mula-mula saya rasa malas nak cerita..malas nak tulis..tapi saya adalah seorang yang kadang-kadang hilang ingatannya.jadi sementara masih kuat ingatan sangatla baik jika saya tulis untuk kenangan saya pada suatu hari nanti..jika anda adalah pendengki tegar, sila skip entry ini..haha~
--------------------------------------------
yay!!!! we made it to holland..and it was sooo amazing..~
day 1:
bertolak dari regensburg pukul 9.30 pagi, membe siap tunggu depan pintu rumah.ini yang best kalau jalan naik kereta ni..tak payah susah-susah mengangkut ke train station..
ini adalah trip pertama saya untuk bermalam diluar sejak saya di germany, sebab sebelum ni pegi mana-mana balik hari je..dan ini juga adalah trip pertama saya di atas autobahn..haha..autobahn adalah highway di germany, yang tiada speed limit, dan tiada tol..so saya telah menjadi jakun bila tengok kereta drive laju tak hengat...and for sure kereta laju tak hengat tu adalah kereta bapak best..huhu..mr hasnul tak drive pun, so dia duduk seat belakang sambil bercanda dengan saya..saya lak macam biasa, kereta gerak je, saya mesti lelap..walaupun driver dah bawak sampai 150km/h, aman je saya tidur..kami sempat singgah di Cologne jap. singgah buat syarat je..park keta, pastu pegi amik gambar depan gereja besar..pastu gatal-gatal masuk gereja sebab nak tgk apa ada dalam tu...huhu.dalam tu gelap,ada pakcik pakai jubah(father dorang la kot), ada kerusi kayu banyak..dan ada cam ala-ala sinki.mr hasnul kata itulah tempat holy water.huuu..seram i..itulah yang pertama dan yang terakhir..tak nak masuk dah..menakutkan..kita ni iman tak sekuat mana.rasa bahaya lak wat camtu..rasa bersalah pun ada..Ya Allah, ampunkan dosaku..huhu~
*saya dah rujuk pada seseorang, kita boleh bergambar depan church if tujuan sekadar untuk kenangan kita pernah sampai tempat tu, tapi bukan untuk menunjukkan hormat atau kekaguman..saya memang sikit pun tak hormat, sikit pun tak kagum, so kira boleh lah kan..*
dari Cologne terus gerak ke Eindhoven..Eindhoven ni dah masuk Holland.membe mr hasnul dah book hotel kat situ..and walla..bestla hotel tu..ehehe..malamnya just pusing-pusing hotel, dan berehat untuk perjalanan panjang esok..~
day 2:
since pakej penginapan dah include breakfast, maka kami berempat pun merajinkan diri untuk breakfast..setelah dipantau, makanan yang diyakini halal (keyakinan mesti kuat kalau duk tempat banyak babi ni) cumalah roti, scrambled eggs, salad, buah-buahan, cereals dan minuman..maka saya pun bersarapan dengan sebiji roti, sesenduk scrambled eggs dan semangkuk buah..pejamkan mata je bila tray scrambled eggs adalah bersebelahan dengan tray bacon..hahaha..
so lepas makan-makan maka bergeraklah ke destinasi utama..Keukenhof, The Garden of Europe..if I'm not mistaken, this is the largest flower garden in Europe..no wonder, manusia adalah berjuta-juta disitu dalam satu hari..ini adalah trip yang sangat indah.sepanjang jalan untuk masuk ke Keukenhof, adalah sangat cantik dan mendamaikan..untuk ke entrance garden ni, kena melalui ladang-ladang bunga.macam bendang tapi berwarna warni..wangi lak tu..saya excited gila-gila..bila tengok balik recording pun, suara saya tahap dewa punya excited..hehe..bunga weh..bunga..bukan satu..tapi juta-juta..mana bleh tak excited..
