April 20, 2010

kita ada kerana mereka ada..~

satu benda yang sangat obvious kat Germany ni, yang memang saya perasan dari first week saya kat sini adalah, orang-orang tuanya yang sangat tegar berjalan, keluar sorang-sorang..tua disini, adalah tua betul..mm..macam tok tokwan kita..umur maybe dah 70, 80 tahun..kalau kat malaysia, selalunya kalau veteran-veteran nak pegi mana-mana, ada yang tolong bawakkan..(oohh..ini adalah dari pengalaman, apa yang saya nampak, mungkin ada ja orang tua yang jalan sorang, tapi saya tak kenal orang tua itu, so tak leh la nak cite kat sini kan..)..contoh cam tokwan saya, nak pegi mana-mana, mesti pakngah ke, paksu tolong bawa..tak pun ada je cucu-cucu temankan..so kat sini, dah banyak kali saya tengok pakcik makcik ni  atuk nenek ni jalan sorang-sorang..dan memang dah sebati dengan jiwa saya, saya rasa nak menangis tengok orang tua..tak tau la apa significant rasa nak menangis tengok orang tua, tapi memang betul, kalau tengok je atuk-atuk, nenek-nenek ni..sedih sangat rasa..nak-nak pulak kalau dalam keadaan mereka macam susah berjalan, bertongkat, bongkok dan sebagainya..huhu.kalau kat malaysia, kita tend to pimpin orang tua berjalan, even tak kenal pun..tapi kat sini, orang tuanya sangat independant, and takde sape pun tolong pimpin..saya geram je rasa nak pimpin..tapi kang dia cakap mandai-mandai lak budak kecik ni..ntah-ntah orang yang saya nak pimpin tu prof university regensburg ke CEO bmw ke..isk..

calon-calon orang tua dan situasi-situasi yang buat saya rasa nak menangis :

~lepas abis shopping barang dapur dengan mr hasnul, masa tu dah dekat pukul 8 pm, (kat sini kan kedai tutup tepat pukul 8pm), ada sorang atuk baru sampai, terketar-ketar dia nak amik trolli..dalam hati saya terpikir, kesiannya, mesti dia terkejar-kejar datang, pastu camnala dia nak rush cari barang dengan kedai nak tutup dah tu..lagi syahdu bila tengok pakcik tu jenis yang senyum-senyum sambil jalan..huhu..mana cucu dia, apasal tak tolong atuk belikan daging babi untuk dinner ni?hishh..
~yang ni selalu sangat jumpa..atuk nenek bertongkat, nak langkah naik bas..tak leh tengok..rasa sedih..
~dan, ini adalah pemenang..bila ingat pun rasa nak nangis..semalam balik dari kelas dengan mr hasnul, dah dekat nak sampai rumah, ada sorang nenek ni, rambut dah putih, pakai spek tebal..tapi jalan laju je lagi..kami jalan arah bertentangan, so mr hasnul awal-awal lagi dah tarik lengan saya suruh duk tepi sikit, bagi laluan mak cik tu lalu, sebab dekat situ ada tiang, and sebelah tiang ada kereta..kalau sama-sama jalan maybe bergesel gak bahu..so saya dan mr hasnul berhenti dulu, bagi laluan kat mak cik ni..tiba-tiba, terkejut saya, bila dia jalan laju je menonong langgar tiang..mr hasnul cepat-cepat pegangkan makcik tu tanya ok ke tak..dia cakap dia ok..then terus dia jalan..baru saya perasan, maybe dia  tak nampak..atau mungkin dari pandangan dia, tiang tu jauh lagi..huhu..kenapa takde orang temankan, pimpinkan tangan jalan..mana anak, cucu?

jika panjang umur, kita semua akan tua..dan bila saya tua, saya harap ada yang sudi pimpinkan tangan saya..~

April 13, 2010

we are classmates again..~

ich heiße yusrina, wie heißt du?

Yesterday, i attended my first Deutsch (betul ke ejaan ni?) class....~
Sangat menarik, kelas tu actually untuk foreigner students, tapi saya join jugak walaupun saya bukan student FH (pronounced as ef-ha, singkatan untuk Fachhochschule which means University of Applied Science). Sejak bulan lepas lagi, mr hasnul dah emel lecturer untuk course tu dan cakap yang dia nak tumpangkan wife dia masuk kelas tu..Dan lecturer yang sangat baik itu dengan senang hatinya mengalu-alukan kedatangan saya. Semalam mr hasnul keja, tapi since saya dah berapa kali buat drama merajuk tak nak pegi kelas kalau dia tak hantarkan, maka terpaksa la mr hasnul tinggalkan keja kat Continental tu, semata-mata nak jemput saya. (thanx dear!)

