lain, feveret saya adalah ruang hiburan, tajuk-tajuk yang kontroversi dan ruang soal jawab, ruang sukan akan di skip)..padahal masa tu, takde pun abang ke kakak ke sepupu ke pakcik ke yang duk oversea..tapi macam best je tengok gambar orang kat oversea, pastu hantar salam perantau kat paper..lagi-lagi yang hantar tu pasangan suami isteri..bila dah sekolah menengah memang asik berangan je,
'Bestnya duk oversea, pastu kawen, pastu ada anak..boleh amik gambar kat atas salji, hantar salam perantau'<-----bukan best sbb nak belajar, best nak kawen je ye..hehe~
Bila dah duk oversea, (eh, aku duk oversea eh?)..memang rasa best, cuma bila bulan puasa, rasa nak lari balik Malaysia..nak pergi Bazar Ramadhan, nak buka puasa ramai-ramai, nak pegi try buffet kat hotel..huhu. Since takleh nak lari balik Malaysia..saya cuba memujuk hati dengan berkata, 'Best la duk oversea, boleh hantar salam perantau..' ..So saya awal-awal lagi dah hantar..dan kalau nak tau, seminggu sebelum puasa dah kuar kat Berita Harian..datin siap simpan keratan salam perantau tu..nak buat frame kot..tapi macam tak feel la kan, sebab awal sangat lagi..~
Eh, eh..sebenarnya dah 3 paper saya hantar..BH, Utusan, Metro..semangat gila kot..hehe..bajet-bajet macam saya yang belajar oversea kan..padahal jadi housewife je kat sini..cuma sayang, sebab takde gambar dukung anak dan baring-baring atas salji..rasa sangat tak puas hati, kenapa tak da satu pun scene baring-baring atas salji eh?..Semalam saya cakap kat mr hasnul, nanti kita kena gak amik gambar baring, meniarap, tak pun guling-guling atas salji.. Macam biasa, dia selambe jawab..'Ala, nanti sejuk..mesti tak sanggup nak buat macam tu pun.'.................
p/s: tak sabar tunggu parcel dari Malaysia sampai..nak makan megi..
p/s/s : harap-harap parcel tu sampai dengan selamat, sian datin penat-penat pegi tempah baju

sejukbeku, tapi saya suka..ini je pose main salji yang ada..~
p/s: tak sabar tunggu parcel dari Malaysia sampai..nak makan megi..
p/s/s : harap-harap parcel tu sampai dengan selamat, sian datin penat-penat pegi tempah baju
August 11, 2010
fasting; episode 1
Baru pukul 1, tapi rasa cam tak sabar-sabar nak masuk dapur memasak..semangat gila ni..baru lepas surf resepi-resepi menarek kat internet..dan tiba-tiba macam banyak giler resepi menarek,
- rendang sotong sumbat
- ayam madu bakar
- kari ketam dengan nenas
- ikan masak asam tumis
- ikan bawal sweet sour
- ayam goreng rempah
- rendang ayam
- red bean swirl bun
- charkoey teow
- apam balik
- buah melaka
- apam seri ayu
- caramel puding
- kuih lapis
- puding jagung
- errrrrrrrrrrrrrrhhhhh...enuff!!!!
Setelah di-shortlisted-kan, cuma 3 resepi yang akan direalisasikan petang nanti..rendang sotong sumbat, ayam madu dan buah melaka..itu pun kalau kadar tenaga tidak merundum pada tahap paling rendah..hehe..kalau tak kita buka puasa makan nasi dengan telur goreng mata je la ye..
7 hours, 18 minutes to go.....bestnya kalau boleh pegi bazar ramadhan..~
Subscribe to:
Posts (Atom)