April 9, 2010

r.i.m.a.s.

saya cepat rimas..

rimas kalau ada yang mengikut

rimas kalau orang tanya soalan banyak-banyak
rimas kalau keluar hari sabtu, jumpa budak-budak sekolah bajet bagus 
rimas bila buka ryan air untuk cari tiket murah , tapi mesti dapat date yang tak available
rimas dengar orang merungut, -saya merungut  takpe-
rimas dengar dj radio cakap ntah ape-ape
lagi rimas dengar lagu yang langsung tak best, pasal facebook pun boleh buat jadi lagu??come on la..cari la idea bagus sikit..errrhh...
rimasssssss...tau tak?

ya..semua saya je baik..orang lain, benda lain semua boleh merimaskan saya..

April 7, 2010

match-maker~

secara tiba-tiba and tak tersangka-sangka, mr hasnul and I dah terjerumus dalam satu task yang terasa seperti berat, and sangatlah seperti orang tua-tua.=)

hopefully dapat selesaikan misi ini dengan maju jayanya..tapi sedikit pelik nak match-makingkan orang dari jauh..punyalah jauh kan, org ketiga duk kat deuschland ni, padahal orang-orang watak utama duk malaysia..

sangat-sangat berharap, task kali ini akan berakhir dengan perkhabaran super-duper gembira..amin~



kena start prektis cakap gaya orang-orang tua..mungkin dah boleh start prektis berpantun segala..wakakaka~

April 2, 2010

simplest chicken rice recipe ever...

Ingredients

1 ekor ayam
1 kg beras
2 biji bawang besar
4/5cm halia
5-6 biji bawang putih
1 bunjut rempah sup
cili merah/cili kering
kicap/sos tiram/madu/sos cili
daun salad, tomato dan timun

step 1 : Chicken soup
1. Rebus ayam yang dah dipotong dan dibersih dengan 1 biji bawang besar, 2 biji bawang putih, 1cm halia dan sup bunjut.
2. Masuk garam secukup rasa
3. Selepas ayam masak (dah jadi sup ayam), keluarkan ayam sahaja, dan toskan.
4. Simpan kuah sup.

Step 2 : Chicken rice
1. Sukat beras dalam cup untuk pastikan 1kg = berapa cup (sebab cup dekat rumah masing2 mungkin berbeza)
2. Basuh beras dan toskan air.
3. Blend 3 ulas bawang putih dan 1 cm halia. (kalau tak nak blend boleh je potong halus/cincang)
4. Tumis bawang putih dan halia yang dah blend tadi dengan 3 sudu minyak (tumis dalam periuk nasi)
5. Bila dah naik bau, tambah 1 sudu serbuk kunyit
6. Masukkan beras dan kacau supaya bawang, halia dan kunyit sebati dengan beras.
7. Ceduk kuah sup ayam ikut sukatan beras tadi
 (eg : kalau tadi 1kg beras = 3 cup, so masukkan kuah sup tu 3 cup juga)
8. Masak nasi macam biasa (kalau tadi tumis atas dapur, sekarang boleh transfer periuk tu masuk dalam rice cooker, and masakla cam biasa)
9. Sila kacau nasi dalam rice cooker sekali sekala untuk pastikan semua part masak dengan baik.

Step 3 : Ayam
1. Perap ayam dari sup tadi(yang dah dikeluarkan dan di tos) dengan 2 biji bawang putih, 1cm halia, 3 sudu sos tiram, serta kicap dan madu sesuka hati. Boleh ikut citarasa sendiri, nak tambah black pepper and what so ever..
2.Perap 15 mins, then goreng dalam minyak yang panas.


Step 4: Kuah sambal  and kicap
1. Untuk kuah sambal, blend 1 biji bawang besar, 4 biji cili merah (nak guna cili kering yang dah direbus pun boleh), dan 2 ulas bawang putih. Untuk kuah sambal yang sangat best, sila blend dengan kuah sup instead of air biasa..
2. Tambah garam, gula dan sedikit cuka (atau air asam jawa) secukup rasa
3. Boleh juga tambah sos cili kalau nak.
4. Untuk kuah kicap, simply mix the kicap, sos tiram and kuah sup.

