March 22, 2010

our first housewarming party, the very simple one...

wahahaa..lega rasa..semalam dah selamat handle majlis kecil.kecilan ala-ala housewarming party..ye la, since I datang sini, tak pernah lagi buat makan-makan untuk kawan-kawan mr. hasnul (yang sangat menanti-nantikan majlis makan-makan free..haha) ..lagipun mr hasnul baru pindah rumah sebelum I sampai sini..so ramai la yang nak tengok rumah..sekarang baru tau, best jugak bila berjaya buat majlis sendiri, sediakan makan-minum untuk tetamu, dan lagi best bila tengok semua orang pulang dengan muka yang ceria, dan tentunya perut yang kenyang..haha..2-3 hari sebelum terjadinya majlis ni..sangatla rasa cuak..macam-macam la yang dibimbangkan..takut rumah tak muat, makanan tak cukup, tak pandai nak layan kawan-kawan mr hasnul dan macam-macam lagi..cam over je kan..baru ajak 20 orang dah cuak satu macam..no wonder la, seminggu sebelum my wedding, mama tak senang duduk..sampai boleh bangun pukul 4 pagi sebab risau..siap buat sembahyang hajat..(bagus kan mama I)..but it does make sense kalau mama risau pun, dia buat kenduri untuk 3000 jemputan oke..and we didn't hire a caterer..huhu
jadi untuk majlis pertama di bawah seliaan encik hasnul dan puan yusrina, menu-menunya adalah seperti berikut :
- nasi ayam
- sponge cake
-cheese cake
- buah-buahan segar dari Kaufland
- jus oren dan minuman bergas

simple kan?..tapi puas hati sebab, untuk setiap menu, ada ayat-ayat manis dari mulut orang-orang yang kenyang..

"sedapla, macam makan nasi ayam kat malaysia ni"
"boleh balik buka kedai nasi ayam nanti ni"
"eh, kuah sambal ayam tu buat camna ek, sedapla.."
"wah, sedapla cheesecake ni, letak apa lagi ek kat dalam ni.."
"spongecake bini ko tu sedap betul..tak puas aku makan.."
"pandainya buat nasi ni, dengan bau, warna , rasa semua cukup..

"buah oren ade lagi tak?"...(puji ke camni?)

bila tengok I excited kena puji, mr hasnul cakap," mestila orang puji sedap, dorang nak amik hati la tu..dah mai makan tak kan tak puji"..huh..dengki la tu..but hey, who cares kalau ayat-ayat tu sekadar nak ambil hati pun..I jenis makan puji oke..haha..tapi mr hasnul sendiri pun ada cakap..

"serius memang sedapla nasi tu..abang tak tipu.."

ya..I makan puji..kenyang dengar ayat-ayat macam tu...

well, it's such a nice day actually..to see how these 16 boys (23-25 tahun boys lagi ke?), and a girl tried to occupy themselves in a very limited space..duduk rapat-rapat.lutut bertemu lutut..mana ada ruang, semua terisi..hehe..and it's also sweeet  coz they had solat berjemaah walaupun terpaksa gilir-gilir ambil wuduk..ini satu part yang saya sangat kagum dengan budak-budak belajar oversea ni..walaupun duduk sini, dorang akan  semayang jemaah kalau kumpul ramai-ramai..dan tak nampak pulak scene tolak- menolak nak jadi imam..masing-masing cam dah tau je sapa nak jadi imam..time nak sembahyang tu, terpaksala setengah bangun bagi ruang untuk solat..dan paling sweeet mestilah bila tengok nasi ayam licin...jangan main-main..I buat 3 kilo beras, 5 ekor ayam k..kek pun 3 biji tau..banyak tu..hehe.kesimpulan dari semua bebelan di atas, saya adalah amat berpuas hati...

 vanilla cake yang dapat sambutan hangat..keke~
(tak sempat snap gambar cheesecake)

keluarga bahagia nasi ayam~

drinks and fruits..eh, mana strawberi ngan oren?