*dapat sekuntum ros pun dah boleh gila bayang, inikan pulak kalau dah terbentang depan mata*
nampak dua orang berlari-lari tengah padang bunga tu?..itu bukan saya..~
masuk je dalam garden, subhanallah..sangatlah cantik..kebanyakannya adalah tulip..dalam bermacam warna.cantik..cantik sangat-sangat..saya dah macam orang gila..semua benda nak snap gambar..sampai dah takde gaya nak buat depan camera..garden tu pulak sangat besar dan luas..sakit gak la kaki jalan..dalam tu dah dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian taman.kiranya nak pusing taman tu pun kena pakai map..silap2 boleh sesat tu..susah nak describe betapa gembiranya saya dapat peluang melihat keindahan alam ciptaan tuhan..rasanya saya sangat beruntung dan bertuah dapat peluang begini..tapi mungkin saya selalu lupa untuk bersyukur..huhuhu..~
lagi senang bercerita dengan gambar kan?..
we spent about 5 hours in the garden before getting on our way to next destination..tengah-tengah nak menghala keluar terstuck lak dalam traffic jam.sebab ada jalan yang tutup untuk perarakan kereta bunga..secara tak dirancang, saya pun menjadi salah seorang penonton flower parade tu...mentang-mentang dorang ni duk dalam ladang bunga, lori sampah pun hias dengan bunga..~
pendekkan cerita, next destination is Amsterdam..dah banyak kali saya dengar tentang ke'bebas'an dan ketidakadabatasan di Amsterdam...benda yang haram ditempat kita, semuanya halal dari segi undang2 mereka..prostitution, dadah, etc..sebelum ni dengar cita je..dah sampai, baru tau..walaupun saya tak dibawa ke Red Light Street (tempat pelacuran terbuka, pelacur2 tayang badan depan cermin untuk dipilih oleh customer) , singgah 2-3 kedai kat dalam bandar amsterdam tu pun dah boleh buat saya rasa mual..lollipop dadah merata-rata ada.pastu bentuk-bentuk souvenir dia memang tak bleh blah..malas nak cerita..terbayang camna la orang yang nak beasarkan anak kat sini..camna nak elak anak dari jadi penagih dadah bila benda tu adalah legal?
lepas pusing-pusing town, cari masjid untuk solat, makan kebab yang best, amik gambar buat syarat, beli fries yang dikatakan tersedap di Amsterdam, maka kami pun bergerak untuk pulang ke hotel..kesian jugak dekat driver..orang lain boleh gak nak rehat-rehat..dia kena kerja kuat..~
day 3:
bangun pagi lewat sket sebab semua orang letih yang amat, then pegi breakfast..makanan?sama je cam semalam, cuma hari ni, bacon disusun di tempat scrambled egg..haha.dan hari ni baru perasan ada mesin hot choc yang sangat best..=)
breakfast day 2 breakfast day 3
*benda sama je, cuma 2nd time dah pandai susun jadi berger*
agenda pertama untuk hari ketiga adalah bersiar-siar sekitar Eindhoven sebelum pulang..Eindhoven ni cantik gak..kawasan ladang-ladang, ada banyak rumah Dutch yang cantik, banyak biri-biri gemuk, banyak kuda..bandar dia pun cantik, tapi cam suram sket..maybe sebab hari tu ahad, sebab tu tak happening..singgah amek gambar depan Philips Stadium je. *takde perasaan pun amik gambar depan stadium, ini untuk puaskan hati kaum lelaki je*~
takde perasaan, tapi lompat tak hengat~
next is, Kinderdijk..to be true, saya tahu tentang tempat ni lepas tengok gambar abang kawan saya yang dah pegi situ..hehe..*adik abang, sila angkat tangan..*
Kinderdijk is a place with so many windmills..dulu-dulu kan kalau belajar pasal convert tenaga kinetik kepada tenaga elektrik mesti ada gambar windmill..kan?and kalau sebut je Holland, mesti orang ingat windmill..