Step 5 : Salad, tomato and cucumber

Potong je semua.

Tadaa...chicken rice is ready...

nick, this is for you..nanti make sure masak kat aku bila aku balik mesia..heheehe..~ 

March 30, 2010

adorable paksu

sejak pak su dah pandai surf internet ni, pantang ada orang online kat rumah, mesti dia akan log in facebook kakak-kakak dia and send mesej kat kak yang dia..

"hi.adik ni"
"kak yang buat apa"
"boleh buka skype dak"

comel oke bila dia dah pandai chat dan skype ni.kalau chat, mesti dia guna ejaan penuh.haha.tapi sian kat adik, nak buat facebook sendiri tak boleh, sebab semua kakak2 bantah dia ada akaun fb seawal 10 tahun..muda sangat kot nak berlaman sosial kan?..share je la akaun orang..hehe

lagi comel bila dia buat videocall, cam semalam, takda orang sedar pun dia call saya kat skype. semua orang ingat dia tengah main farmville atau cafe world..masa skype tu, dia cam malu..then benda first dia cita adalah:
"adik p latihan taekwondo tadi"..(otomatik paham dia excited nak cita pasal kelas taekwondo, macam dia excited tayang baju pengakap dulu)
so, sebagai kakak yang memahami, saya pun tanya,
"dah belajar buat apa, dah boleh tumbuk ka,tunjuk la sket"
dan-dan badan dia mengeliat malu2..tapi lepas saya buat gaya tumbuk and tanya
"cikgu ajar tumbuk camni ke adik?"
terus dia bangun, terus tunjuk gaya tumbuk yang cikgu taekwondo ajar......haha..sweeeeet..nampak sangat memang dia nak menayang tunjuk step taekwondo tu..

dekat rumah, paksu sangat diminati oleh anak-anak sedara, paksu buat apa pun hebat, paksu suruh buat apa pun, berebut-rebut nak buat..ye la, bukan senang nak masuk geng paksu..haha..~




 
 adik dan hasil kreatif budak 9 tahun (ni buat tahun lepas)..dinasour made from  plasticine 50 sen beli kat koop sekolah..
  I have to admit, he is so smart..setiap dinasour tu, memang ada nama..adik baca buku, then transform images from the book into these miniatures..and guess what, kalau tanya ciri-ciri dinasour tu pun dia bleh jawab..contoh, "yang leher panjang tu tak makan orang, dia makan daun-daun je...."~

ok.ini lagi satu dari banyak sebab kenapa anak-anak sedara paksu selalu kagum dengan paksu..paksu pandai buat rubik cube..pandai lak nak ajar akak-akak and abang-abang yang dah lupa step rubik cube.adik buat sambil-sambil tengok ben-10 je..siap record masa..tak sampai 5 minit pun bleh siap..~





....................tiba-tiba rasa nak daftar nama adik masuk senarai kerinduan hari ni..



March 29, 2010

strawberry cheesecake

Ingredients:

cheesecake
250g cheese cream..(kat germany nama dia speisequark, cheese cream yang masam)
200g plain yogurt
4 sudu besar gula halus
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
1 sudu kecil lemon (kalau strawberry dah masam takyah letak lemon juice pun takpe)

Untuk perasa strawberry:
5-6 biji strawberry, potong kecil
3sudu  gula
(masak je strawberry dengan gula atas api kecil, sampai jadi pekat, lenyek2 strawberry sampai keluar juicenye..)


 
Masak strawberry camni..


Procedure:

  1. Panas oven 170° C, for 10 mins
  2. Campur semua bahan kek, pukul sampai jadi bentuk cream..
  3. Tuang dalam loyang kek.
  4. Tapis strawberry yang dah dimasak dengan gula tadi. Simpan bakinya.Ambil juice je, and tuang random atas kek.
  5. Nak buat corak tu, guna lidi then lorek-lorekkan suka-suka hati.(pakai toothpick pun bleh)
 
See?
 6. Masak 45mins, temperature 170°C.
 7. After 30 mins, tutup kek dalam oven tu dengan aluminium foil, kalau tak, warna surface kek jadi tak   cantik.(jangan cucuk-cucuk kek dengan pisau untuk testing masak ke tak..memang cheesecake lembik)
8. Biar kek sejuk jap dalam suhu bilik, then masuk dalam peti sejuk at least 5 jam.Kalau semalaman lagi best.