Mr hasnul dah janji nak jemput kat bus stop, so saya kena keluar rumah sorang-sorang la semalam. First time sebenarnya keluar sorang, sebab sejak duduk sini, saya sangat dependant. Pegi mana pun wajib ada mr hasnul. Rupanya bila keluar jalan sorang, ramai pulak orang tegur kan..ehe..adala sorang dua tegur say Hallo masa jalan tu..kalau jalan dengan mr hasnul tak plak orang tegur..kekekeke~

Owh, lupa nak cakap, membe mr hasnul pun bawak wife dia masuk kelas tu jugak, wife dia baru sampai awal bulan ni....tapi ok la kan, bak kata mr hasnul, saya ada kawan dalam kelas tu...yeah, right...~
Dekat-dekat nak start kelas tu, membe mr hasnul cakap dia nak temankan wife dia sampai dalam kelas, dia nak join sekali kelas tu, ye la, dorang kan baru kawen, for sure nak spend semua masa sama-sama..saya pun cepat-cepat bagi signal mata dan tarik-tarik jaket mr hasnul yang bermaksud ,
" abang pun kena join jugak, tak kira..." 
mr hasnul dah mengeliat malas nak masuk kelas, cepat-cepat saya tambah signal, tarik muncung sket..pastu buat ayat, 
"takpe la, kalau abang tak nak masuk, ikut abangla.." haha.
terus mr hasnul melangkah masuk kelas lepas dengar ayat-ayat camtu..rasanya dia dah kenal sangat isteri dia ni, daripada penat nak pujuk lepas habis kelas, apalah sangat nak dibandingkan dengan kelas 90 minutes tu..

Tak ramai pun students kelas tu, lebih kurang 10 orang je, sangat multicultural. Ada chinese (prof katanya, tapi english dia weak), bangladesh (sangat sedap english mamat bangla ni), brasiliens , romanians, and americans..tambah kami dua orang wakil dari Malaysia..Lecturer tu perempuan, Luci namanya, cantik and sangat sempoi..masa introduction tu, saya rasa orang-orang dalam kelas tu mesti kagum dengan mr hasnul, sebab dia intro dalam German. Sah-sah la dia paling terer dalam kelas tu..hehe..tak pasal-pasal saya bangga sorang-sorang dalam hati.


 kat depan yang blonde tu Luci, baju putih ni mamat bangla, 
yang pink tu minah cina yang katanya prof tu.. 
p/s. dah lama tak tengok papan hijau kan?

banyak gak dah belajar untuk kelas pertama ni, rasanya saya sangat bersemangat untuk belajar. dah lama tak belajar, asyik mengajar je..huhu. semalam pun sedikit kekok nak menulis, baru perasan dah dekat 3 bulan tak menulis..haha..tapi yang paling best rasanya sebab mr hasnul ada sebelah dalam kelas..jadi classmate saya..sangat comeeel oke..haha.saya selalu berangan nak jadi classmate dia, duduk sama-sama dalam kelas, pastu cikgu mengajar kat depan, boleh bercinta kat belakang..haha.(dulu-dulu sangat jeles tengok orang yang couple satu uni, bleh p kelas sama-sama)..
so semalam kira dreams come true la..bleh jadi classmate balik, macam 10 tahun lepas..hehe..tapi masa dulu tu tak best, even classmate pun, tak leh nak cakap-cakap..ye la, baru form 3, sekolah agama lak tu.kang tak pasal-pasal kena gantung sekolah sebab bercinta..huhu..teringat dulu-dulu, kalau mr hasnul masuk kelas, mesti telinga dia merah kalau orang sebut nama saya kuat-kuat..hehe..pastu macam mana sedihnya saya bila dia renyuk-renyuk je love note yang saya selit kat meja dia..isk3..tu la, orang tua-tua pesan tak leh benci-benci, tengok skang, sapa yang sayang sangat?? haha~


muka semangat. kena buka jaket sebab nak tunjuk baju baru, 
walaupun takde orang tau saya baru beli zara semata-mata 
nak pakai hari 1st class..lalala~


  

yay!, we are classmates again..

opps..baru teringat, last jadi classmate masa pegi kursus kawen..=)

