May 17, 2010

mimpi petang

saya baru bangun tidor petang..letih sangat hari ni.rasa macam nak demam pun ada ni..orang cakap tidor petang boleh jadi gila..saya tak jadi gila, tapi sasau gak sket tadi bila mimpi sedih tahap gaban..huhu..siap meracau2 and nangis bangun tdor tadi.nak tau mimpi apa?seriyes sedih gila..huhu..tak sanggup nak cita..saya mimpi mr hasnul dapat baby..but it happens that the baby is not mine..huhu..camna tu?dalam mimpi tu saya tak nampak muka orangnya, but i know it's not me..senang cakap, i bermadu dalam mimpi tu..dalam mimpi tu jugak, saya sedih gila, pastu saya nangis..and seperti selalu tangis dalam mimpi selalu di interpretkan ke alam realiti..teresak-esak saya nangis..sampai mengejutkan mr hasnul yang jugak ketidoran di sebelah saya..dia seperti selalu, pujuk-pujuk, tepuk belakang badan and cakap dia ada..takyah nangis..lepas saya dah ok, dia suruh setori mimpi...baru nak bukak cita pasal mimpi tu..lagi kuat saya nangis..tapi kena cerita gak..jangan harap boleh berahsia dengan mr hasnul, dia tak pernah give up kalau nak korek cerita saya, even cerita pasal mimpi..tapi memang patut share mimpi tu..baru rasa lepas bebas kesedihan di hati saya tu..dah tenang sekarang, mr hasnul dah janji dia sayang saya sorang..mimpi je tu..nauzubillah..~

May 16, 2010

bulan mei yang banyak celebration..

  1. 01/05- Labour day..
  2. 09/05- Mother's day
  3. 12/05- Birthday seorang perempuan super gojes..haha
  4. 13/05-Nurse's day
  5. 16/05- Teacher's day..
  6. 27/05-Anniversary untuk engagement day..dah kawen pun nak kena celebrate lagi ke??..

dalam banyak-banyak celebrations diatas, yang 13/05 je yang tak ada kena mengena dengan saya..yang 09/05 pun patutnya tak berkenaan jugak, tapi tak sangka pulak ramai students wish Mother's day, dengan anggapan saya adalah ibu mereka di sekolah..wakakakakaka..aku yang garang macam ibu singa ni pun korang boleh sayang macam mak eh?.. bangga..bangga..bangganya I..ahaks..itula orang cakap selalunya orang yang cakap banyak, suka cakap lepas, kalau tegur mesti direct je, takde alas-alas ni..luaran je nampak kasar, garang dan sebagainya..tapi dalam hati dia lagi baik..compared to people yang cakap depan bukan main sopan, tapi belakang dia la syaitan..mm..saya tak suka orang macam tu..

terlepas sambutan Teacher's Day kat sekolah untuk tahun ni..selain dari slot bacaan watikah dari PM, Menteri Pelajaran dan Pengarah Pendidikan yang selalunya Pengetua, PK 1 dan PK2 kena baca tu..sambutan hari guru sebenarnya best...nak-nak pulak untuk orang yang sensitf dan cepat nangis cam saya..tengah nyanyi lagu Kami Guru Malaysia pun boleh rasa syahdu nak nangis..then kalau dapat hadiah, terus aim budak tu, rasa nak bagi markah lebih sket ujian bulanan nanti..haha..gila bias..tapi satu yang tak bestnya, hati kena cekal..kena mantain muka cool bila orang meja sebelah lagi banyak hadiah..siap tanya ada kotak lebih tak, dia tak cukup tangan nak angkut hadiah masuk kereta..ataupun masa jalan dengan besfren nak pegi kantin, membe sebelah dapat hadiah, kita budak cium tangan je..kalau mengajar upper form memang tak banyak hadiah, lagi-lagi kalau ajar kelas hujung-hujung..budak-budak tu time hari guru ni la nak ponteng sekolah..so sapela yang nak wish kan..budak-budak sekolah punya mentaliti, hari guru bermakna untuk cikgu yang mengajar diaa tahun tu je..kalau ajar tahun-tahun lepas pun dia boleh buat-buat lupa....

jadi, untuk semua yang bergelar guru, yang pernah mengajar walaupun sebiji huruf, Selamat Hari Guru..semoga keikhlasan anda dibalas dengan redha tuhan..~

p/s: teringat jual bunga untuk hari guru zaman sekolah dulu..best..

