ouch..I guess, i'm not that good, in forgiving........not for now..
March 26, 2010
I can forgive, but I cannot forget
ouch..I guess, i'm not that good, in forgiving........not for now..
March 22, 2010
forgive and forget?
cakap memang senang,tapi cubala buat..mungkin senang untuk orang-orang yang berhati-bersih-suci-murni-takde-dosa...*sigh lagi..*
salah satu benda yang masuk dalam 'to forgive-and-forget list' saya adalah seorang student saya masa kat langkawi dulu..tak tau la kenapa rasa sangat annoying dengan budak laki sorang ni..saya ajar dia dari tahun lepas (2009), budak kelas sains jugak, walaupun saya rasa dia sangat2 tak layak masuk science stream.basic knowledge dia adalah sangat lemah, dan dia adalah sangat2 malas..dan sangat2 suka membantah..itu yang buat saya sangat2 tak boleh terima dia..untuk kelas dia, saya mengajar dua subject.modern math dengan chemistry.(macam sangat weird, bila ajar 2 subject untuk satu kelas yang sama, pagi ajar math, tgh hari ajar chem, seminggu 10 periods spent untuk kelas ni).for both subjects, dia dengan tegarnya tak prepare buku pun..dari Jan sampai August, sekali pun tak pernah submit homework.bagi la hukuman macam mana pun, dia buat bodoh je.tak larat nak masuk kaunseling dah.pastu kalau cakap or marah banyak2..dia buat dunno je.bongek oke kalau buat cikgu yang baik(dan comel) camtu.sangat tak patut.and, saya pernah marah sangat2 kat budak ni, sebab dia sangat2 suka melawan.dia boleh tak minta maaf pun, walaupun saya cakap 'Harold(bukan nama sebenar), you owe me an apology okay..I'm looking forward to hear you say those words.'..sampai sudah dia tak minta maaf pun..
dan masa awal tahun ni, lepas saya umumkan percutian-panjang saya, semua student dalam kelas tu datang salam-salam minta maaf, siap bawa kad buat sendiri bentuk love saiz kertas manila (pernah buat jugak masa kat sekolah dulu kan?),si budak harold ni tak datang pun..selisih dengan saya pun dia buat tak tahu je..geram tau......
okay, ni yang saya tiba-tiba teringat ni sebab tadi ada message kat YM,
H : hye (keluar warning dari yahoo ' ***** is not in your contacts, report as spam')
Me : sape ni? (gatal gak reply)
H : Harold ni..
........dan-dan saya rasa cam nak signout, nak blah je.malas nak layan..tapi bila dia tanya 'cikgu sihat ke?'..cam tak sampai hati plak..saya pun jawab..'alhamdulillah.sihat'...so, boleh la tick 'checked' kat 'to forgive-and-forget list' tu..
our first housewarming party, the very simple one...
jadi untuk majlis pertama di bawah seliaan encik hasnul dan puan yusrina, menu-menunya adalah seperti berikut :
- nasi ayam
- sponge cake
-cheese cake
- buah-buahan segar dari Kaufland
- jus oren dan minuman bergas
simple kan?..tapi puas hati sebab, untuk setiap menu, ada ayat-ayat manis dari mulut orang-orang yang kenyang..
"sedapla, macam makan nasi ayam kat malaysia ni"
"boleh balik buka kedai nasi ayam nanti ni"
"eh, kuah sambal ayam tu buat camna ek, sedapla.."
"wah, sedapla cheesecake ni, letak apa lagi ek kat dalam ni.."
"spongecake bini ko tu sedap betul..tak puas aku makan.."
"pandainya buat nasi ni, dengan bau, warna , rasa semua cukup..
"buah oren ade lagi tak?"...(puji ke camni?)
bila tengok I excited kena puji, mr hasnul cakap," mestila orang puji sedap, dorang nak amik hati la tu..dah mai makan tak kan tak puji"..huh..dengki la tu..but hey, who cares kalau ayat-ayat tu sekadar nak ambil hati pun..I jenis makan puji oke..haha..tapi mr hasnul sendiri pun ada cakap..