April 9, 2010

r.i.m.a.s.

saya cepat rimas..

rimas kalau ada yang mengikut

rimas kalau orang tanya soalan banyak-banyak
rimas kalau keluar hari sabtu, jumpa budak-budak sekolah bajet bagus 
rimas bila buka ryan air untuk cari tiket murah , tapi mesti dapat date yang tak available
rimas dengar orang merungut, -saya merungut  takpe-
rimas dengar dj radio cakap ntah ape-ape
lagi rimas dengar lagu yang langsung tak best, pasal facebook pun boleh buat jadi lagu??come on la..cari la idea bagus sikit..errrhh...
rimasssssss...tau tak?

ya..semua saya je baik..orang lain, benda lain semua boleh merimaskan saya..

April 7, 2010

match-maker~

secara tiba-tiba and tak tersangka-sangka, mr hasnul and I dah terjerumus dalam satu task yang terasa seperti berat, and sangatlah seperti orang tua-tua.=)

hopefully dapat selesaikan misi ini dengan maju jayanya..tapi sedikit pelik nak match-makingkan orang dari jauh..punyalah jauh kan, org ketiga duk kat deuschland ni, padahal orang-orang watak utama duk malaysia..

sangat-sangat berharap, task kali ini akan berakhir dengan perkhabaran super-duper gembira..amin~



kena start prektis cakap gaya orang-orang tua..mungkin dah boleh start prektis berpantun segala..wakakaka~

April 2, 2010

simplest chicken rice recipe ever...

Ingredients

1 ekor ayam
1 kg beras
2 biji bawang besar
4/5cm halia
5-6 biji bawang putih
1 bunjut rempah sup
cili merah/cili kering
kicap/sos tiram/madu/sos cili
daun salad, tomato dan timun

step 1 : Chicken soup
1. Rebus ayam yang dah dipotong dan dibersih dengan 1 biji bawang besar, 2 biji bawang putih, 1cm halia dan sup bunjut.
2. Masuk garam secukup rasa
3. Selepas ayam masak (dah jadi sup ayam), keluarkan ayam sahaja, dan toskan.
4. Simpan kuah sup.

Step 2 : Chicken rice
1. Sukat beras dalam cup untuk pastikan 1kg = berapa cup (sebab cup dekat rumah masing2 mungkin berbeza)
2. Basuh beras dan toskan air.
3. Blend 3 ulas bawang putih dan 1 cm halia. (kalau tak nak blend boleh je potong halus/cincang)
4. Tumis bawang putih dan halia yang dah blend tadi dengan 3 sudu minyak (tumis dalam periuk nasi)
5. Bila dah naik bau, tambah 1 sudu serbuk kunyit
6. Masukkan beras dan kacau supaya bawang, halia dan kunyit sebati dengan beras.
7. Ceduk kuah sup ayam ikut sukatan beras tadi
 (eg : kalau tadi 1kg beras = 3 cup, so masukkan kuah sup tu 3 cup juga)
8. Masak nasi macam biasa (kalau tadi tumis atas dapur, sekarang boleh transfer periuk tu masuk dalam rice cooker, and masakla cam biasa)
9. Sila kacau nasi dalam rice cooker sekali sekala untuk pastikan semua part masak dengan baik.

Step 3 : Ayam
1. Perap ayam dari sup tadi(yang dah dikeluarkan dan di tos) dengan 2 biji bawang putih, 1cm halia, 3 sudu sos tiram, serta kicap dan madu sesuka hati. Boleh ikut citarasa sendiri, nak tambah black pepper and what so ever..
2.Perap 15 mins, then goreng dalam minyak yang panas.


Step 4: Kuah sambal  and kicap
1. Untuk kuah sambal, blend 1 biji bawang besar, 4 biji cili merah (nak guna cili kering yang dah direbus pun boleh), dan 2 ulas bawang putih. Untuk kuah sambal yang sangat best, sila blend dengan kuah sup instead of air biasa..
2. Tambah garam, gula dan sedikit cuka (atau air asam jawa) secukup rasa
3. Boleh juga tambah sos cili kalau nak.
4. Untuk kuah kicap, simply mix the kicap, sos tiram and kuah sup.

Step 5 : Salad, tomato and cucumber

Potong je semua.