May 12, 2010

sesuku abad..

25 tahun dulu, seorang wanita yang cantik telah bertarung nyawa untuk melahirkan seorang bayi perempuan..untuk itu saya berterima kasih kepada wanita cantik itu..saya mendoakan wanita cantik itu sentiasa diberi kebahagiaan, di dunia dan di akhirat..saya pohon Tuhan ampunkan setiap cebis dosa wanita cantik itu..jika ada..kerana jasanya kepada saya terlalu banyak..tak mampu saya ungkapkan..dan tak dapat saya balas..kerana wanita cantik itulah saya dapat merasa nikmat hidup sehingga genap suku abad pada hari ini...~

dan untuk seorang lelaki amat budiman, yang membanting keringat untuk menyuap rezeki ke mulut saya, yang mengajar saya apa itu  cita-cita..yang menjaga batas agama yang sering saya lupa..yang sudi mewalikan dan menerima lafaz nikah dari lelaki yang saya cinta, dan yang senantiasa menjadi tempat saya bergantung harap, untuk selalu berasa selamat..terima kasih..~

dan setelah sesuku abad saya bernafas..kini saya ditemani seorang lelaki hebat yang sentiasa menyayangi saya, berkongsi hidup dan masa depan dengan saya, sedaya upaya membahagiakan saya dan selalu menjadikan saya keutamaan dalam hidupnya..saya sayang lelaki itu..lebih dari segalanya yang saya ada..~

syukur pada tuhan kerana saya dikelilingi mereka yang sentiasa kasih pada saya..keluarga dan sahabat yang sentiasa ingat..sentiasa merindui saya, sentiasa buat saya gembira, sentiasa ada untuk mendengar cerita saya, dan sentiasa mendoakan kebahagiaan saya..

Terima kasih Tuhan..~

May 10, 2010

mother's day stories

yesterday was a mother's day..semua orang pun tahu kan?dan semua orang sana sini sibuk wish mother's day untuk wanita paling hebat dalam hidup mereka..semua orang punya cerita tersendiri dengan wanita hebat yang bergelar ibu itu..

cerita 1
saya memang manja. manja gila.semua orang cakap saya manja.dan mungkin sedikit gedik bila buat perangai manja walaupun dah tua-tua ni.bersempena hari ibu, kita cerita tentang kemanjaan dengan mama je oke..kalau cerita bermanja dengan mr hasnul, kang tak larat nak lap muntah ijau sendiri pulak..
kalau kat rumah, malam-malam sebelum tidor, saya mesti akan cium mama, peluk dan wish goodnite..dah lekat jadi tabiat..even lepas kawen pun..dan sekarang dah lebih 3 bulan saya tak dapat peluk cium mama..so bila hari ibu ni, tahap rindu dan homesick saya melonjak-lonjak naik.malam sebelum mother's day, saya sibuk uplod gambar mama kat fb..sambil tahan nangis masa uplod gambar tu.mr hasnul senyum-senyum je tengok bini dah nangis.then dia macam biasa, offer nak hantar saya balik malaysia kalau dah tak tahan rindu sangat.TAPI, kena balik sorang..maka serta merta saya akan tahankan rindu dan segala penyakit 'sakitrumah' tu..sebab saya dah pernah rasa sakit rindukan suami, saya dah tak sanggup nak rasa sakit tu sekali lagi..untuk cover muka-buruk-tengah nangis, saya cepat-cepat benamkan muka buruk nangis kat dada mr hasnul..gaya nangis di dada suami adalah lebih comel, dan secara otomatik akan dapat usapan percuma di kepala serta dapat lap hingus di baju suami..keke...tapi mr hasnul tak pujuk banyak-banyak..dia gelakkan je..saya pun cakap..
"sedih tau..yus dah 3 bulan tak jumpa mama"
mr hasnul senyum je then cakap,
"abang dah 8 bulan tak jumpa mama abang tau......."
huhuhuhuhuhu..terus rasa nak nangis bagi pihak mr hasnul pulak..

cerita 2
lepas nangis dengan mr hasnul, saya belek-belek fesbuk dan terbaca status seorang kawan lama..