March 19, 2010

sepuluh tahun dulu

sepuluh tahun dulu..saya ada seorang kawan yang sangat rapat.sangat rapat maksudnya, duduk sebelah saya dalam kelas, study sama2,tidur sama2 dalam kelas,boleh cerita apa-apa..boleh kongsi baca surat cinta sama2..boleh sama2 discuss macam mana nak dapatkan crush masing2...sama2 ponteng prep, sama2 kena torture dengan akak2 pengawas yang bajet bagus...dan banyak lagi yang boleh buat sama2..itu adalah rapat.. (kenapa ingat banyak benda tak baik je ni?..nampak sangat budak jahat.haha)

sampai satu masa, bila masing-masing bawa haluan sendiri..dan lupa untuk berhubung..makin lama, kita makin jauh..

dua hari lepas, bila berhubung kembali dengan kawan itu, dan mendengar cerita-cerita dia..rasa sangat terharu..dan kesal..kenapa menjauh hanya kerana kita pilih jalan yang berbeza..takdir tuhan, tak semua yang berlaku, seperti yang kita harapkan..tapi sudah tentu rencana tuhan lebih baik dan pasti ada hikmah yang mungkin belum kita nampak..

cerita gelak tawa, tangis sedih sepuluh tahun dulu, tak akan pernah berulang..semua mungkin sudah berubah..cerita hidup kita dah berubah..tapi kita tak perlu berubah..

~akrab persahabatan, by inteam..zaman sekolah memang layan lagu-lagu nasyid..



Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua



March 16, 2010

trouble is a friend

sebelum apa2, kita dengar dulu lagu ni

Trouble is a Friend by Lenka


kita tak boleh suka-suka cakap kita ada masalah.atau kita bermasalah.sebab..orang yang mendengar akan interpret istilah 'ada masalah' dan 'bermasalah' dengan cara yang mungkin salah.

if orang dah kawin cakap ada masalah.orang yang mendengar automatik akan fikir
"oh, ni mesti ada masalah dengan husband/wife dia lah ni..nampak je hepi..ada masalah juga rupanya dorang ni..haa..jangan2 laki/bini dia main kayu tiga ni.."
orang yang mendengar mungkin tak terfikir, masalah orang yang dah kawin tu adalah..dia tak tau..nak pilih paris ke london untuk celebrate anniversary nanti..(obviously, that is not my problem..haha)

if orang kerja besar atau orang kaya cakap ada masalah, kita akan terfikir,
"hutang banyak la tu..tu la, duit banyak tapi tak pandai nak urus.." or
"bisnes nak bankrup ke.mesti pekerja buat hal.."
padahal masalah sebenar mungkin adalah duit banyak sangat dah ni..nak sedekah kat rumah anak yatim ke kat MAKNA eh?..

see?my point is..kalaupun kita ada MASALAH.tak semua orang akan faham apa yang kita nak sampaikan.kadang-kadang masalah adalah seciput je..tapi bila kita saja-saja suka nak share dengan orang, lebih-lebih pulak orang tu bagi nasihat segala....


masalah saya sekarang.........nak masak kurma ke gulai untuk makan dengan nasi bukhari??..

oh lagi satu, walaupun mr hasnul selalu nampak macho (saya nampak), dia sangaaaatt comel bila nyanyi lagu lenka..hahahaha(itu pun saya jugak yang nampak)..

March 15, 2010

syurga isteri di bawah tapak kaki suami.please note that..