Tadaa...chicken rice is ready...

nick, this is for you..nanti make sure masak kat aku bila aku balik mesia..heheehe..~ 

March 30, 2010

adorable paksu

sejak pak su dah pandai surf internet ni, pantang ada orang online kat rumah, mesti dia akan log in facebook kakak-kakak dia and send mesej kat kak yang dia..

"hi.adik ni"
"kak yang buat apa"
"boleh buka skype dak"

comel oke bila dia dah pandai chat dan skype ni.kalau chat, mesti dia guna ejaan penuh.haha.tapi sian kat adik, nak buat facebook sendiri tak boleh, sebab semua kakak2 bantah dia ada akaun fb seawal 10 tahun..muda sangat kot nak berlaman sosial kan?..share je la akaun orang..hehe

lagi comel bila dia buat videocall, cam semalam, takda orang sedar pun dia call saya kat skype. semua orang ingat dia tengah main farmville atau cafe world..masa skype tu, dia cam malu..then benda first dia cita adalah:
"adik p latihan taekwondo tadi"..(otomatik paham dia excited nak cita pasal kelas taekwondo, macam dia excited tayang baju pengakap dulu)
so, sebagai kakak yang memahami, saya pun tanya,
"dah belajar buat apa, dah boleh tumbuk ka,tunjuk la sket"
dan-dan badan dia mengeliat malu2..tapi lepas saya buat gaya tumbuk and tanya
"cikgu ajar tumbuk camni ke adik?"
terus dia bangun, terus tunjuk gaya tumbuk yang cikgu taekwondo ajar......haha..sweeeeet..nampak sangat memang dia nak menayang tunjuk step taekwondo tu..

dekat rumah, paksu sangat diminati oleh anak-anak sedara, paksu buat apa pun hebat, paksu suruh buat apa pun, berebut-rebut nak buat..ye la, bukan senang nak masuk geng paksu..haha..~




 
 adik dan hasil kreatif budak 9 tahun (ni buat tahun lepas)..dinasour made from  plasticine 50 sen beli kat koop sekolah..
  I have to admit, he is so smart..setiap dinasour tu, memang ada nama..adik baca buku, then transform images from the book into these miniatures..and guess what, kalau tanya ciri-ciri dinasour tu pun dia bleh jawab..contoh, "yang leher panjang tu tak makan orang, dia makan daun-daun je...."~

ok.ini lagi satu dari banyak sebab kenapa anak-anak sedara paksu selalu kagum dengan paksu..paksu pandai buat rubik cube..pandai lak nak ajar akak-akak and abang-abang yang dah lupa step rubik cube.adik buat sambil-sambil tengok ben-10 je..siap record masa..tak sampai 5 minit pun bleh siap..~





....................tiba-tiba rasa nak daftar nama adik masuk senarai kerinduan hari ni..



March 29, 2010

strawberry cheesecake

Ingredients:

cheesecake
250g cheese cream..(kat germany nama dia speisequark, cheese cream yang masam)
200g plain yogurt
4 sudu besar gula halus
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
1 sudu kecil lemon (kalau strawberry dah masam takyah letak lemon juice pun takpe)

Untuk perasa strawberry:
5-6 biji strawberry, potong kecil
3sudu  gula
(masak je strawberry dengan gula atas api kecil, sampai jadi pekat, lenyek2 strawberry sampai keluar juicenye..)


 
Masak strawberry camni..


Procedure:

  1. Panas oven 170° C, for 10 mins
  2. Campur semua bahan kek, pukul sampai jadi bentuk cream..
  3. Tuang dalam loyang kek.
  4. Tapis strawberry yang dah dimasak dengan gula tadi. Simpan bakinya.Ambil juice je, and tuang random atas kek.
  5. Nak buat corak tu, guna lidi then lorek-lorekkan suka-suka hati.(pakai toothpick pun bleh)
 
See?
 6. Masak 45mins, temperature 170°C.
 7. After 30 mins, tutup kek dalam oven tu dengan aluminium foil, kalau tak, warna surface kek jadi tak   cantik.(jangan cucuk-cucuk kek dengan pisau untuk testing masak ke tak..memang cheesecake lembik)
8. Biar kek sejuk jap dalam suhu bilik, then masuk dalam peti sejuk at least 5 jam.Kalau semalaman lagi best.

 
Lepas semalaman bermalam dalam peti sejuk
9. Hidang la dengan baki strawberry yang dah masak tadi..

Tadaa...
   

         Ada iras-iras secret recipe tak?hahaha~


Rasa cam dah tua bila buat post pasal resipi-resipi camni..wakakakakaka..