"semua orang wish mother's day untuk mak masing-masing, aku je yang tak de mak.."

lagi kuat saya nangis..huhu..nangis sebab sedih..rasa insaf kejap..kita yang ada mak ni, untung la, duduk jauh pun still boleh cal cakap, "Mama, selamat hari ibu"..dia nak cal siapa?..
dia adalah kawan sepermainan zaman kanak-kanak..seingat saya mak dia meninggal sebelum kami masuk tadika lagi..ayah dia dan baba saya kerja sama-sama..selalunya balik dari tadika, dia akan singgah main-main kat rumah saya sementara tunggu ayah dia habis kerja..dan mama saya yang sangat-cantik-dan-baik-hati-bak-bidadari-syurga itu akan layan kawan saya ni seperti anak sendiri..kalau suap makan nasi, mama suap semua..dan kalau main-main, mama selalu pesan jangan gaduh dengan kawan saya tu..sebab kalau gaduh, pastu nangis-nangis, mama boleh pujuk saya, tapi dia, siapa nak pujukkan?...




Selamat Hari Ibu untuk mama..terima kasih sebab lahirkan dikna dan jadikan dikna manusia dengan penuh kasih sayang.....
dan untuk mama abang....terima kasih sebab lahirkan abang, besarkan abang dan bagi abang kawen dengan yus..nanti yus bagi mama cucu banyak-banyak..=)~

May 4, 2010

irama sumbang dikala keseorangan~

-mukabuku kelihatan sangat memuakkan, memualkan dan meloyakan untuk orang yang log in almost 24 hours seperti saya....
-sudah kehabisan drama/shows untuk ditonton..ugly betty dah sampai finale (kenapa mesti cancel show yang super duper best?), and I have to wait til next week for the new episodes of desperate housewives, 90210, grey's anatomy and ANTM..huhu~
-adamaya episod hari ni pun tak up lagi kat web tv3...
-blogger2 yang saya suka tak mempublish post-post baru yang best..kalau ada post yang baru pun..saya dah habis baca..
-dah sejam cakap dengan mama, takkan nak cakap sampai 2 jam lak..mama pun banyak kerja lain nak buat dari layan saya..ramai lagi anak cucu perlukan perhatian mama..
-mood untuk masak belum datang lagi..walaupun dah dapat requested menu untuk hari ni..
-ym suram..those who are online were not my feveret buddies to chat with..
-tidor?owh..cukuplah..dah 14 jam saya tidor oke...bantal and katil pun dah benci tengok saya..lagipun tak best tidor sorang..sejuk..
-so...........what to do now??... u tell me.....

-I am sooooo..


B to the O to the S to the A to the N.....





p/s: I hate myself so much, when I'm complaining this much..so please, hate me as well..~

April 28, 2010

holland trip..lalalala..~

mula-mula saya rasa malas nak cerita..malas nak tulis..tapi saya adalah seorang yang kadang-kadang hilang ingatannya.jadi sementara masih kuat ingatan sangatla baik jika saya tulis untuk kenangan saya pada suatu hari nanti..jika anda adalah pendengki tegar, sila skip entry ini..haha~
--------------------------------------------

yay!!!! we made it to holland..and it was sooo amazing..~

day 1:

bertolak dari regensburg pukul 9.30 pagi, membe siap tunggu depan pintu rumah.ini yang best kalau jalan naik kereta ni..tak payah susah-susah mengangkut ke train station..
ini adalah trip pertama saya untuk bermalam diluar sejak saya di germany, sebab sebelum ni pegi mana-mana balik hari je..dan ini juga adalah trip pertama saya di atas autobahn..haha..autobahn adalah highway di germany, yang tiada speed limit, dan tiada tol..so saya telah menjadi jakun bila tengok kereta drive laju tak hengat...and for sure kereta laju tak hengat tu adalah kereta bapak best..huhu..mr hasnul tak drive pun, so dia duduk seat belakang sambil bercanda dengan saya..saya lak macam biasa, kereta gerak je, saya mesti lelap..walaupun driver dah bawak sampai 150km/h, aman je saya tidur..kami sempat singgah di Cologne jap. singgah buat syarat je..park keta, pastu pegi amik gambar depan gereja besar..pastu gatal-gatal masuk gereja sebab nak tgk apa ada dalam tu...huhu.dalam tu gelap,ada pakcik pakai jubah(father dorang la kot), ada kerusi kayu banyak..dan ada cam ala-ala sinki.mr hasnul kata itulah tempat holy water.huuu..seram i..itulah yang pertama dan yang terakhir..tak nak masuk dah..menakutkan..kita ni iman tak sekuat mana.rasa bahaya lak wat camtu..rasa bersalah pun ada..Ya Allah, ampunkan dosaku..huhu~
*saya dah rujuk pada seseorang, kita boleh bergambar depan church if tujuan sekadar untuk kenangan kita pernah sampai tempat tu, tapi bukan untuk menunjukkan hormat atau kekaguman..saya memang sikit pun tak hormat, sikit pun tak kagum, so kira boleh lah kan..*

dari Cologne terus gerak ke Eindhoven..Eindhoven ni dah masuk Holland.membe mr hasnul dah book hotel kat situ..and walla..bestla hotel tu..ehehe..malamnya just pusing-pusing hotel, dan berehat untuk perjalanan panjang esok..~

day 2:

since pakej penginapan dah include breakfast, maka kami berempat pun merajinkan diri untuk breakfast..setelah dipantau, makanan yang diyakini halal (keyakinan mesti kuat kalau duk tempat banyak babi ni) cumalah roti, scrambled eggs, salad, buah-buahan, cereals dan minuman..maka saya pun bersarapan dengan sebiji roti, sesenduk scrambled eggs dan semangkuk buah..pejamkan mata je bila tray scrambled eggs adalah bersebelahan dengan tray bacon..hahaha..
so lepas makan-makan maka bergeraklah ke destinasi utama..Keukenhof, The Garden of Europe..if I'm not mistaken, this is the largest flower garden in Europe..no wonder, manusia adalah berjuta-juta disitu dalam satu hari..ini adalah trip yang sangat indah.sepanjang jalan untuk masuk ke Keukenhof, adalah sangat cantik dan mendamaikan..untuk ke entrance garden ni, kena melalui ladang-ladang bunga.macam bendang tapi berwarna warni..wangi lak tu..saya excited gila-gila..bila tengok balik recording pun, suara saya tahap dewa punya excited..hehe..bunga weh..bunga..bukan satu..tapi juta-juta..mana bleh tak excited..
*dapat sekuntum ros pun dah boleh gila bayang, inikan pulak kalau dah terbentang depan mata*

nampak dua orang berlari-lari tengah padang bunga tu?..itu bukan saya..~

masuk je dalam garden, subhanallah..sangatlah cantik..kebanyakannya adalah tulip..dalam bermacam warna.cantik..cantik sangat-sangat..saya dah macam orang gila..semua benda nak snap gambar..sampai dah takde gaya nak buat depan camera..garden tu pulak sangat besar dan luas..sakit gak la kaki jalan..dalam tu dah dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian taman.kiranya nak pusing taman tu pun kena pakai map..silap2 boleh sesat tu..susah nak describe betapa gembiranya saya dapat peluang melihat keindahan alam  ciptaan tuhan..rasanya saya sangat beruntung dan bertuah dapat peluang begini..tapi mungkin saya selalu lupa untuk bersyukur..huhuhu..~



lagi senang bercerita dengan gambar kan?..