insaf 1

-berlaku bulan 12 tahun 2009..saya nak pegi majlis bertunang kawan sekolah saya..masa tu mr hasnul kat germany, saya kat malaysia..so macam biasa..masalah utama selalunya adalah communication..sebab beza waktu Malaysia-Germany.malam sebelum kejadian, saya dah infom mr hasnul,tapi masa tu saya cakap tak tentu lagi nak pegi ke tak..sebab my best-buddy takda..so maybe tak pegi..then, hari kejadian, tiba2 je rasa nak p..so saya rasa cam tak perlu nak infom mr hasnul sekali lagi walaupun tak susah nak taip sms..maka saya pun drive la kereta sorang-sorang..dekat je..alor setar-jitra..lagi pulak kakak saya memang duk jitra, saya pun biasa jalan kat situ..nak dijadikan cerita..walaupun dah dapat direction jalan dan guide dari kawan2..entah kat mana silapnya..saya cari lorong untuk ke rumah tu tak jumpa2..dekat sejam jugak la saya SESAT..macam sangat tak logik untuk sesat, sebab sambil drive saya call membe2 dan ikut sebijik2 direction yang drang bagi..so..lastly saya dah nak give up..saya stop kereta kat tepi masjid, tiba2 teringat saya tak bagitau mr hasnul saya nak keluar tadi..then rasa cam insaf..cepat2 saya msg dia..at the same time, kawan2 saya call dan cakap suruh saya stay je kat masjid tu..5 minit lps tu dorang sampai untuk tunjuk jalan..guess what?lorong tu memang dah dekat sangat dengan masjid tu..kenapa boleh saya tak perasan?.............

insaf 2

berlaku semalam..tapi saya malas nak cerita apa sebab saya kecik hati dengan mr hasnul..sebab kecik JE isunya..macam kanak-kanak ribena..tapi lepas terkecik hati tu..saya konon-konon nak merajuk and nak tunjuk besar kepala..buat malas dan sikit2 ungkit..walaupun masa tu dah berbaik-baik..dah salam-salam--(kalau gaduh mak suruh salam kan?).mungkin sebab saya tak cukup jernih hati..masa buat kerja rumah saya still pendam sikit rasa marah..nak tahu apa plot seterusnya?..semua benda saya buat adalah seperti tak menjadi..dan saya rasa sangat serabut..tak pasal-pasal rasa nak mengamuk-tak-tentu-pasal...sampaikan masa solat and mengaji quran dengan mr hasnul pun, saya still rasa tak tenang..bila cheese cake yang saya bakar masa tengah mengaji tu tak jadi, saya macam nak nangis..mula la saya cakap-cakap merapu kan..mr hasnul cakap..benda kecik kenapa tensen sangat..then, dia tarik saya, peluk saya dan saya dengar dia cakap..
"ya Allah, aku ampunkan isteri aku, aku redhakan semuanya untuk dia..tenangkanlah hati dia..."
seriously..terus saya rasa lapang dada..dan saya nangis kuat-kuat..rasa saya jahat....atau mungkin saya terlupa, di telapak kaki lelaki itu, adanya syurga saya..

March 11, 2010

pukul-satu-pagi

tarikh : 11 march 2010 (dah sebelas haribulan rupanya..)
hari : khamis
masa : 1.02 am
suhu : kat luar -1°C

jarang saya berjaga malam2 camni..tak boleh tdor..huhu..mr hasnul dah sejam lebih tdor..bantal tutup muka..nyenyak pulak dia malam ni..selalu dia sedar ja kalau saya gerak2..letih kot..tak pun tengah mimpi best...

banyak yang saya fikir bila terjaga sorang2 macam ni...banyak....daripada benda2 simple..sampai benda2 yang berat..pastu tambah2 dengan benda merapu-merepek...tapi biarlah saya simpan sorang2 kan (esok penatla nak menjawab soalan dia..mesti nak korek sampai dapat apa benda yang saya fikir tu..)

rasanya dah banyak kali saya mimpi benda pelik2 dalam seminggu 2 ni..mimpi panjat bangunan, jalan tengah2 jambatan kat tengah2 laut..pastu dekat2 nak jatuh..tapi tak sempat sebab terjaga..semalam pun kalau tak silap saya terjaga tdor dengan nangis2..tapi tak ingat mimpi apa sampai nangis camtu..saya sedar saya nangis sebab dengar ada orang cakap.."dah2..jangan nangis..abang ada.."...

rasa malas nak tdor, kalau mlm ni pun dapat mimpi tak best....................