 
Lepas semalaman bermalam dalam peti sejuk
9. Hidang la dengan baki strawberry yang dah masak tadi..

Tadaa...
   

         Ada iras-iras secret recipe tak?hahaha~


Rasa cam dah tua bila buat post pasal resipi-resipi camni..wakakakakaka..

March 26, 2010

I can forgive, but I cannot forget

"I can forgive, but I cannot forget, is only another way of saying, I will not forgive. Forgiveness ought to be like a cancelled note - torn in two, and burned up, so that it never can be shown against one. "
 
                                                                                                           ~ Henry Ward Beecher


ouch..I guess, i'm not that good, in forgiving........not for now..

March 22, 2010

forgive and forget?

banyak yang perlu dimaafkan, dan dilupakan.*sighhhhhh...*

cakap memang senang,tapi cubala buat..mungkin senang untuk orang-orang yang berhati-bersih-suci-murni-takde-dosa...*sigh lagi..*

salah satu benda yang masuk dalam 'to forgive-and-forget list' saya adalah seorang student saya masa kat langkawi dulu..tak tau la kenapa rasa sangat annoying dengan budak laki sorang ni..saya ajar dia dari tahun lepas (2009), budak kelas sains jugak, walaupun saya rasa dia sangat2 tak layak masuk science stream.basic knowledge dia adalah sangat lemah, dan dia adalah sangat2 malas..dan sangat2 suka membantah..itu yang buat saya sangat2 tak boleh terima dia..untuk kelas dia, saya mengajar dua subject.modern math dengan chemistry.(macam sangat weird, bila ajar 2 subject untuk satu kelas yang sama, pagi ajar math, tgh hari ajar chem, seminggu 10 periods spent untuk kelas ni).for both subjects, dia dengan tegarnya tak prepare buku pun..dari Jan sampai August, sekali pun tak pernah submit homework.bagi la hukuman macam mana pun, dia  buat bodoh je.tak larat nak masuk kaunseling dah.pastu kalau cakap or marah banyak2..dia buat dunno je.bongek oke kalau buat cikgu yang baik(dan comel) camtu.sangat tak patut.and, saya pernah marah sangat2 kat budak ni, sebab dia sangat2 suka melawan.dia boleh tak minta maaf pun, walaupun saya cakap 'Harold(bukan nama sebenar), you owe me an apology okay..I'm looking forward to hear you say those words.'..sampai sudah dia tak minta maaf pun..
dan masa awal tahun ni, lepas saya umumkan percutian-panjang saya, semua student dalam kelas tu datang salam-salam minta maaf, siap bawa kad buat sendiri bentuk love saiz kertas manila (pernah buat jugak masa kat sekolah dulu kan?),si budak harold ni tak datang pun..selisih dengan saya pun dia buat tak tahu je..geram tau......

okay, ni yang saya tiba-tiba teringat ni sebab tadi ada message kat YM,
H    : hye (keluar warning dari yahoo ' *****  is not in your contacts, report as spam')
Me : sape ni? (gatal gak reply)
H   : Harold ni..

........dan-dan saya rasa cam nak signout, nak blah je.malas nak layan..tapi bila dia tanya 'cikgu sihat ke?'..cam tak sampai hati plak..saya pun jawab..'alhamdulillah.sihat'...so, boleh la tick 'checked' kat  'to forgive-and-forget list' tu..


hmm..untuk memafkan kesilapan orang lain, untuk memaafkan apa yang pernah orang buat, yang sakitkan hati kita mungkin tak lah sesusah mana..tapi, untuk melupakan..rasanya..sangat-sangat susah.lebih-lebih lagi untuk orang yang sihat ingatannya..seperti saya..........