we spent about 5 hours in the garden before getting on our way to next destination..tengah-tengah nak menghala keluar terstuck lak dalam traffic jam.sebab ada jalan yang tutup untuk perarakan kereta bunga..secara tak dirancang, saya pun menjadi salah seorang penonton flower parade tu...mentang-mentang dorang ni duk dalam ladang bunga, lori sampah pun hias dengan bunga..~

pendekkan cerita, next destination is Amsterdam..dah banyak kali saya dengar tentang ke'bebas'an dan ketidakadabatasan di Amsterdam...benda yang haram ditempat kita, semuanya halal dari segi undang2 mereka..prostitution, dadah, etc..sebelum ni dengar cita je..dah sampai, baru tau..walaupun saya tak dibawa ke Red Light Street (tempat pelacuran terbuka, pelacur2 tayang badan depan cermin untuk dipilih oleh customer) , singgah 2-3 kedai kat dalam bandar amsterdam tu pun dah boleh buat saya rasa mual..lollipop dadah merata-rata ada.pastu bentuk-bentuk souvenir dia memang tak bleh blah..malas nak cerita..terbayang camna la orang yang nak beasarkan anak kat sini..camna nak elak anak dari jadi penagih dadah bila benda tu adalah legal?
lepas pusing-pusing town, cari masjid untuk solat, makan kebab yang best, amik gambar buat syarat, beli fries yang dikatakan tersedap di Amsterdam, maka kami pun bergerak untuk pulang ke hotel..kesian jugak dekat driver..orang lain boleh gak nak rehat-rehat..dia kena kerja kuat..~

day 3:

bangun pagi lewat sket sebab semua orang letih yang amat, then pegi breakfast..makanan?sama je cam semalam, cuma hari ni, bacon disusun di tempat scrambled egg..haha.dan hari ni baru perasan ada mesin hot choc yang sangat best..=)
 breakfast day 2                          breakfast day 3
*benda sama je, cuma 2nd time dah pandai susun jadi berger*

agenda pertama untuk hari ketiga adalah bersiar-siar sekitar Eindhoven sebelum pulang..Eindhoven ni cantik gak..kawasan ladang-ladang, ada banyak rumah Dutch yang cantik, banyak biri-biri gemuk, banyak kuda..bandar dia pun cantik, tapi cam suram sket..maybe sebab hari tu ahad, sebab tu tak happening..singgah amek gambar depan Philips Stadium je. *takde perasaan pun amik gambar depan stadium, ini untuk puaskan hati kaum lelaki je*~
 takde perasaan, tapi lompat tak hengat~
next is, Kinderdijk..to be true, saya tahu tentang tempat ni lepas tengok gambar abang kawan saya yang dah pegi situ..hehe..*adik abang, sila angkat tangan..*
Kinderdijk is a place with so many windmills..dulu-dulu kan kalau belajar pasal convert tenaga kinetik kepada tenaga elektrik mesti ada gambar windmill..kan?and kalau sebut je Holland, mesti orang ingat windmill..
Di Kinderdijk  telah berlaku sesuatu yang membuatkan saya trauma sampai hari ni bila tengok objek beroda dua..huhu..masa sampai tu, dah tengok ramai orang naik basikal.so masing-masing pun gatal nak naik basikal jugak..termasukla saya, yang tak sedar diri saya sedang pakai boot dengan heels 3 inci..sewa basikal tu 2.50€ sorang..pakcik tokey kedai cakap boleh pilih mana-mana basikal yang kita nak..saya pilih yang sederhana..bajet tak nak naik basikal budak-budak..lepas tu semua pun get ready atas basikal dengan eksaitednya..mr hasnul selaku ketua keluarga mestila jalan dulu.and time tu ramai pulak tourist baru turun dari bas..saya pun dengan konfiden memulakan kayuhan..tapi tak sampai 10 meter roda basikal berputar..bedebuk!!..jatuhlah seorang perempuan muda berbaju pink striking berkacamata di celah-celah papan tanda dan disaksikan oleh berpuluh-puluh orang..muka saya dah merah..lutut rasa sengal-sengal..mata rasa dah panas..tambah-tambah bila terdengar suara-suara simpati dari pejalan-pejalan kaki berbagai bangsa itu..mr hasnul terus patah balik, tapi dia terkam basikal saya, pegi letak basikal kat tempat park.then semua orang sibuk tanya saya ok ke tak..tanya berulang-ulang kali walaupun saya dah wat statement palsu mengatakan saya ok.lagi banyak orang tanya, lagi rasa nak nangis tau tak.nasib baik pakai glasses, so boleh la cover mata yang dah berair tu..huhu..mr hasnul pun paksa saya naik basikal bonceng dengan dia..saya duk seat bonceng tu, dah rasa cam oku..tengok budak-budak kecik pun naik basikal sendiri..tak jatuh pun.lagila rasa aku insan lemah..siap gaduh-gaduh atas basikal bila mr hasnul tanya lagi, saya sakit ke tak..bukan gaduh sebab marah.mmg patut la dia tanya kan, mesti la dia risau..tapi saya marah sebab nak cover ke-sakitan dan ke-maluan jatuh di tempat public..rasa sakit dan malu diterjemahkan menjadi marah..*sori sayang..i am no good, when u are really good to me*..
tapi saya cepat recover, bila depan camera je, direct saya senyum, boleh gelak2..lepas mr hasnul pujuk-pujuk, saya dah ok..tapi sampai hari ni, saya anggap ini adalah sebahagian kenangan di Kinderdijk, Holland..lutut saya dah cium tanah Kinderdijk, anda bagaimana?ehehe~
tempat kejadian..celah-celah papan tanda tu...saya benci basikal!!.~