abang, bangun la...jom tengok jalan2 cari makan sama2...~

March 10, 2010

saya TAK suka kamu...~

ada sorang perempuan..saya TAK suka sangat2..ntah la sebab apa..walaupun rasa cam nak let go ja rasa benci tu..mesti ada ja benda yang akan buat rasa MELUATTTTT sangat2 kat pompuan saiko ni..

ok..buat pengakuan la senang kan..bukan ada orang baca pun blog ni..tapi kalau pompuan tu baca ok gak kot..tak paham2 orang tak suka..dia adalah ex-housemate saya..n now dah jadi ex-workmate..since I dah bercuti kan..and hopefully bila dah habis cuti nnt, saya tak sambung keja kat situ..kalau ditakdirkan keja kat situ pun harap2 dia dah blah jauh2..lantak ar ko nak duk mana..ada aku kesah????..
dulu masa duk serumah tu..punya la azab..dah la bayar sewa lebih separuh dari dia, guna letrik pun nak bising?contohnya, on kipas sebab nak keringkan baju yang lembab, then kluar p beli makanan tak sampai pun setengah jam..balik je dia sound "awat tak tutup kipas tu,bazir je.."..bukan takat sound je..dia siap dah TOLONG tutupkan..even pintu bilik tu bertutup, langsung tak kesah privacy orang..men redah je..hello..aku bayar sewa lebih ok..setakat kipas tu brapa sen la sangat kan..dah tu tiap2 minggu aku balik kampung, abes korang guna letrik weken tu nak kira camna tu?.. dan untuk bil letrik bulan tu saya bayar lebih separuh..nak berkira sangat kan..amik la...itu adalah SEDIKIT contoh kenapa saya tak boleh terima pompuan ni..banyak lagi insiden2 lain..malas nak recall..buat sakit hati je..3 bulan ja duk skali,lps tu saya pindah duk sorang2..aman sket~
ada lagi, masa pompuan ni kawen, semua orang dia jemput, bagi kad, kat saya dia tak bagi..walaupun jiran sebelah meja saya pun dapat je kad dia..then kalau masuk staffroom, kuat2 cakap dia nak buat itu, ini..sibuk la apa ala..ada aku kesah?aku pun memang tak hingin nak tengok dia kawen..
BUT...masa saya nak kawen, selambe derk ja, tiba2 dia buat ramah-tamah, then tanya,
"yus bila ek? 8 hb kan?.." saya angguk je..walaupun tak tau mana dia dapat info..malas nak layan..lagipun masa tu tengah q nak amik nasi..pastu dia bleh buat ayat loji..
"eh, munir ok ke nak balik..kan skang ni H1N1.."cheeeesssssss..mmg la hati busuk..bila saya cita kat mama saya..mama kata apa yang keluar kat mulut, datang dari hati..saja je, dia tau saya tengah risau pasal bakal suami saya..lagi2 nak mention H1N1 la apa la..tapi masa tu saya cool ja.. saya jawab..
"jangan la sebut benda2 tak elok ni..pakat2 la doa bagi selamat semua"..pastu saya blah..
and..saya tak invite dia pun..walaupun SEMUA orang termasuk pak guard, mak cik kantin, pak cik tukang kebun saya jemput..sebab..kalau nampak muka dia ja..terus rasa debar2..rasa nak marah..saya tak suka sangat2..tak kan nak rosakkan hari bahagia saya dengan orang camtu..kan?