"serius memang sedapla nasi tu..abang tak tipu.."
ya..I makan puji..kenyang dengar ayat-ayat macam tu...
well, it's such a nice day actually..to see how these 16 boys (23-25 tahun boys lagi ke?), and a girl tried to occupy themselves in a very limited space..duduk rapat-rapat.lutut bertemu lutut..mana ada ruang, semua terisi..hehe..and it's also sweeet coz they had solat berjemaah walaupun terpaksa gilir-gilir ambil wuduk..ini satu part yang saya sangat kagum dengan budak-budak belajar oversea ni..walaupun duduk sini, dorang akan semayang jemaah kalau kumpul ramai-ramai..dan tak nampak pulak scene tolak- menolak nak jadi imam..masing-masing cam dah tau je sapa nak jadi imam..time nak sembahyang tu, terpaksala setengah bangun bagi ruang untuk solat..dan paling sweeet mestilah bila tengok nasi ayam licin...jangan main-main..I buat 3 kilo beras, 5 ekor ayam k..kek pun 3 biji tau..banyak tu..hehe.kesimpulan dari semua bebelan di atas, saya adalah amat berpuas hati...
March 19, 2010
sepuluh tahun dulu
sampai satu masa, bila masing-masing bawa haluan sendiri..dan lupa untuk berhubung..makin lama, kita makin jauh..
dua hari lepas, bila berhubung kembali dengan kawan itu, dan mendengar cerita-cerita dia..rasa sangat terharu..dan kesal..kenapa menjauh hanya kerana kita pilih jalan yang berbeza..takdir tuhan, tak semua yang berlaku, seperti yang kita harapkan..tapi sudah tentu rencana tuhan lebih baik dan pasti ada hikmah yang mungkin belum kita nampak..
cerita gelak tawa, tangis sedih sepuluh tahun dulu, tak akan pernah berulang..semua mungkin sudah berubah..cerita hidup kita dah berubah..tapi kita tak perlu berubah..
~akrab persahabatan, by inteam..zaman sekolah memang layan lagu-lagu nasyid..
Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua
Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara
Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian
Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua
March 16, 2010
trouble is a friend
Trouble is a Friend by Lenka
kita tak boleh suka-suka cakap kita ada masalah.atau kita bermasalah.sebab..orang yang mendengar akan interpret istilah 'ada masalah' dan 'bermasalah' dengan cara yang mungkin salah.
if orang dah kawin cakap ada masalah.orang yang mendengar automatik akan fikir
"oh, ni mesti ada masalah dengan husband/wife dia lah ni..nampak je hepi..ada masalah juga rupanya dorang ni..haa..jangan2 laki/bini dia main kayu tiga ni.."
orang yang mendengar mungkin tak terfikir, masalah orang yang dah kawin tu adalah..dia tak tau..nak pilih paris ke london untuk celebrate anniversary nanti..(obviously, that is not my problem..haha)
if orang kerja besar atau orang kaya cakap ada masalah, kita akan terfikir,
"hutang banyak la tu..tu la, duit banyak tapi tak pandai nak urus.." or
"bisnes nak bankrup ke.mesti pekerja buat hal.."
padahal masalah sebenar mungkin adalah duit banyak sangat dah ni..nak sedekah kat rumah anak yatim ke kat MAKNA eh?..
see?my point is..kalaupun kita ada MASALAH.tak semua orang akan faham apa yang kita nak sampaikan.kadang-kadang masalah adalah seciput je..tapi bila kita saja-saja suka nak share dengan orang, lebih-lebih pulak orang tu bagi nasihat segala....
masalah saya sekarang.........nak masak kurma ke gulai untuk makan dengan nasi bukhari??..
oh lagi satu, walaupun mr hasnul selalu nampak macho (saya nampak), dia sangaaaatt comel bila nyanyi lagu lenka..hahahaha(itu pun saya jugak yang nampak)..
March 15, 2010
syurga isteri di bawah tapak kaki suami.please note that..