beberapa ketika selepas kejadian..ada hikmah ni..tengok bukan main romantika lagi kan?ehehe~
*pembaca blog je yang tau kisah sebenar..haha*
Dari Kinderdijk, kami bergerak ke Rotterdam lak..bandar pelabuhan terbesar di Europe.cuma sejam dari Kinderdijk. Masa ni, membe mr hasnul dah letih, dia offer mr hasnul lak drive..walaupun xde international license and tak penah bawak left side..mr hasnul always the best!!hehe..bawak kejap je, pastu dorang exchange balik, mr hasnul tak nak amik risiko + tak cukup konfiden nak masuk city besar..sampai Rotterdam, park tepi jalan, then amik gambar stesen tram yang ada tulisan Rotterdam Central...pastu blah.ahaha..mmg nak buat bukti dah penah sampai je...owh, tapi sempat gak singgah kat shell amik angin tepi port..then, bergerak balik ke Regensburg..singgah di Frankfurt untuk solat maghrib..then, sampai rumah pukul 2 pagi..dengan keletihan yang tuhan saje tau..~
--------------------------------------------------
Kesimpulannya..melancong memang best..ehehe..syukur dapat peluang untuk sampai ke negara yang indah..dalam hati saya berharap, semua orang yang saya sayang juga akan dapat peluang untuk merasa kenangan indah yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata ini..

 

April 22, 2010

tulips...here I come..ehehe~

*mode sangat excited*

jika tiada aral melintang, insyallah esok akan bergerak ke  Holland. *yay!!*

mm..nak excited sangat pun tak boleh gak..sebab kita boleh rancang, tapi kita tak tahu apa perancangan Dia untuk kita..~

so, kalau jadi seperti yang dirancang..next destination are Keukenhof, Eindhoven, The Hague and maybe Kindedijk..terima kasih kepada orang-orang yang rajin memuatnaik gambar trip berjalan-jalan-habiskan-duit-kerajaan di facebook..yang serta merta akan merangsang neuron-neuron saya untuk menghasilkan impulse seraya membolehkan jari-jemari dengan pantasnya menggoogle destinasi-destinasi tersebut..saja-saja je saya tunjuk gambar tu kat mr hasnul, tak sangka pulak dia amik serius..then, mr hasnul pun saje2 mengusulkan cadangan kat membe dia..tau-tau hari isnin tu, dorang cakap dah survey kereta and hotel..so, syukurla, kalau jadi, sampaila hajat saya untuk melihat keindahan bumi tuhan di negara jiran pulak..

doakan perjalanan kami selamat, mudah, dan gembira...~