semua itu adalah kisah lampau(ayat tak tahan)...
saya dah tak ingat pun pasal dia..dah cair sama2 dengan salji kat luar tu..kisah sekarangnya..apa motip dia add mr hasnul kat fb?semalam masa mr hasnul balik keja n cek fb..ada fren request dari minah saiko ni...wadehel?..kalau ikhlas nak baik, nak berkawan segala..y not add aku je kan?nama pun penah keja skali..ni laki aku tu walaupun adalah ex-skulmate ko..bukannya baik pun dulu2 kan?mmg kat otak say takda benda lain..dia mmg dah desperate nak tau kisah hidup saya..bukan perasan, tapi mmg dulu dah kantoi banyak kali, dia asek sibuk tanya orang pasal life saya..kat mana saya honeymoon, siap cakap dia pun nak p situ..(gilakah kau?banyak lagi tempat lain)..ptg2 kereta saya takda kat rumah, dia tanya jiran saya,saya p mana dengan mr hasnul (masa mr hasnul ada kat mesia dlu).. pastu masa saya amik cuti nak hantar mr hasnul kat airport, sibuk je dia tanya orang saya hantar kat klia ke hantar kat kepala batas je..sukahati aku la gila..nak hantar laki aku kat mana pun..tapi tu la,rajin gak dia cek nama saya dalam register cuti kat kaunter ofis tu ek..tau pulak saya amik cuti..~

why?why?..kenapa mesti nak amik tau alkisah hidup aku..aku tak kisah pun apa ko buat, pegi mana, dengan sapa..aku pun bukan nak gaduh pun..tak penah pun aku cari gaduh..in fact memang takda benda nak gaduh2..takat hal2 berkira dulu2 tu..budak2 sekolah rendah je yang buat modal nak gaduh..aku cuma TAK SUKA, dan tak nak ada apa2 kaitan dengan manusia ANNOYing camni..banyak lagi benda lain yang best nak buat..abis yang ko nak sangat kacau life aku laki bini ni pehal???tu mmg tau dah..dia bukak profile mr hasnul tu..mesti nak mencari2 story hidup aku kat sini la tu..tak pun nak tengok gambár2 aku laki bini kan..jeles la tu..aku da senang cuti-goyang-kaki kat sini..nak cari kat profile aku??harapan je la..mst tak boleh sebab aku privatekan..tolongla..vanish dari hidup aku..

shhhuuuuuuhh....shuuuuuuuhhhh..p jauh2...duk senyap2..OK?????...
tiba2 rasa feymes..aku pun ada stalker rupanya..hahahaha

March 8, 2010

normal ke tak?

soalan : normal ke tak kalau......

1: ...saya rindu mr hasnul walaupun baru 3 jam setengah dia kluar g keje?..tak tipu, memang rindu..(and of cos bukan dengan alasan nak membodek walaupun saya tau gaji mr hasnul masuk awal bulan ni.haha)..maybe sebab boring and mati kutu, so boring-and-mati-kutu tu telah diterjemahkan jadi rindu..aaahh.tak kisahla..normal je kot rindu kat laki sendiri..kan?

2: ...saya cepat sangat sentap dengan orang..contohnya, bila saya cakap bahasa german tu susah, ada makhluk Allah cakap suh belajar, pastu dengan senang hati dia cakap senang je..macam english..hello, english tu dah belajar dari tadika oke, itu pun kalau kena campak tengah2 grup matsalleh sejati, nak-nak yang pekat english-accentnye tuh..belum tentu boleh paham and boleh cakap brau2 dengan mereka..chait..(kan dah cakap, saya cepat sentap kan?)nape susah nak jadi cool huh?....

3:...dengan mr hasnul lagi cepat saya sentap..macam budak2..dia komen page/gambar ppuan lain kat fb, tapi tak komen pun kat page saya..walaupun gambar tu saya sengaja tag nama dia.itu pun dah rasa cam pedih2 mata nak nangis..pastu rasa cam nak ngadu kat my-other-half-of-twisted-sister(tiru grey-christina).padahal mr hasnul tu dah cukup baik kot..tapi benda kecik camtu pun saya tak leh nak deal..normal ke eh?

4:...saya selalu berangan nak tulis macam2 kat blog..tapi masa saya berangan dan idea mencurah-curah tu, mestila masa tu saya bukan berada di depan laptop..bajet2 pandai nak buat blog yang best..story yang mantap2..tapi bila saya kelik je 'new post'..semua benda lupa nak tulis..pastu ntah apa2 saya merapu kat sini..macam sekarang ni..hahaha~