-berlaku bulan 12 tahun 2009..saya nak pegi majlis bertunang kawan sekolah saya..masa tu mr hasnul kat germany, saya kat malaysia..so macam biasa..masalah utama selalunya adalah communication..sebab beza waktu Malaysia-Germany.malam sebelum kejadian, saya dah infom mr hasnul,tapi masa tu saya cakap tak tentu lagi nak pegi ke tak..sebab my best-buddy takda..so maybe tak pegi..then, hari kejadian, tiba2 je rasa nak p..so saya rasa cam tak perlu nak infom mr hasnul sekali lagi walaupun tak susah nak taip sms..maka saya pun drive la kereta sorang-sorang..dekat je..alor setar-jitra..lagi pulak kakak saya memang duk jitra, saya pun biasa jalan kat situ..nak dijadikan cerita..walaupun dah dapat direction jalan dan guide dari kawan2..entah kat mana silapnya..saya cari lorong untuk ke rumah tu tak jumpa2..dekat sejam jugak la saya SESAT..macam sangat tak logik untuk sesat, sebab sambil drive saya call membe2 dan ikut sebijik2 direction yang drang bagi..so..lastly saya dah nak give up..saya stop kereta kat tepi masjid, tiba2 teringat saya tak bagitau mr hasnul saya nak keluar tadi..then rasa cam insaf..cepat2 saya msg dia..at the same time, kawan2 saya call dan cakap suruh saya stay je kat masjid tu..5 minit lps tu dorang sampai untuk tunjuk jalan..guess what?lorong tu memang dah dekat sangat dengan masjid tu..kenapa boleh saya tak perasan?.............
insaf 2
berlaku semalam..tapi saya malas nak cerita apa sebab saya kecik hati dengan mr hasnul..sebab kecik JE isunya..macam kanak-kanak ribena..tapi lepas terkecik hati tu..saya konon-konon nak merajuk and nak tunjuk besar kepala..buat malas dan sikit2 ungkit..walaupun masa tu dah berbaik-baik..dah salam-salam--(kalau gaduh mak suruh salam kan?).mungkin sebab saya tak cukup jernih hati..masa buat kerja rumah saya still pendam sikit rasa marah..nak tahu apa plot seterusnya?..semua benda saya buat adalah seperti tak menjadi..dan saya rasa sangat serabut..tak pasal-pasal rasa nak mengamuk-tak-tentu-pasal...sampaikan masa solat and mengaji quran dengan mr hasnul pun, saya still rasa tak tenang..bila cheese cake yang saya bakar masa tengah mengaji tu tak jadi, saya macam nak nangis..mula la saya cakap-cakap merapu kan..mr hasnul cakap..benda kecik kenapa tensen sangat..then, dia tarik saya, peluk saya dan saya dengar dia cakap..
"ya Allah, aku ampunkan isteri aku, aku redhakan semuanya untuk dia..tenangkanlah hati dia..."
seriously..terus saya rasa lapang dada..dan saya nangis kuat-kuat..rasa saya jahat....atau mungkin saya terlupa, di telapak kaki lelaki itu, adanya syurga saya..
March 11, 2010
pukul-satu-pagi
hari : khamis
masa : 1.02 am
suhu : kat luar -1°C
jarang saya berjaga malam2 camni..tak boleh tdor..huhu..mr hasnul dah sejam lebih tdor..bantal tutup muka..nyenyak pulak dia malam ni..selalu dia sedar ja kalau saya gerak2..letih kot..tak pun tengah mimpi best...
banyak yang saya fikir bila terjaga sorang2 macam ni...banyak....daripada benda2 simple..sampai benda2 yang berat..pastu tambah2 dengan benda merapu-merepek...tapi biarlah saya simpan sorang2 kan (esok penatla nak menjawab soalan dia..mesti nak korek sampai dapat apa benda yang saya fikir tu..)
rasanya dah banyak kali saya mimpi benda pelik2 dalam seminggu 2 ni..mimpi panjat bangunan, jalan tengah2 jambatan kat tengah2 laut..pastu dekat2 nak jatuh..tapi tak sempat sebab terjaga..semalam pun kalau tak silap saya terjaga tdor dengan nangis2..tapi tak ingat mimpi apa sampai nangis camtu..saya sedar saya nangis sebab dengar ada orang cakap.."dah2..jangan nangis..abang ada.."...
rasa malas nak tdor, kalau mlm ni pun dapat mimpi tak best....................
abang, bangun la...jom tengok jalan2 cari makan sama2...~