Di Kinderdijk telah berlaku sesuatu yang membuatkan saya trauma sampai hari ni bila tengok objek beroda dua..huhu..masa sampai tu, dah tengok ramai orang naik basikal.so masing-masing pun gatal nak naik basikal jugak..termasukla saya, yang tak sedar diri saya sedang pakai boot dengan heels 3 inci..sewa basikal tu 2.50€ sorang..pakcik tokey kedai cakap boleh pilih mana-mana basikal yang kita nak..saya pilih yang sederhana..bajet tak nak naik basikal budak-budak..lepas tu semua pun get ready atas basikal dengan eksaitednya..mr hasnul selaku ketua keluarga mestila jalan dulu.and time tu ramai pulak tourist baru turun dari bas..saya pun dengan konfiden memulakan kayuhan..tapi tak sampai 10 meter roda basikal berputar..bedebuk!!..jatuhlah seorang perempuan muda berbaju pink striking berkacamata di celah-celah papan tanda dan disaksikan oleh berpuluh-puluh orang..muka saya dah merah..lutut rasa sengal-sengal..mata rasa dah panas..tambah-tambah bila terdengar suara-suara simpati dari pejalan-pejalan kaki berbagai bangsa itu..mr hasnul terus patah balik, tapi dia terkam basikal saya, pegi letak basikal kat tempat park.then semua orang sibuk tanya saya ok ke tak..tanya berulang-ulang kali walaupun saya dah wat statement palsu mengatakan saya ok.lagi banyak orang tanya, lagi rasa nak nangis tau tak.nasib baik pakai glasses, so boleh la cover mata yang dah berair tu..huhu..mr hasnul pun paksa saya naik basikal bonceng dengan dia..saya duk seat bonceng tu, dah rasa cam oku..tengok budak-budak kecik pun naik basikal sendiri..tak jatuh pun.lagila rasa aku insan lemah..siap gaduh-gaduh atas basikal bila mr hasnul tanya lagi, saya sakit ke tak..bukan gaduh sebab marah.mmg patut la dia tanya kan, mesti la dia risau..tapi saya marah sebab nak cover ke-sakitan dan ke-maluan jatuh di tempat public..rasa sakit dan malu diterjemahkan menjadi marah..*sori sayang..i am no good, when u are really good to me*..
tapi saya cepat recover, bila depan camera je, direct saya senyum, boleh gelak2..lepas mr hasnul pujuk-pujuk, saya dah ok..tapi sampai hari ni, saya anggap ini adalah sebahagian kenangan di Kinderdijk, Holland..lutut saya dah cium tanah Kinderdijk, anda bagaimana?ehehe~
tempat kejadian..celah-celah papan tanda tu...saya benci basikal!!.~
beberapa ketika selepas kejadian..ada hikmah ni..tengok bukan main romantika lagi kan?ehehe~
*pembaca blog je yang tau kisah sebenar..haha*
Dari Kinderdijk, kami bergerak ke Rotterdam lak..bandar pelabuhan terbesar di Europe.cuma sejam dari Kinderdijk. Masa ni, membe mr hasnul dah letih, dia offer mr hasnul lak drive..walaupun xde international license and tak penah bawak left side..mr hasnul always the best!!hehe..bawak kejap je, pastu dorang exchange balik, mr hasnul tak nak amik risiko + tak cukup konfiden nak masuk city besar..sampai Rotterdam, park tepi jalan, then amik gambar stesen tram yang ada tulisan Rotterdam Central...pastu blah.ahaha..mmg nak buat bukti dah penah sampai je...owh, tapi sempat gak singgah kat shell amik angin tepi port..then, bergerak balik ke Regensburg..singgah di Frankfurt untuk solat maghrib..then, sampai rumah pukul 2 pagi..dengan keletihan yang tuhan saje tau..~
--------------------------------------------------
Kesimpulannya..melancong memang best..ehehe..syukur dapat peluang untuk sampai ke negara yang indah..dalam hati saya berharap, semua orang yang saya sayang juga akan dapat peluang untuk merasa kenangan indah yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata ini..








